img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Facebook, Icam & JJ

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, December 16, 2009 | , , , | 1 komplen »

Salam buat semua. Terima kasih sebab masih sudi menjengah blog ni. Ramai jugak yang menyokong rupanyer. Senang jer nak tahu ramai yang tengok blog aku ker tak... asal lama tak update, mula ramai yang tanya tu, baru lah aku tahu. Aku agak kurang aktif berblog ni. Antara sebabnyer;

1. Dah layan pesbuk (Facebook... search Shima Batu). Bagus gak facebook ni. Tapi banyak jugak la masa aku luak sebab facebook.
2. Office hour sibuk kerja tak pon sibok main game.
3. Kalau kat rumah, sibok ngan Fathimah, tak pon PC kat rumah sentiasa bz sebab semua orang kat umah pon sibok facebook. PC satu jer.
4. Takder citer. Dah jarang pergi rumah kerja kawen. Selalu aku citer pasal orang kawen jer kat blog ni. Ni kawan dah banyak kawen. Nak citer aper lagi. Melainkan aku tukar konsep keibuan dan kebapaan lepas ni.
5. Malas.... (tak dapek nak nolong)

Icam adik aku cuti sem ni kijer part time kat Parkson Mohkota Parade. Dia jadi S.A (Sales Assistant). Aku dulu lepas STPM kijer situ jugak. Tapi jadi cashier. Icam ada citer best.

Ada satu hari, ada satu couple (apa da bahasa satu couple???), satu malaysia lalu depan Icam masa tengah kijer. Yang si Pakwe, dengan kerek nyer sound pada aweknyer;

"HA... TENGOK MACAM NI (refer to Icam), DULU ORANG SURUH BELAJAU TINGGI-TINGGI TAK MAU. SEKARANG KIJER LA MACAM NI".

Kompem Icam terbakau giler. Aku pon barai gelak bila dia citer kat rumah. Mamat tu sungguh kurang hajau. Nak mengata depan-depan...pastu dengan orang yang salah pulak tu. Nasib tak kena hempuk dengan Icam. Aku rasa mamat tu pon tak belajau tinggi. Orang yang belajau tinggi, tak jatuhkan maruah orang depan-depan camtu. Bengong!!! Aku tanya Icam, apasal kau tak sound budak tu? Icam kata, "Eleh... budak baru nak naik. Tu sajer nak eksen depan awek la tu".

Bulan ni cukup ramai orang kawen. Zaim dah selamat nikah. Achik... InsyaALLAH this week. Aku pulak sejak ada JCard ni, macam dah kena sampuk hantu JJ. Sabtu lepas, pertama kali dalam sejarah aku buleh duduk tunggu pintu JJ buka. Ngeri tak? JJ Ayer Keroh yer. Bukan kat tengah Melaka tu. Tu belom bukak lagi. JJ baru kat sebelah Tesco tu, patutnyer buka 17hb ni. Tapi tak tau ler. Dah meletop pulak dua hari lepas. Tah jadi bukak ker tidak. Kalau depa buka jugak khamis ni, aku ngeri jugak nak pi. Melotup dapor eh, terbarai...

Aku pon bukan banyak nau duit nak bebelanja. Tapi sajer syok tengok barang baby. Paling tak pon beli stokin. Nafsu betol. Contoh macam semalam. Kebetulan pulak Wie dengan Ejah ada kat Ayer Keroh. Jadi balik kijer aku pon turun la JJ. Tak lama la jumpa diorang. Takder adegan makan-makan. Pasal diorang dah makan dulu. Cerempet...

Fathimah, semakin membesar bagai johan. Dah mula banyak ragam. Time sekarang ni, ramai la boleh uli dia. Angah ada, Icam ada. nanti Icam balik Tg. Malim, Angah balik Srwak, tinggal aku bertiga dengan Mak Abah melayan dia. Jangan la ko banyak perangai nak oiiiii.

Okey beb. Aku takder modal dan takder motif la nak nulis lagi. Lain kali sambung.. InsyaALLAH.

Salam.. & tata.


Read more...

Perutku Cramp dan ...

digoreng oleh Shima Batu | Monday, December 07, 2009 | , | 3 komplen »

Firstly, happy belated birthday to Rem (5/12/2009). Sorry lambat wish. Bukan tak ingat, tp keadaan kesehatan tak mengizinkan aku untuk SMS kat dia. Nak nulis blog jauh skali. Baru ni sempat. Nak tahu pasal aper?....

Jumaat lepas aku gi amik MyKid Fathimah. Terlewat beb. Patut kena amik 12 November. Ni dah dekat sebulan baru aku teringat. Nasib baik tak kena apa-apa denda.

Sabtu (5/12/2009) aku kerja. Sampai ofis lebih kurang kul 8.45am. Nampak budak praktikal berdua tu baru sampai. Terus aku ajak pekena roti telor kedai mamak. Ni ler budak berdua tu. Yang pakai spek nama Fiza, yang sorang lagi nama Fatimah. Nak kenal bule hantar masej kat pesbook diorang. Macam mana nak dapat pesbook diorang, cari ler kat pesbook aku. Macam mana nak cari pesbook aku, kalau tak reti tak payah la kenal dgn budak dua orang ni.

Zaeim plak, sempat datang lepak kat opis aku sampai kul 12.00pm. Dia datang bawak kad jemputan. Nak kawen dah dia. Dengan orang Marang Terengganu. Sara namayer. 26hb. Sama dengan wedding Achik UUM. Ni yang serabut ni. Tak bule tak pergi wedding Zaim, dia kebetulan sedara encik Alim. Lagi pon wedding aku dulu dia datang. Ni muka dia tengah cedok nasik masa kenduri kawen aku.

Sebelum ni plan nak kuar dengan Wie & Ejah Sabtu lepas di batalkan sebab mak sedara aku nak turun dari KL. Skali diorang tak ke rumah aku pulak, diorang ke spital jer melawat Mak Ngah yang baru potong jari kaki sebab kencing manis. Aku lepak kat umah jer lepas balik kijer. Tetiba perut aku sakit. Sakit macam sebelum ni yang pernah aku kena masa hari Rabu. Rabu hari tu gi klinik doctor kata cramp pasal angin. Eh.. hangin aku dengar. Tapi kali ni sakit lagi. Aku jadi tak boleh bergerak. Kalau tengah baring, tak bule bangun. Kalau tengah duduk, tak boleh baring. Kena static jer. Mak bawak aku gi rumah tukang urut yang sama masa aku lepas beranak hari tu. Skali makcik tukang urut tu kata apa?.... jeng..jeng…jeng…”Macam mana peranakan kau boleh turun ni. Kau ni mesti lasak sangat ni”. Aku cuak giler masa tu beb. Bukan takat turun jer, beralih ke tepi belah kanan plak tu lagi. Ni ler padahnyer kalau lasak sangat. Pastu aku banyak tido mengiring ke kanan. Tapi Alhamdulillah, semalam makcik tu kata dah o.k. Dia nasehat aku suh pakai bengkung lagi. Hari ni aku gi kijer macam biasa. Cuma dah naik opis, tak turun la sampai petang nak balik nanti. Aku memang lasak la. Jalan pon macam nak berlari. Orang datang tengok aku lepas bersalin, 3 hari macam dah 30 hari. Dulu masa baru lepas beranak, orang suruh jalan pelan pelan, aku degil sebab tak sakit, buat aper nak jalan terkepot kepot. Sekarang ni, orang suruh aku berjalan pon aku tanak, sebab dah sakit. Padan muka kan? Tapi kesian la kat anak aku. Dah sakit, camner nak layan dia. Bule dengar sora dia jer la dari dalam bilik tengah mengekek ketawa dengan Mak Nagah dia. Aku kena mengeram baring dalam bilik mengiring ke kiri sehari semalam. Bila dah lega skit petang semalam, baru aku duduk ngadap laptop Angah ngadap citer jepon. Bagero….. hahahar…… Tengahhari ni makan MekDi pulak..Aci??

Pesan aku, berpantang la betol betol. Jadikan kesah aku ni sebagai pengajaran buat korang. Tata & Wassalam.


Read more...

Besday Hamba

digoreng oleh Shima Batu | Monday, November 23, 2009 | , , | 2 komplen »

Agak lama tidak membuang masa dengan blog ni sejak ada "cik timah". Fathimah semakin membesar, semakin banyak ragam. Encik Alim kembali bekerja di KL. Aku dah kembali ke opis sepenuhmya minggu lepas walaupun baru hari ni genap 60 hari aku bersalin dan semalam aku genap 28 tahun kalau ikut kalender omputih. Turut sama sambut besday dengan aku, Siti Nurbaya. Epi besday siti. Lagi 2 tahun 30 beb. Bangka dah kita ni yerk?

Selasa (17hb), Ejah & Wie datang umah aku. Ejah buat kek coklat untuk aku. Diorang datang petang. Aku sampai jer rumah, diorang dok menguli si Fathimah. Yang Fathimah pulak mengekek gelak suka. Dah kenal gaknyer suara budak duorang ni dari dalam perut lagi.



Kalau korang tengok kek ni dah berpotong. Ni dak Wie punyer kerja. Siap bergambau pulak tu masa potong kek ni. Besday aku ker bersday dia? Hangin....


Cun tak kek aku? Kat bawah ni tukang buat keknyer. Pasni buleh tempah. Penghantaran percuma :))

Aksi-aksi terlampau. Sebelum buat aksi ni, kita kena pastikan dulu Fathimah telah lelap tido. Tanak dia tiru aksi tak senonoh camni.
Rabu (18hb), saja test hantar Fathimah ke taska kat Taman Tasik Utama ni (dekat dgn opis aku). Owner taska tu Kak Ain. Kawan Angah. Punyer la sukanya Kak Ain ni tengok Fathimah. Sampai tanak lagi aku bawak balik. Aci? Taska tu ramai jugak budak besau-besau. Tapi pasal Fathimah paling baby kat situ, semua jadi baik. Ada yang bagi pinjam bantal, ada yang bagi pinjam tedi bear. Seronok layan "adik baby". Tapi aku letak Fathimah kat situ tak lama. Dalam kul 1.30pm aku dah pergi amik dia. Aku rasa tak sehat. Rasa macam nak rebah. Kepala macam berpusing. Badan sejuk semacam. Mungkin pasal cuaca memang sejuk sejak dua menjak ni.

Khamis (19hb) Emak suruh aku gi klinik. Mak kata aku mungkin kurang darah. Aku gi la ke klinik. Alhamdulillah... tekanan darah okey, suhu okey, HB pon o.k. Tapi apa yang membuat aku macam tak bule nak berdiri. Doktor cakap, aku kurang tido. Hahaha... amik kau. Ni ler penangan ada anak kecik. Aku memang tabik spring pada ibu-ibu bekerja yang menyusukan anak sepenuhnya. Bukan senang beb. Emosi nak kena jaga, makan minum, amal... semua lah. Serba serbi. Bila dah lapan jam kat opis. Bila balik, mesti la nk layan anak sepenuhnya. Tu tak masuk bab basuh kain baju, kemas rumah dengan buat stok susu untuk masa gi kerja lagi. Aku ni kira bernasib baik lagi, Emak ada boleh tolong. Kalau orang lain yang dok sendiri tu, anak dah tiga empat orang.. uishk... tak bule aku nak bayang beb. Sekarang ni pon aku dah tak cukup tido. Masa makan pon lintang pukang. Tu yang berat pon jadi 66kg. Bagus gak, tak payah susah nak diet. Dulu masa nak kawen, berat aku 69kg. Aku pregnant 3 bulan, berat dah 73kg. Sampai sembilan bulan, 79.8kg. Eh..Aku ni tak cukkup makan atau tak cukup tido?

Aper pon, aku kena jugak jaga makan. Untuk susu Fathimah. Diet diet ni tolak tepi dulu. Orang tua-tua banyak pesan, jangan banyak minum air lepas bersalin. Tapi, aku baca pulak, kalau nak banyakkan susu, kena banyak minum air. Mana satu nak ikut. Satu untuk aku, satu untuk anak. Aku pilih untuk anak. Esok punya sakit, tak payah nak baca. Yang penting, aku nak menyusukan anak hari ni hingga selama yang mungkin. InsyaALLAH.

Hari ni (23hb) dalam kul 10am td aku lari balik rumah jap. Bawak Fathimah gi klinik. Amik injection yang ke-3. Nasib baik dia tak meraung tadi. Merengek jer skit. Pastu tido. Berat dah 4.8kg. Sehat kan dia? Bak kata nenek aku pon... "Panjang nyer budak ni". Apa daa panjang??... bukan tinggi ker?

Ni aku attached gambau. Korang tengok ler. Gambar-gambar ni aku baru punggah dari memory kad dak Wie. Jadi agak back dated skit. Back dated??


Fathimah dengan Mama Ejah & Mama Wie. Bila aku tanya kenapa asik datang tengok anak aku jer. Jawapan diorang, "Nak bagi Fathimah lagi kena muka kitorang dari muka Abi dia". Melampau tak?


Sebelum ni ada orang label blog aku sebagai blog citer orang kawen. Pasni mungkn ada yang label sebagai blog ibu-ibu. Harharhar.... ada aku kesah.
Terima kasih atas ucapan selamat dari kengkawan facebook dan kengkawan blog. Semoga korang jugak mendapat kecerian seperti mana aku pada hari ini. Jadi tontonlah Astro Ceria :)
Read more...

Galeri Batu ver 1.0

digoreng oleh Shima Batu | Friday, October 30, 2009 | | 0 komplen »

Koleksi gambau yang ditangkap pada 23 Mei 2009. Masa ni aku ngandung 5 bulan lebih.
















Read more...

KENA PANTANG KER?

digoreng oleh Shima Batu | Friday, October 30, 2009 | , | 1 komplen »

Salam sejahtera semua. Sehat walafiat hendaknyer. Sesehat aku.

Tujuan aku menulis kali ini adalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tahniah yang korang bagi kat aku. Maaf kalau ada SMS yang aku tak sempat nak reply. Terima kasih yang sudi datang menzirah aku anak beranak. Ada yang datang bawak hamper, bawak beg plastik parkson, duit raya bersarung atau tidak, sarung duit raya yang berduit atau tidak, terima kasih bebanyak. Moga berlipat kali ganda rezki untuk korang. Kali ni, biau aku bercerita pasal lepas beranak pulak. Harap tak ada yang berair mata baca blog aku ni.

Aku kuar spital lagi sehari nak raya. Orang sibok nak beraya, aku sibok nak berpantang. Aku duduk dengan Emak. Korang pikir emak aku rajin ker nak melakukan pemantauan rapi kat aku dalam tempoh raya tu. Tentulah jawapannyer tidak.

Raya pertama (hari ke-2 lepas beranak) mak mertua (MIL) datang tengok aku. Aku masa tu dok depan tv dengan kipas selaju kipas helikopter, t-shirt tangan pendek dengan tak berstokin jauh skali berselipar dan berbengkung. Encik Alim lepas semayang raya, balik beraya ke Sebatu (rumah MIL). Aku kat rumah buat aper....? Membasuh. Kain baju banyak beb sejak aku duduk spital. Kalau dah berbengkung kang, mana bule nak basuh baju. Betol tak? Emak sibok kat dapor. Jadi, secara tak langsung, dia pon tak perasan aktiviti membasuh aku tu. Petang tu, on the way encik Alim nak balik, dia call cakap ipar & MIL aku nak datang. Aper lagi, melompat ler aku masuk bilik cari baju panjang, stokin & bengkung. Berposak lumur minyak ubat satu badan, belit bengkung macam belit lepat, tepek pilis kat dahi pastu duduk baik baik atas tilam. Hipokrit sungguh. Jahatnyer daku.
Akak ipar aku sempat tanya, "Kau makan ayam tak? Aku tahu kau ni kalau takder ayam, kau tak makan?" Aku dengan jujur menjawab, "Eh, makan. Rendang ayam". Hahaha.. pastu aku kena pekik dengan dia. Mana aku tahu tak bule makan ayam?
Aku plak jenis "konon" kebal. Esoknyer, aku dah masuk bilik air sesubuh mungkin, mandi bagai nak rak. Pastu aper jadi? Berbungkos ler atas katil. Satu badan bisa. Bila dah macam tu, berposak ler Encik Alim cari batu tela kat blakang rumah buat tungku. Padan muka aku. Kena bebel dengan Encik Alim + Emak + MIL. MIL suruh Encik Alim rebus bawang putih, halia, kunyit & cengkih bagi aku minum. Aku minum habis air rebusan tu selepas dipaksa oleh encik Alim. Baik punyer rasa, sampai keluar satu suara yang pelik dari kerongkong aku masa menelan. Tak percaya?.. try ler. Orang kata, bentan ni bule mati. Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umor aku ni.

Selepas hari kejadian, aku tak sentuh air sejuk lagi dah. Minum ais pon tak berani. Tapi untuk dua minggu tu jer la. Masuk hari ke 20, aku dah mula berjinak jinak dengan air batu. Bila rasa sejuk semacam, lekas-lekas aku teguk tonic yg doktor homeopathy bagi sebelum ni. Memang degil aku ni kan?

Satu lagi perihal, cara aku berjalan macam nak pergi pasau malam. Dah puas tukang urut leterkan aku. Aku sedap gak dengan brutal style. Seminggu aku dah duduk bersila beb. Gila kentang. Emak pon dah bosan cakap macam-macam. Last last dia cakap, "Ikut kau ler".

Aku ni bukan tak sayang diri, tapi aku tak suka nak menyusahkan diri. Baby suka berjaga malam. Nak menyusu lain, nak tukar pampers lain. Pastu nak suruh aku bangun slow motion? Melaung la anak aku tu. Nak menyusukan baby kena belunjur. Giler kebas kaki tangan aku. Kalau bersilakan senang. Menyusu la berapa lama pon. Aku boleh bersandar. Pastu nak tukar pampers dengan bersimpuh. Ha'ah... boleh sangat ler aku ni bersimpuh. Tak beranak pon tak reti nak bersimpuh. Lagi pon kan tak selesa nak menukar pampers budak dengan bersimpuh. Kalau boleh pon lambat. Kering la anak aku melalak macam tu.

Tapi memang payah gua cakap lu beb, baru dua minggu bersalin, Emak aku dah sebok berkempen pilihan raya kat Bagan Pinang. Saper lagi yang nak memantangkan aku kat rumah ni. Aku rasa nak melaung. Ejah dengan Wie tahu la betapa bengang nyer aku masa tu. Kelang kabut siot. Walau pon aku main redah jer pantang ni, tapi badan sendiri bukan nyer dah baik sangat. Sendiri boleh rasa la. Bukan bule nak berdiri lelama, pegang air lelama. Tapi tetap kena buat jugak. Kau cerita la orang berpantang kena makan itu ini.... semua aku tak pedulik. Saper nak buat untuk aku. Encik Alim? Abah aku? Main belasah ubat homeopathy jer. Mak balik baru aku sempat nak berbengkung. Jadual tetap, baby menyusu bermula dari 5.00pagi, 8pg, 10pg, 12.30tghhri, 3ptg, 5ptg, 8mlm, 10.30mlm, 1pg. Kul 11.30tgh hari kena prepare makan tengah hari dgn bantuan Encik Alim. Mandikan baby kul 12.00tghhari. Petang, dah sibok pikir untuk sedia makan malam pulak. Tu tak masuk adegan mengemas rumah & kain baju. Mujur jugak encik Alim ada. Dia lah yang tolong basuh baju, sidai baju, memasak, cuci pinggan, mandikan baby. Walau pon tak 100%, tapi memang bule diharap untuk bantu aku berbanding dengan dak Black (kucing aku). Lebam bawah mata aku ni tak cukup tidor. Ni ler dugaan. Memang ler nanti kalau anak dah dua tiga, kena berpantang sendiri, tp ni anak sulong. Time ni ler aku nak belajau berpantang. Lain kali bule berpantang sendiri. Betol tak? Tapi tak per la. Aku pon memang tak suka nak berpantang. So, as per request. Padan muka daku. Syukur pada ALLAH, dia bagi aku kesihatan yang baik bagi aku setakat hari ini.

Ini aku lah... korang jangan TIRU aku. Selagi mampu, korang yang mana beranak ni, ikut la berpantang betol2. Diulang...JANGAN TIRU AKU.
Read more...

14 Jam + 2 Hari = Lahirnya FathimaHalim

digoreng oleh Shima Batu | Friday, October 23, 2009 | , , , | 2 komplen »

Hai korang, Selamat hari Raya.... wah melampaunyer aku kan. Aku dah tak kenal erti raya dah tahun ni. Hari ni hari ke-40. Masih dalam pantang. Tapi semalam dah gi Bowling kat MITC. Aci?

Macam yang ramai dah tahu, aku selamat beranak pada 18hb September lepas. Over due. Due 09.09.09. Dah lebih 9 hari. 11.09.09 aku masuk wad pasal baby kurang gerak. Panic tak tentu pasal. Tapi syukur baby sihat. Doctor kata mungkin kurang gerak pasal aku puasa. Duduk wad sehari. 12hb tu dah kuar. Tapi aku kena datang masuk wad semula pada 15.09.09. Kalau masih tak beranak, terpaksa induce.

16.09.09 jam 10pg. Aku di induce kali pertama. masih takda perubahan. Sungguh kebal. jam 4ptg, induce kali ke-2. Masa ni baru datang sakit bagai nak rak. Setiap 10 minit mula sakit. Sakit berterusan sampai pukul 10.00malam. Tapi sakit jer la, jalan untuk beranak belum ada lagi. Nak tidor terpaksa nurse cucuk ubat tahan sakit. Aku pengsan sampai esok paginyer.


17.09.09 jam 10pagi, induce kali ke-3. Lepas ni kalau masih tak buka jalan, terpaksa operate. Pergh.. benda yang paling aku nak elak. 4ptg, masih tak buka jalan, doktor datang bincang dengan aku. Dia bagi lagi satu pilihan iaitu induce kali ke-4. Doktor tu perempuan & tengah mengandung plak tu. So aku tanya dia. Apa pilihan doktor. Dia cakap dua dua ada risiko. Induce kali ke-4 risikonya jugak tinggi. Kemungkinan selepas di induce, aku masih lagi tak buka jalan. Kali ni aku angkat bendera putih. Tak sanggup aku nak serahkan diri untuk bertarung lagi dengan sakit 6 jam. Selepas tanya pendapat dua tiga orang kengkawan dan bincang dengan Encik Alim, aku setuju untuk operate. Aku pikir, tak perlu aku sakit lelama lagi. Cukup lah dua hari ni aku sakit. Doktor pon book bilik operate untuk esoknya.


Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya tsunami di tengahari. Malam tu, diorang suruh aku puasa start dari 12 malam. Aku dah mula sakit 2 kali dalam 10 minit (2 in 10). Doktor datang check... jalan cuma 1.5cm. Aku dah bergulung sakit dekat atas katil wad tu. Kul 10mlm, aku suruh En Alim balik. Tak payah temankan aku. Kebetulan pulak guard datang halau. Kalau hari2 sebelum ni, dia memang buat tak pedulik dengan guard tu. Tapi hari tu, aku taknak bagi dia tengok aku sakit. Aku minta nurse cucuk ubat tahan sakit macam semalam. Tapi tetap takder kesan.

Dalam tengah sakit tu, aku sempat dengar cerita budak katil sebelah aku yang baru lepas bersalin. FYI, aku duduk wad satu bilik 4 orang. Semua kes induce. Budak sebelah aku ni, dah bersalin sebelum sempat di induce. Anak dia 3.95kg. Badan kecik macam Angah aku. Kagum giler dia bersalin normal. Kuasa ALLAH. Dia bercerita pengalaman dalam bilik bersalin tu.

"Air ketuban dia terpaksa dipecahkan untuk gesa bersalin. Masa nak pecahkan air
ketuban tu sakit sangat, bila dah pecah lagi teruk sakitnyer. Lepas tu, semua nurse & doktor dalam tu garang garang. Semua marah marah, tengking tengking. Semua macam takder timbang rasa tengok kita ni sakit nak bersalin".

Perghhh.... aku dengar cerita dia, aku dah cuak giler. Dalam hati aku berdoa, jangan ler aku kena paksa pecah air ketuban macam budak tu. Tapi aper yang aku tanak, itu yang jadi. Lagi 15minit kul 12malam, nurse datang kat aku suruh tukar baju. Nak suruh aku masuk bilik bersalin.

Aku cakap, "Eh kan saya nak operate esok. Kenapa nak suh saya masuk labor room?" Nurse tu balas, "Doktor nak suruh awak bersalin normal. Masuk labor room, nanti kita pecahkan ketuban untuk gesa bersalin".

Aper lagi, berderau darah aku masa tu. Masa tu aku tetiba nampak muka Emak berdiri blakang nurse tu. Rasa macam khayal. Mak aku buat aper kat sini memalam kan? Tapi rupanyer memang betul Emak. Emak rasa tak sedap hati kat rumah. Tu yang dia datang. Emak tolak aku dengan wheel chair ke pintu bilik bersalin. Masa tepat kul 12 malam.

Ada dua orang nurse yang temankan aku layan aku berbual. Sambil aku sakit pegang tangan diorang. Diorang ingatkan aku untuk sentiasa zikir & selawat. Kul 2pg, doktor datang untuk pecahkan ketuban. Bila dia dah siap dengan alat yang nak pecahkan ketuban tu kat hujung kaki. Aku cakap, "Hold dulu doktor, saya tengah contraction". Pada masa tu aku sakit dan sebut ALLAHUAKHBAR, serentak air ketuban pecah. Alhamdulillah. ALLAH masih bantu aku. Lepas tu aku di biar sakit sampai pukul 6pagi.

Aku minta untuk minum air. Tapi, diorang tak kasi sebab kemungkinan aku akan di operate. So aku tanya, bila nak operate? Nak tunggu aku sakit sampai bila. Doktor minta aku sabar, dia nak aku bersalin normal. Aku dah tak tahan sakit. Kul 12 tgh, masuk sorang doktor. Aku minta operate aku sekarang.

Doktor 1: Sabar sikit lagi. Awak boleh bersalin normal. Kita tunggu jalan buka sikit lagi. Sekarang baru 5cm. Biasa satu jam akan buka 1cm
Aku: Saya dah ada atas katil ni 12 jam. Tapi baru buka 5cm. Nak saya tunggu berapa lama lagi. You sendiri tengok tekanan darah saya makin tinggi.
Doktor 1: Okey, nanti saya bincang dengan boss saya, doktor pakar.
(Pastu masuk doktor tadi).
Doktor 1: Akak, sorry. I dah discuss, tapi my boss nak you bersalin normal.
Aku: My God. Did he know my condition right now? (Aku dah mula mencarut ingeris. Lantak la grammer pon).
Doktor 1: Yes. I’ve explain to him. (Jawapan ni buat aku bengang. Aku dah kering atas katil tu... doktor senang2 bg keputusan tanpa tengok keadaan aku).
Aku: Where is the doctor? I want to talk with him. Call him now. Let me talk with the doctor. Call the doctor. Call the doctor. (Kali ni aku dah mula bertempik. Lantak la kau nak maki aku pon lepas tu).

Sorang kakak nurse yang duduk setia temankan aku tanya, "kau ada minta maaf tak dengan suami kau sebelum masuk sini?". Masa ni baru aku teringat, aku cuma sempat cium tangan Emak jer. Encik Alim aku tak sempat jumpa. Terus aku minta tolong nurse tu carikan Encik Alim kat luar bilik bersalin. Nurse2 kat situ nampak bagi muka kat aku, nak bagi En Alim masuk. Mungkin sebab kesian tengok aku dah kering sakit atas katil tu. Tapi, En Alim takder pulak. Pergi semayang Jumaat.

Lebih kurang dalam setengah jam ke 45 minit lepas tu, kira2 jam 2.15ptg. Masuk sorang doktor pakar dalam bilik aku tu. Ni ler boss kepada doctor tadi. Jalan dah buka 7cm.
Doktor 2: You masuk sini dari pukul berapa pagi tadi.
Aku: Pagi tadi? Saya dari malam tadi. 12 malam. (Nampak nau doktor ni tak tahu kesah).
Doktor 1: Dia minta operate.
Doktor 2: You boleh bersalin normal.
Aku: Saya dah sakit lebih dari 14 jam kat dalam bilik ni. Tekanan darah makin tinggi. Baby besar, more than 3kilo and I’m dehydrated. Saya dah habis tenaga. Sikit air pon mereka tak bagi minum sejak malam dgn alasan nak operate. Sekarang you expect saya untuk bersalin normal. Boleh ker?
Doktor 2: Yes you can. Do it for your baby. Everybody prepare. Kita bagi dia ni bersalin sekarang jugak. (Sambil bagi arahan pada doktor & nurse yang lain).

Dan masa ni, aku nampak nurse yang tadi kt muka pintu, "Suami dia dah ada kat depan". Tak sempat aku nak jawab, ada suara lain jawabkan, "Takper, biar dulu. Dia dah nak bersalin ni".

Aku mula bersemangat masa ni. Diorang bagi aku minum dua tiga teguk. Lepas tu aku kerah semua tenaga yang ada untuk bagi baby ni keluar. Aku tak mahu tunggu lama lagi. Alhamdulillah, proses nak mengeluarkan baby tu, memang tak lama. Aku rasa ada lebih dari 10 ke 15 orang staff nurse & doktor dalam bilik tu. Semua bersorak bagi support pada aku. Paling kuat suara doktor pakar tadi la. Tepat jam 2.45ptg, baby aku lahir. Terus ditunjukkan jantina baby ni pada aku. Pastu baby ni diletakkan atas badan aku. Doktor suruh peluk. Aku kekok. Lebih sembilan bulan aku fikir macam mana nak sayang anak ni. Aku tak reti. Dengan kuasa ALLAH, DIA campakkan rasa sayang aku pada anak ni, pada masa tu. Sampai rasa tanak lepaskan bagi pada nurse masa tu. Nurse & doktor puji aku. Diorang cakap, aku "pandai teran". mana tak pandai. Aku dah geram sebab lama sangat sakit. Bersyukur sangat-sangat aku tak di operate. Nyesal plak aku tengking doktor tadi . Eleh.. xper la. Kira free la tu.

Aper pon, pengalaman orang bersalin memang tak sama. Yang pasti, semuanyer sakit. 14jam aku dalam labor room, 2 hari sakit kat wad bagi aku cukup teruk. Tapi, ada orang lagi teruk sakitnya dari aku. Syukur Alhamdulillah. Aku dapat doktor & nurse yang baik dan terbaik bagi aku. Sepanjang 14 jam aku dalam bilik bersalin tu, macam-macam suara dari bilik bersalin yg lain2 aku dengar. Meraung, menangis, memekik, menengking.... semua ada. Yang pastinya, semua suara tu akan berbalas dengan suara doktor & nurse. Dah macam lawan bergaduh. Aku ikut pesan Ajay, "Ikut jer cakap nurse dalam tu. Bila kau melawan, keras kepala, tu yang jadi diorang nak marah jer kat kau". Lumrah kan? kalau aku pon hangin dengan orang tak dengar kata ni.

Jadi pada korang yang bakal beranak buat kali pertama, jangan lah bimbang. Pengalaman orang tak sama dengan apa yang akan korang lalui sendiri nanti. Macam pesan mak mertua aku, berdoa lah selalu agar ko diberikan nurse dan doktor yang baik dan terbaik nanti. Selain dari tu, dengar lah kata nurse dan doktor yang dah hadap berpuluh orang bersalin sehari. Macam-macam ragam, macam2 masalah diorang dah hadap. Ko jangan buat degil dengan diorang. Kalau tak, beranak la ko sesorang kat rumah. Dan untuk pertama kalinyer, aku memuji layanan staff HOSPITAL BESAR MELAKA. Sila bagi dua ibu jari tegak ke atas untuk mereka yang terlibat dalam cerita ku ini. Sekian...wasalam.
Read more...

Oh Fathimah

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, September 24, 2009 | 0 komplen »


PEMBETULAN: FATHIMAH HALIM bukan Fatimah
Read more...

Update

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, September 22, 2009 | , | 4 komplen »


Alhamdulillah. Selamat melahirkan baby perempuan seberat 3.3kg pada 2.40pm, Jumaat, 18 September 2009. Lebih 9 hari dari tarikh dijangka bersalin (9 Sept).

Read more...

AKU EKSIDEN BKN SEBAB LONTONG

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, August 11, 2009 | , , , , | 6 komplen »

Salam untuk kengkawan,

Pagi ni, aku terasa malas nak sedikan sarapan untuk diri aku & encik Alm. Sebab aku nak makan lontong. Lalu aku pesan encik suami untuk beli lontong masa dia nak kuar gi surau semayang suboh pagi tadi. Dalam kul 8.00pg encik alim balik, dia cakap lontong takder. Dia kata kita gi minum kat luar jer la. Aku pon, o.k.. tak per. Tapi bila kau tengah siap-siap nak kuar, dia caka dia nak tido kejap. Dia suruh aku gi kerja terus. Nanti singgah beli kat mana-mana makan kat opis. Aku pon jadi sedih. Tapi tanak tunjuk muka ketat depan dia. Aku paham dia letih. Kijer takder rehat macam aku yang boleh slalu curik tido ni. Jadi aku biau la dia nak tido jap sementara nak kuar gi kijer kul 9.30.

Lepas bersalam, aku kuar sambil tu pikir mana nak beli lontong. Aku bawak keta slow-slow. Sampai kat trafik ligh Alai. Aku benti masa lampu kuning. Takder keta tunda blakang aku. Jadi aku tak pikir ada yang hangin bila aku benti masa lampu masih kuning. Aku memang takder niat nak speed. Kalau tak, jangan harapler aku nak tunggu lampu kuning tu. Lepas traffic light, aku drive cam biasa. Kelajuan area 60 ke 70/kmj. Takder keta di dpan aku, dan tak der keta di balakng aku. Jadi aku memang takder manaikkan darah sesaper pagi tu. Lebih kurang lagi 300 meter nak sampai traffic light Kandang, tetiba ada sebijik motor keluar dari sebelah kanan jalan menuju ke arah Melaka. Aku hon dari jauh. Tapi tak panik, sebab aku yakin orang yang bawak motor tu dengar aku hon. Aku slow dan mula mem'brek'. Tapi, rupanyer aku silap. Orang tu tak dengar aku hon. Dia betol betol berada dia tengah jalan dan tak nampak macam nak ke kiri jalan. Bila dia macam tak pedulik aku hon, aku pon paut stering ke kiri. Skali lagi aku silap baca pikiran dia, sebab dia pon tiba tiba menyusur ke kiri. Aper lagi... sampai habis brek aku tekan. Tapi malang jugak buat aku dan motor tu. Gedebammmm....

Aku terbabas ke tepi jalan. Masa tu dalam hotak aku takder lain, mesti aku mati. Pasal aku dah ternampak parit penuh air depan tu. Syukur sgt, aku tarik hand brek dengan cepat. Keta benti betol betol atas tebing. Keta memang dah menjunam ke tebing parit tu. Sebaik jer keta benti, aku beristigfar sekejap. Bila aku sure keta aku tak tergelincir. Aku pelan-pelan kuar dari keta sebelom keta tu melorot dalam parit. Terus aku terpa penunggang motor tu. Fokus aku terus pada dia. Dala hati sentiasa sentiasa doa, jangan lah mati penunggang motor ni, tak pon janganlah ada mana-mana bahagian badan dia yang aku terlenyek. Rupanya penunggang motor tu orang tu. Umur lebih kurang 60 tahun. Dia terbaring kat sisi keta aku. Aku tolong dudukkan dia.

Aku dengar pakcik tu mengerang sambil sebut Allahuakhbar berulang-ulang kali. Aku tolong dudukkan pakcik tu. Kesian aku kat dia. Menggigil badan aku kejap. Tapi sempat offer nak bawak dia gi klinik. Padahal aku lupa masa tu, aku nak bawak dia gi klinik macam mana? Pakcik tu kata, takper... panggilkan anak pakcik. Rumah pakcik kat depan tu. Sambil tunjuk ke lorong sebarang jalan. Jalan Aman 7. Lega sikit hati aku dengar suara orang tua tu. Aku nampak dia luka-luka pada lengan, siku, jari, kaki, dahi skit. Takder nampak yang teruk berdarah. Tapi kalau ada yang patah riuk aku tak tahu ler. Aku call En Alim. Ingat nak minta dia tolong datang bawak pakcik ni ke klinik. Tapi laki aku ni panik gaknyer, aku belom sempat cakap ak kat mana, dia dah letak telefon. Aku call balik pastu tak dapat. Dia boleh tertinggal pulak telefon dia kat rumah.


Dalam masa berapa second jer, tempat kejadian dah kena serbu. Yang memula sampai pekerja-pekerja yang tngah dok mesin rumput tepi tu. Diorang terus dapatkan pakcik tu. Tanya aku o.k ker tak. Pastu tolong angkat motor dan kutip kasut & helmet orang tua tu. Diorang tahan sebijik van ke ambulan aku tak sure, tapi dari pusat kesihatan yang kebetulan lalu kat situ. Ada dua tiga orang kampung yang ada kat situ pergi panggil anak-anak pakcik tu. Aku nampak ada sorang lelaki berlari dapatkan orang tua tu. Dia cakap "ni bapak saya". Diorang papah orang tua tu naik ambulans. Alhamdulillah pakcik tu boleh bangun.

Dalam pada tu, aku menunggu Encik Alim jampang lambatnyer nak sampai. Tetiba ada sorang pakcik datang kat aku. Nampak smart orangnyer. Dengan baju batik dan seluar slack. Ni mesti ketua kampung ke, JKKK ker, tuan tanah kedaung ker... tak kesah la sesaper pun. Yang pastinya, pakcik tu orang situ. Dia cakap kat aku,

"Baik kau pergi balai polis cepat. Tu balai polis Kandang dekat depan jer tu. Kau kunci keta kau. Terus gi sana."
"Saya memang nak pergi buat report pakcik. Tapi saya tunggu suami saya datang sini."

Aku yakin Encik Alim datang dengan Ibu mertuanyer a.k.a Mak Daku. Pakcik tu ngabaukan,

"Lambat lagi ker suami kau nak sampai. Kau pergi balai polis tu sekarang. Bukan jauh pon".

Aku jadi heran. Apahal pakcik ni beriya riya suruh aku pi balai cepat-cepat. Agak dia nampak aku macam blur, terus dia cakap,

"Dia ni orang sini. Rumah dia kat depan tu jer. Kau nampak tu semua anak beranak dia dah datang sini. Nanti kang kecoh".

Baru aku paham aper maksud pakcik tu. Aku toleh ke seberang jalan, tengok berdedai orang berlari dari Jalan Aman 7 tu menuju ke tempat aku tu. Yang pompuan menangis-nangis bagai. Aku yang tak cuak tetiba jadi cuak. Terus aku capai handbag dalam keta. Aku kunci keta, pastu tumpang ambulan tu ke Balai Polis. Masa nak naik ambulan tu aku punyer gelabah, sampai cicir selipar. Pakcik yang macam ketua kampung u tolong kutipkan.

Dalam van, aku pandang muka pakcik yang aku langgau tadi. Ada sorang anak lelaki dia teman. Aku cakap,

"Pakcik saya minta maaf. Saya tak sempat mengelak bila pakcik tetiba keluar macam tu ke tengah jalan tadi".

Nak tau pakcik tu cakap aper?

"Takper la. Benda nak jadi bukan kita boleh baca pon. Kau sabau ler Nak. Jangan risau, jangan susah hati. Tak payah runsing. Pakcik tak apa-apa ni."

Fuiiiih.. lega aku dengar pakcik tu cakap camtu. Sampai balai polis, aku sempat minta no. telefon anak pakcik tu.

Setahu aku kalau bab eksiden ni, memang tak boleh report kat Balai Polis Kandang ni. Kena gi Unit Trafik Melaka Tengah kat Banda Kaba jugak. Tapi, demi keselamatan, biau ler aku dok kat situ kejap. Kebetulan ada sorang polis dari unit trafik kat situ. Aku terus ngadu kat dia. Dia terus gi ke tempat aku eksiden tu. Dalam masa yang sama Mak dengan Encik Alim pon sampai. Mak terus soal aku macam-macam. Encik ALim diam jer pulak. Macam terkejut jer aku tengok dia. Aku tak ingat aper Mak tanya, dan aku tak ingat aper yang aku jawab. Aku ajak diorang gi balik kat tempat eksiden tu. Dalam keta aku smepat citer sikit macam mana boleh eksiden.

Sampai sana aku nampak trafik tadi tengah bercakap dengan sorang mamat ni yang gaya bercerita bagai nak rak. Encik Alim tak kasi aku turun keta. Tapi aku ta puas hati. Entah aper mamat tu goreng citer kat trafik tu. Aku risau. Rupanya mamat tu menantu orang tua yang aku langgau tu. Dia ngabaukan aku bawak laju. Pastu tak brek. Aku hangin dengau. Mak aku dua kali hangin. Mak aku kan brutal. Camni diolaog dia:

MAK: Orang tua kau ni biasa bawak motor tak?
MENANTU ORG TUA ITU (MOTI): Eh akak ni soal macam pegawai penyiasat pulak.
MAK: Takder la, aku ni bertanya. Sebab dia kuar sempang tak tengok kiri kanan ker? Mana tau dia tak biasa bawak motor ker?
MOTI: Dia ni yang bawak laju. pastu tak mengelak, tak brek. Tengok tu kesan tayar.

MAK: Kesan tayar tu maknaya dia brek la. Kalau dia tak mengelak, buat aper dia menjajau sampai nak masuk parit ni. Takkan dia sengaja pulak.
MOTI: Kalau dia tak laju, sempat brek, dia tak langgau bapak saya.
MAK: Dia bukan langau. Kalau langgau, dia dari blakang, hentam blakang motor. Sekrang keta ni tak rosak pon bahagian depan. Dia bergesel belah tepi jer.

Aku rasa macam nak perang jer. Aku malas menjawab. Tapi aku tanya,

"Awak ada nampak ker masa eksiden tadi?"

Dengan selamba dia menjawab. TAK ADA. Pastu dia sebok kata aku laju la, tak brek dan macam macam lagi yang menggambarkan aku ni cuai. Aku malas nak dengar. Buang masa layan orang camtu. Dia tak nampak, buat kesimpulan macam bagus.

Kalau aku tak brek, dah tentu lagi teruk aku langgar. Kalau aku laju, tentu aku tak sempat nak brek. Mesti la aku brek bila tetiba nampak dia ke tengah jalan. Sebelum dia ke tengah jalan, buat aper aku nak brek. Giler aper? Asal nampak moto seberang jalan nak kena brek. Seberang jalan tau. Bukan tepi jalan laluan aku. Lagi pon, orang tua tu masa aku turun keta, dia betul betul tergolek tpi keta aku belah belakang. Kalau aku laju, dah tentu aku seret orang tua tu jauh jauh dan aku pon mati lemas dalam parit tu sebab tak sempat nak brek. Bengong! Aku tetap rasa tak salah. Tapi dalam masa yang sama, aku takder la berteri teri mengata pakcik tu yang salah. Aku paham la dia orang tua. .

Encik Alim tarik aku suruh duduk dalam keta. Aku duduk amik napas kejap. Pastu Encik Alim tanya, "Pikir aper sampai boleh jadi macam ni." Aku diam jer la. Aku memang tengah pikir pasal lontong takkan nak cakap kat Encik Alim. Tapi tu tak bermakna aku leka tak nampak motor tu. Aku dah nampak motor tu dari seberang jalan. Tapi dah tetiba orang tua tu ketengah jalan, korang pikir aku boleh baca apa dalam kepala orang tua tu?

Malas nak tunggu polis datang amik gambau, Mak ajak aku gi Balai Polis Banda Kaba buat report. Tinggal Encik Alim kat situ. Dekat 3 jam aku tunggu untuk buat report. Kenapa lama sangat?? Malas aku nak story. Tak kuasek. Lain kali la yer. Bakau darah.

Balik dari balai, aku rehat kat umah kejap dalam sejam dua. Pastu aku kuar gi opis. Lalu jalan yang sama. Aku sempat snap gambau. Sebenarnya masa eksiden tu, kamera ada dalam keta. Tapi takkan aku nak buat muka sengal amik gambau keta dan pakcik tu masa tu. Kompom kena belasah dengan orang kampung kat situ jugak nanti. Silap2 dengan polis td pon belasah aku jugak.

Aku sampai opis lebih kurang kul 1.30pm. Kerja sikit lebih kurang, pastu aku balik dalam kul 6.00pm. Malam tu, bila Encik Alim balik dari surau lepas Isya, dia tanya aku lagi.

"Pikir aper tadi? Pikir pasal nak makan lontong ker?"

Aku boleh gelak jer la. Memang senang nak baca apa dalam hotak aku ni kan? Aku jer yang tak reti nak baca aper dalam hotak orang tua tu tadi. Encik Alim suruh aku melawat orang tua tu. Tapi aku blom berani lagi. Bila aku ingat rupa anak-anak dia tadi (kecuali menantu dia yg bengong tu), aku rasa ngeri pulak.


Sekian. Moral dari cerita ni: Kalau rasa nak makan lontong, jangan memandu di jalan raya. Memandu lah di lebuh raya.

Read more...

Pusat Rawatan Homeopathy Melaka

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, July 28, 2009 | , , | 3 komplen »

Sebelum citer benda yang berkaitan dengan tajuk, bagi aku merepek dulu.

Rasanya macam ada benda yang terLUPA semalam. Besday Encik Suami . Kejam ker daku? Tak kot. Pasal sebelom ni aku pernah tanya. Boleh ker nak sambut besday. Nak tau aper dia jawab?

"Nabi SAW suruh ingat hari mati, takder suruh ingat hari lahir. Nak syukur dengan umor yg ALLAH da beri tak per".
So, takper la tak ingat kot. Tapi nanti besday dia ikut kalender Hijrah aku nak ingat la. Buh remainder dalam henpon sekarang jugak (25 Ramadhan, bersamaan 15 September tahun ni) . Nak wish jer, takyah bagi hadiah. Aci???

Ni selipar Sponge Bob aku. Semalam sajer getek main kamera. Takder motip, sajer tangkap gambau benda alah ni.


Gambar atas ni kucing aku. Encik Black. Bawah leher and perut dia ada bulu putih skit. Tapi pasal dia pose camni, tk nampak la tang putih tu. Ni kitorang gelar inspektor. Pasal semua benda yang orang buat dalam rumah dia nak peksa. Bila time Encik Sumi takder, Encik Black slalu teman aku tido. Jadi Mak gelarkan dia 'Kekasih Gelapku' .

Al-kesah, semalam baru aku ada masa skit untuk source klinik Homepathy kat Melaka ni. Kat Melaka cuma ada 3 pusat rawatan homeopathy yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia. Korang boleh tengok kat web ni. Disebabkan daku teramat malasan memandu semalam, jadi Mak hantar aku gi opis. Baliknyer, Mak and Abah datang jemput. Sungguh manja diri daku hini. Di bawah ini sengaja aku atached kan gambau ubat-ubatan homeopathy yang aku angkut dari klinik tu. Ada 5 botol.

  1. GELS: Lega Saraf... (baru ku tahu aku ada masalah safaf )
  2. CP: Tulang dan Gigi... (pasal aku kabau kat doktor tu aku tk rajin minum susu)
  3. ICP: Saraf jugak
  4. FR: Vitamin & Darah
  5. ALE: Tonic Gajah... eh bukannnn... Tonic Rahim
Nama dan istilah yang aku sebut di atas tu aku baca dari botol ubat. Samada betul atau salah jer la aku baca tulisan doktor tu. Korang jangan nak menyaman aku pulak.

Maka dengan ini, genaplah sekapal ubat-ubatan ku. Ko pikir aku rajin ker makan ubat ni? Justeru apa motif aku asik nak membeli ubat? Motif nya untuk memupuk teruja dalam diri aku bila tengok botol ubat bebanyak dan terasa diri ini kronik perlu makan ubat selalu.

Sikit info untuk korang; klinik yang aku pergi semalam dia Bukit Beruang.

Datin Dr.(H) Hjh. Rosnah Adam.
PUSAT RAWATAN HOMEOPATHY BUKIT BERUANG
No. 669-C, Jln Bukit Melaka 1/1, Taman Bukit Melaka, 75450 Bukit Beruang, Melaka.
Tel : 06- 231 7963 H/P : 012 - 611 5617

Nak senang jumpa, dari traffic light Bukit Beruang yang near to MMU & Petronas tu... masuk terus sampai korang nampak Bazar Bukit Beruang belah kiri. Pastu nampak PC World (kedai komputer signbord warna oren), sebelah tu ada kedai gunting rambut and sebelah kedai gunting rambut tu ler kliniknyer. FYI, doktor Rosnah ni bias ada kat klinik kul 5.30pm ke 10.00pm jer. Jadi call dulu sebelom datang, kalau rajin ler.

Selain kat sini, ada dua lagi tempat. Satu di DEWAN PERUBATAN HOMEOPATHY JASIN dan satu lagi KLINIK TAQWA di Pekan Baru Masjid Tanah.

Cuba-cubalah. Aper pon kena yakin, bukan ubat tu yang bagi baik, bagi semboh. Jadi renung-renung kan dan... selamat merenung...


Read more...

By Yasmin Ahmad

digoreng oleh Shima Batu | Monday, July 27, 2009 | | 1 komplen »

Aku bukan orang iklan, bukan jugak orang filem. Yasmin Ahmad tak kenal aku. Aku pon cuma tahu nama dia sajer. Tapi aku nak korang tengok iklan ni.



Siapa pon dia, dia dikebumikan cara Islamkan?

Nota kaki gampang: Letih tunggu Jacko kebumi cara apa? Read more...

Cadangan Konvoi Raya Yang Best

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, July 23, 2009 | , , | 4 komplen »


YM aku dengan Alex pagi tadi. Sajer aku letak. Pasal aku rajin copy & paste.

Alex: salam...ade suggestion untuk buat konvoi raya nnt. leh bg date bile korang free?
Aku: konvoi mender aku dlm pantang..
Aku: ko konvoi ke umah aku ler
Alex: hehehe
Alex: ye x ye jugak...
Alex: orait...
Alex: ko dlm list ek...
Aku: aku bg cadangan...
Aku: bule?
Alex: leh je...
Alex: cdgn di alukan...
Aku: Korang pilih la hari aper yg sesuai. Pastu pecah kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan pergi ke Jaya Jusco untuk beli barang baby. Satu lagi kumpulan sediakan makanan. Pastu berkumpul kat umah aku. Buat open house. Yang makanan tu extra dalam 4 orang makan untuk tuan rumah. Yang barang baby tu, nanti aku bagi check list apa-apa yang tak cukup lagi. Amacam.. briliant tak hotak aku nih
Alex: wah...meriahnye cdgn ko...
Aku:
Aku: Meriah kan.. macam pasaraya maidin yang baru bukak hari tu..
Alex: huhuhu..meriah x hengat dunie...
Alex: tp ape2 hal aku usulkn cdgn ko pd requestor
Alex: sbb aku ni tukang kumpul org jek...
Alex: huhuhu
Aku: Nampaknyer takder cadangan lain. Aku cadangkan cadangan ditutup.
Kesimpulan moral: Posa pon blom lagik nih. Da buat plan untuk raya ni. Ada umor aku korang datang jenguk aku la yerk . Doakan agar panjang umor & sehat untuk jumpa korang raya nanti.
Read more...

Minah & Buyong Rempit

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, July 22, 2009 | , , | 4 komplen »

Best tak post aku kali ni . Mesti la best utk aku. Tak best utk korang. Lebih lebih lagi untuk Alex. Hahahaha…

Semalam aku kuar opis hampir kul 6.30. lewat skit la. Ada misi yang perlu diselesaikan di pejabat. Sampai kat trafik light MITC, aku benti sebelah Myvi warna kelabu asap. Macam nak kenal. Memula konpius jugak tapi bila terpandang anak singa Alex Madagascar (I like to move it, move it...) yang escape from Africa tu, memang sah la keta tu milik si Alex. Aku pon bukak tingkap then pekik.. Alex.. Alex… Alex… masuk tiga kali dia tak dengau, aku cuak. Aku salah orang ker. Lalu tipon bimbit aku capai. Dail no. Alex. Ha.. memang sah dia.


“Oiii.. apasal kau balik lambat hari ni?”

“Eh hawau jer… mana kau?”

“Sebelah kau ler”.

Terus Alex kuar kan kepala kat tingkap. No traffic light dah warna hijau.

“Rempit… rempit…” jerit si Alex.

Dalam hati aku, biau betol minah ni. Ader ker nak ajak pompuan mengandung lapan bulan lebih ni merempit. Tapi.. arghhh… lantak la. Nasib aku baik, aku menang, kalau kalah ada alas an.. aku ni mengandong. Hehehe…. Lagi pon aku bawak Savy semalam. Tak der la senak perut aku nak merempit. Kalau kancil, mau kebas gak perut nih.


Korang tengok gambar atas ni. Walau pon rempit, kelajuan cuma 60km/j pasal ada sipot sedut memandu di depan.

Dari persimpangan MITC membawak ke jalan Gapam, aku leading. Masuk ke Jalan Tun Hamzah (depan Ozana) aku leading lagi. Traffic light Tehel, aku leading. Sampai traffic light JPJ Bukit Katil, Alex amik Jalan Bukit Katil-Semabok, aku amik Jalan Tun Kudu, kuar kat Jalan Ayer Molek terus kuar ke depan balai Polis Kandang.

Di sebabkan aku dah leading, jadi aku kira aku menang. Aku memandu dengan santai sambil piker kat mana nak beli goring pisang. Sebab dari tengah hari aku main togok air sejuk jer. Biasa pepetang kat Alai banyak orang jual goring pisang. Tapi pasal dah nak senja, orang gila mana yang nak gorengkan pisang untuk aku.

Tiba tiba… jeng jeng…. Myvi kelabu asap tadi memotong dengan kerek nyer depan aku. Aiiyakkk…. Ada lagi budak ni. Aku ingat dah lepas ke mana. Rupa dia masih hambat aku lagi. Masa tu dah dekat samapi trafik light Sekolah Alai. Aku pond ah nak samapi umah. Tak der kijer la aku nak hambat dia lagi. Kang lepas simpang masuk umah aku.


Aper pon, Alex.. aku tetap mengisytiharkan aku menang. Sebab… AKU SAMPAI RUMAH DULU… wekkkkk…

Sedikit info buat korang:

Jalan yang Alex amik dari Jalan MITC – Jalan Tun Hamzah – Jalan Semabok – Jalan Alai = 14.1km, 6 traffic light, (17 minit kalau tak rempit, sambil makan hangin)

Jalan yang aku amik dari Jalan MITC – Jalan Tun Hamzah – Jalan Tun Kudu – Jalan Ayer Molek – Jalan Kandang – Jalan Alai = 18.3km, 6 traffic light, 1 roundabout (22 minit kalau tak rempit, drive macam kayu).

Kesimpulannya, sebenarnya jarak perjalanan tak menentukan korang akan cepat sampai. Kesibukan jalan, cara pemandu di depan yang memandu dan kekerapan benti di traffic light tu yang menentukan masa perjalanan korang. Sebab kalau korang handal bagai nak rak, merempit bagai, tapi kalau sepanjang jalan double line keta paling depan bawak 50km/j, tak der maknanyer.

Sekian.

Read more...

Cikgu Memandu Takder Sivik

digoreng oleh Shima Batu | Monday, July 13, 2009 | , , , , , , | 6 komplen »

Perhatian kepada semua pengguna lebuh raya ataupon jalan raya khusunya yang berada di sekitar Melaka. Berhati-hati ketika memandu di belakang kereta kancil driving school (L) bernombor pendaftaran MBJ **92. Ini kerana pemilik kenderaan ini (guru memandu), bukan pelajarnya sedang belajau memandu, memang suka suka hati buang abu rokok ketika memandu. Takder sivik punyer orang. Dah ler kau tu cikgu driving school. Perangai macam takder otak. Nasib baik aku drive tutup semua cermin. Kalau tak memang naya la muka aku terbakar kena abu rokok tu walaupon abu rokok tu mungkin takder api . Sungguh mengecewakan sikap guru memandu yang sebegini keji.

Malang sungguh saper yang belajau memandu dgn orang takder sivik macam ni. Kepada sesiapa yang terserempak dengan keta ni, sila pastikan korang memandu di depan kereta beliau. Tapi, korang jangan pulak tolong membalas perbuatan kejinya pada aku dengan membaling abu rokok ke keta beliau. Kalau dapat baling telor pon cukup ler. Baru la korang jadi makluk yang dua kali lagi takder sivik berbanding beliau.
Read more...

Kluang Station Bukan Punca Muiz Hidup Balik

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, July 08, 2009 | , , | 8 komplen »

Salam,

Lama tak mengarut, jauh skali mencarut. Tapi tajuk aku jer dah cukup merapek. Memang kerepek. Aper nak story? Takder yang hot, tp ada hot mama telah komplen dlm YM,


nick (7/6/2009 5:25:46 PM): x update blog ponggg ".



Jadi aku gagahkan jugak mental aku untuk menghantar signal pada jari aku untuk menaip di papan kekunci desktop pejabat ni. Kemudian jari jemari ini memberi respon mengetuk papan kekunci ini, "ketuk..ketak..ketuk...ketuk...ketak..." macam bunyi orang buat popcorn. Bukan sebab aku lembab bab menaip nih, tapi sebab tengahdok memikir aper yang patut aku goreng.


Semalam aku gi klinik. Baby dah masuk 30 minggu . Teruja banget. Tapi hemoglobin makin kurang. Dah jadi 10gm%. Kena banyak makan kerang pesan misi tu. Naper la benda yang aku tak gemau tu yang disuruhnyer makan banyak. Pasni dah kena kira baby gerak berapa kali dalam tempoh 12 jam. Tapi macam biasa, hari pertama jer aku ingat nak kira, hari ni aku dah lupa. Semalam patutnyer aku masuk opis semula. Tapi sebab keletihan melanda diri, aku hanya melepek kat umah. Takler lepek sangat pasal perut dah memboyot. Dalam pada melepek atas katil, sempat aku call Cik Wie yang sentiasa melepek tu,

"Kuar hari ni jom. Aku tak kijer ni. Nak tunggu hari Ahad lama nau,"


Yang benaunyer, air liur aku dah nk meleleh teringatkan Nescafe kat Kluang Station tu . Dari minggu lepas dak Wie sebut Kluang Station, terus aku teringat-ingat. Sementara nak tunggu Wie & Ejah berpakat, aku SMS Encik Suami minta lesen nak kuar dengan budak berdua tu. Lama sangat tunggu En Suami reply SMS, aku call. Dengan nada getek bercampur takut aku tanya, boleh ke tak nak kuar ni?



"Buleh sayang... Semayang jaga,"


Aku pon aper lagi, berbintang la dengar jawapan Encik Suami . Lepas Wie dengan Ejah bg confimation, aku pon aper lagi. Bebudak berdua tu posa, jadi kami buka posa ler. Aku posa hari sebelom tu, pasal hari tu aku nk ke klinik, jadi memang tak posa lah. Sampai sana, order bagai nak rak. Sampai budak lelaki yang amik order tu tersengih-sengih tengok order kitorang. Siap datang lagi tanya...


"Betul ker order ni. Rasa macam banyak.."

Pergh.. rasa macam nak lempang dengan pinggan muka budak tu . Oit.. tengok saiz la weiii... Sebenaunyer xder la banyak sangat. Imiginasi budak tu jer yang lebih. Lepas bukak posa, berteromba balik umah aku. Takut terlepas magrib. Jadi tak banyak masa bersama dengan bebudak ni semalam. Rasa cam tak puas sembang . Tapi bila pikir balik memang klakau. Macam ler setahun tak jumpa. Balik rumah siap boleh senyum sesorang teringat kengkawan masa kuar tadi. macam bercinta . Saper nak jawab?

Lagi satu citer; semalam ada satu no. masej aku;

Orang itu: SALAM, NI SHIMA KE?

Aku: SALAM. YER NI SHIMA. SAPER NI?

Orang itu: NI ORANG MATI IDUP BALIK.

Aku dah dapat mengagak saper. Aku ada sorang jer kawan yang suka cakap benda bengong camni. Tapi tak per. Kita layan lagi.

Aku: SAPER PLAK NI. DA MATI DAH LER. KAU IDUP BALIK BUAT PER?


Orang itu: ENTH LE KNP BLH MCM 2 YEK? NI AQ LA. MUIZ.

Aku: AKU DAH AGAK DA. KAU JER YG RAJIN MERAPIK CM2. KAU KAT MANA NI? SAPER BAGI NO. NI?

Orang itu: NI NO. AKU. AKU BR JE SMPI M'SIA 28.7 MIINGGU LEPAS.

Aku.. kompius tetiba . Minggu lepas?? Ni baru 7hb Julai... typing error kot...

Aper pon selamat pulang ke tanah air untuk Muiz. Syukur kau hidup lagi walau pon kau kata kau dah hilang ingatan. Timer kasih. Sekurang kurangnyer, kau kenal lagi kengkawan dan tak buang kengkawan .

Nota kaki getek: Satu Malaysia hari hari di TV.

Read more...

Besday Dayah

digoreng oleh Shima Batu | Saturday, June 27, 2009 | , | 5 komplen »

Read more...

Salam,...Semalam Mak hantar SMS suruh jemput kul 1.00pm. Doctor kata dah bule balik. Masa tu jam kurang lebih 10.00am. On the way aku, Abah & Icam ke spital jam kurang lebih 12.30pm, Mak antau SMS lagi,

"Tak buleh balik. Darah naik."
Bila darah Mak naik, aku terus naik darah. Mana lah tak darah naik kalau dok kat spital lama-lama. Tengok orang sakit pon boleh jadi sakit. Nak amik darah kena cucuk dua tiga kali. Nak masuk antibiotik cucuk lagi, nak masuk air, cuuk lagi. Tangan Mak aku dah bengkak kiri kanan pasal kena cucuk. Hari ni dengar kata kena pindah wad pulak. Nak check jantung & darah tinggi.

Ikut crita Mak, Jumaat lepas, Mak aku ditolak ke bilik bedah lebih kurang kul 7.30am. Masa nak operate tu, darah naik ke 180-190. Operation diteruskan jugak. Masa tengah operate tu, ada komplikasi jantung. Darah turun hingga -34. Memang serius & kritikal. Aku ingat operation tu biasa-biasa jer. Ngeri jugak dengar. Masa dalam dewan bedah tu, Angah dah tunggu kat luar dari pagi sampai tengahhari lebih kurang kul 2pm. Pembedahan tu tak lama. Tapi Mak diletak di bilik pemulihan selama beberapa jam tanpa dimaklum kepada Angah atau Abah yang lebam menunggu di luar. Dua kali Angah tanya guard yang jaga bilik bedah tu. Kali pertama, guard tu intercom bilik bedah tanya status Mak. Diorang kata operation blom selesai. Kena tunggu lagi. Kali kedua bila dah masuk kul 1.00 lebih, Angah tanya lagi dengan guard yg jaga (kali ni guard lain dari yang tadi). Nak tau aper guard tu jawab,

"Saya tak tau la".
Angah pulak tukang ajau,

"You intercom la dewan bedah tu. Tadi guard sebelum ni boleh intercom".
Pastu guard tu bagi jawapan bakau darah,

"You intercom la sendiri".
Macam gampang Angah kata. Dia yang kerja ker aku yang kerja situ. Kang kalu aku pandai-pandai intercom sendiri tak ker terkejut orang dalam bilik bedah tu dengau suara aku. Guard tu kata dia cuma ganti sekejap jer. Dia tak tau pasal bilik bedah ni. Abih tu, si Angah ni tau sangat ler. Adusss.... Ni kes tak habis sekolah ke aper?

Satu lagi hal. Dari Jumaat lepas, dua tapak parking lot di sebelah atas (bersebelah dengan laluan ke wad) dan parking lot di bawah (antara rumah mayat & wad pesakit) telah ditutup. Seperti yang korang tahu, parking kat Hospital Melaka ni memang berhawau sejak dulu lagi. Jadi bila dua lot parking ni di tutup, korang bayangkan betapa lagi hawaunyer nak mencari parking kat situ. Dia boleh buat kanopi bebanyak, buat tempat meniaga macam pesta konvo tu. Adamacam hari terbuka kat hospital tu kalu tak silap. Aku pon malas nak amik tahu sangat. Sebab bagi aku amatlah tidak sesuainyer. Pelawat terpaksa parking jauh, kena berjalan ke wad. Sesak napas Abah aku dibuatnyer. Yang aku dengan kaki bengkak lagi la termengah-mengah. Sampai wad Mak, aku siap baring atas katil sebelah katil mak.

Hari Sabtu tu hari programnya. Tapi kanopi start pasang dari hari Jumaat. Hari Ahad tak habis lagi. Aku sampai dalam kul 1.00pm siap ada karaoke & sukaneka. Aku tak tau mana pergi pikir diorang ni. Kan situ tempat orang sakit dan ramai orang melawat orang sakit. Semua tu datang nak berseronok ker. Mungkin alasannya, mereka nak hiburkan pelawat dan pesakit. Tapi aku tetap tak boleh terima alasan tu. Dekat wad tu, ada yang tunggu masa nak meninggal, kat rumah mayat bawah tu, mungkin ada yang meninggal atau waris-waris mangsa yang tengah tuntut jenazah. Diorang boleh tergamak berkaraoke kat situ. Mungkin ada yang rasa tu bukan masalah besau. Tak per la. Tapi bagi aku tetap tu kerja orang macam tak der otak.

Aku cuba positif pikir terhadap hospital besar ni. Aku paham, hari-hari ramai pesakit. Layanan staff nurse kat situ semua dah okey. Dah tak macam dulu lagi yang aku dengar semua muka garang jer macam tak dapat gaji. Cakap pun tak memikir. ALhamdulillah sekarang dah okey. Cakap bebaik. Tapi tu la... bila ada benda-benda lain yang timbul, buat aku sakit hati. Aku tak tahu aper yang aku bebel ni boleh diterima akal atau tak. Tapi yang pastinya, hospital tempat orang sakit. Dan orang awam yang ke hospital kalau tak sakit, maknanya dia pergi melawat orang sakit. Bukan nak pergi beriadah atau bersuka-ria. Benda senang macam ni pon nak kena ajau pikir ker???

Read more...

Perompak Bengong Masuk Rumah Aku

digoreng oleh Shima Batu | Friday, June 19, 2009 | , , , , , , | 4 komplen »

Salam,

Semalam rumah family aku dimasuki perompak bengong. Kenapa aku gelar bengong? Pertama sebab aku geram. Jadi aku gelau perompak tu bengong dan yang ke-2 sebab dia pikir aku ada simpan banyak cash ker dalam rumah. Padan muka kau perompak. Tak sekolah punyer perompak.

Macam yang dah aku gembar gemburkan sebelum ni, semalam (18hb) Mak aku kena masuk wad utk operate buang tonsil tengahhari ni (19hb). Alkisahnye semalam, aku bersiap lambat nak ke opis. Dah alang-alang lambat tu, Mak ajak breakfast dulu sebelum ke spital. Aku setuju jer. Makan free (Angah belanja). Lebih kurang kul 8.40am kitorang (aku, emak, angah & icam)tinggalkan umah. Nampak jiran sebelah blom keluar gi kijer. Tapi wife dia dah kuar kerja. Anak-anak mungkin tengah tido lagi. Sejak bibik diorang balik Indon minggu lepas, kawasan umah kitorang tu memang sunyi waktu siang. Takda jiran lain (perumahan baru). Kalau bibik tu ada, kecoh jugak dengan suara anak-anak jiran tu dengan suara bibik tu skali kekadang.

Lepas breakfast, aku tak sempat nak tunggu Mak masuk wad. Aku terus ke opis. Tengahhari Angah bagi SMS Mak dah check-in Wad 1-3, Katil 27. Aku tengok jam, uishk...12.40 baru dapat wad. Bak kata "Alex, biasala... gomen". Wad kelas 2, kelas 1 penuh. Takper la kata Mak, kalu kelas 1 nanti dia boring dok sorang. Boring ker takut?? Tiba-tiba, tak sampai 10 minit, Mak call.

"Kau sibuk ke?"
"Biasa jer, kenapa?", dalam hati aku pikir Mak nak suruh aku datang ke spital ke?
"Abah ada call kau?" Aku jawab takder. Aku jadi cuak, kenapa plak dengan Abah ni. Waktu macam ni biasa Abah balik makan tengah hari kat umah.
"Rumah kena masuk orang la. Abah baru call. Kalau boleh kau balik sekarang. Angah dengan Mak ni".

Aku tak pikir menda, terus dail nombor En Boss. Macam biasa, En Boss akan kata O.k. Jawapan tak o.k bule kira sebelah tangan kalau dengan aku ni.

On the way dalam keta aku berdoa dalam hati, jangan la Abah aku kena heart attack pasal terkejut. Sempat gak aku menyumpah-nyumpah si penyamun tu. Dalam umah memang tak der simpan cash. Kalau ader pon syiling. Tu pon baru minggu lepas kitorang gotong royong pecah tabung (pasal tabung tu dah penuh) tukar syiling kat bank. Dapat dalam RM300 lebih.

Abah call aku masa aku dok membebelkan trafik light lampu merah kat Bukit Katil.

"Dalam bilik kau ada barang aper?"
"Ada gelang tangan hadiah kawen en suami RM4++.00, cincin tunang RM3++.00, jam swatch en suami RM5++.00, tabung syiling buah kelapa en. suami". Aku sengaja sebut harga sebab tau Abah nak buat reprt. Mesti la nak tau nilai kan?
"Jam ada lagi ni. Tabung dah kopak. Cincin dengan gelang kau simpan dalam kotak kayu ni ker? Dah berterabur ni".

Aduhai, bengang giler. Aku speed sampai umah. Tengok Abah ada depan umah. Icam tengah start enjin Savy nak ke hospital balik. Angah stay kat spital dengan Mak. Masa tu Abah dah buat report kat balai. Aku teman Abah tunggu polis datang amik gambau & periksa cap jari. Silapnya kami, keluar tak kunci gate. Sebab pagi semalam hujan lebat. Sempat tutup jer gate tu.

Sementara menanti anggota polis yang "bergerak... melawani musuh negara...", aku peksa barang dalam umah.

  1. Memula aku tengok tv besau hadiah kawen Ejah & Wie pada aku... Ada
  2. TV besau kat hall... ADA
  3. TV 19" dalam bilik Emak... ADA
  4. Camera digital Canon milik Abah baru 4 bulan pakai... Ada
  5. Desktop PC dengan flat screen yg baru beli 4 bulan... Ada
  6. Hi-Fi rosak... Ada
  7. Sony DVD player hadiah kawen dari Mak Der... Ada
  8. LG Microwave hadiah kawen dari En Boss... Ada jugak
  9. Tabung Abah... Duitnya ADA walaupon tabung tu dah terbelah
  10. IBM Notebook antik milik Emak... TAK ADA
  11. Handphone Motorolla milik Abah yang dah 4 thn tk pakai... TAK ADA
  12. 2nd Handphone Icam... TAK ADA
  13. 3rd Handphone Emak... TAK ADA
  14. Handphone NOKIA kawan emak yang tertinggal & belum sempat nak datang amik... TAK ADA
  15. 2 bijik peti sejuk dua pintu dan satu pintu.. ADA
  16. Mesin basuh... ADA
  17. Beg sandang Angah baru beli sehari... TAK ADA
  18. Dalam bilik aku pulak; Digtal Camera En Suami... ADA
  19. Tabung Kelapa... Duitnya ADA walaupon tabung tu dah terbelah
  20. Gelang tangan hadiah kawen dari En Suami (tinggi value nih)... ADA
  21. Cincin tunang (tinggi value pd aku pasal dipilih oleh kengkawan)... ADA
  22. Jam SWATCH En Suami... ADA
  23. Encik Black (kucin giler)... ADA

Jadi kesimpulannya di sini, kami kehilangan sebuah notebook antik (value tak smapai RM1000.00 kalau jual), dan 3 biji handphone antik yang kami simpan untuk pakai bila ada yang rosak handphone, serta sebijik handphone yang tertinggal milik orang orang lain.

Alhamdulillah, takder melibatkan kerugian yang besau. Tapi ni tetap jadi pengajaran yang cukup besau buat kami. Menurut kata pak polisi, pencurik masuk ikut sliding door utama. Motif.. mencurik ler kan. Pencurik memakai sarung tangan pasal tak der kesan cap jari. Dan baru beberapa hari sebelum ni, rumah blakang blok kitorang kena pecah jugak. Saksi utama Encik Black. Dia jer ada kat umah masa tu. Aku rasa perompak tu tak tahan dok lelama dalam umah tu pasal kena kokang dengan Encik Black. FYI, Encik Black ni memang hobi dia mengokang kalau orang tengah sibuk bekerja. Tu pasal si penyamun tak sempat nak sambau barang kemas aku dan camera digital yang terang-terang terpampang macam showroom dalam umah tu.

Nasib kau la penyamun. Paling buat aku gelak besau, si penyamun dengan sedaya upaya mengopakkan briefcase Abah (gambar atas). Mungkin sebab briefcase tu berkunci guna code number, dia lagi bersemangat nak bukak tengok ada harta apa dalam tu. Habis toolbox Abah dikirainyer. Skali bila briefcase tu terbukak.. apa yang ado??? Surah Yasin dan Mukadam lama, buka bank Abah zaman remaja dan lain lain yang tak bernilai di mata dunia. Briefcase tu dah lama tak buka pasal Abah terlupa code nak buka beg tu. Dan aku rasa aku dengan adik-adik main pondok-pondok masa kecik-kecik yang letak bebarang dalam beg tu. Pastu terkunci. Korang dapat bayangkan tak betapa berpeluh-peluhnya si pencuri tu buang masa buka benda alah tu?

Dari citer jiran sebelah, dia keluar rumah lebih kurang kul 10am untuk hantar anak dia ke nursery tengok gate umah kitorang dah terbuka. Dalam waktu yang sama jugak, polis bagi tau diorang ada meronda kat situ waktu tu. Aku rasa masa ni pencuri ni dah ada dalam rumah. Lebih kurang setengah jam pastu, jiran sebelah balik semula ke rumah nak bersiap ke tempat kerja pulak. Jadi kalau ikut aku punyer agak-agak, masa ni mungkin si pencurik gelabah dengar bunyi keta. Jadi dia cepat cepat capai apa yang dia sempat, sebelum lari dengan beg sandang Angah. Mungkin dia terlepas pandang camera dan barang kemas aku tu. Dia hanya sempat selongkar jer bilik aku tu. Lain-lain masa dia banyak terbuang pada briefcase Abah tu. Bilik Icam tak payah selongkar, pasal dah sedia terserak tanpa diselongkar. Capai handphone jer atas meja dia.

Petang tu Ejah & Wie datang umah aku. Kononnyer nak melawat Mak aku kat spital, tp dengar brita ni terus diorang datang umah dulu. Pastu baru kitorang ke spital sesama. Nak masuk magrib baru kitorang balik.

Hari ni mak operate lepas puasa dari malam tadi. Tapi ni dari tadi (7am) masuk wad bedah sampai ni (1.20pm) tak kuar lagi, cuak jugak aku. Kata minor operation jer. Risiko pendarahan kalau darah tinggi. Janganlah jadi apa-apa yang tak baik. Mak tu darah tinggi. Semalam jer dengar pasal pencuri dah melambung darah dia naik.






Bilik Mak & Abah selepas di selongkar.


Cabinet simpan pinggan mangkuk dan lain lain barang yang tak boleh di gadai di kedai pajak.

  1. Surat gelang kedai emas gelang tangan aku. Pencuri jumpa surat jer. Gelang dia tak jumpa.
  2. Handbag Carlo Rino hantaran aku yang takder isi.
  3. Tin tempat aku simpan duit yang En Suami bagi. Duitnyer aku dah bank in dlm CIMB beberapa hari sebelum ni.
  4. Kotak & jam tangan pemberian En Boss
  5. Geran motor En Suami
  6. Tabung kelapa En Suami
  7. Gambau aku ngan kengkawan dan Umairah
Gambar aku dengan kengkawan ni dan gambar Umairah mungkin dibelek belek oleh si pencuri. Sampai tak sempat nak lari kan syiling dalam tabung tu. Gambar2 ni pemberian Owie.

Buku-buku agama ni tanak plak dia kirai. Mana tau buleh jumpa aku selit duit seratus celah buku ni. Aku selalu gak buat kijer selit duit sepah sepah camtu. Oooppps... pecah rahsia!!


  1. Kotak-kotak yang aku simpan gelang, cincin, jam, koronsang & pin tudung.
  2. Dua ni adalah hantaran aku hari tu... Quran memang di situ. Kotak jam tu, dalam drawer bawah tu sebelum ni. Jamnyer aku simpan dalam handbag bawak gi kijer.
  3. Koleksi VCD Jepun milik Zul Azrin yang tak sempat nak pulang. Nasib baik pencuri tak minat citer jepun.

Itu sajer laporan aku. Kebanyakkan bebarang aku yang bernilai adalah hadiah kawen dan hantaran. Jadi aku sayang sangat benda-benda ni. Kalau hari jadi, mungkin lain tahun boleh dapat lagi. Kalau hadiah kawen, ada yang nak bagi dua tiga kali ker? Lagi pon benda ni semua pemberian En Suami, dan kengkawan. Paling tak pun, setiap benda ada memori aku dengan kengkawan atau suami. Jadi tak sanggup aku untuk kehilangan benda benda ni, apatah lagi MEMBUANGKAN pemberian orang ni.






Read more...

Gi Spital Semalam

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, June 16, 2009 | , , | 6 komplen »

Salam,

Nasib baik tak kena dok wad. Aku dok berdoa jer sepanjang masa jangan aku tercampak kat wad semalam. Risau beb, pasal semua geng klinik yang aku jumpa tiap-tiap bulan yang mana kes kena refer spital besau, dah dok satu malam kat wad. Tiba giliran aku.. Alhamdulillah. Baby 26 minggu plus plus. Maknanya lebih kurang 6 bulan setengah. Hehehe.. suka sangat. Tengok baby dah ada jari. One thing pasal baby aku ni, tiap kali aku ngaji baca surah Muhammad, dia musti gerak-gerak.

Semalam aku ke spital. Alone... Appointment 8am. Aku sampai kul 7.30. Cari parking keliling hospital tu, sampai kul 8.00. Lelah wei. Time ni rasa cam nak nangis... Naper en suami tak teman aku. Nak dapat nombor giliran kena tunggu, dah dapat nombor menunggu lagi satu hal. Perut makin lapau. Ni kalau sehat pon bule sakit. Aku tak boleh nak tinggalkan tempat menuggu tu untuk beli makan, sebab ni first time aku kat situ. Jadi tak tau procedure diorang. Tiap-tiap procedure kena panggil no. Peksa urine tunggu nombor, peksa darah tunggu nombor, jumpa doktor tunggu nombor, nk gi scan tunggu nombor, jumpa balik doktor pon kena tunggu nombor panggil jugak. Jadi aku memang tak boleh nak tinggal tempat tu. Aku tak macam orang lain bawak laki, laki bule tolong cari parking, tolong beli makan, tolong beli air kotak, tolong beli surat kabau tak pon majalah Pa&Ma sementara nak tunggu giliran. Aku datang sendiri. Jadi dah set dalam kepala hotak, jangan manja sangat. Tak payah nak sayu hati. Tapi memang tak sempat aku nak rasa sedih or terkilan sebab En Suami tak der, sebab aku terbayangkan, kalau en suami ada, tentu dia lagi empat kali boring menunggu nak banding dengan aku. Confirm kelat muka dia nanti. Menyusahkan pulak tak memasal suruh dia cuti balik Melaka semata mata nak meneman boring aku nih.

Aku try tanya doktor, nak gi private klinik jer untuk check up tiap-tiap bulan. Tak larat nk buang masa menunggu. Lagi pun aku ni bekerja. Doktor dengan senyum simpulnya menjawab,

“saya galakkan untuk first baby ni datang klinik & hospital kerajaan”.

Hampa & hampeh. Aku tak kuasaek nak dengar alasan doktor tu lagi. Tak per la, aku bukan kaya sangat pon nak gi private spital.

Berlapau la aku sampai kul 10 lebih. Dapat MC satu hari. Ingat nak terus balik sebab aku letih giler. Tapi ada urgent job kena setal tengahhari tu. Aku kena gi opis. Kul 3.00 aku cabut balik umah.

Malam call En Suami nak mengadu. As usual,

"Sabar lah. Ada ganjarannya untuk seorang ibu bersusah susah ni. Lagi pun boleh
ajar baby ni rasa susah dari dalam perut lagi".

Hehehe... Aku tahu, bukan kuasa aku untuk jaga baby ni, bukan jugak kuasa en suami untuk pelihara dia, tapi aku kena selalu pohon pada ALLAH supaya pelihara dia, bantu dan mudahkan urusan aku. Mengadu dan minta tolong pada ALLAH patutnya. Bukan ngadu pada en Suami.

Hopefully, baby ni akan lahir sebagai anak yang kuat, jangan manja sangat macam emak dia ni. Dan yang paling penting ALLAH pilih dia sebagai hamba yang sentiasa dapat diberi perlindungan dari ALLAH, sentiasa dalam lingkungan hidayah-Nya, sentiasa pentingkan agama dari segala benda, hidup survival untuk agama. Amin. Perkenankanlah Ya ALLAH.

Read more...

My Baby

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, June 09, 2009 | , , | 0 komplen »

Salam,..

Update terkini

Aku baru masuk opis ni. Masuk lambat pasal kena gi klinik. Peksa bulan-bulan yang macam biasa tu. Nak ikutkan aku malas nak gi tiap-tiap bulan. Tapi apakan daya, bebelan misi kat klinik tu lagi aku letih dengar dari menunggu giliran utk rawatan.


Perkembangan terbaru?? Dua bulan lepas aku gi scan, doktor kata baby aku kecik. Baru 17 minggu. Sedangkan kalu ikut kira manual, baby aku sepatutnya dah 19 minggu. Bulan lepas aku gi lagi klinik, doktor kata baby aku besar. Dah nak masuk enam bulan (24 minggu). Aku jadi kompius. Tak per la kata En Suami, asalkan sihat, tak payahlah nak runsing. Tadi aku pergi, misi tu kata baby aku baru 25 minggu. Hah... camner kira tu. Tekanan darah rendah (mingkin pasal aku blom bekpes pagi tadi). Akhirnya mereka sebulat suara dan perut menyuruh aku ke spital minggu depan (15 June). Waduh..waduh..waduh. Lemah lutut. Bukan aku takut. Tapi aku dok pikir aku kena cuti lagi. Tension plak rasanyer. Dah ler kijer bertimbun, semua aku nak setal sebelum cuti beranak. Kalu buleh start bulan posa aku tak mau kijer lagi. Ni pon aku kijer 8 jam, aku reht 3 jam. Aci tak??

Hopefully, tak der aper aper masalah bila gi spital nanti. Berdoa bebanyak supaya tak kena tinggal dalam wad. En Suami memang tak bagi aku gi spital kalau boleh. Tapi kalu dah terpaksa nak buat camner? Tak per la kalu En Suami tak dapat balik temankan aku pon. Emak bule nemankan aku. Tapi, mak pon kena masuk wad jugak 18hb tu (3hr selepas aku), sebab kena operate buang tonsil. Macam-macam la hai. Angah dapt cuti 3 hari. Sabtu ni dia balik Sarawak, nanti minggu depan dia balik lagi. Bagus gak dia ada.

O.k..., sembang lain kali. Nak sambung kijer plak.

Wassalam.

Read more...

3 Hari 2 Malam

digoreng oleh Shima Batu | Monday, June 08, 2009 | , , | 0 komplen »

Salam to everybody,

Lama tak update kan? Alasan lazim.. bz n byk kijer. Lama jugak tak lepak dengan geng. Sesekali jumpa diorang dtg jenguk aku kat rumah. Syukur la ada lagi yang sudi jenguk. O.k, aku hold dulu cerita lepak-lepak dengan geng ni. Tapi aku nak criter dulu what happen to me on 1st, 2nd and 3rd June.

Aku dengan sukarela nyer menerima pelawaan encik suami utk ke satu program. Tak perlu aku sebut aper programnya. Tapi cukup sekadar aku katakan, program ni byk buat aku belajar, menilai diri, betulkan diri dan macam2 input yang baik baik. InsyaALLAH, harap boleh aku amalkan lebih lebih lagi dalam keadaan aku berbadan lebih dari satu nih.

Dah lama encik suami mengajak, tapi aku sendiri tak bersedia untuk keluar rumah berpakaian seperti yang “diminta”. Aku letakkan syarat (jahatnyer), sediakan pakaianya, baru aku ikut. Dengan izin ALLAH, Encik suami dapat sediakan pakaiannya. As per wish, aku kena tunaikan janji walaupon tak dipaksa oleh encik suami. Mulanya aku rasa berat hati nak pergi, atas alasan belum bersedia memangdangkan tarikhnya 5 hari lebih awal dari yang aku jangkakan. Tapi bila tengok muka exited encik suami, aku turutkan jugak. Aku suka bila tengok muka dia gembira. Tak terkata. Aku terus lupa muka kelat encik bos bila encik suami call minta cuti untuk aku.


Memang, program macam ni bukan senang nak pergi dalam usia sekarang ni. Dulu masa sekolah byk la kelas agama motivasi yang terpaksa pergi. Tapi bila dah bangka ni, sendiri la kena usaha pergi ke tempat-tempat macam ni untuk belajau (dengan sukarela... bukan paksa).

Dalam (perjalanan) keta, Encik Suami dah kata, betulkan niat. Jangan pergi sebab suami. Pergi sebab ALLAH. Sampai sana belajarlah untuk baiki amal, muhasabah diri dan paling penting, masa ni lah peluang untuk banyakkan amal setelah beratus jam kita habiskan dengan benda lain. Bukan nak cari salah orang, kelemahan orang lain, tapi lebih kepada untuk diri sendiri.

Sampai ke tempat tu, terus mula program. Dalam hati terbit rasa jahat, “Apa aku buat kat sini. Kenapa aku tergamak tempatkan diri aku kat sini?” Teringatkan Angah yang baru sampai sehari, mesti malam ni ada makan2 best kat rumah. Terbayangkan tilam yang best nak banding dengan tempat tidur yang ada untuk aku selama tiga hari malam tu. Confirm tak nyenyak. Dah tentu 3 hari ni aku tak nampak muka encik suami (tinggal berasingan masa kat sana). Dah la kami ni PJJ (perkahwinan jarak jauh). Macam macam benda bermain kat kepala hotak aku ni.

Tapi, Alhamdulillah, sikit demi sikit aku belajar. Banyak benda yang aku dapat di sana, yang aku takan dapat di rumah. Sangat seronok menunggu waktu semayang. Sangat seronok bila ada banyak masa untuk zikir, baca quran dan belajar quran. Tempat tido yang tak selesa tu la yg buat aku dapat bgn tahjud. Sangat seronok bila dengar kisah Nabi, sahabat dan sahabiah. Amalkan sunah, doa dan adab masa makan, tido, masuk tandas, pakai baju, tengok cermin. Hahaha… kekadang rasa cam budak sekolah tadika. Tapi benda tu ler yang aku tak buat & amal sepanjang hari.


Tiga hari tak terasa panjang. Teman dan senior seangkatan sangat best. Banyak yang aku belajau dari diorang terutamanya dalam bab amalan sebagai sorang istri, dan bakal ibu. Bersyukur kerana aku diberi peluang bersama mereka selama tiga hari tu. Kalau da peluang lagi seblom branak ni buleh gak pegi lagi. Tapi keadaan diri aku ni, buat aku susah la ikut semua aktiviti. Orang lain dengar ceramah sambil duduk, aku sambil baring. Macam tak best pulak. Tapi baik jugak kalau bersusah susah masa mengandung ni. Ajau sikit baby ni rasa payah. Mujahadah… betul ker? Hehehe…

Nanti ada masa aku kongsi skit apa aku blajau kat sana. Buat masa ni tak payah dulu la. Kang ada yang muntah plak meluat baca. Maklum ler.. ni bukan citer dunia hiburan tempatan @ luar negara. Hehehe…chaw bebeh…


Wasalam…



p/s: Ini pengalaman pertama aku. Jadi aku mohon maaf dan diperbetulkan kalau ada cara penyampaian aku salah dan tidak betul @ aku memahami dengan cara yang salah.


Read more...

OTAK JAMMED MINTA NASI AYAM

digoreng oleh Shima Batu | Friday, May 15, 2009 | | 7 komplen »


Otak aku mula jammed.


Amik masa utk napas. Tak tahu sampai kul berapa aku nak kena betapa kat opis. Sekang dah 7pm. Mujur En Alim outstation. Kalu tak musti dia suruh aku tido jer kat opis nih. Ni bukan masalah buat kijer last minute. Semua nak setal Monday, nak submit Monday. Gayanyer macam besok kena kijer. Ahad blom tentu. Memang gampang.


AMK Jasin call minta design banner pon aku terpaksa reject. Aku tak cukup jari beb. Huda call nak jumpa petang ni, terpaksa aku reject jugak.


Air cond makin sejuk. Remote air cond tah mana aku timbus dengan paper work. Perut makin lapau. Otak dah mula mintak oksigen. Air liur makin beku. Teringat pasau malam telok mas malam nih. Dapat nasik ayam bestnyer.


Tetiba masuk satu SMS dari Dak Icam,

“MAK SUH SGAH PSR MLM.. MAK TAK MASAK”.

Lalu keypad henpon yg nak habis betri ni ku tujah mereply masej,

“AKU KT OPIS LAGI. MALAS SINGGAH. KAU BLIKAN NASI AYAM YG BEST TU. AKU NK 2 BUNGKUS. AYAM LICIN. KANG BALIK AKU BYR. LEPAS MAGRIB AKU BALIK”.


Tak lama lepas tu; tipon bunyik. No Icam, “BETOL KER KAU NAK DUA NASI AYAM?” Hahahaha…. Serius aku lapau. Main togok air sejuk dari siang tadi.

Moral of the story... kesibukan membuatkan aku makan tak ikut time. Ikut suka, ikut nafsu. Memang setan.
Read more...

Nizar MB Perak Sah

digoreng oleh Shima Batu | Monday, May 11, 2009 | | 0 komplen »

Hari yang best. Walaupon aku bukan rakyat Perak. Tapi aku juga kesian tengok rakyat Perak yang mengundi bagai nak rak tiba-tiba "wakil rakyat" yang dipilih keluar dari parti yang benderanya terpampang di kertas undi dulu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

[Sumber: MalaysiaKini.Com]

Alhamdulillah. Menunggu keputusan ni lebih mendebarkan aku dari tunggu keputusan pilihanraya kecik atau besau. Selepas tengok video Sivakumar diheret keluar dewan..., lepas dengar keputusan ni.. rasa nak kentotkan ajer muka seseorang. Tapi muka saper yerk??

Satu soalan.. kenapa encik polis marah benau dalam program Makan Malam di Setiawan anjuran DAP?

Dalam pada tu.. APA LAGI LEPAS NIH???

Read more...

Buat KAWAN yang telah meletakkan title "BEKAS SAHABAT BAIK" kepada aku dalam blognya. Don’t know if she concert about it or not.

KAWANKU,

BULAN 6 NI GENAP 10 TAHUN KITA BERKAWAN. DALAM TEMPOH 10 TAHUN NI, BANYAK BENDA DAH KITA LALUI DENGAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN. LEPAS SORANG SORANG KITA TENGOK KAWEN DAN BERANAK. SEMUA DAH BEKERJA ENTAH KE MANA. BERJUMPA CUMA SETAHUN SKALI MUNGKIN. ADA YANG DAH 8 TAHUN KITA TAK JUMPA. ALHAMDULILLAH, SEBAB AKU MASIH DIHUBUNGI DAN MAMPU UNTUK MENGHUBUNGI KAWAN-KAWAN YANG LAIN. KITA ADA SEJARAH KITA. TAPI BILA BERJUMPA, SEJARAH TAKKAN DIULANG, CERITA DULU AKAN JADI BAHAN KETAWA KITA HARI NI. SEMUA YANG PAHIT DULU JADI MANIS BILA INGAT. NO HURT FEELING. WE FORGIVE BUT NOT FORGET EACH OTHER. AMBIL CONTOH INTAN. BETAPA JAHATNYA KITA SEMUA DALAM KELAS MENYAKAT DIA. TAPI HARI NI BILA BERJUMPA, KAU TENGOK KITA ADA BERGADUH KER? INI TANDANYA KITA DAH DEWASA. SEMAKIN MATANG MENGHARGAI KAWAN. KITA JARANG JUMPA SUKRI, HUZIR, MARIATI, DAK YAN, DAK ATOK, DAK CHOLL, FAKAR DLL, TAPI SESEKALI BILA BERJUMPA, IT JUST LIKE WE SEE EACH OTHER EVERY DAY. THERE IS NO GAP BETWEEN US. KITA BERKONGSI CERITA SEDIH KETAWA TANPA ADA BORDER. TAK PERNAH TERPUTUS KAWAN. AKU TAK PERNAH LAGI TENGOK ADA KAWAN YANG LARI BILA NAMPAK KAWAN YANG LAIN. TAK KIRA LA APER PON KEADAAN DIORANG. DAH JANDA KER, KAWEN TANGKAP BASAH KER, MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH KER, KAWEN LAKI ORANG KER, ADA SCANDAL DENGAN POMPUAN LAIN KER, ANAK DARA TUA KER, YANG KAWEN DENGAN GIRLFRIEND KAWAN SENDIRI KER, LELAKI, DAN BERMACAM-MACAM LAGI KEADAAN BAIK ATAU BURUK, PEREMPUAN ATAU PONDAN, KERJA GAJI EMPAT RIBU ATAU TAK KERJA LANGSUNG, SEMUA NYA GEMBIRA BILA BERJUMPA. TAK PERNAH NAK LARI SOROKKAN MUKA.


JADI… KENAPA ALASAN BODOH KAU GUNA UNTUK PUTUS KAWAN?


MEMANG KAU DAH MINTA MAAF. AKU DAH MEMAAFKAN KAU. TAPI, BUKAN MUDAH NAK LUPA SEMUA BENDA YANG KAU DAH LEMPAR KAT MUKA AKU. BILA KAU MARAH, TAK SAMPAI 24 JAM KAU HENTAM AKU KAT BLOG. BILA KAU MINTA MAAF, TAK DER PULAK KAU TARIK BALIK ATAU TULIS YANG KAU BERSALAH DAN MINTA MAAF PADA AKU DAN YANG LAIN KAT BLOG. MACAM NI KER CARA KAU JAGA HATI KAWAN? RENDAH NYER KAU MENILAIKAN PERSAHABATAN KAU.


AKU BUKAN NAK PUTUS KAWAN, CUMA AKU MINTA, JANGAN DESAK AKU UNTUK JADI MACAM DULU LAGI. AKU TETAP AKAN CALL KAU BILA AKU NAK DAN TANYA KABAR MACAM AKU BUAT KAT ORANG LAIN. AKU AKAN TETAP SMS APA INFO PASAL KENGKAWAN PADA KAU, SAMA MACAM AKU BUAT KAT KENGKAWAN YANG LAIN.


:: KAU TETAP KAWAN AKU. TAK ADA BEZA KAU DENGAN YANG LAIN, CUMA TAK ADER LEBIH UNTUK KAU BERBANDING YANG LAIN. ITU SAHAJA. HARAP KAU FAHAM::

:: KAU TETAP KAWAN AKU. TAK ADA BEZA KAU DENGAN YANG LAIN, CUMA TAK ADER LEBIH UNTUK KAU BERBANDING YANG LAIN. ITU SAHAJA. HARAP KAU FAHAM::


:: KAU TETAP KAWAN AKU. TAK ADA BEZA KAU DENGAN YANG LAIN, CUMA TAK ADER LEBIH UNTUK KAU BERBANDING YANG LAIN. ITU SAHAJA. HARAP KAU FAHAM::

:: KAU TETAP KAWAN AKU. TAK ADA BEZA KAU DENGAN YANG LAIN, CUMA TAK ADER LEBIH UNTUK KAU BERBANDING YANG LAIN. ITU SAHAJA. HARAP KAU FAHAM::


Sekarang ni, aku memang tengah KECEWA dengan sikap kawan aku yang sorang ni. TERSANGAT KECEWA.

Untuk pengetahuan, aku dah simpan post ni dah dekat 2 bulan. Cuma sekarang aku publish. Sebab memberi ruang dan peluang.

Read more...

PINDAH RANDAH

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, May 07, 2009 | , , , | 2 komplen »

Salam,

Aku sebenaunyer nk tempek gambau aku scan baby bulan lepas. Tapi tak jadi la... Macam kerek jer rupa kan? Tak mau citer pasal baby jugak, takut terlalu teruja. En Suami musti tak kasinyer aku citer bebanyak. Esok aku ada appointment dengan klinik. Hari ni aku kena gi klinik jugak patutnyer. Tapi malam nanti lah. Hopefully, semuanya dalam keadaan yang baik.

Aku dah pindah umah. Rasa ramai dah tau. Kat Alai Perdana (Crystal Bay). Aku ada bagi masej kan? Yang da datang jenguk Zul Azrin, Ejah & Wie. Dak Yan pon ada jugak. Kebetulan dia dok menjaring ikan depan umah aku masa tu.

Aku dan En Suami still dok dengan family lagi. Tunggu pas beranak baru usaha cari umah sendiri. InsyaALLAH. Tak dapat beli pon sewa la dulu. Ni kata En Suami. Pagi-pagi lagi dah bagi aku duit suruh simpan buat deposit rumah. Berkerut dahi aku. Ingat nak bagi untuk shopping barang baby. Lebau senyum aku memula tu. Fokus aku pada baby, dia fokus pada rumah. Tak kesah la. Asalkan ada fokus.

Cerita pasal pindah umah. Angkut barang pada 26 April yg lepas. Proses mengemas umah seminggu sebelum tu. Pasal umah baru, kipas, lampu, grill semua nk kena buat ler. Umah semiD.. pepaham sendiri ler, keliling nak kena grill. Uma sekarang mana ada tingkap "nako" lagi. Pesen nak cantik, tapi ciri keselamatan tak berapa. Kena buat sendiri grill besi. Tapi nak ikutkan, kau pasang grill batu pon blom tentu selamat. Betol tak?? Rasa habis licin duit Abah aku kat umah tu. Aku tulun skit skit jer. Memang tak aci kan? Dah le mengemas pon aku tulun skit skit jugak. Tu pon macam nak tercabut pinggang aku memalam tak bule nak tido.Sampai saat ni, rumah dah siap berkemas, tapi dalam bilik ak ada lagi 2 kotak kain baju dengan 1 kotak buku tak habis kirai lagi. Aku rasa macam nak biar jer dalam kotak tu. Sampai aku pindah umah sendiri plak nanti.

Process mengangkat barang dalam masa satu hari. Aku rasa ada dalam 4 trip lori tu. Mujur ada 3 orang warga Nepal yang di import dari kilang kasut untuk membantu. Kalu harap En Suami dan dak Icam, hari ni pon tak habis punggah barang lagi. Abah memang tak bule tolong la, nanti penat (sakit jantung). Kucin 3 eko (Abang Debab, Encik Kenet dengan Inspector Black) jugak dia angkut sama. Tapi setakat hari ni, hanya Inspector Black jer yang ada kat umah. Abang Debab dah dua kali lari balik umah lama. Encik Kenet dah tiga kali. Memang tak larat lagi nak pergi jemput kat rumah lama tu. Tunggu Angah balik nanti baru pergi angkut malaun dua ekor tu. Bedebah punya jantan.

Gambau atas: Bilik Angah jadi stor sementara. Tapi ni dah okey dah bilik dia. Dah macam bilik hotel. Tapi hotel budget la...

Pada hari proses mengangkut barang, aku telah ditinggalkan sorang di rumah lama sementara menanti lori dan petugas petugas lain memunggah barang di rumah lama. Emak memang standby kat umah baru tu la. Tetiba aku yang kesorangan di kepung oleh sekumpulan kera dan lotong keliling rumah. Terkejut aku masa tu. Menakutkan. Lekas-lekas aku tutup semua pintu dan tingkat. Sempat aku amik gambau binatang tu.

Aku tak pasti spesis aper benda ni..
Mesyuarat nampak...

Santai...

Ni tengah usya member ajak bertenggek sesama kat tingkap. Aku musykil gak, camner beruk ni bule rileks dok tepi tinggkap. Padahal ni tingkap tingkat atas. Tapi nak musykil mende... dah nama pon beruk kan??

Hall adalah tempat pertama di kemaskan.

TV hadiah kawen tu, terpaksa letak di hall memandangkan keluasan bilik yang kalau ada tv tu, jawabnya, tv akan jadi bantal aku. Kipas hangin terpaksa digunakan kerana kipas siling blom pasang. Air-cond pulak, takkan di pasang buat masa ni.


Ni hall umah lama. Tempat aku nikah dolu kala... Aku tengah tunggu lori masa ni...

Skian sajer post aku kali ni.

Read more...

Sila Gerun

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, May 07, 2009 | | 2 komplen »

Kenapa budak kecik... takut nampak muka aku. Contoh macam kat bawah ni.


Garang ker muka aku ni..? Tak garang kan..kan..kan....?
Read more...

Besday Alex & Bad

digoreng oleh Shima Batu | Monday, April 20, 2009 | , | 3 komplen »


Selamat hari Lahir untuk Alex (Nahdatul Izzah) dan Bad (Maslina Mamat). Sorrie lambat wsih. Bukan aku tak ingat. Sungguh, aku teramatlah ingat dari 16hb tu lagi.



Tepat 12.00a.m 16 April 2009, reminder aku bunyik. Aku dah lama tido, En Alim baru nak tidor lepas zikir. "Bangung..bangun.. kenapa talipon ni berbunyik..." Hehehe..dengan mamai nyer aku tengok screen tipon. Besday Alex & Bad. Nak bagi masej.. kredit plak xder. Esok la.. aku tulis kat blog.



Esoknya, aku puas ler mencari gambau Alex & Bad dalam PC. Dah jumpa... tapi masanyer plak tak der. Nak YM pon tak sempat. Memang ikan sepat btol. Ni baru sempat. Sorry Alex & Bad. Selamat hari lahir buat korang. Tambah lagi umur korang. Aku masih muda belia.. hehehe...



Semoga sehat, murah rezki dengan Rahmat dan Peliharaan dari ALLAH sentiasa.
Read more...

Beringat untuk Hidup atau Beringat untuk Mati

digoreng oleh Shima Batu | Monday, April 20, 2009 | , | 0 komplen »

Salam,

Aku dalam blues hari ni. Naik lagi sehari umur aku walau apa pun keadaaanya. "Demi masa, sesungguhnya manusia ketinggalan". Apa usaha aku untuk tidak menyesal atas apa yang aku buat hari ini. Aku selalu beringat. Tapi yang kesiannya, beringat untuk hidup, bukan beringat untuk mati. Ada yang kata, hidup ni singkat, buat apa nak buang masa dengan benda yang menyakitkan hati sendiri.
Ada yang kata, hidup sementara, akhirat tu yang kekal. Jadi kena kerja lebih untuk kehidupan yang kekal esok. Bukan untuk hidup yang sementara ni. Dua dua memang betul. Hidup memang singkat, hidup memang sementara. Kita memang selalu leka, cuai, lalai. Kita selalu sedar dan beringat, tapi kita tak selalu berusaha. Korang paham ker apa yang aku bebelkan?

Akhir-akhir ni, jiwa aku sakit. Aku sakit jiwa? Eh.. bukan jiwa, tapi hati. Bukan sakit mental. Mental cuma letih. Alangkah baiknya jika semua ni boleh baik dengan panadol.

UBAT HATI
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Dalam lima perkara ni, berapa jer yang kita buat bila kita runsing, gelisah, susah hati. Baca Quran lima ayat sehari (selain dalam solat) pon payah. Ini kan pulak nk puasa. Rela diet dari posa. Dalam 365 hari, puasa cuma 30 hari, termasuk puasa ganti. Bangun beribadat waktu malam... pergh... tengok citer Korea buleh la. Meghampirkan diri kepada ALlah sepertiga malam... ni lah waktu paling best tido. Bersama-sama dalam majlis orang soleh... bersama-sama dalam majlis makan-makan lagi baik. Perut pun kenyang. Mungkin kita tak cukup masa. Tapi, semua orang diberi 24 jam sehari. Dari zaman Adam. Apa lagi alasan yang ada. Hati kena ubat jugak, kalau tak nak hati mati. Hidup bule brutal, tapi hati jangan keras macam BATU.

Setan berada di mana-mana. Iman berada ditahap mana? Bila senang ingat kawan. Bila sakit ingat Allah. Selalu kita macam ni kan? Mungkin tu sebab kita selalu disusahkan. Supaya kita beringat. Alhamdulillah kita diberi peluang untuk beringat. Kalau tak.. Allah biar supaya kita terus sesat, terus hanyut, terus leka. Saper nak tolong? Menteri, YB, Ketua Menteri, Perdana Menteri?
Berdoa minta rahmat atau minta nikmat dunia? Selalunyer, kita akan minta nikmat. Betul tak?

AL-QURAN
Al Quran relevan sepanjang masa. Al-Quran itu lengkap. Ada yang macam gampang bertanya, "Ada cara buat karipap ke dalam Quran", "Dalam Quran ada cara buat basikal?" dan paling best... ada yang tanya;

"Apa itu Quran boleh bikin jalan raya ka?"
Korang teka ni ayat saper? Sedih sungguh. Lebih sedih kalau ada orang Melayu Islam yang sama sama tumpang gelak dan megiyakan.





Maksudnya, "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika
kamu tidak mengetahui" (Surah An-Nahl: 43).



Jadi, kalau tak tahu, rujuklah pada yang ahli dalam bidangnya. Masalah hukum, tanyalah alim ulama. Masalah penyakit, tanyalah doktor. Masalah nak buat highway, tanyalah Menteri Kerja Raya... (contoh).

Mesti ingat, sepandai mana orang tu, manusia tetap bukan Tuhan. Tapi kepandaian dia tu memang dari Tuhan. Kepandaian bukan dari cikgu sekolah. Kesenangan bukan dari Menteri, masin bukan sebab garam, kenyang buka sebab nasi.

Semoga Allah SWT memberi rahmat dan petunjuk kepada kita semua sehingga ke hari kita megadapNya. Mohon maaf jika ada kesalahan dan yang menyakitkan hati korang yang membaca. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa aku tidak mengkehendakinya kecuali kebaikan untuk kita semua. Wasalam.

Read more...

Tanjung Malim

digoreng oleh Shima Batu | Monday, April 13, 2009 | , | 0 komplen »

Post baru lagi. Yer.. aku mabuk blog hari ni. Ni pasal semalam. Lepas sarapan pagi, Abah cakap nak "kebumikan" kasut yang tak habis jual kat rumah tu. Icam plak dengan kereknyer melarang. Dia nak jualkan. Tapi dengan syarat, kena hantar dia balik Tg. Malim hari tu. Abah plak bagi syarat, kalau banyak o.k. Aku pon setuju dengan gampang loratnyer. Lepas proses mengirai, ada dalam 12 pasang yang masih elok. Maka sekoyong-koyongnyer, berangkat la kami berempat ke Tanjung Malim tengahari tu lebih kurang kul 12.00.
Perjalanan memang tak best. Hujan di banyak tempat. Eksiden tak payah kira la. Ni antara yang sempat amik gambau. Merc. ni punah depan belakang. Yang kat keta tu bukan mangsa yang tersepit yer kengakawan.
Trafik bergerak perlahan. Tiba Tg. Malim lebih kurang kul 4.00. Lepas jer pondok tol, benda memula aku nampak tepi jalan, SAMPAH. Aku tak tahu tempat lain, tapi kalau di Melaka, memang tak jumpa pemandangan macam tu. Jalan tak sibuk dari Gapam nak ke Bemban tu pon xder sampah. Ni kan pulak tempat sibuk kat Melaka ni. Tapi, sungai kat Tanjung Malim ni bersih pulak. Memang stail tak buang sampah dalam sungai gaknyer. Buang sampah tepi jalan? Aci?

Terus ke rumah sewa Icam. Ni rumah dia dari luar. Dari dalam, tak sanggup nak amik gambau. Kurang sikit semak nak banding dengan tepi jalan yang aku jumpa tadi. Sempat pegi pekan Tanjung Malim, mak beli stok beras dengan maggie utk Icam. Bagi satu bonus, nuggets ayam. Ceh..aku dulu kat UUM mak tak pernah pon blikan aku beras dengan nuggets ayam (UUM dok kolej, mana ada dapor...ngok!!!).
Lepas tu Icam ajak makan laksa kat Kelumpang kalu tak silap nam tempat tu. Ingatkan dekat, rupa gampang jauh dari Tanjung Malim tu. Skali ku lempang budak ni baru tau. Aku tak makan laksa, pasal tu aku bersungut. Lebih kurang kul 5.30, hantar Icam balik umah sewa dia. Masa nak gerak dari umah dia ni baru aku perasan, jiran Icam (selang beberapa rumah) adalah muka yang aku kenal sangat. Dia adalah Sungkai (Ijan). Tak sangka jumpa dia kat situ. Dia dok mengajau kat situ. Tapi menyewa dengan kengkawan bujang. Orang bini dengan anak dia tak bawak dok Tanjung Malim. Tak sangka kan? Lima tahun tak jumpa, buleh jumpa kat Tanjung Malim. Bukan di tempat dia, bukan jugak di tempat aku.
Gambau atas sekadar hiasan dunia semata. Ni ler kedai jual pau yang glamor sangat aku dengar tu. Sekian sajer laporan untuk hari ini. Adios..
Read more...

Kawen Koyen

digoreng oleh Shima Batu | Monday, April 13, 2009 | , , | 0 komplen »

Satu lagi post untuk pembaca blog ni hari ni. Kalu boring, jangan baca. Takut ada yang muntah darah .


Pada 4 April yang lepas, telah berlangsunglah majilis persandingan antara Koyen dan pasangannya yang namanya tidak ku kenal pasti. Ini kerana, tiada kad jemputan yang diterima, hanya SMS yang di fwd-fwd dari abang kepada Koyen iaitu Junazali a.k.a. Cinpeng. Di bawah ini adalah gambar suspek.



Maka dengan girangnya hati kami suami istri pergilah ke rumah keluarga Koyen untuk meraikan hari bahagianya itu. Sesampainya aku di sana, dari jauh kelihatan En Faqar, istri, emak, abah, kakak dan abang iparnya dan anak buah sedang menjamu selera. Sekeluarga nampaknya . Di bawah ini adalah gambar Faqar, istri dan anaknyer. Tengok Faqar sama besau dengan Koyen.


Kemudian, di khemah yang belainan pula, Ejah dan Owie tengah melantak tak ingat aku. Mentang-mentang aku datang dengan laki aku. Diorang buat tak pedulik, makan pon tak tunggu. Rasa macam nak putus kawan jam tu jugak . Gambau di bawah di tangkap oleh En Alim selepas makan.


Masa tengah makan, nampak En Huzir dengan baju hitam menawan kononyer. Dia tak bawak Mariati & Umairah. Demam. Tapi aku kurang peksa plak, siapa yang demam sebenaunyer. Ejah datang dengan Emak dia. Jadi dia pon berangkat lah pulang dengan Emak tercinta sebelum aku dan Wie. Lepas makan, En. Alim ngabaukan kata nak balik Sebatu. Tanya aku nak tinggal sini ker? Hehehe... Macam tak biasa plak. Dah tentu la jawapan aku bunyinyer begini;

"Takper, orang tinggal sini dengan Dak Wie. Nanti jemput orang kat umah Ejah".
(FYI, "orang" adalah kata ganti diri yang aku gunakan ketika berbahasa dengan En Halim, Emak dan Abah aku). En Alim macam dah boleh agak jawapan aku. Lebih-lebih lagi bila nampak aku dah main-main signal mata dengan dak Wie . Bila la nak berubah perangai aku ni kan??

Gambar di bawah memaparkana aku dan Koyen. Macam hulubalang. Baju aku boleh same color plak dengan dia.



Owie jugak tidak ketinggalan beraksi sebelah Koyen. Soalan matematik; berapa kali Owie = Koyen.



Selepas En Alim berangkat meninggalkan majlis, aku pon speed dial no Ejah. Sempat layan DVD Jepun dalam sejam. En Alim datang jemput. Begitu lah kesah nyer.

Ni aku sambung lagi satu kesah. Ni bukan kesah keluh kesah kak Esah. Ni kesah dak Wie belanja makan pizza masa dia dapat duit menoreh hari tu. Tak igat berapa hari bulan. Tapi aku tempek jer gambau kat sini. Masa ni aku mengidam sangat nak makan sup cendawan kat situ. Tapi hari yang kitorang pergi tu, sp ayam la pulak.






Gambar di atas, bukti Wie dapat duit menoreh. Lepas Pizza, kami pi Jaya Jusco. One and only kat Melaka ni. Kat Ayer Keroh la. Sempat pose kat parking lot. Hah.. ada aku kesah??



Nota kaki gampang: Jangan main tengah jalan.








Read more...

Besday John

digoreng oleh Shima Batu | Monday, April 13, 2009 | , | 2 komplen »


Kesibukan yang melampau membuatkan aku baru sekarang sempat nk wish besday (7 April) kt John. Aku sempat tinggal masej pd YM time dia offline. Tapi xder respon. Mungkin ke-bz-an tahap Gaban melanda dirinya yang kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertamanya.

Buat John, selamat hari lahir. Kau bukan orang penting kat Malaysia hingga menyebabkan Pos Malaysia tergamak nak tempek muka kau pada stem. Tapi kau tetap kawan aku yang best macam beskal. Minta maaf sebab curi lekat gambo kau yang aku amik dari website kau tu (ArieGaban.Com).

Semoga kau jadi suami yang baik pada istri yg comei tu, beserta dengan murah nyer rezki buat hampa berdua, sehat tubuh badan hingga umor 200 tahun. Dengan izin ALLAH, InsyaALLAH.

Nota kaki gampang: Semalam terserempak dengan Sungkai (Ijan) kat Tanjung Malim. Tak sempat nak gebang. Aku kejar masa nak beli Pau. Nasib baik dia kenal aku lagi. Kalau tak aku letupkan keta dia dengan C4. (C4 tu mender? Mercun ker??).
Read more...

Hadiah Buat PM

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, April 08, 2009 | | 0 komplen »


Salam,

Kita masuk bab ni kejap.

Pasti ada yang mengharap, Pilihanraya Kecil (PRK) di tiga tempat semalam, Batang Ai, Bukit Selambau dan Bukit Gantang menjadi hadiah paling manis buat Perdana Menteri Malaysia yang baru ni. Tapi, keputusan malam tadi... memang manis. Manis untuk orang yang menanglah kan. Yang kalah balik buleh balik tido. Tu pon kalu bule lena.

Tunggu keputusan, gampang lambatnyer. Ngalahkan PRU. Nasib baik memang. Lantak la nak kira berapa lama pon. Tapi sakit hati jugak dengar pengulas TV1 tu cakap masa di akhir rancangan, "Yang kalah tak semestinya kalah, yang menang tak semestinya menang". Aiyakkk...tepuk dahi aku dengar. Cuba kalu BN menang, agaknyer bunyi nyer macam ni, "Keputusan ini membawa masej yang jelas bahawa rakyat memng tak suka dengan pembangkang". Aku agak jer la kan.

PRK kali ni memang best. Agak sengit. Tun Mahathir pon turun padang. Mungkin berkempen minta rakyat yang mana ada yang merajuk dengan UMNO/BN (mcm dia dulu kot), kembali mengundi BN semula. Tapi nampaknya, pengudi Bukit Selambau dan Bukit Gantang, bukan menolak orang BN, tapi mereka menolak BN. Bukan menolak Pak Lah semata. Lantak la saper pon nak jadi PM. MUNGKIN, (sekali lagi "mungkin" dari aku), ni yang pengundi di sana pikir.

Buat lah macam mana pon, bubuh la macam-macam peraturan pon, masej dari rakyat memang cukup jelas. Masih tak reti bahasa. Terus perasan bagus. TV pon sama. Bagai nak rak mengata pembangkang. Tapi ni pembangkang yang menang, apasal kau tak ngata BN pulak. Bias. Macam gampang.

Isu Anwar dijadikan sejanta. Tapi ni senjata tumpul. Keris tumpul barang kali. Dari PRK yang sebelum ni dan PRU yang sebelum ni... tetap isu yang sama. Tetap rakyat menolak. Masih buta ker? Lepas PRU 12, tak sudah-sudah negeri-negeri di bawah PR dihentam. Pulau Pinang, Kedah, Perak & Selangor. Rasanya hari hari dalam berita ada masalah negeri-negeri ni. Padahal baru setahun memerintah, rumah yang takder api air sejak 20 tahun lepas pun salah kan MB baru jugak? Memang brengset. Ada jugak yang dok menganga dengar tu. Pelik betol.

Apa yang berlaku di Bukit Gantang? YB Nizar dkatakan derhaka kepada Sultan sebelum ni. Orang yang derhaka ini menang. Yang mengundinya pon derhaka jugak ker? Ini tanda kebimbangan rakyat Perak terhadap apa yang berlaku kepada negeri mereka. Ini yang rakyat Perak mahukan.

Beberapa hari lepas, sibuk isu ADUN Pantai Remis hina Islam. ADUN ini yang KONONNYER (pinjam perkataan lazim Buletin Utama) telah menghina Islam dan Al-Quran. Bagi aku, Nga Kor Ming cuba memberitahu tentang keadilan dan ihsan yang disebut dalam al-Quran. Salah ker macam tu? Ini bukan penghinaan pada Islam, tapi penghinaan pada orang yang mengaku Islam, tetapi tidak mengamalkan Al-Quran. Nampaknyer ada yang terasa, ada yang melenting. Kenapa mesti report polis, kenapa tak betulkan ajer bacaan Nga Kor Ming. Dia bukan Islam. Kalau ada kesalahan dia dalam menyebut ayat Al-Quran, kita yang Islam patut betulkannyer. Sungguh mengerikan selepas ni, bila orang bukan Islam akan jadi takut. Takut nak baca Quran dan tafsirnya. Takut nanti salah sebut. Nanti jadi isu satu negara. Quran hanya untuk Muslim sahaja ker? Tapi adakan semua Muslim tahu dan faham semua isi Quran? Kena ingat, orang kita pon MUNGKIN ada yang berucap dengan memetik ayat Al-Quran dan tafsirnya. Dan bukan semua betul tajwidnyer.



Aper pon tahniah buat calon PAS juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin menang di kerusi Parlimen Bukit Gantang, calon PKR, S. Manikumar memenangi kerusi DUN Bukit Selambau. Tahniah jugak buat petugas dan sukarelawan PR yang bertugas di kedua dua tempat ni. Kalian memang best.
Read more...

Kawen Che Ram version 2.0

digoreng oleh Shima Batu | Friday, March 20, 2009 | , , , | 3 komplen »

Majlis Persandingan antara Che Ram dan pasangannyer "Abang Mahathir" (sila sebut dengan gaya Anita Sarawak dengan bibirnya sekali yer).

Wedding kawan aku kali ni agak special skit. Che Ram atau nama kad pengenalanya Ramsilah Maumin. Dia ni ler yang tempah kad kawen warna cokelat dengan aku. Orang kampung dia dok puji bagai. Hehehe.. aku memang menepati citarasa orang kampung Batu Gajah. Atok, Ajay, Dayah, Dak Yan & Zul tak der masa ni. Kalu ada, mau gempa Batu Gajah petang tu.

Mari tengok gambau-gambau yang sempat aku & Ejah snap. Wie jadi pengapit. Biasa la.. tu tugas rasmi dia sejak zaman sekolah rendah. Gampang nak berjangkit cepat dengan pengantin. Memang gedik. Hahaha.... Entah kenapa aku memang bahagia tiap kali mengusik dak Wie ni. Ni lambang kebahagian aku. Kesian dak Wie. Boleh putus kawan camni.

Kenapa aku kata special?? Sebab kebanyakkan yang datang datang kendong anak beb. Alahai bahagianyer aku tengok. Paling champion si Erma la (Irma Norazlina). Bila aku sampai nampak Erma tengah pegang baby. Aku ingat anak no. 2. Rupanya anak no.4. Berderet anak dia bawak. Memang champion la. Pompuan ni memang kawen lepas STPM dulu. Tapi tak sempat nk snap gambo dia. Dia da bla. Sempat la dia kenal dengan laki aku. Cewahhh... macam tak pernah kenal kan?

Aku datang dengan encik suami, tapi encik suami aku paksa untuk tinggalkan aku lama-lama kat situ. Dia pergi balik Sebatu. Kejam tak aku? Kebetulan orang kampung dia pon ada buat kijer kawen. Jadi dia tak bule la nak lama dengan aku. Aku ni, pepaham jer la, kalu dah jumpa geng, mana tahan kejap.


p/s: Caption utk gambar adalah di bawah gambar. Jangan baca terbalik yer..



Aku dan Umairah. Geram tengok pipi dia.. dah bulat. Aku pon nampak comel kan?? hahaha..geli perut.



Aku dengan dak Wie


Huzir.. apa motif??


Geng baju hitam. Aku tension betol tengok Uzir pakaikan Umairah baju warna hitam. Ganas giler. Tak panasker budak tu?
Yang senyum sampai telinga tu, Muzamil namanyer. Dah pakai Savy hitam. Kelllllassss kau Nyah!! Ni muka konon nak jadi bodyguard che Ram. Sampai situ dia bedal ayam golek sampai dua pinggan.


Dania, anak Yatie. Ni pon makin tembam. Memang ikut rupa bapak dia la. Yatie la degil. Sibuk kata ikut rupa dia.


Ni wajah bahagia Sukri. Pak Aji kedekut ni. Sanggup suruh dak Wie jemput pasal nak jimat petrol. Patut muka nampak bahagia. Tapi Huzir pesan kat aku..kalu mengandung jangan tengok muka Sukri lama-lama. Hahaha...(18kali). Keji sungguh dak Huzir ni.


Ejah. Datang lambat pasal cari "selotep" nak bungkus hadiah tak jumpa. Alasan di terima.

Cik pengapit yang bahagia.


Syafiqa..anak Sukri. Eh..anak Intan tapi bukan dengan Sukri. Tu ayah si Syafiqa sebelah Sukri baju biru. Aku lupa la nama brother ni.

Comel kan. Macam berlakon.

Ni geng bawak hand-bag besau.

Dah nak balik masa ni. Anak memasing dah mula boring.

Ni salah satu aksi boring. Baring atas meja.

Kelakau gambau ni.

Ejah dan Umairah.

Ni Umairah dengan dianyer Big Papa..hahaha..

Dah lama tak berlonggok macam ni.


Yatie nak kerek dengan Mariati pasal anak dia dah bule berjalan.


Sama comel kan??

Sekian la coretan mengapik aku. Kepada Che Ram. Selamat pengantin baru. Moga lepas ni.. kau pulak heret anak pergi kawen kengkawan.

Adios!! Tata.. Read more...

Kawen Che Ram version 1.0

digoreng oleh Shima Batu | Friday, March 20, 2009 | , , , | 6 komplen »







Click here for more pictures

Read more...

Gambo Besday Ejah

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, March 19, 2009 | , | 2 komplen »

Ingat tak entry aku pasal besday Ejah yang kat Crystal Bay hari tu. Ni gambau nyer. Aku baru sempat upload. Baru dapat dari dak Wie. Ada lagi gambar masa kawen che Ram. Nanti lah aku upload utk post akan datang.



Aku memang lambat skit update blog ni sejak dua menjak ni. Minggu ni jer dah dua hari aku tak kijer pasal demam. Encik Halim demam dua hari sebelum tu.


Selasa lepas (17-03-09), aku gi klinik. Eleh buat kad merah ibu-ibu mengandung tu. Eh??? Aku mengandung ker? Macam tak caya. Hilang brutal aku untuk 9 bulan ni. Hehehe.. due aku bila nak tau. 09-09-09. Bestkan tarikh ni. Nick cakap, biasa akan awal dua minggu. Tak per.. nanti aku tahan bagi lambat kuar. Aci?? Banyak posa aku nk kena ganti nanti.


Minggu ni cuti sekolah, seminggu Angah kat rumah. Aku jeles sampai rasa nak makan rasuah... hahahah... Makin kelakau sekarang nih.

Sorry.. entry lari dari tajuk dan gambau. Aku telah dirasuah...
Read more...

Design Kad Kawen

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, February 26, 2009 | , , | 3 komplen »

Salam,
Aku yang benaunyer, dah lama nak publish post pasal design kad kawen yang aku dah buat ni. Sajer la nak kerek. Dalam masa yang sama, nak korang tau bahawa ada kawan korang yang bagi design murah (kalu nasib baik aku bagi free) untuk design wedding card. Ni satu contoh. Kadnyer mengambil konsep aku. Macam poskad, printing depan belakang, mate laminate depan belakang, dengan spot UV. Nak tahu ape bendanyer spot UV ni. Ni dia gambo kad yang dah siap. Cun tak?
Korang nampak tak kerawang dan tulisan pada kad ni, timbul dan berkilat (petir jer tak der). Process ni la yang dinamakan spot UV. Design asal aku adalah seperti di bawah ni. Sila abaikan nama pengantin tu yerk.
Dan gambar bawah ni ada sampulnyer. Tak bergam. Ekonomi beb. Main selit selit jer.
Ni lagi satu contoh, kad ni saiz A4, depan belakang. Untuk ni aku buat tak der mate laminate. Tapi kalau nak, bisa di atur. Cuma harga lain skit. Kad ni lipat 3. Jadi korang tengok memang nampak tonggang terbalik la. Korang bayangkan ler sendiri kalau kad ni siap di lipat camner rupa. Ni page depan.
Ni page belakang. Siap kalender. Amik kau. Nasib baik aku tak bubuh resit duit kaut skali. Hahaha. Design agak sarat skit.
Gila artwork namanyer ni. Aper pon, asal yang jadi pengantinnyer suka. Ada aku kesah?? Tapi camni ler design budak baru belajau. Kalau salah, tolong lempangkan dengan telefon bimbit.
Read more...

Kena Lempang Bawa Telefon Bimbit

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, February 26, 2009 | , | 4 komplen »


Berita menarik. Korang baca yang aku amik dari sini:

Gara-gara membawa telefon bimbit ke dalam bilik darjah, dua pelajar wanita sekolah menengah di Manir dekat sini terpaksa menerima padah dilempang guru disiplin.

Akibatnya, seorang daripada mereka mengalami kecederaan di telinga selepas dilempang sebanyak empat kali oleh guru terbabit.

KOMEN AKU: Empat kali kena lempang.. degil nau aper budak ni??

Bukan kami sahaja yang membawa telefon ke sekolah kerana ramai pelajar lain turut melakukan perkara yang sama tetapi mereka tidak dikenakan tindakan.

KOMEN AKU: Lepas ni kalau ada penagih dadah kena tangkap, boleh jawab, orang lain isap dadah jugak, naper tak kena tangkap. Pastu boleh buat report polis, salahkan polis yang tangkap tu. Kau salah, naper nak heret orang lain plak. Orang lain tu nasib dia baik.Yang melempang adalah guru displin. Kalau guru bahasa melayu, mungkin lain plak kes.

Sekarang semua sibuk isi KPLI. Aku tak jadi nak isi. Pasal aku tak boleh lempang budak. Mungkin lagi dua tahun, kita dengar report polis dibuat ke atas guru yang tengking budak.

Makin lama, makin manja. Mungkin pelajar cemelang, bijak pandai macam budak dua orang ni tak bule dimarah.

Kengkawan... sila komen..

Read more...

Upin & Ipin: GENG Pengembaraan Bermula

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, February 26, 2009 | , | 4 komplen »

Salam to everybody,

Kali ni nk ajak korang tengok movie ni. Rasa dah satu Malaya kempen suruh tengok movie ni. Best. Jangan pikir ni cerita untuk bebudak. Aku dah pergi tengok dua miinggu lepas. Apa yang aku boleh kata, dua ibu jari bagi kat team yang melahirkan GENG: Pengembaraan Bermula nih. Tahniah buat Les'Copaque (Leskopak). Panggung memang penuh. Kitorang terlambat, dapat tiket paling depan. Tapi memang puas hati. Yang penuhkan panggung tu bukan budak budak dengan mak bapak jer, aweks aweks remaja dan pakwe pakwe pun pergi jugak. Tu tak termasuk gadis gadis matang seperti kitorang lagik. Ada time lawak, cemas, suspen, bederau darah, terkejut, semua ada. Time boring jer takder. Dan kita boleh dengar sora budak melalak bila time takut dan sora orang menjerit time terkejut (termasuk sora aku).

Lepas aku tengok movie ni dangan Ejah dan Wie, balik aku terus buka website ni untuk tengok the making nyer. The making pon memang lain daripada yang lain cara diorang present. Walau pun tak sehebat the making movie-movie lain kat Malaysia ni, tapi yang pasti.. kretiviti dan kualiti diorang jauh meninggalkan yang lain. Aku tak tahu la kalau ada yang lagi hebat, sebab aku hanya nampak yang ni sajer. Diorang tak der guna suara latar artis glamor pun untuk tarik perhatian kita ke panggung. Kebanyakkan yang jadi suara latar untuk filem ni adalah team produksi diorang jugak. Nampak minat diorang dalam kerja. Walau pun dalam filem ni, karektor Rajoo nampak mcm sikit kedepan, tapi takder karektor yang nampak sikit terkebelakang. Semua watak seimbang dan kita boleh ingat. Termasuk dreba bas yang LIm dengan Badrol naik nak balik ke kampung.

Pada yang belom tengok, tengok ler cepat sementara masih tayang lagi ni. Setakat semalam aku dengar kabau menghamoiri kutipan 4 juta. 10 ten movie di GSC, GENG: Pengembaraan Bermula no satu. Di bawahnyer, semua filem bukan melayu. Termasuk filem yang menang Oscar bebaru ni, Slamdog Millionaire.

Keismpulan dari aku, filem ni boleh dibanggakan. Saper yang tak tengok, diam, jangan banyak komen. Read more...

Entry Tertangguh

digoreng oleh Shima Batu | Monday, February 16, 2009 | , , , , | 2 komplen »

Salam to everybody,


Lama sungguh tak update blog yer. Sebulan. Uishk..uishk..uishk.. Bukan takder benda yang berlaku dalam hidup aku. Tapi masalahnyer terrrrlallu banyak. Sampai penuh Outlook. Cewahh.

24.01.09: Mana yang besa YM musti suspen pasal aku lama offline. Untuk pengetahuan umum, tempat aku bekerja ni telah berpindah premisnyer. Tak jauh, jalan yang sama, dari no. 15 ke no. 89. Tapi peluh ketiak jugak la kalu jalan kaki. Sejak dari hari tu aku tak bule nk access internet. Bukan pasal aku lambat apply…tp arghhh… tak kuasek aku nak citer. Sekarang problem tu dah settle. Yang membZkan aku adalah kerja-kerja yang pending. Sebelom tu aku nak share gambau yang Angah email kat aku dan aku publish di sini tanpa kebenaran dia. Pasal dia jugak slalu buat camtu kat aku. (sorie, gambar terpaksa di delete atas faktor keselamatan).

31.01.09: Menghadiri wedding adik ipar Dak Atok yang dibuat di Restoran Tom Yam Klasik. Aku menumpang keta Wie. Turut menumpang sama ialah Ejah dan Zul Azrin. Encik Halim tak dapat ikut, pasal ada temujanji dengan orang kampong. Aku jugak yang salah pasal tak remind dia. Ni antara gambaunyer.






02.02.09: Ada brita happy jugak yg aku nk share. Alhamdulillah, lagi 7 bulan, InsyaALLAH akan ada Halim Jr. (kalu lelaki lah...). Stakat ni aku masih lagi sehat dan boleh bekerja, Alhamdulillah. Tapi selera makan agak kurang. Macam tak caya jer kan? Dan paling tak percaya dan jangan tak percaya, aku tak boleh tengok KFC. Mual giler. Iklan kepak ayam kat tv tu pon aku tak bule tengok. Ni untuk setakat hari ni, tak tau ler esok lusa dah jadi giler nak makan benda tu pulak.

04.02.09: Besday Ejah. Tunggu Sabtu nak celebrate.

06.02.09: Petang tu aku dapat berita nenek Ejah meninggal lepas Zohor. Aku kuar office awal, terus ke Ayer Tawar dengan Owie. Pastu ikut ke kubur Sempang Merlimau. Kebumi lepas Asar.

Ada satu kejadian berlaku kat situ. Masa tengah proses pengkebumian tu, ada seorang lelaki bawa jenazah bayi yang dah siap kafan. Turut mengiringi adalah seorang wanita, dan beberapa orang lelaki yang aku kategorikan sebagai belia (Belia 4B mungkin). Pastu salah seorang pakcik orang kampong kat situ tegur yang ada dengan kitorang ni bertanya, “Ini anak siapa?” Lelaki tu explain la menda tah, aku tak berapa nak dengar. Then pakcik tu kata, “Kenapa kami tak tahu (ada bayi meninggal). Imam pun tak tahu”. Skali lagi aku tak dengar apa lelaki tu jawab. Dan korang jangan tanya apa hubungan lelaki tu dengan bayi yang meninggal tu pasal aku confirm tak tahu. Lepas tu, kumpulan lelaki tu beredar dari situ ke tempat perkuburan yang dah siap digali. Lebih kurang dalam 2 ke 300 meter camtu dari tempat kitorang berdiri. Kira tak boleh nak nampk jugak la diorang buat apa pasal tanah perkuburan kat situ berbukit. Kitorang kat situ tengah dengar imam baca talkin.

Lepas imam baca talkin, brother tadi tu, menghampiri imam tadi. Aku mengagak, mesti baby tadi dah kebumi. Rupanya betul. Baby tu dah dikebumikan. Apa lagi, panjang ler syarah imam tu. Kebumi cara yang macam mana diorang buat tu. Wallahualam. Aku tak pasti lagi sekali. Antara cakap imam tu yang aku dengar, “Saper yang kebumikan? Ada permit gali kubur ke tak? Dah buat report ke tidak? Sapa yang mandikan jenazah? Siapa kafankan? Jangan minta maaf dengan saya, ni soal hukum.” Ni semua sora imam tu la. Yang aku dengar sora brother tu, “Report ada, DIORANG yang mandikan jenazah ni dah siap”. Dioarang tu saper? Mungkin spital la kot. Bagi aku, kalau betul semuanya hospital buatkan, tak per la. Tapi boleh ker main kebumi, kambus camtu jer? Sila jawab dalam masa 2 saat. Mesti ada adab dia kan. Yang ni memang patut disalahkan brother ni. Pasal memang terang terang dia dan orang2 dia yang uruskan sendiri pengkubumian tu, sedangkan imam ada dengan kitorang tengah baca talkin. Ni la masalahnyer, kenapa tak inform imam dan lelain orang kampong yang lain. Supaya yang arif boleh bagi arahan apa nak kena buat, saper yang nak kena diberi tahu. Aku tak tahu apa masalah brother tu, tapi yang pasti, aku kesian kat baby tu. Ni ler peristiwa kat tanah perkuburan Sempang, Merlimau hari tu.

10.02.09: Meraikan besday Ejah dengan sesimple mungkin. Aku pun kejap jer dapat jumpa diorang masa tu pasal dah kena bergegas ke Melaka Sentral amik En Halim. Sambutan pon lebih kurang jer, kat Crystal Bay. Aku, Wie, Dayah & Ejah. Gambar ada, tp pada camera dak Wie la. Aku blom upload lagi. Aku bli cheese kek tiramitsu, Wie beli KFC, Dayah beli air pasal air dak wie beli tak cukup..hahaha.



Setakat ni laporan aku untuk hari ni. Nanti aku sambung lagi. Adios!!!
Read more...

Nick & Nurul

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, January 14, 2009 | | 3 komplen »



Yang ke berapa?? Aku tak ingat. Tapi rasanya lagi 2 tahun 30..heheheh...

Read more...

PALESTINE

digoreng oleh Shima Batu | Friday, January 09, 2009 | | 4 komplen »


Dalam minggu ni, penuh mail box & SMS minta boikot Israel dan sekutunya. Korang pikir macam mana? Sesungguhnya; aku pon memang nak maki Amerika, Israel & Yahudi ni.


Tapi, PC aku dok menaip blog ni pon pakai Window XP, henpon Nokia, paling suka mentekedarah (makan) barang Nestle (Cekelat Kit Kat, Maggi, Nescafe, Ice Cream Nestle Drumstick...argghhh banyak lagi ler). Tu blom lagi KFC, McD, Pizza, Coke. Tesco pon kena boikot jugak ker? Saper yang kerja kat Tesco kena benti kerja sekarang. Kalau tak, korang adalah penyokong kekejaman ke atas Palestin. Camtu ker? Ni contoh masej yang diterima,

"Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam? Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?".

Ya ALLAH, duit aku beli Nescafe buat beli peluru serang Palestine ker?? Tolong lah...saper boleh tolong jawab nih....... Itu ajer ke jalan untuk menghentikan puak puak Zionis ni.

Apa tu Israel, Yahudi dan Zionis? Ikut pemahaman aku dari apa yang aku baca (kalau salah tolong betulkan). Yahudi itu adalah satu kaum yang memegang ideologi Zionis (tapi bukan semua Yahudi adalah Zionis). Zionis mahukan Palestine sebagai negara hanya untuk Yahudi sahaja. Israel pula adalah negara yang didiami oleh Yahudi Zionis.

Amerika pun terlibat ke dalam kekejaman Palestine ni?
Korang rasa, mampu ker Zionis bertindak seperti sekarang ni jika tak ada bantuan dari Amerika? Mesti lah tidak. Bantuan yang diterima dari Amerika bukan sikit sikit beb. Tengoh bawah ni. Aku amik dari website Ifamericansknew.Org


Jelas, kekuatan utama Zionis adalah bantuan dari Amerika. Amerika banyak duit beb. Mahu salahkan Amerika atau rakyat Amerika yang membayar cukai, atau nak salahkan pemimpin dan pembuat dasar yg telah dipilih. Kalau salahkan pemimpin, saper pulak yang pilih pemimpin tu? Jadinya, satu Amerika lah salah camni. Dari atas sampai bawah. Dengan rakyat Amerika sekali terlibat. Jadi boikot semua sekali. Termasuk Americans. Jangan kawan dengan orang Amerika, jangan kawen dengan orang Amerika. Macam tu ker?

Dah letih kita ni semua tunjuk bantahan, tak suka dengan kekejaman di Palestine. Dah berbuih mulut berdemonstrasi. Tapi semua ni blom mampu bagi kesan pada malaun malaun tu semua. Berdoa sepanjang malam, masih Allah belum bagi lagi apa yang kita minta (keamanan untuk Palastine).

Uzir: biar la Israel nak bunuh. tu pun tuhan yg suruh. satu masa, memang tuhan
sendiri akan musnahkan mereka. semua itu cerita arahan dia. nasiblah kita bawa
watak jahat ke baik.

Aku: memang diorang (israel) dikumpulkan di bumi palestine tu untuk dimusnahkan ker?


Uzir: tau tak pe. yang penting doa tetapkan hati supaya berdiri teguh atas nama islam sejati. amin.

Tak jadi Islam sejati tak boleh menang ke Islam di Palestine? Dah dinyatakan dalam Al-Quran,

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk)berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]



Macam yang aku bualkan dengan Uzir, Yahudi di Palestin akan dimusnahkan. Umat Islam akan menang di sana. Janji ALLAH adalah benar. Tapi umat Islam kena masuk ke bumi Palestin kali ini, kena lah sama "gayanya" dengan kumpulan umat Islam yang masuk kali pertama ke bumi Palestin ni. Macam mana gayanya? Kena ikut cara Umar al-Khattab r.a dan rombongannya pada zaman tu. Masuk ke Palestine dengan jihad fi sabilillah. Penuh dengan megah Islam. Iman dan akhlak yang tinggi lagi terpuji. Kena mencontohi tentera Islam pada zaman Khalifah Umar al Khattab r.a. Semua benda, sifat, peribadi, iman kena sebaik baiknya. Barulah boleh menang di Palestin. Kalau tak... boleh ker kalau aku kata.. KORANG MIMPI JER LA NAK TENGOK ISLAM MENANG DI PALESTIN. Mimpi boleh jadi kenyataan kan?

Mati diletupkan musuh atau meletupkan diri untuk mematikan musuh? Mungkin ni yang selalu dipikir rakyat Palestine.

Aku sekadar memberi pandangan ikut dari apa yang aku baca. Kredit untuk SaifulIslam.Com. Banyak bagi penjelasan pada aku tentang hal dan isu ni. Korang plak? MIKIR LER SENDIRI.

Korang boleh rujuk sini untuk "Palestin : Lagi Usaha Kita & Doa Qunut Berbaris".



Bila disuruh boikot Israel dan sekutunya...MAMPU KER AKU?

Aku ambil dari SaifulIslam:

tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot. Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Sumber: http://saifulislam.com/?p=4447#more-4447


Read more...

MONOPOLI ATAS JALAN YANG AKU PON BAYAR CUKAI

digoreng oleh Shima Batu | Friday, January 09, 2009 | , , | 1 komplen »


Hallo,


Ni post lepas geram dari aku. Nak bagi kata kata semangat pada pengguna jalan raya, terutamanya yang di Melaka.


Kalau rasa diri tu nak memandu 40km/j, aku nasehatkan, tak payah la keluar rumah atau berada di atas jalan raya pada waktu 7.30 sampai kul 9.00 ni. Menyusahkan orang lain. Ni sikap MEMONOPOLI di jalan raya atau dalam perkataan lain, pentingkan diri sendiri. Dia bayarkan road tax aku tak per jugak. Kalau kau setakat nak beli surat kabau, pergi minum teh dengan pekena roti canai, tak payah la menyusahkan orang lain yang berkejar ke tempat kerja. Lembab dan Lembap. Akai ada ka??


Sekian. (Sila kutuk aku jika kau lah orang yang dimaksudkan).
Read more...

Hari Libang Libu

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, January 06, 2009 | , , | 2 komplen »

Macam yang aku dah bagi tau sebelom ni. Angah kena posting ke Sarawak. Minggu lepas dia check, dapat tahu dia kena Kota Samarahan. Sukanyer bagai. Dapat ngajar kat tempat dia blajau dulu (UNIMAS di Samarahan). Samarahan tak ler jauh dari Kuching. Lebih kurang 25km. Macam Merlimau ke Telok Mas la jugak. Tiket flight 8.50pm, 4 Janurari 2009 (birthday Abah). Plan awal, Emak & Abah minta aku & Halim akan hantar Angah ke airport. Tapi aku pikir, buat aper aku yang hantau, baik Emak & Abah yang pergi. Pasni belom tentu lagi Angah nak balik bila ke sini.

31 Desember 2008: Emak jatuh tangga depan Straits Meridian. Tak tau macam mana buleh jatuh. Malam tu dia ngadu sakit perut. Pergi klinik dengan Abah. Esoknya pepagi, Abah kejut aku. Suruh bawak Emak gi klinik LAGI?? Aku dengan Abah bawak Emak ke klinik 24 jam kat Semabok. Doktor bagi ubat dan pesan, "sampai kul 11 kalau tak baik, sila pergi klinik". Masa tu kul 9pagi. Korang rasa Emak aku nak ker pergi sepital tu? Kul 11 aku tanya, sakit lagi tak? Bule gi spital. Dia cakap, "dah o.k". Aku pun senang hati la. Petang tu kitorang bule gi Tesco bershoping tak seberapa. Malam lepas Isya aku ke Sebatu. Pasal encik Halim ada kat sana. Dia kata tak balik Telok Mas. So aku la yang kena berkayuh ke sana.

Esok pagi nyer aku gi kerja dari Sebatu. Tak tanya plak kabau kat umah. Petang tu lebih kurang kul 4 Emak masej aku cakap kena gi spital. Icam bawak Emak. Ooo...tak per. Icam cakap aku tak payah gi spital. Pasal Mak gi check jer. Jap lagi balik ler. Dari office, aku terus balik umah. Nak dekat Magrib, Mak dengan Icam tak balik lagi. Aku call Icam, "Mak dalam bilik X-Ray lagi". Then Abah kata lepas Magrib nak ke spital. On the way ke spital aku baru tau Mak kena tahan wad 1-1 Hospital Melaka (katil #20). Terkejut jugak. Mak sakit apa?

Rupanya pagi tu Mak sakit lagi. Mak gi klinik lain pulak. Apa aku nak kata Mak aku ni. Orang suruh gi spital, dia sibuk nak gi klinik lagi. Balik dari klinik tak baik lagi. Dia buleh pergi urut. Aku tak tau tukang urut mana yang dia pergi. Pastu tengah hari jadi makin sakit. Icam balik dari semayang Jumaat terus bawak Mak ke Pusat Kesihatan Ayer Keroh ni. Amik darah, X-Ray & urine test. Ada darah dalam urine. Terus tendang ke spital. Bila sampai spital, pepaham jer la, dengan darah tinggi lagi. Kompem dok wad.

Aku sampai wad, tengok Mak segar bugar jer dok atas katil. "Aku tak sakit, tp diorang susuh duduk wad. Esok pagi boleh balik ni," kompiden jer Mak aku ni. Lusa, Angah nak berangkat ke Sarawak. Ingat bule la Mak ikut gi airport. Skali...3 hari kena tahan kat wad. Darah Mak naik (darah tinggi). Mak cakap, mana tak naik, aku jadi naik darah pasal doktor asik amik darah aku. Rasa nak dekat secerek. Kiranya darah naik (darah tinggi) pasal naik darah (marah ler tu).

Ahad tu aku dan encik Halim terpaksa hantar Angah ke KLIA. Abah jaga Mak kat spital. Malam tu kul 10 Mak dibenarkan balik. Alhamdulillah, tak der apa apa. Mungkin jadi sakit tu pasal salah urut kot. Moral of the story, kalau nak berurut, gi spital dulu.

Timer kasih pada yang datang jenguk Mak aku. Kenyang kitorang makan buah. Kebanyakkannya kengkawan dalam parti, sedara mara. Wie, Ejah, Dayah & Zul pon ada datang. Tapi masa tu aku dah ke Sepang. Timer kasih banyak. Tapi..apa pasal kau datang untuk mengumpat aku depan Mak aku. Korang memang hampeh.

Malam tu aku sampai umah dari KLIA lebih kurang kul 11.00. Siap kena saman trafik lagi. Siot betol. Emak sampai umah lebih kurang kul 11 lebih. Aku jadi tak larat nak gi kerja semalam. Cuti la sehari. Mak pon baru kuar spital. Pepaham jer la... semua benda aku tak sempat buat masa hari Sabtu & Ahad pasal da kelang kabut.

Sesuatu yang mengejutkan pagi semalam. Angah bagi tau, dia bukan ditempatkan di Samarahan. Tapi di Serian. Lebih 60km dari Kuching. Kalau naik keta ikut keadaan jalan kat sana, adalah dalam sejam lebih. Dah tu pulak, sekolah yang dia kena ngajau tu, lebih kurang 20km lagi. Pergh.... Mak Abah aku dah risau lagi. Apasal macam tu? Dah la nak tau penempatan posting tu payah. Kena talipon dua tiga kali. Nama sekolah pon tak tau. Dari sini kata Samarahan. Sampai sana jadi lain. Haru betol. Tetiba aku jadi naik darah sekarang ni.

Chaw!!
Read more...

CRYSTAL BAY

digoreng oleh Shima Batu | Friday, December 26, 2008 | , , | 4 komplen »

Salam to everybody. Ni post aku yang ke-2 untuk hari ni. Bersemangat aku kan? Ke arah bloger tegar. Ewah, ewah. Ni aku attach gambo sekitar pertemuan sulit Aku, Wie & Ejah di Crystal Bay, Alai (blakang umah nenek aku). Kejadian berlaku pada 23hb lepas. Aku balik kerja, lebih kurang kul 6.00 terus ke sana. Wie dengan Ejah dah tunggu dengan cendol pulut yang tak der pulut. Elok la tak der pulut, nanti pelat pulak bebudak ni. Kalau Wie pelat ada mahap lagi, kalau Ejah? Dah la pelupa, pelat plak tu. Pakej lengkap. Tersentap mak nyah!!
Macam biasa la, photographer baru nak blajau memetik kamera kitorang ni, main belasah jer ikut suka. Bila dah upload dalam PC, baru nampak amik gambau tah aper aper. Tapi aku dengan segala kuasa memaksa korang untuk tengok juga gambau gambau ni semua. Tolong abaikan plastik cendol yang enter-frame dalam gambo ni.

Ejah. Dia memang suka gelak. Tu pasal dia selalu lupa nama orang. Nama korang
ada logiknyer la. Tapi nama aku dengan Wie pun dia boleh lupa. Apa kes?

Ni jangan tak tau. Dua dua tengah gelakkan aku pasal aku dok tengendap ngendap
amik gambau celah pokok. Sewel.

Macam ada masalah besau kan?
Sila abaikan plastik cendol sebelah tu. Ni aksi ngeri. Petik kamera pakai kaki.
Hahaha... Confirm ada yang percaya nih.

Kalau tengah mengumpat memang tak kesah kena hendap camni. Korang teka sapa yang kena umpat? Tak lain dan tak bukan adalah tukang hendap tu sendiri.
Banglo belakang, sekadar hiasan. Kenapa hanya sebijik banglo. Mana pergi rumah-rumah yang lain. Adakah telah di telan ombak? Atau telah ditelan bumi? Jangan terpedaya. banglo tu hanya satu antara berpuluh yang ada di situ.

Pemandangan biasa kat Crystal Bay pepetang camni. Budak lepak. Apa kejadahnya
mereka semua ini. Duduk menganga di tepi laut. Tak takut kembong? Ewah...
aku pon sama.

Satu kepelikan, bila budak budak motor ni asik melintas dekat kitorang. Apa kes?? Belom cukup empuk nak ngorat kita ker? Setahu aku tak boleh bawak motor atas laluan ni. Mungkin bebudak ni nak aku amik gambau diorang. Aku pon snap la gambar tayar motor diorang ni dalam keadaan aku terbongkok bongkok duduk atas batu tu. Nak tau apa jadi?


Diorang berhenti dan turun dari motor. "Akak amik gambar apa kat bawah tu. Baik akak amik gambar kitorang". "Sorry dik, filem dah habis la". Aku kelentong. Mana datang D40 pakai filem. "Alah satu jer. Satu jer kak". Memula aku malas nak layan. Tapi lagi aku tak amik, dia tak nak bla. Aku amik jer la. Ni la aksi budak ni. Cantek bukan??


Elok kitorang tengah syok sendiri bergambau lepas tu, tetiba dengar suara panggil kitorang. Eh..mambang laut ker? Oo, ni bukan mambang laut. Ni mambang mabuk minum Brandy. Hahaha... Ni dak Rose. Classmate kitorang masa form six. Single mother ni. Aku tak ingat dah berapa lama dia bercerai. Tapi kira diawal usia perkahwinan la jugak. Kalau tak silap aku, dia ni kawen dengan classmate aku masa form 5 punya abang. Tak panjang jodoh dia. Sekarang dia meniaga kedai makan kat Sempang Pantai.

Dia ada sorang anak nama Aina. Ni anak dia. Dah besar. Umor lebih kurang 5 ke 6 tahun. Tak banyak yang sempat kitorang bualkan. Tapi sempat bagi tau dia aku dah kawen. Aku nak cari rumah dia nak menjemput hari tu tak jumpa. Dia agak terkejut jugak bila tau aku berkawen bukan dengan orang yang dia sangkakan. Tolong paham ayat aku ni yer. Dan dia lebih terkejut tak agak agak bila tau aku menikah dengan Encik Halim. Hahaha. Dia tanya, "Kau bercinta dengan orang lain. Kawen dengan orang lain". Jawab aku, "Memang kena macam tu la. Baru la adventure skit".



Okey, hari dah nak Magrib. Kang ada yang tersampuk mambang laut plak. Korang nak tengok banyak lagi gambau, pergi ker flickr aku yer (klick sini). Tata.

Read more...

ANAK DAK CHOLL & KAWEN AZRA

digoreng oleh Shima Batu | Friday, December 26, 2008 | , , | 0 komplen »

Sorry, aku bawak korang ke tarikh 13hb balik semula. Korang bengang ker? Jangan bengang, nanti aku jual korang pakai timbang kati . Hari tu aku citer pasal Tranporter 3 dgn KPLI Angah. Ni kali aku nak cerita kesah apa yang berlaku di siang hari itu. Encik Halim balik dari KL tengah hari tu, aku jemput dia di Ayer Keroh terus ke umah Azra (majlis kawen Azra). Azra ni xder gambar dalam koleksi aku. Ni member SDARY jugak ni. Form 6 kami sekelas. Tak dapat nak ngambik gambao perantin, pasal terjadi adegan yg kurang menyenangkan di rumah Azra masa tu. So sebagai tanda protes..semua xder mood nak amik gambo pengantin walaupon bkn salah pengantin. Apa adegannyer? Adegannya lebih kurang macam adegan reporter kena halau masa majlis kawen Mawi la. Yang bezanya, tu Mawi, tp ni Azra. Tak per la. Tak kecik hati pon lagi. Ni majlis kawen yg pertama aku attend berdua dgn encik Halim sebagai suami istri (yg kedua masa di Batu Pahat).
Turut ada masa tu, Huzir, Mariati & Umairah, Ejah, Wie, Dayah, Atok dan dak Choll. Huda pon khabarnya ada datang. Tp dia awal sebelum kitorang. Zul Azrin, ada di Maktab. Lelaki tu dah bizi sekarang ni. Sempat main miskol jer dengan aku. Ni gambau masa umah Azra. Seperti yg aku mention sebelom ni, gambo pengantin tak der. Tapi bukan pasal kitorang boikot la. Memang tak sempat. Kami lapau masa tu. Kira nak makan jer. Lepas makan bla lah.
[Gambar atas] Ni Dak Atok. Dia hampir muntah darah bila semua orang sibuk tanya "Mana bini kau Tok?" 10 orang nampak muka dia. Sepuloh orang tanya benda yang sama. Paper bag yang dia pegang tu, nak ikut kan takda untuk dia. Tapi dia angkat tangan pada pengantin masa pengantin tengah makan. Minta lagi empat. Senonoh ker tak ni? Ni bukan tak SEnonoh lagi, dah jadi beronoh ronoh .
Dayah
Maritai & Umairah
Aku & Halim
Ejah
Lepas balik dari umah Azra tu, aku, En Halim, Wie, Ejah, Dayah, Mariati & anaknyer telah sepakat membawa berkat ke rumah dak Choll. Sajer la nak datang jenguk mak & abah (gelaran kitorang utk org tua dak choll sejak sekolah lagi). Sampai sana, tengok anak & orang umah dak Choll ada. Tapi Emak tak da. Pergi umah kenduri. Lepak dalam sejam dua. Dapat la tangkap gambau anak dia. Sebelom tu, aku bagi korang tengok dulu gambo Dak Choll masa kawen. Ni tahun 2006. Aku belom pernah post kat blog ni. Pasal masa dia kawen ni, aku blom berBLOG-BLOG ni. Eja BLOG pon aku tak reti lagi masa tu.

[2 Gambar di atas] Majlis Perkawinan dak Choll (Shamsul Ramli) dan istri Noor Ezreen Ab Rahman (Reen). Aku amik guna BenQ 2.0Mpixel masa tu. Tu kira aku paling canggih. Aku sorang jer yang dah ada kamera digital masa tu. Nak main main dengan photoshop pon tak pandai lagi. Masa ni, aku baru nak ngorat Halim .

Anak Dak Choll, Nur Quraitulaini Salsabillh (Bella). Panjang benor namanyer. Mauh letih isi borang OMR masa exam ni besok. Lena atas riba aku macam tido atas tilam.

Baru bangun tido. Muka tensen tengok aku. "Macam sewel jer orang ni amik gambo aku tak berenti".

Lain lain gambau di bawah ni adalah aksi terlampau Aku & Ejah. Turut serta Umairah & Bella.


Last but not least, Umairah Huzir. Pipi yang merah... eleh tomei tomei...

Read more...

KAWEN DAK REM

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, December 24, 2008 | , | 2 komplen »


[picture by ShimaBatu]

Salam untuk semua. Semalam aku crita pasal majlis kawen dak Rem kat Batu Pahat kan? Ni gambonyer. Aku baru amik dari dak Wie.

Antara member yang sempat hadir.


Wang hantaran. Sila kira berapa banyak satu. [picture by ShimaBatu]

[picture by Owie]

Ehem..ehem.... Aku dengan encik Halim. [picture by ShimaBatu]

Sekian.
Read more...

AKU & HALIM @ BATU PAHAT

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, December 23, 2008 | , , , | 2 komplen »

Ahad lepas (21 Dec) aku ke Batu Pahat. Undangan Majlis Kawen dak Rem a.k.a. Zuliana. Ni kad dia. Merah.

Dulu jaman sekolah pon dia memang minat kaler merah. FYI, Dak Rem ni bertunang masa yang sama aku bernikah. So nikah aku dia tak dapat datang. Dua minggu sebelum ni aku dah kabau kat encik Halim pasal undangan dak Rem ni. Tapi encik Halim gagal memberkan respon menyebabkan aku kabau kan ajer pada bebudak lain yg aku tak dapat pagi. Tapi entah angin dari arah mana yang datang, malam minggu lepas dia cakap.. "esok nak pergi Batu Pahat". Aku tak tau apa urusan dia kat Batu Pahat (BP)tu . Tapi terus bulat mata aku (mata aku memang bulat) pandang muka dia.. "Nak ikut. Nak pergi rumah dak Rem. Rem kawen besok". Hehehe... akhirnya ke Batu Pahat jugak kami. Alex datang dengan Bad seketa. Wie datang dengan adik beradik dia seketa. Aku dengan encik Halim, tp tak join konvoi Alex & Wie. Diorang lalu highway (enter Jasin, exit Ayer Hitam). Apa kejadahnyer kata encik halim. Meh kita lalu jalan lama sambil makan angin. Hahaha.. kembung perut aku makan hangin sampai ken***TUUUUUTTTT.. perkataan kurang manis. Kena sensor. Tak buleh sebut habis. Tak senonoh la korang nih.


Lengang yang amat. Belom bangun tido gaknyer orang sini.

On the way ke BP lalu Paarit Jawa, "nanti balik kita singgah pekena asam pedas nak tak?" cadang encik halim. Aku sengih.. "Boleh". Dalam hati, jangan berharap sangat Shima. Pastu melintas depan nasi beriyani gam. "Nasi beriyani pon best jugak kan?" kata encik halim lagi. Aku jawab, "boleh jugak". Dalam hati, jangan berharap sangat Shima.


Trafik berjalan lancar dari mula perjalanan sampai ke Bandar BP. Seronok la kan? Sampai Kampung Baru Sri Gading, ngam ngam masuk waktu Zohor. Gi solat jap kat surau dia. Pastu ke rumah pengantin. Wie, Alex & Bad tengah cedok lauk nak makan. Pengantin blom bersanding lagi. Lambat gamaknyer. Sampai kul 2 lebih baru pengantin lelaki sampai. Orang Segamat. Lawa pengantin. Baju merah, sama macam kad. Aku tak dan nak tunggu sampai habis sanding. Kesian encik Halim tunggu kat luar rumah.

Selamat Pengantin Baru Dak Rem & Izzi.
Ulang sekali lagi, mata aku memang bulat.
Alex & Bad
Wie & camera

Nak balik, singgah rumah Nek Ngah kat Perserai. Encik Halim awal awal lagi dah ngabaukan, nak luruskan pinggang dalam setengah jam. Aku tengok jam 3.00ptg. masa tu, masih lagi sangkut kat trafik light depan Pacific Batu Pahat. Kenapa trafik masa pergi dengan masa balik tak sama. Orang Batu Pahat baru bangun tido ker? Encik Halim dah mula merungut. Padahal baru kejap dia puji Batu Pahat lagi best dari Melaka.
Sampai umah Nek Ngah dalam kul 3.30. Yang ada cuma Nek & Tok Ngah serta Mak Dik. Aku pikir dalam kul 4 bule gerak balik. Pasal encik Halim ada lawan bola kt Poli Merlimau kul 5.00ptg. Tapi Nenek plak bawak kuar bee hoo goreng. Sempoi simple tapi best. Tak sempat nak tambah pasal memikirkan kalau lagi lambat kang mau encik halim bawak savvy tu macam bawak Audi dlm transporter 3. 4.30 baru kuar dari umah Nek Ngah. Umah Nek Ngah memang tepi jalan utama. Jadi nak kuar ke jalan tu pon payah pasal banyak keta. En Halim dah start bebel.. "banyak nyer keta". Hehehe..baru dia tau. Sepanjang jalan keta memang banyak. Nak memotong pun payah. Aku tak larat nak buka mata. Tido. Tapi tak lama pastu terjaga. Encik Halim bawak keta sangat bising. Bukan keta tu yg bising. Tapi dia yang bising. Kejap menyanyi, kejap merungut. Saje la tak nak kasi aku tido. Tapi memang aku tak bule nak tido pastu. Pasal dia bawak keta nak tiru Frank Martin. Aku kata dah. Kecut perut aku pasal tau dia bukan Frank Martin. "Agak agak sempat nak sampai setengah jam?" Ngeri aku dengar soalan dia. Korang rasa sempat ker nak makan asam pedas parit jawa dengan beriyani gam Batu Pahat ni?

Pejalanan balik, aku tak sempat nak snap gambo. Pepaham jer la. Akhirnya kami selamat sampai 5.30. Aku hantar dia ke politeknik. Pastu lepak kat Merlimau dgn Wie & Ejah sementara nak tunggu Magrib.

NOTE: HARAP MAHAP. KUALITI GAMBAR TAK MEMUASKAN NAFSU. KAMERA YG DIGUNA CUMA 2.1 MEGAPIXELS MILIK ENCIK HALIM. AKU BLOM CUKUP HANDAL UNTUK MENCANTIKKAN GAMBAR DARI KAMERA JENIS INI & BLOM CUKUP MODAL UNTUK MEMBELI NIKON D200 ATAU PALING KOMAN PENCABARNYA CANON EOS30D. AKU CUMA BOLEH BERANGAN ADA ORANG NAK BAGI AKU FREE
Read more...

FRANK MARTIN & ANGAH

digoreng oleh Shima Batu | Monday, December 22, 2008 | , | 4 komplen »

Halo… Aku baru ada peluang tengok wayang dengan Encik Halim minggu lepas (13 Dec 2008). Maklum ler orang baru nak bercinta. Movie pilihan : Transporter 3.

Hehehe..bule jatuh chenta nengok gaya cool Jason Statham (Frank Martin) dalam citer ni. Gila babasnyer stunt. Tapi tak banyak plak berdarah & luka-luka walaupon banyak bergasak. Keta Audi W12 tu memang best. Paling best bila part dekat celah treler & redah atas grabak ketapi. Tapi tak der la aku rasa ngilu & ngeri nengok stunt diorang. Mungkin pasal aku dah tengok trailer dulu seblom tu. Tu yg tak suspen sangat tu. Tak per, yang penting dapat kuar ngedet dgn encik Halim. Lepas tu, boleh berangan bawak keta mcm Frank. Bbule berangan jer la. Hakikatnyer, trafik kat melaka memang tension beb. Ramai orang melaka bawak keta semua slow. Memang bakau darah. Stail macam nak kuar pegi beli surat kabau. Aku tak gitu yer.

Ada satu brita best nih. Pasal angah aku. Korang baca ni:


SEMAKAN ONLINE PENEMPATAN GURU SEKOLAH RENDAH BAGI KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) DAN PELBAGAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI TEMPATAN (IPT)
TAHNIAH! MAKLUMAT PENEMPATAN ANDA SEPERTI BERIKUT:
...... ANDA TELAH DITEMPATKAN KE SARAWAK...BERKUAT KUASA PADA 2 JANUARI
2009.

Siap ada perkataan, TAHNIAH!! Terbang lagi dia ke Sarawak. Tapi ceruk mana sekolah dia di hantar blom tau lagi. Tak habis lagi dedaunyer. Takper, pasni elaun kau mesti banyak Ngah. Kaya la kau. Senang skit aku nak kikis.
Read more...

Muntadhar al-Zaidi: Perlu Dihukum @ Disokong

digoreng oleh Shima Batu | Friday, December 19, 2008 | , , | 0 komplen »

Korang kenal mamat ni? Dia ni namanya Muntadhar al-Zaidi, little-known, living in a simple, one-bedroom flat in west Baghdad.

Glamor ke mamat ni? Dulu mungkin tak berapa, tapi hari ni dia dianggap hero oleh sebahagian rakyat Iraq, aktivis anti-perang, dan yg paling best, hero bg orang orang yang menyampah dengan dak Bush ni.Dia seorang journalist yg pernah di kidnapp pada 16 Nov 2007 (besday aku nih). Memang tak pernah terbayang dalam kepala hotak aku ni, bahawa satu hari nanti, akan ada orang yang baling kasut ke muka Encik Bush. Siap dengan panggil kawan tu anjing lagi. Perghhh... korang? Ada brani? Tapi, En Zaidi telah membuktikan pada aku, banyak mana pon pengaruh, kuasa & pengawal kau yang bersenjata... belom tentu dapat menjamin kau dari selamat. Itu, nasib baik kasut. Kalau benda lain. Bom tangan ker, taik ker? Lagi haru. Tapi bro, lu memang brutal.

Remi Kanazi, ada menyebut,
"Al-Zaidi did something much greater than throw two shoes at a war criminal, he (even if it will only last a week) single-handedly put Iraq back on the map"
Boleh baca artikel bertajuk "Try that One on for Size" - 17 December 2008 di Middle East Online.

Kasut saiz 10 sebagai hadiah, penutup yang cukup memalukan di dalam kerier Encik Bush sebagai seorang Presiden. Bukan presiden kelab sejarah sekolah ni beb. Presiden Amerika tau. Enam tahun tentera Amerika kt Iraq, tapi kurang dari 2 minit presidennya dimalukan. Walau pon muka dak Bush tu nampak cool ketika kejadian ngeri tu berlaku, tapi gelora di hatinyer, korang boleh agak ke? Entah berapa lama la si Zaidi tu mengidam nak baling kasut pada Encik Bush tu.

Peristiwa ni, ada harapan untuk jadi sejarah. Nak ulang sejarah? Boleh cadangkan nama nama yang kalau aku baling kasut kat muka dia, orang ramai akan sokong aku. Lapas tu, aku akan di anggap seri kandi, pejuang tulen. Cehhh.... berangan memang best. Macam beskal.
Read more...

Takut @ Tidak

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, December 11, 2008 | , | 2 komplen »

Kredit gambar: S A M S U L S A I D
Aku bukan selayaknya untuk berkata tentang ini. Tapi ini rasanya patut aku kongsi bersama korang.

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

[Ar-Ruum: 41]


Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
[Al- Baqarah: 74]
Read more...

Tengok Sampai Muntah

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, December 11, 2008 | , , | 5 komplen »

Macam hawau jer title ni kan? Ni nak story sket. Aku memang tak pernah berangan pon untuk bergambar outdoor dengan Encik Halim. Tapi aku teramat la ingin bergambau outdoor dengan rakan rakan dara ku yang lain. Tak lain tak bukan adalah Wie, Dayah & Ejah. Disebabkan diantara kami berempat sedau diri ni tak berapa cun, jadi tak perlulah kita memanggil photograper handal sepeti Udeyismail tu untuk menangkap gambar kami. Cukup le sekadar Nikon D40 milik dak Wie dengan tripodnyer.
Jadi, bagi merealisasikan angan angan aku dan bebudak ni, aku telah mengambil keputusan sendiri tanpa pertimbangan rakan rakan yang lain untuk keluar bergambau pada Sabtu, 29 November 2008. Aku memilih untuk bergambau kat sawah area Sungai Rambai. Aku tak tahu nama tempatnyer. Tapi rasanya jalan nak ke Telok Rimau tu jugak. Eh??? Bukan Telok Rimau.. Telok RIMBA. Sikit gambau aku attached kat sini. Yang lain korang boleh tengok kat flickr aku (www.flickr.com/photos/shimabatu) atau klik "Gambau" pada Tabs di atas. Korang layan kan tengok gambau gambau kitorang ni sampai muntah yer... chaw!!



cover album XPDC


pelahap nyer dak Wie


Ejah (picture by me)

Dayah (picture by me)

Owie (picture by me)



(picture by me)

(picture by me)

(picture by me)


Ni ngalahkan anak murid sendiri ni. Perhatian..ni guru pendidikan khas yer, bukan murid pendidikan khas

(picture by me)
Read more...

BERMADU: Berdosa ker?

digoreng oleh Shima Batu | Friday, December 05, 2008 | , , | 2 komplen »

Gempak ker entry aku ni? Bila sebut perkataan "MADU", kalau yang pompuan, ramai akan kata: "uish.... minta di jauhkan" "simpang malaikat".
Bila dengar kesah istri yang dimadukan, musti kita turut akan rasa kesian, tumpang simpati, sedih bagai nak rak mengenangkan nasib istri tua tu. Jarang sekali kita pikir pasal istri yang baru tu. Aku pon macam tu jugak. Bagi aku, istri baru adalah orang yang tak da hati perut. Takder belas ehsan. Bila susah nanti, baru padan muka kau. Saper suruh rampas laki orang. Bukan aku jer, malah ramai jugak yang macam ni. Korang rasa la kan, yang jadi bini baru tu, dulu masa dia kecik kecik, dah ada cita cita ke nak rampas laki orang??? Mesti tak der kan. Tapi kenapa perkara tu (merampas laki orang) berlaku jugak?

Jangan lah salah paham pada introduction aku ni. Aku bukannya nak minta dimadukan atau menyokong kuat lelaki lelaki yang ramai istri ni. Tapi just nk berkongsi satu cerita. Aku macam korang jugak, membuat pertimbangan bedasarkan penilaian akal tanpa berbalik kepada yang asal iaitu "KERJA TUHAN".

Isnin lepas aku tak kijer. Kesehatan tak berapa mengizinkan. Pagi tu, lepas hantar laki aku ke Sentral naik bas, aku balik rehat dgn sambung bungkang atas katil. Petang, aku set appointment jumpa dengan sorang member aku. Lokasi: tempat jatuh lagi dikenang aku iaitu Merlimau. Seorang member yang dah lama kenal tapi sampai hari ni tak pernah lost contact. Kawan sejak sekolah, tapi hari ni aku rasa hubungan aku dengan dia lebih rapat nak banding dengan masa sekolah. Walaupon dia bukan dari kelompok Ejah, Wie & Dayah.. tapi dia jgk kawan yg ada tempat special dalam hati aku.

Nampak jer muka dia petang tu, tiba tiba jadi sayu. Dia dah mengandung. Almost 6 months. Aku gembira tengok dia sehat. Ceria macam dulu. Aku jugak ceria macam dulu di depan dia. Mungkin jugak dia macam aku, sembunyikkan apa yang kami rasa masa tu. Whatever it is, aku gembira masa tu. Aku orang yang tak tahu tentang perkahwinan dia. Minggu ni genap setahun dia menikah. Bukan aku jer yang tak tahu, malah ramai lagi kawan2 yang seangkatan dengan kami jugak tak tahu. Dia ada alasan dia tersendiri. Aku tak kecik hati pon pasal tu. Aku boleh terima dan aku paham situasi dan keadaan dia masa tu. Aku menerima dia sama macam dulu. Cuma dalam hati, aku terlalu bimbang jika dia memikirkan kalau aku dan kawan kawan yang lain cuba untuk meminggirkan dia. Jadi masa yang ada petang tu, aku cuba yakin kan dia "Kau bukan sorang. Kau ada kawan. Kau tetap kawan aku, walaupun aku tak der kat sebelah kau. Aku gembira dengan perkahwinan kau. Tolong lah jangan rasa diri kau tak ada sesiapa". Korang nak tau kenapa kawan aku berasa terasing (mungkin)? Sebab dia istri keDUA.

Ajaibnya, persepsi aku terhadap istri kedua terus berubah bila aku dapat berita tentang dia beberapa hari sebelum majlis nikah aku. Saat nama dia disebut orang menjadi bini no dua, terus datang satu perasaan berat dalam hati aku. Susah aku nak jelaskan. Bukan rasa sedih, marah atau gembira. Tapi tah la. Apa yg aku boleh cakapkan, aku mahu dia jadi kuat. Kena banyak sabar. Aku tak mahu suami dia menafikan hak dia sebagai istri. Sebab istri tetap istri walau pon no 1, 2, 3 atau 4. Aku tak mahu kawan aku ni disorok. Dia ada hak untuk diperkenalkan sebagai, "Ini istri saya.." dan dia jugak berhak untuk "Ini suami aku". Jangan nafikan hak untuk berjalan pegang tangan dengan laki dia, pergi tengok wayang, bershoping, holiday, jalan jalan. Aku seronok introduce kan husban aku pada sedara mara masa wedding aku hari tu. Dan aku mahu kawan aku ni rasa perasaan tu jugak. Kalau suami dia boleh buat ni semua, aku memang respek giler. Terima kasih sangat sebab meletakkan tempat kawan aku ni sama macam istri istri orang lain. Mungkin majlis perkahwinan tu tak penting untuk situasi mereka berdua, tapi aku harap, jangan sekat keinginan untuk gembira atas perkahwinan ni. Tak ada dosanya jadi istri no 2. Cuma kena sabar dan kuat untuk berhadapan dengan masyarakat yang masih lagi berpikiran macam aku yang dulu. Daripada cerita kawan aku tu, aku gembira bila suami dia boleh handle kedua dua istri dia ni. Aman damai. Alhamdulillah. Kawan aku ni ada cakap, "boleh ker aku bahagia dengan menyakitkan hati orang lain?". Jawapannya senang, "ITU KERJA TUHAN. Kau bahagia ALLAH yg bagi. Kau sedih pun ALLAH yang bagi, jadi minta pada DIA". Soal macam mana boleh jatuh cinta, lepas tu kawen... dah tak penting lagi buat aku masa tu dan tak perlu untuk dipersoalkan lagi. Dulu memula aku pikir, kawan aku ni kena mandrem ker? Bila waras, aku sedar... semuanya takkan berlaku tanpa izin ALLAH. Kena mandrem pun kalau ALLAH tak izinkan, tak jadi jugak. Ini jodoh dia, alasan mandrem mandrem boleh tolak dalam tong sampah. Tak laku beb.

Bila balik aku terpikir, "kalau aku.. boleh ker aku jadi sekuat dia atau redha seperti istri pertama tu?" Jawapannya:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286-
Kepada kawan aku tu (aku tahu dia membaca blog ni), be strong bebeh. Kena banyak sabar. Kau pasti dah boleh mengagak apa di depan kau. Rahsia ALLAH, aku sendiri tak tahu apa pulak bahagian untuk aku. Think positive. Kau akan terus jadi kawan aku. Jagi diri bebaik. Jaga suami & baby bebaik. Be a good wife. InsyaALLAH.
Read more...

Anak Sapo La Nih?

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, December 02, 2008 | , | 2 komplen »

Ni lah anak Huzir & Mariati. Gambau ni aku tangkap masa kat umah Umi Uzir di Sempang kira-kira jam 2 petang, 2 November. Comel macam aku tak??? Lahir pada 17 Syawal. Maknanyer lebih kurang 2 minggu lepas Mariati datang majlis kawen aku hari tu. Timer kasih sebab gagahkan diri tu utk hadir Mariati. Kau memang best macam beskal.



Read more...

CIKGU

digoreng oleh Shima Batu | Saturday, November 29, 2008 | , , | 1 komplen »

Dalam kemalasan yang amat nyata, aku gagah jugak ke office pagi ni. Kerja semalam tak habis buat. Biasak ler, kijer last menet. Kalau ikutkan, Sabtu ni off day. Minggu lepas work day, tapi aku tak datang, pasal tak der kijer . Mungkin jugak malas. Arghhh...lantak ler, bos yang kata "kau tak payah datang". Melompat ler aku. Lagi pulak Halim ada kat rumah . Mana sanggup nak tinggalkan dia...cewahhhhh.

Hari ni Halim tak der. Petang baru balik Melaka. Dia SMS nak balik petang, aku reply

"malam pun tak per"..pastu tak der lagi respon. Marah ker ?
Hehehe... Jahat tak aku? Nak tau pasal aper??? Pasal aku ada projek baik punyer dengan Wie dan Ejah. Dayah?? Tak tau la, tak dapat contact. Mana pegi tah. Saper nampak Dayah, tolong suruh dia balik umah on handphone balas masej kengkawan yerk. Projek menda.. JALAN JALAN CARI MAKAN kot. Tak bule cakap sekarang. Tunggu jer report dari aku.

Pagi tadi masa sampai opis, ada Honda Stream warna putih parking sebelah aku. Skali imbas tengok drebar macam ku kenal. CIKGU RAZAK!!! Cikgu ni ngajau Geografi masa aku STPM dolu. Terus aku tegur.



Aku: Cikgu buat apa kat sini??
Cikgu: Saya tunggu org umah saya.
Aku: Kerja sini.
Cikgu: Telekom. Awak buat apa?
Aku: Oh..building baru tu? Saya kerja sini... Kenapa tak datang majlis saya?
Cikgu: Alahai, minta mahap bebanyak, saya sibuk masa tu. Sampai terlupa. Bila teringat tengok jam dah pukul 3.
Aku: Takper, saya paham. Kawen masa raya. Orang ramai sibuk raya.

Terus la kami sembang sampai lenguh kaki aku. Citer pasal kerja aku, kerja dia, pasal ekonomi global, rasuah pun ader, tak ketinggalan jugak pasal classmate aku yang lain nyer. Seronok sembang dengan dia. Ada dalam setengah jam lebih kot. Pastu bini dia call suruh jemput. Sempat dia minta no tipon aku. Yang aku pon, tak reti reti nak minta no tipon dia pulak ker??
Lepas ni, nak citer pasal cekgu Razak. Banyak memori kitorang dengan cekgu Razak ni. Paling aku tak boleh lupa, masa dia tegurkan result trial Sejarah aku yang fail. Punya lah prihatin cikgu ni. Padahal bukan dia yang ngajau sejarah. Cikgu Roziah yang ajau. Aku dengan slamba boleh jawab masa tu:

"Rileks cikgu, jangan gelabah. Saya memang blom study pon. Ni trial, nanti peksa
betol saya jawab betol betol. Cikgu rileks."
Dan aku hampir terlupa dialog ni. Cikgu Roziah yang ingatkan masa aku jumpa dia bln posa hari tu. Rupanya dia ada masa kejadian ngeri tu. Cikgu Roziah kata, dia hampir pengsan dengar jawapan aku.

"Kita cikgu cikgu ni risau kan dia, dia boleh suruh kita balik yang rileks".
Ni ayat cikgu Roziah la masa posa hari tu. Aper pon, Alhamdulillah. Aku dapat prinsipal penuh semua subjek. Wie, Ejah, Halim (ehem..ehem...) pun sama cam aku. Gred jer lelain. Masa aku jumpa Cikgu Roziah hari tu, nak tau dia kata apa pasal Halim?
"Kau nak kawen dengan dak Halim... Dia ni lah yang pagi tak pergi sekolah,
petang boleh datang sekolah pulak seret kasut bola. Terbakau aku tengok".
Hehehe... Memori..memmori.. Saper boleh beli???
Okey, chaw beteh...
Read more...

Sesat

digoreng oleh Shima Batu | Monday, November 24, 2008 | , , , | 4 komplen »

Entry ni, mungkin tak menarik untuk korang. Tapi macam biasalahh, "ADA AKU KESAH??" . Dah dekat dua bulan aku kawen, tapi takkan nk tulis pasal laki aku plak kat sini (walaupon ramai yg sebok tanya). Apa yagn aku boleh cakap, kitorang tengah blajau bercinta . Korang tak percaya??? tak per. Itu hakikatnyer.

Last week (15/11), aku ke K.L. Jemput cik abg balik selepas 20hari tak bersua muka. Aku kena drive dari Melaka ke K.L..alone. Musti ada yg kata, eleh.biasa la, K.L pon jakun ker?? Tapi memang aku jakun. Slama ni aku ke K.L naik bas... turun pudu naik train. Mana aku amik kesah jalan2 kt k.L tu. Tapi aku brani kan diri jugak, pasal dicabar oleh laki ku sendiri... go bebeh....

Sehari seblom tu, dekat 2 jam aku study google map. Cari jalan dari tol sungai besi ke Tun HS Lee. Maka pada harinya, aku dengan sepenuh konfiden meredah lebuh raya ke K.L. Sampai Sungai besi, dengan konpiden memandu terus. Pastu, tetiba aku jadi blur. Apasal buleh banyak nau jalan susur nih. Peta 4 muka surat yg aku print, langsung tak buleh nk tolong. Aper lagi, dengan kesengihan yang amat nyata, terus la call si suami. Ku kabaukan pada nya, aku dah sesat. Tak jumpa la jalan nak ke Pudu dan terus ke HS Lee. Nak tau aper dia kata,

"saya ada kat Pandan Indah. Datang sini..."
Memang best. Letih aku baca peta beb. Skali Pandan Indah daaa. Tak tau ler aku yang bengong atau aku memang bengong. Masa aku baca peta dari Sungai besi > Pudu> Tun HS Lee, xder plak aku nampak jalan ke Pandan Indah. Adakah jalan nak ker Pandan Indah tu sama jalan dengan nak ke Pudu ? Entah la wei, aku memang bengong jalan k.L ni. Terus aku ikut direction Halim sampai ker Pandan Indah (phone call...hands free). Aku tak tau apa nama tempat yang aku sesat tu. Tapi area nk masuk SMART tu lah.

Gitu ler kesahnyer. Aku tidor semalam kt sana. Esoknyer (16/11 = besday aku) baru balik Melaka. Sampai hari ni Halim ada lagi kat Melaka. Malam ni baru balik semula ke K.L. Seminggu dia tak kerja, sampai letih otak pasal bosan . Maunyer tak bosan, dia cuti dok rumah, aku gi kerja.

Tapi start esok, back to normal. Dia kL, aku Melaka. PJJ.
Read more...

Sesi Buang Karan

digoreng oleh Shima Batu | Friday, November 14, 2008 | , , | 2 komplen »



Tak der modal. Memula saje belek muka Safiya ni. Tengok semua muka dia dalam blog dia, nampak macam nak gaduh. Tak caya korang pergi tengok sendiri kat sini. Lalu tidak semena menanyer, aku tempelkan muka Safiya dalam majalah ni. Dah petang cenggini, elok jugak aku sengaja membuang karan main photoshop. Budak baru nak blajau..berguru dengan diri sendiri.. "diri anda adalah guru yang terbaik"..cewahhh...


Tetiba terjumpa gambau ni. Kalau tak silap ni gambau masa kuar gi makan kt Ikan Bakau Alai dengan 9Vos.
Try buat camni.. cun tak?? Macam tak cun pasal kalau orang tengok, tak tau ni muka aku. Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan, aku tempelkan perkataan "ShimaBatu".




Try bubuh kat gambau, tambah shadow skit. Jadi ler cam gambau kat bawah ni. FYI, gambar ni dari henpon achik. Ni gambau masa aku beli baju nikah dulu.



Gambau kat bawah ni agak hampeh skit cara ngeditnyer.



Banyak nau plak muka Niza ni, try tambah spotlight kaler. Logo jangan lupa ek.




Tu jer. Cun ker gambau dan orang dalam gambau nih??
Read more...

Jenayah

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, November 12, 2008 | | 1 komplen »

Makin menjadi-jadi kes jenayah kat Malaysia ni..(dunia apatah lagi). Gambau atas ni aku "print screen" dari page Metro Online, Rabu 12 November 2008 kira-kira sejam lepas. Ada 3 kes bunuh yang berbeza.

Profesor balik makan ditetak
PETALING JAYA: Kegembiraan
pulang ke ibu negara bertukar menjadi tragedi bagi seorang profesor apabila dia
disamun sekumpulan lelaki di Taman Tun Dr Ismail di sini, malam tadi.
Dua perompak tetak ustaz
IPOH: “Saya terus melarikan diri
untuk menyelamatkan diri apabila seorang daripada perompak mahu menetak saya
dengan parang,” kata Norazila Mohd Sufian, 30, juruwang stesen minyak di Jalan
Kuala Kangsar di sini, yang disamun empat perompak, semalam.
Maut ditikam amah
KUANTAN: Seorang wanita warga emas sempat
berjalan terhoyong-hayang dalam keadaan kesakitan sebelum rebah dan meninggal
dunia di depan rumahnya di Taman Perumahan Karang Maju di sini, dipercayai
ditikam pembantu rumah yang baru empat hari bekerja, semalam.
Betapa "champion"nyer orang kita hari ni. Yang jahat makin berani, yang baik macam aku jadi makin takut. Pak polisi..bila nak "champion" nih?
Read more...

My Wedding.. Part 5

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, November 11, 2008 | , , , | 2 komplen »


Rakan-rakan yang best dalam majlis ku yang best...



Gambar atas: Nick, Aie & Safiya. Trima kasih atas sponser. Korang akan dikecualikan dari cukai tahun ni.


Gambar atas: Ejah & Anak Intan Juliana yg Comeiiii


Gambar atas: Ni la model utk video klip "Bawaku Terbang"

Gambar atas: Gambar yang cun dari ZulAzrin. Ni kalau tak silap..gambar Mak Der (orang yg bertanggung jawab menjahit crown di kepala aku).


Gambar atas: Che' Ram..memang pecah rekod bila datang ke majlis kawen kengkawan dalam waktu puncak. Biasa dia ni, lagi buleh nak nyorok dari dilihat oleh kengkawan. Ni darah manis ni.

Gambar atas: Orang kuat aku di balik tabir..Mr Cameraman... tepukan gemuruh untuk ZulAzrin (berbaju biru) dan disebelahnya lelaki paling hensem... SuamiKu..


Gambar atas: Zaim.. Kalau korang nak tau kenapa aku tak berapa cun masa kawen.. sebabnyer adalah Zaim. Pasal dia dah pesan.. "kau kalau lawa hari kawen..nanti aku nyesal tak ngorat kau..." :P

Gambar atas: Atok & Sukri..memang serasi bgambau berdua sejak sekolah lagi.

Gambar atas: Ni ler rakan rakan sepiring & sejalan


Gambar atas: Aku & Yuzana...


Gambar atas: Halim dan tukang basuh cawan


Gambar atas: Dari kiri Maslina@Bad, adik Sue yang aku tak tahu nama dan jugak Sue@Jeft.

Aku jugak nak mengucapkan selamat pengantin baru pada Jeft yang telah melangsungkan perkahwinannyer dengan Fendi pada 26 Oktober yang lepas. Aku tak dapat pegi hari wedding tu. So takder gambar dia. Ni aku rembat dari blog dak Nick.


Begitu jugak dengan Syuhada a.k.a. Brian. Ni pon aku tak pergi pasal masa majlis dia aku ke MTest KPLI kononnyer. Tarikhnyer tak sure. Tapi semitar Mei. Nal lebih gambo, sila ke friendster dia.

Pada masa dan hari yang sama pernikahan aku, di Sri Gading Pahat, telah berlangsung jugak majlis pertunangan Zuliana atau nama glem nyer Rem. Siapa jejaka pilihannyer itu aku kurang peksa. Ni gambau bahgia dia aku amik dari friendster dia jugak.

Tahniah untuk ketiga tiga kawan ku ini jugak.

Read more...

My Wedding.. Part 4

digoreng oleh Shima Batu | Monday, November 03, 2008 | , , | 9 komplen »

Citer lagi pasal kawen. Banyak kali nak citer. Yer la.. yang kawen tu aku. Blog ni blog aku. Ada aku kesah???

Timer kasih atas support korang pada blog aku selama ni. Amat amat lah aku menghargaiinyer. Banyak lagi kesah masa kawen aku tu. Tapi tak larat nak citer panjang lebar. Aku sebut jer la beberapa peristiwanyer...


1: Pengantin lelaki datang awal

2: Baju aku pakai yang color biru hujau tu, aku beli seminggu sblom nikah. Bli ready-made di Mahkota Parade.

3: Hantaran dari lelaki, tak der sirih junjung

4: Suami ku yang gelabah, 4 kali lafaz nikah

5: Masa nak angkat takbir semayang sunat bersama suami lepas nikah.. tetiba lampu bilik aku yang tengah menyala...meletop


6: Ni kemuncak kelawakkan...crown yang aku pakai, terpaksa dijahit atas kepala aku...disebabkan keganasan aku yang amat...

7 dan seterusnya...banyak lagi la.. tak larat nak storie..Paling teruk..bab kena bebel pasal tak mau bersolek.

Korang layankan gegambau nih dulu yer...


Aku nampak kecik bila di apit oleh mereka nih.Riang gumbira mak sedara aku ni. Ni first time dia bagi orang amik gambau dia. Masa wedding anak dia pon dia tak mau amik gambau.
My love....
Emak, aku, Halim, Along & Makcik Ina
Mariati, Aku, Alex, Wie, Ejah & Nurul


Bersama anak intan yg comei
Aku sayang diorang nih...












Gaya dak Atok mcm nk bagi petua rumah tangga kat aku. Yang lain pakat tumpang dengar.
Ejah yang sibok masuk frame
Ni aksi tanda gembira...
Korang pernah jumpa ker pelamin bule duduk tiga orang???? Cuba tengok capacity kusi tu...badan memasing.... kusss semangat..






sambung lagi daaa.....
Read more...

My Wedding.. Part 3

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, October 28, 2008 | , , | 0 komplen »


Salam to evrybdy. Citer pasal wedding aku lagi.






Mawar Aziz n family.. hadir pada malam wedding. Timer kasih Pn Mawar. Kehadiran amat dihargai.


Abah & Icam




Antara cuak & tak sabau nk dinikahkan..




Aku & Mak Dik dalam aksi konon syahdu...





Akhirnya sempurna...



Shamsul Iskandar & Dr. Zakiah..tiba semasa acara lafaz taklik.



Kidal jugak...






Yang ni memang klakau... aku nk cium tangan dia..dia pon nak cium tangan aku kenapa???

Ni baru betul.... :D
Aku & Mak Dik lagi..

sambung lagi.............


















Read more...

My Wedding.. Part 2

digoreng oleh Shima Batu | Monday, October 20, 2008 | , , | 1 komplen »


Salam,






Sorie beb. Korang terpaksa tunggu lama untuk post aku kali ni. Bukan sengaja, tapi memang aku banyak kijer. Tiga hari lepas majlis,aku da start kijer. Halim dah balik K.L. Hari hari berlaku mcm biasa...pergi balik kerja. Hujung minggu, Halim balik, sibuk dengan program beraya bersama kengkawan & sedara mara.






Okey aku sambung skit pasal wedding aku tu. Ikut perancangan awalnya, nikah kul 11.00 pagi 4 Oktober. Then pihak lelaki akan datang semula utk makan besau lepas zohor. Bersanggar kat memana, pengnatin bule tukar baju. TETAPI.....what happen on that day???








4 Oktober lepas suboh; aku mula mengemas bilik. Tukar cadar tilam, sarung bantal. Sikit lbih kurang dah nampak cun. Aku tengok bunga mangar belonggok lagi blom berpacak pada span. Aku minta tolong Gigie & Mak Nor buat sepokok. Lagi sepokok aku buat. Pastu jerit.."ICAMMMMM...bunga mangar ni nak pacak kat mana???" Icam tension sepanjang zaman... sebab..ONLY Icam...Icam AGAIN??? AKU...Atur paper bag yang nk bagi pada tetamus. Bagi direction pada 2 tiga orang sepupu yg bertugas mengagih paper bag, telor, coklat & gula utk bebudak. Pastu sepoyo poyonyer aku turun ke dapur. Walau pon dan mandi gegelap suboh, badan aku dah mula berpeluh balik masa tu. Kat dapor, tengok atas meja ada nasi goreng koboi. Best nih..walaupon tak der rencah ayam, tapi cili api memang sodap. Blasah sampai dua pinggan baru teringat..eh, sakit perut aku ni kang tak memasal. Tu pon dah rasa membahang jer perut aku masa tu. Lepas makan, amik masa menjengok orang yang dok sibok kat luar memasak. Sajer jer kan.. tengok jam..eh lagi 10 minit kul 10. Pastu dengar..


"Oit pengantin..apa kau buat lagi kat dapor ni..pegi ler siap."

Aku bagi sengih jer la. Eleh bukan lama pon bersiap...baju, Gijie dah siap iron malam tadi. Lagi pon kak Sal (sepupu) yg nak menepek bedak kat muka aku blom sampai. Owie, Dayah & Ejah.....10.30 baru sampai katanyer. Takper... Orang penting tu. Siang malam aku membayangkan diorang kat sebelah aku masa nikah nanti. Moment penting.. Aku nak diorang ada.








Dengan rileks aku naik tangga masuk bilik. Sampai bilik tengok bilik da cun. Mandi kejap lagi skali sempat nih..PIKIR aku. Sekoyong koyongnyer mencapai towel..tetiba.. tipon bunyik...nama "HAALIM" kt screen. Lebih kurang camni dialog.







HALIM:Kena nikah awal skit la.


AKU: Awal?? Kul berapa? Kenapa??





Imam tampat saya ni nak kena uruskan kematian kat kampung. Jadi
kena awalkan nikah ni. Dia nak kena balik cepat.







AKU: Sekarang da sampai mana?





HALIM: DEPAN RUMAH...







AKU: ???? Kenapa tak bagi tau awal kata nak nikah awal.
Sblom bertolak bagi la tau.





Aku mula bengang yang amat. Tengok Zul Azrin da sampai. Dia dok menyabaukan aku. Tapi aku memang rasa nak menjerit jer masa tu. Nasib baik aku dah mandi pepagi tu. Zul tak habis habis tenangkan kan aku. Aku harap, Halim boleh pergi rumah sesaper dulu masa tu, lepak kejap. Kul 11 baru datang. Tapi...HAMPEH.. Kejap lagi..


"HALIM DAH ADA DEPAN RUMAH LA..."

Tetiba ada lagi satu sora


"FAMILY HALIM PON SEMUA DAH SAMPAI DENGAN DULANG HANTARAN..."








Masa tu dalam kepala aku takder lain.. KENGKAWAN AKU... diorang blom sampai. Aku jadi sedih sgt masa tu. Diorang takder dengan aku. Aku tak suka betol keadaan masa tu. Tak tahu nak mengutuk saper. Pikah lelaki terpaksa tunggu lama jugak la. Aku nak tukar baju jer tak mau bersolek, tapi korang pepaham jer la, mulut memasing masa tu.






Elok aku turun jer masa tu, semua mata dah pandang aku. Aku jadi tak reti buat muka manis. Cukup ler sekadar buat muka bagi tak nampak bengang. Aku tak dengar apa imam tu tanya aku. Aku main jawab..o.k jer memanjang. Lawak betol la. Lepas acara serah wali, sampai sesi khutbah & soal jawab dengan pengantin lelaki. Masa ni baru aku nampak Halim. Depan aku, Abah dan Icam. Blakang aku, emak dan angah. MANA KAWAN AKU..AKU NAK KAWAN AKU SEKARANG...







Aku jadi lupa kejap pada kebengangan aku tu, bila aku tengok Haalim mula resah atas tilam nikah. Apa pasal dia jadi glabah camtu. Cuak aku bila soalan imam dia tak boleh jawab. Aku dengar orang lain ada masa tu dah mula gelak gelak...
"gelabahnyer pengantin lelaki nih".
Sampai masa akad... lagi lah aku gelabah. Korang rasa boleh skali lafaz ker??? Cuba teka berapa kali?? Aku tak kira beapa kali, tepi lepas tu Halim ada cakap.. selepas EMPAT (4) kali lafaz, baru diisytiharkan sah. ALHAMDULILLAH. Hilang glabah aku.





Lepas tu, masuk bab menyerahkan mas kahwin. Halim datang depan aku dengan satu dulang ada mas kawen dan gelang. Dia duduk depan aku lepas tu tanya kat aku


.."Nak cakap aper yer?"

Lawaknyer. Pastu ada dengar sora saper tah yang mengajau... pastu baru Halim sebut. "Ini mas kahwin untuk awak dengan sikit hadiah dari saya..BUAT MASA INI. Lain kali ada lagi INsyaALLAH". Lepas tu serah mas kawen dan pakaikan aku gelang..aku dipaksa menyalam dia. Bukan skali...dua tiga kali...zul azrin punya pasal (cameraman) Ni o.k lagi..standard ler kan? Bila masuk part nak kena dia cium kat dahi. Masa ni aku rasa nak gelak lapang lapang. Jangan harap ler Halim nak ikut cakap diorang. Halim bule cakap plak.


"Eh..nak kena tunjuk kat orang ramai ker?"

... Hahaha..tak laku la cakap Halim tu. Kena buat jugak.. dua tiga kali jugak tu... Aku cuma rasa nak mengekek jer masa tu. Halim kena buli dengan mak sedara aku. Aku memang tak bule bersora la. Lapes tu KAMI..(cewah...) naik ke bilik. Semayang sunat beb..bersama sama..bukan BERSAMA yerk... Lepas semayang, dah ramai tunggu depan pintu bilik...


"Oit.. sabar la..tunggu lah malam".. tak lain suara Mak Uda aku.

Elok Halim kuar dari bilik, kengkawan aku pon sampai. Diorang pon bengang bila sampai tengok aku dah nikah. Apa nak kater. Dah selamat pon. Nak bengang memang tak guna. Tapi bila ingat balik.. memang bengang. Contoh macam masa aku tengah tulis blog ni. Tengah bengang la ni.






Majlis lepas tu berjalan macam biasa. Ramai tetamu yang datang aku tak sempat nk jumpa. Ni yang buat aku tak suka jugak ni. Masa lebih banyak dalam bilik menepek make up. Tension betol la. Yang aku sempat jumpa, Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia). Lain lain yang aku dapat laporan kata ada datang Zamzizul Nordin (Ketua Angkatan Muda Keadilan Bahagian Jasin), Mr. Roffin, leader AIC Melaka (Anwar Ibrahim Club), Big BOSS Walk About Malaysia Sdn Bhd serta seluruh team Walk About & family, YB Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan), Nick, wakil dari Phyneo Creative House, Mr. Tan dari Pacific Office (M) Sdn Bhd, Mr. Sazman (RKT Corporation), Mr. William Lee, Uncle AhMeng & family (Mega Global Teamwork Sdn Bhd), Kak Azza (Atira Computer), Ustaz Abdullah Jantan (SDARY)... saper lagi eh??? Aku tak ingat ler. Ramai nau.





Kegkawawan yang hadir... ramai. Alex (shoot dari Batu Pahat tengok Rem bertunang), Nick & family, Jeft (nk kawen 26hb ni), Bad, Ajay & mak dia, Cik Ram, Intan & baby dia yg comei, family zul azrin, mak cik ina & along. Lain lain muka yg harus datang... Atok & Nurul, Mairati, Huzir & Emak Huzir.






Aku nak amik kesempatan nk ucap terima kasih pada SMS tahniah dari korang yg mana tak dapat hadir, doa korang, kehadiran korang dgn susah payahnyer, hadiah & duit kaut seikhlasnyer, ... trima kasih bebanyak. Trima kasih jugak pada para sponser yang jauh dan dekat, sedara dan kawan, kaki tangan petugas dapor, seketeriat seketeriat memasak dan balai makan, krew cenderahati, krew pelamin, bunga telor & bunga mangar, jentera jentera pembasuh pinggan serta semua orang yang terlibat dalam majlis aku ni. Terima kasih bebanyak. Sumbangan korang lebih dari nilai harga tuala good morning tu. Aku amat menghargai sesangat. Pada para jemputan, tetamu berjemput mulut, kad, posmen & SMS, aku mohon mahap jika ada terdapat sebarang kekurangan dan kecacatan pada majlis keluarga aku ni. Sekian....WASALAM...


Gambar atas: Ketibaan Halim & rombongannyer sekitar jam 10 pagi





Gambar atas: Aku turun dengan glabah & bengangnyer





Gambar atas: "Nazhatul, ayah awak nak nikahkan awak dengan Halim. Setuju?" "Nak..nak..nak..mesti ler nak"



Gambar atas: Family Halim..xder close-up plak zul azrin oiiii...




Gambar atas dan bawah: Acara akad nikah





Gambar atas: "Aper nak cakap ni"



Gambar atas: Pelamin yang sempoi


Ni jer buat masa ni. Lelain aku akan letak kt flikers. Korang bule tengok jugak kt blog angah aku.

Read more...

My Wedding.. Part 1

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, October 09, 2008 | , , | 3 komplen »

Salam to every body. Selepas majlis kenduri umah Halim 5hb lepas, semalam aku da mula kijer. Kiranya, cuti lepas kawen cuma 2 hari. Alhamdulillah,.. dari awal majlis nikah hingga ke majlis bertandang ke rumah Halim kt Sebatu, semua berjalan dengan baik. Pasal apa singkat nau cuti aku, pasal sebelom raya lagi aku dah start cuti. Hanya gambar ni sempat aku attached. Yang lain masih dalam proses touch-up.

Kalau ikut perancangan, aku nak pakai inai hari raya ketiga malam. Tapi Mak plak beria ia nak aku pakai inai masa raya kedua malam tu. Sebab malam esoknya, dia nak aku tukar tukar baju. Perghhhh.... benda yang paling aku tak mau. Sorie, gambar tu aku takkan siarkan di blog ni. Kalau aku rajin, nanti aku print, datang tengok kat rumah.




Pada hari raya kedua malam tu, Ejah & Wie datang nak menginaikan aku. Turut ada sama, Dak Yan & Haria. Yan tak dapat datang wedding aku, pasal dia kena balik ke Johor esoknyer. Sedihnya..Yan tak der. Sempat dia rakam gambor aku berinai. Tapi aku blom minta lagi dgn dia.

Meh aku storie skit apa yang aku ingat sepanjang sehari sblom aku dinikahkan.

3 Okt 2008 sekitar jam 12.00 ke 1.00 pagi, Auntie sekeluarga yg baru sampai umah aku dengan Mak Uda, mula sibuk buat hantaran aku. Aku dok menegok sampai kul 3 pagi. Lepas tu kena halau naik tido.



3 Okt, lepas suboh terus tak buleh tido. Walaupon waktu tido tak cukup cam biasa. Aku tengok inai kat jari aku yang Ejah dengan Wie pakai kan, mcm tak balance. Tangan kiri aku, dak Wie tukang inai, nampak tak terang. Yang ejah pakaikan belah kanan, o.k.



Aku tak ingat kerja apa yang aku buat hari tu dari pagi. Apa yang pasti, aku memang tak duduk kat bilik. Aku sibuk kat dapor sampai Asar. Basuh pinggan, masak makan tengah hari, kupas kentang, kopek bawang, rebus telor.. semua aku buat gotong royong dgn dua tiga orang sepupu yg ada. Ada yang bising, pengantin mana bule duduk dapor lagi. Tapi kalau aku tak buat, saper lagi nak buat? Angah dah keluar ke kedai. Cari sireh dgn bunga untuk sireh, bli kek untuk hantaran. Icam & Abah sibuk kat luar rumah. Emak?? Pon sama.. sibuk bantu tukang masa majlis.



Masuk magrib baru aku naik, mandi, solat... Malam tu Arshad datang sefamili dengan hadiah paling besau dan paling berat. Turut datang malam tu, Mawar & famili. Ni semua kes tak bule datang utk esoknya la tu. Auntie dengan uncle, sibuk menyiapkan pelamin. Mak der.. Masih dengan bunga telor. Yang lain, aku tak perasan ler pulak. Lepas arshad & mawar balik. Sepupu aku datang nak menyolekkan aku. Dalam terpaksa, tiga pasang baju aku tukar. Rimasnyer...Tuhan jer yg tahu. Ejah sempat jenguk sekejap bagi inai. Lepas berpose bagai nak rak, aku tengok... bilik aku dah cantik. Menarikkan? Idea aku direalisasikan oleh uncle & auntie. Nanti kendian aku letak gambau. Kalau aku ingatlah.



Okey..ni jer untuk kali ni.... Nanti aku sambung lagi. Chawww....

Read more...

Aku Kawen 4/10/2008 = 4/10/1429

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, September 09, 2008 | , , , | 6 komplen »


Salam to everybody,

Macam mana posa korang? Baik baik saja hendaknyer. Ada pengumuman aku nak buat. Mungkin ada antara korang yang dah tau.

Setelah mendapat perkenan dari majlis raja-raja..cewwahhh..


Setelah mencapai kata sepakat dan perundingan dengan dua keluarga, makanya pada 18 Ogos yang lepas, telah diconfirmkan tarikh untuk majlis pernikahan aku. 4
Syawal 1429H bersamaan dengan 4 Oktober 2008. So, 3 weeks and 4 days untill our wedding. Lagi best, kalau ikut Takwim Hijrah, Syawal adalah bulan ke sepuluh, sama macam kalender orang putih. Jadi tahun ni memang cantik, bulan ke-10 Hijrah jatuh pada bulan ke-10 kalender org putih jugak, 4/10/2008 = 4/10/1429.



Memandangkan tarikh diconfirm dalam jangka masa yang memang singkat, iaitu kira kira satu bulan setengah sebelom majlis, makanya dengan ini aku ingin mewar-warkan bahawa, kesibukan dan kelang kabut aku alami kini, tahap gaban jugak kiranya. Walaupon ikut kata orang, aku nampak cool, tp korang ingat senang ker nak nampak cool ni.

Kenapa 4 Syawal? Kerana aku mengharapkan kehadiran sedara mara dan rakan-rakan yg kebetulan masih bercuti raya. Jadi tak payah nk nyusahkan korang balik kampung dua tiga kali. Lagi pon aku memang maklum sangat la budget memasing menjelang lepas raya tu. Kalau aku buat 5 Syawal, kang ada yg dah sibok nak balik kerja utk Isnin tu. So, itulah reason aku. Logik tak logik, ikut suka korang la. Tapi, moh la datang beraya ke umah aku tahun ni beramai-ramai. Kalau tahun tahun sebelom ni korang memeriahkan open house umah aku, jadi anggapler 4 hari raya tu sbg open house aku. Bezanya cuma menu dan cara aku berpakaian lah.



Persiapan stakat ni, Alhamdulillah. Aku byk sub-kerja bagi kengkawan dan sedara mara. Sponser pon alhamdulillah. Moga murah rezki korang semua. Cuma kad kawen tak siap siap lagi. Aku design yg paling mudah. Tapi aku confirmkan utk printing baru minggu lepas. Aku ingat nk buat yg sempoi jer, macam poskad, skali org nk sponser buat cantik skit. Konsep masih poskad, tp finishing diorang nk buat macam mana tah. Lantak la, janji siap. Rasanyer jumaat ni bule siap. Tak tau sempat ke tidak nak edar kat korang. Tapi minta kerjasama korang SMS kan alamat surat menyurat korang. Aku akan hantar by hand. Tapi tak kira la dari tangan aku atau tangan posmen. Korang maklum jer la, musim posa ni.. posmen sibuk dgn kad raya. Jadi, aku bimbang jugak kad kawen aku ni nanti tercicir, tak sempat sampai ke tempat korang. Nanti sblom aku pos, aku akan SMS korang utk inform. Jadi kira aku jemput korang, walaupon korang blom dpt kad. So, jangan lupa yer SMS address korang.

Pada awalnya, aku merancang majlis nikah kul 11.00pagi 4hb tu. Jadi lepas nikah, makan dan layan tetamu makan. Sampai ler petang. Ini perancangan awal la kan. Tapi bila dah masuk kepala mak sedara, pak sedara, bakal kak ipar, bakal mak mertua, sepupu sepupu... kepala hotak aku telah diracun kini. Bakal mertua suruh bersanding, berkompang & berarak. Bakal biras pon sama. Pak sedara dan mak sedara suruh pakai songket, bersanding, tepung tawar bagai. Sepupu2 sibuk suruh tukat tukar baju buat malam berinai. Dan paling aku tak sanggup dengar, nak suruh aku pakai gaun. GILER APER??? Ngeri beb. Aku sendiri ngeri, apatah lagi korang yang nak tengok. Jadinya, majlis yg kecik akan jadi besau. Yang "simple plan" akan jadi "grand continental" gamaknyer. Masing2 nak bagi kerjasama. Dari pelamin sampai ke baju untuk bersanding. Aku jadi mabuk kejap. Tu tak kira pendapat bakal laki aku ni lagi. Confirm taufan ler jawabnye.

Akhirnya, aku memutuskan begini. Mungkin, aku dan suami (cewahhh) akan pakai songket. Tapi bukan untuk bersanding. Pakai jer la sogket tu, duduk kat balai layan orang makan. Kalau boleh la. Dalam sejam lepas tu, tukar la balik baju lain. Pelamin cuma untuk bergambar jer. Tu pon kalau cik abang aku xmau naik, aku duduk sorang la atas pelamin tu. Buleh ker?? Tapi aku sikit lega lah, setakat hari ni, kain songket dari Terengganu yg nak dibuat baju aku, blom nampak bayang lagi. Kalau ikut kata sepupu aku, sempat nak siap untuk aku pakai. Tapi bagi aku senang jer la. Kalau ada aku pakai, xder xper xder hal. Kicik jugak pasal.



Satu lagi, memandangkan aku akan sibuk sepanjang posa dan raya ni. Maka aku dengan ini mungkin tidak akan meng-update blog buat tempoh masa ni. Kalau ader pon, mungkit post aku akan berayat jiwa serta berbunga bagai. Untuk mengelakkan tragedi muntah darah berlaku, lebih baik aku tidak membuat apa-apa posting yang agaknya nanti tidak sesuai untuk tatapan umum.

Okey bebeh... tunggu jemputan dari aku yer. Selamat berposa, selamat hari raya, mahap zahir batin.




Read more...

KESEDIHAN BERGANDA

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, September 03, 2008 | | 5 komplen »

Salam buat semua. Sayu jer post aku kali ni. Korang ingat tak bulan posa tahun lepas. Aku ada criter pasal Pak Unos meninggal sebab canser hati. Kalau tak ingat bule baca kat sini. Menjelang bulan poasa ni, aku teringat dengan peristiwa tu. Lebih lebih lagi pada malam merdeka lepas. Pada hari yang sama tahun lepas, aku dengan angah bermalam kat sepital menjaga arwah Pak Unos di Paliative Care Unit Hospital Melaka. Tahun ni aper pulak…? Tahun ni aku nak berceita tentang dua orang yang penting dalam dunia aku. Iaitu Atok (Masban Yusof… abah kepada emak) dan Mak Long (Bibi Md Yassin… kakak sulong abah aku). Untuk pengetahuan korang semua, aku dah lama takder nenek. Yang ada cuma nenek tiri yang takda bezanya dengan nenek betol. Dia tetap nenek aku yang jaga Atok selama ni. Berlainan pulak dengan Mak Long aku ni. Walaupon dia cuma mak sedara, tapi aku lebih rapat dengan dia nak banding dengan nenek. Lagi suka nak bermanja dan mengada ngada dengan dia. Cucu mak long pon banyak sebaya aku. Jadi dia aku anggap macam nenek la pulak. Setiap kali sambut raya, rumah pertama yang aku and famili akan pergi di pagi raya adalah rumah Atok kat Bukit Punggur.Then terus ke rumah Mak Long kat Tambak Bugis. Jadi, korang boleh bayangkan tak betapa besarnya dua insan ni pada aku and famili. Mereka berdua adalah keutamaan kami. Tapi tahun ni, keadaan akan berubah, pasti berubah, tetap berubah dan telah berubah. Kenapa aku cakap macam ni. Meh baca diari aku.




15:41, 28 August 2008 – aku dapat call dari Nenek.

NENEK: Along, tolong nenek boleh tak. Atok sakit la. Tak boleh bangun. Datang jenguk Atok boleh? Nenek call mak tak dapat

AKU: Along kat office lagi ni Nek. Nanti Along call mak.

AKU: Mak kat mana? Balik ke rumah nenek cepat. Jenguk Atok.

EMAK: Hah..kenapa?

AKU: Tak tau. Baru kejap nenek call.


Talian tipon mati mcm tu jer…CEMAS..

18:45, 28 August 2008 – Petang tu, aku balik opis terus balik rumah.

Lepas magrib aku gi umah atok dengan mak. Atok berbaring atas kusyen kerusi kayu. Nampak rileks. Tapi dia tak boleh bangun. Tak tau macam mana kesakitan dia. Bila aku dgn mak bangunkan Atok. Badan dia jadi menggigil. Aku suruh mak bawak pergi hospital, tapi nampak macam mak berat hati. Nenek pon sama. Aku dapat rasakan alasan diorang. Tapi tak per. Aku tengok atok still boleh habiskan satu mug oat yang nenek buat. Mak cakap, nak tunggu esok Auntie aku dari Kajang esok. Baru decide nak ke hospital atau tak.

8:20, 29 August 2008 - On the way ke office.

Aku cakap kat mak. Bawaklah Atok tu ke hospital. Kalau kat umah, aper yang kita boleh tolong? Telefon ambulance. Atok tak boleh duduk dalam kereta. Mak cakap okey. Auntie call dari Kajang, nak confirmkan no fax aku. Dia nak faxkan dokumen bg dapatkan first claas ward utk atok. Lepas solat Jamaat, Auntie gerak dari Kajang. Mak Uda & family di K.L bertolak malam nanti

18:30, 29 August 2008 – On the way balik dari office

Mak telefon bagi tau, Atok dah ada kat emergency room Hospital Melaka. Aku dengan Angah dah sampai Jalan Gapam nak balik ke rumah, U-turn utk ke Hospital Melaka. Sampai di Wad Kecemasan, tengok Auntie anak beranak dah ada menunggu. Mak teman Atok dalam Bilik Emergency. Tapi mengejutkan, siapa lagi yang aku jumpa kat situ??? Sepupu aku, Kak Sal. Aku dah terbayangkan, tak ada orang lain, pasti Mak Long.

AKU: Mak Long dalam wad jugak ker? Dah lama?

KAK SAL: Sebelom Atok kau masuk.

Kami semua tunggu di luar wad. Sampai masuk Magrib, aku beransur balik dengan Angah. Lepas Isya kami datang lagi dengan Abah. Yang lain masih di Hospital.


21:00, 29 August 2008 – Aku, Angah & Abah sekali lagi sampai di wad kecemasan.

Atok dan Mak Long masih blom dipindahkan ke war biasa. Atok kekurangan darah, tekanan darah rendah. Masa tu, doctor tengah buat pemeriksaan jantung. Semua sedia maklum keadaan Atok kekurangan darah. Tapi..kenapa tak diberi darah masa tu?? Aku pon tak paham. Hanya Hospital Melaka yang paham.

Abah aku Cuma tau Mak Long (kakak abah) ada dihospital bila sampai hospital. Sengaja kami tak bagi tau, sebab abah ada sakit jantung. Takut abah terkejut. Mak Long.. jangkitan kuman dalam darahnya makin serius. Aku pon kurang pasti, mana datangnya kuman tu. Waktu tu, doctor masih tengah tunggu keputusan ujian buah pinggang. Mak cakap, Mak Long Nampak kritikal. Tapi masih sedar. Dia boleh tanya lagi mak keadaan Atok aku. Sebab dia Nampak emak masuk wad dengan atok.

22:00, 29 August 2008 – Bersurai balik

Auntie nak balik semula ke Kajang. Sebab Uncle ada raptail utk hari kebangsaan 31 Ogos tu. Aku, angah, emak & abah dinasihatkan nurse untuk balik. Sebab lama lagi proses. Keadaan Atok stabil. Jadi cuma proses nak dipindahkan ke wad 3-2 (first class) sahaja. Sepupu aku pon terpaksa balik, nak menyusukan anak kecik di tinggal di rumah. Tapi dia akan datang balik ke hospital.

23:00, 29 August 2008 – Di rumah aku

Sampai rumah aku terus pengsan tido. Keletihan berdiri didepan wad. Aku tak sedar pukul berapa Mak Uda sampai dari K.L.


3:26, 30 August 2008 – Di rumah aku

Aku terjaga. Dengar bunyi enjin kereta. Mak dapat panggilan dari hospital. Diaorang perlukan signature waris utk buat pemindahan darah. Mak pergi dengan Mak Uda.

5:36, 30 August 2008 – Di rumah aku

Aku dapat call dari emak. Suara mak menangis. Aku terbayangkan Atok walaupon tak sanggup membayangkan. “MAK LONG DAH TAK ADA…” bukkk….. macam ada lori hentam dada aku. Kenapa MAK LONG…. Bukan aku mau diganti dengan Atok…, tapi aku blom bersedia utk dia. Aku sendiri sebak. Macam mana aku nak bagi tau abah. Pasti abah terkejut. Aku kejut Angah.. suruh angah yang cakapkan. Ruoanya abah dah tau dulu sebelom aku dan angah. Sepupu aku dah call abah. Abah Nampak cool. Nak pergi kerja jugak pagi tu sekejap. Aku call Icam, tak angkat. Mesti blom bangun. Aku masej “BALIK PAGI NI JUGAK. MAK LONG DA MENINGGAL. ATOK KRITIKAL.

5:36, 30 August 2008 – Di rumah aku

Lepas solat suboh, aku plan nak ke hospital dengan angah. Tapi tak lama lepas tu, mak call aku LAGI. Mesti mak nak arahkan aku aper aper, tak pon nak pesan suruh datang hospital terus. tapi…“ALONG… ATOK DAH TAK ADA”.

Terpaku ditepi katil. Seketika berdialong macam orang xder iman “KENAPA MESTI ATOK, KENAPA MESTI SEKARANG, KENAPA MESTI HARI INI”…memang aku blom bersedia untuk sesiapa pun.


Aku kabarkan pada angah. Abah call aku untuk maklumkan benda yang sama. Aku masej Icam “ATOK DAH TAKDA”. Pasti Icam terkejut. Aku terus ke rumah nenek. Hanya nenek seorang di rumah. Nenek dah tau tentang Atok. Dan nenek terkejut bila aku bagi taupasal Mak Long. “Sedihnya Long.. “ itu kata nenek. Seketika, aku angah dan nenek termenung sekejap. Apa nak buat ni? Nak bagi tau saper? Adik beradik mak yang lain semuanya blom balik lagi dari Kelang. Auntie… tak sampai 10 jam sampai Kajang, terpaksa balik semula ke Melaka. Nenek telifon jiran terdekat, minta maklumkan di Masjid. Aku dgn Angah, tolong mengemas apa yang patut untuk sambut jenazah dari hospital. Dalam hati melonjak nak menjenguk Jenazah Mak Long bila nampak van jenazah melintas masa aku kat umah nenek. Tapi aku tak boleh nak tingglkan nenek sorang sorang. Aku tunggu sampai emak balik dari hospital. Mak Uda ikut kemudian dengan van jenazah bawak atok.



Sementara tu, aku, emak dan angah balik semula ke rumah. Icam call, cakap akan bertolak dari tanjung malim pukul 9.00pg dengna kereta kawan. Abah pon ada di rumah. Dah mula pegang dada. Lepas break first, kita bersembang nak kurangkan stress masing masing terutamanya abah dgn emak. Lepas tu kami ke rumah Mak Long. Sedekah Yassin. Aku tak sanggup tengok lama muka arwah, sebab nanti aku akan nangis. Kesian, tengok bahagian leher Mak Long ditebuk doctor. Tak tau untuk apa. Tapi ikut kata sepupu aku, malam tu kuman dalam darahnya dah sampai ke otak. Doktor terpaksa buat macam macam. Ishhkkk…seksanya Mak Long.

Di rumah Mak Long ramai, adik beradik abah, anak anak mak long, cucu cicitnya. Semua dah besar. Segala urusan, semua mereka yang handle. Mak ajak beredar ke rumah Nenek.. Di rumah nenek cuma ada mak uda. Adik-adik Mak yang lain, semua jauh, belom sampai.



Sampai pukul 12.00tgh, aku, abah dan angah ke rumah mak long semula. Icam sampai masa solat jenazah. Dia mengiring jenazah mak long ke kubur (tanah perkuburan telok mas). Kemudian, kami semua ke rumah Nenek. Jenazah dikebumi lepas solat Zohor di tanah perkuburan Alai.


Dalam sibuk aku merancang perkahwinan, dua insan yang teringin sangat nak tengok suami aku, pergi dalam tempoh tak sampai 40 hari menjelang hari itu. Inilah dugaan aku kali ini. Tuhan lebih sayangkan mereka. Pengajaran utk aku supaya jangan lupa tentang kesejahteraan saudara yang lain. Jangan leka dengan kegembiraan sendiri.




Kengkawan yg hadir, salam, doa dan ucapan takziah dari semua, aku ucapkan terima kasih. Al-Fatihah untuk keduanya...
Read more...

Salam Ramadhan

digoreng oleh Shima Batu | Friday, August 29, 2008 | | 0 komplen »






Read more...

40 HARI LAGI

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, August 26, 2008 | , | 0 komplen »

Orang cakap, tempoh bertunang ni banyak dugaan. Orang mana yg cakap, aku pon tak tau. Tapi yang pasti, setiap kali aku dengar, aku akan soal balik dalam hati "Iyer ker? Boleh percaya ke ?" . Dan hari ni, aku selalu cakap dalam hati "Sabau Batu, ni dugaan." Yer la.. baru ku tahu. Sekuat mana aku nak bertahan? Hanya ALLAH yang tahu. Bila aku sesorang, aku akan pikir.. ni baru sikit dugaanyer. Dah kawen nanti?? So bersedialah. Tapi bila berdepan dengan yang lain, "Oit..sabau nyer kau. Kalau aku dah lama bla". "Nasib baik kau tunang dia Shima, bukan aku ". Bila dengar semua ni, aku hanya . Itu lah yang membezakan aku dengan mereka, dan yang mengekalkan hubungan aku dengan dia hingga ke saat ini. Aku bukan nk bangga dengan sikap aku ni. Ada masanya, letih beb. Kita tak tido malam pikirkan kesudahan, yang dia tido sampai payah bangun pagi. Memang tak aci. Tapi, padan muka aku, dah tak tido malam tu, tak reti reti nk semayang, munajat, mengaji. Masalah susah nk selesai, tak boleh nak selesai, tapi apa usaha aku? Masalah tak besau pon, tapi bila benda mudah di ambil remeh.. aku jadi blur sekejap. Samada aku yang terlalu emosi atau dia yg tak sensitif. Menyingkap balik perilaku aku, memang malas sejak dua menjak ni. Malas segala hal. Yang rajin hanya ngadap citer Korea, Jepun, Taiwan. Aper yang aku dapat?? Ni LER... Kesengasaraan minda. Memang padan muka kau Batu. Justeru, apa tujuan aku menulis kali ni?

HANYA SEKADAR meNGONGsi keSENGALan




nasi tambah:


Baru kejap tadi aku dpt signal, masalah hampir selesai. Alhamdulillah.
Hopefully takkan ada lagi masalah dalam tempoh 40 hari dari hari ni dan kalau
bule biar kekal tidak bermasalah selama lamanya .
Read more...

9Vos + 9Ogos

digoreng oleh Shima Batu | Friday, August 22, 2008 | , | 2 komplen »



YeeeehahHHH!!!!!!! Akhirnyer, berkesempatan jugak aku menempelkan gambau reUnion 2 minggu lepas. Yang dapat datang cuma 4 orang, Alex dah tentu, Nick, Aku & Jeff. Memasing dengan pasangan. Aku pon bepasangan jugak. Saper lagi kalau bukan Zul Azrin. Photographer sukarela beb!!! Yang penting kenyang. Aku tak bule nk story banyak, korang layan kan ajer gambau gambau ni. Adios!!


Read more...

Nicholas Teo @ Nicholas Zhang

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, August 12, 2008 | , | 1 komplen »

Post aku kali ni, memang xder makna pon untuk korang. Hehehe.. sengaja aku carik pasal bercerita tentang orang yang takder kena mengena dengan aku dan korang. Mamat cun dalam gambau kat sebelah ni saper yerk?.. Ni lah Nicholas Teo pemenang utk MTV Asia Award 2008 for Favorite Artist Malaysia. Eleh yang sblom ni banyak tahun Siti Nurhaliza menang tu. Tahun 2006 si Mawi yang menang. Tahun ni si Nick ni pulak. Dia kalahkan Siti, Faizal Tahir & Pop Shuvit. Personally, aku memang tak kenal si Nick ni. Aku tau pasal dia lepas tengok drama Taiwan tajuk “Smilling Pasta”, satu drama yang comel. CD aku pinjam dak Zul. Kalau tak silap ada 17 episod. Then aku try source, nak tau saper nyanyi lagu tema untuk drama tu.


Sekalik tengok, hero citer tu adalah penyanyi, dan buat aku lagi surprise… hero tu adalah orang Malaysia. Budak Nick ni ler. Orang Sarawak beb. Lahir tahun 81.. sama bintang dengan aku…chengggg…….. Dia pernah memang Astro Talent 2002. Dia punya senyom…mcm actor Korea, Kim Jae Won…eleh yg blakon citer Wonderful Life tu la.

Aku bukan ler peminat mati keras bebudak ni. Bak kata dak Zul pon, muka si Nick ni kalu berjalan kat pasau beli ikan pakai suar pendek.. tak saper kenal pon kat Malaysia ni. Tapi kat Taiwan, Hong Kong…gila babas glamer mamat ni. Angau aku kejap. Try buka website dia… semua bahasa cina. Mana nak paham. Tapi takper, kepada Nick… kalau ko paham ler bahasa aku ni dan terbaca blog ni.. TAHNIAH ler aku ucapkan. Kau telah berjaya mengelirukan aku. Aku ingat ko orang Taiwan. Tapi ko memang best macam beskal.

Read more...

9vos plus Cinpeng

digoreng oleh Shima Batu | Saturday, August 09, 2008 | , , , | 1 komplen »


He he he…rasenyer, dah lama aku tak membebel kat sini Bukan xder benda nk tulis, tp terlalu byk benda…sampai tak tau yg mana satu patut didulukan. Bermula dengan aktiviti berdemo sana sini, aktiviti parti, perjumpaan kelab, ceramah, poster, orang kawin, meeting, proposal, sebut harga, payment, order, delivery, forwarding agent, kastam dan segala macam masa-elah Semua ni membuatkan aku kononnyer nampak sibuk dan buat buat sibok.



Nak start dengan citer aper dulu? Kengkawan? Malam ni aku ada reunion dengan bebudak 9 VOS. Ni geng masa SPM dulu. Ada 9 orang. Alex, AJ, Rem, Brian, Owie, Jeft, Nick & Bad. Semua pompuan. Memang susah untuk longgokkan semua ni. Kalau takat dak Wie tu, tiap tiap minggu aku jumpa… tp tak jugak jemu. Entah bila nak jemu pon aku tak tau. Memang kebal. Nick? Ada gak jumpa masa dia dok kempen Hi-O dulu. Yg paling latest, Alex la. Aku baru tau pompuan ni dah tukar kijer. Opis plak sekangkang kera jaraknyer dgn opis aku. Ada la dalam dua kali kuar lunch dengan dia. Then ngumpat ngumpat sebaris dua. Aku tak pasti saper yg bule datang malam ni. Dah buat kat Ala Kasim, Crystal Bay… melampau ler kalu aku tak datang. Jarak lebih kurang sepelaung bak kata orang dulu pon. Kalau aku tak datang, memang teruk aku kena laung dengan bebudak ni. Lebih lebih lagi dak Alex. Dah macam mak itik dah dia bila kena lantik jadi organizer Alex.. ko memang best. Tak kira la saper pon yang datang malam ni, aku tetap ucap syabas beteh. Inspektor shahab, bombay polis station.






Kerja?? Masih macam ghitu jugak. Ada masa kijer dalam keadaan santai, ada masanyer, cukup meletihkan otak. Aku bila bab letih otak ni, perangai aku mula jadi lain sikit. Macam orang kena angin senggugut. Rasa nak mengamuk, tapi tak tau nak marah kat saper. Aku suka buat kijer rileks. Tapi bila aku kena buat kijer kejar masa, aku akan mula bengang. Memang pantang aku kalau orang banyak cakap dengan aku masa tu. Tu sebab kekadang, time aku sibuk, orang telipon, memang aku jawab macam nak telan jer orang tu. Selalu yang kena zul azrin ler kot. Tapi, bos aku memang best. Best macam beskal. Payah nak cari bos macam gini. Kepada encik bos, kau akan lebih best kalau kau bagi aku bonus gaji empat bulan setengah bulan depan. Hahaha (14x).




Ada lagi satu criter. Minggu lepas aku gi majlis kawen Cinpeng (bukan nama sebenau). Ni bukan kominis yer. Nama betol dia Junazali. Dulu masa aku sekolah agama kat kubor (sek agama merlimau), aku panggil dia June. Pastu, jumpa balik tahun 2000, bebudak ni panggil dia Lee. Kekadang Cinpeng. Tp memang best kalau gelau dia Cinpeng. Pasal semua orang tau, Cinpeng abang si Koyen. Amacam? Best tak gelaran kengkawan aku ni? Cinpeng kawen dengan orang mana ek? Aku lupa la. Tapi masa bersanding kat umah dia, dia pakai uniform putih..askar beb, tp bkn komunis. Cinpeng ni TUDM. Aku tak sempat ucap tahniah kat dia masa majlis tu, pasal blom aper aper lagi dia dah kata aku gemok. Haw** kau Peng….!!! Tapi tak per..esok time aku kawen, aku kata plak kau gemok, wpon kau kurus masa tu. Gambau tak dapat di attachkan disini, sebab pada camera dak Wie. Bawah ni gambau aku dengan Cinpeng masa kawen budak Uzir. Nampak bahagiakan





On hand job; gambar kawen Mak Der. Dah sebulan dah Mak Der kawen. Gambau dia aku tak siapkan lagi. Memang haru. Tu xper. Aku akan cuba siapkan minggu ni. Then bule tumpang post kat blog ni skali. Okey beb. Ada rajin aku menaip lagi. Tata.


Read more...

Meninjau Sg Melaka

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, July 24, 2008 | | 5 komplen »



Gambar ni dah lama tangkap. 15 Jun 2008. Baru hari ni sempat upload. Ni masa sesi meninjau Sungai Melaka. Jakun jugak memula sampai. Masa bila orang MBMB ni buat kijer lilit bangunan dengan lampu ni pon aku tak tau. Jambatan Catay yang dulu bergegau nk naik pon takut dah jadi mcm tangga nak naik UFO. Memang hebat la...tahap angkasa lepas.


Baca masej ker, amik gambau??

Pose ala-ala XPDC :))


Makhluk asing palnet mana ni??? Oooo...tidak asing lagi..Makhluk Tuhan planet bumi...


Saper yg rajin tangkap gambau sambil duduk dalam sungai??


Spiderman Melaka...


Tak naik benda ni, pasal tak nampak ngeri....


Cantiknyer bebayang dlm air...ada boya tak?


Jambatan yg dimaksudkan....


Kaki berapi....

Lebih clear gambau (klik)
Read more...

Malaysia's Inflation Jumps to bla..bla..bla...

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, July 24, 2008 | , , | 0 komplen »


TAHNIAH....satu lagi rekod baru. Infalsi 7.7%. Memang best. Bule baca dalam Blommberg.Com.

"Malaysia's inflation accelerated to a 26-year high in June after the government increased fuel prices, spurring speculation the central bank will raise interest rates for the first time since April 2006.
Consumer prices rose 7.7 percent from a year earlier, after a 3.8 percent gain in May, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Shahrir Abdul Samad told reporters today in Putrajaya, outside Kuala Lumpur. Inflation may stay above 7 percent in July, the minister added. "

Indeks harga pengguna utk Julai diJANGKA akn meLEBIHi 7%. BerkeMUNGKINan BESAU...Malaysia akn ikut cara Thailand dan Indonesia yg dah naikkan kadar faedah.

Apapasal jadi mcm ni? Budak kecik tak blajau fiskal pon boleh jawab...PASAL HARGA MINYAK naik sehingga 41%...tarif letrik naik sehingga 68%. Justeru macam mana nak setal?.... Naikkan ler kadar faedah. MAKA dengan itu...BAGUS KER kadar pertumbuhan ekonomi negara ni atau makin LEMBAB???.... Yer..memang hebat....TAHNIAH...Otak memang bergeliga...bule buat batu cincin....

Syabas beteh..Inspector Syahab Bombey Police Station...









Read more...

TAKDER MODAL

digoreng oleh Shima Batu | Friday, July 18, 2008 | , | 3 komplen »



Kesibukan dan stress tahap MENTERI PENERANGAN membuatkan aku takder masa untuk melepak tulis blog.

Harap mahap.




Read more...

ANWAR DI MELAKA

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, July 17, 2008 | , | 0 komplen »






Read more...

ANAK BERANAK DALAM SINAR

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, July 02, 2008 | | 0 komplen »


Tengok...anak beranak masuk paper. Cun tak aku..dikelilingi oleh hulubalang hulubalang AMK Melaka.

Gambar kat sebelah ni adalah laporan akhbar Sinar Harian hari ni utk Sidang Akhbar oleh AMK Melaka dibuat di Pejabat PKR Taman Asean pd 30 Julai lepas. AMK memang mengutuk gila tuduhan ke atas DSAI. Orang gila pon tak percaya. Aper motif? Kenapa perlu sekarang DSAI tu meli**t. Naper tak sblom pilihanraya ker? Kes 1998 dulu, lepas angkut segala macam barang, tak sabit kesalahan pon. Ni lagi skali? Kali ni berapa tahun pulak baru selesai???

Read more...

Saiful Bukhari

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, July 01, 2008 | , | 1 komplen »

Dalam pada sibuk menyiasat (membaca utk mencipta tahu) tentang seorang lelaki bernama Saiful Bukhari ni, aku secara sengaja telah menjengah ke satu blog milik Ainis Azreen (graduan UNITEN).


Korang boleh baca sendiri di sini. Aku petik tulisan dia:





"Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.



Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.


Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN). Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.


Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?


Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.,


Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.


Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya."


Hari ni, sumber dah banyak. Jadi mari kita cari sendiri dan piker. Jangan main tadah ajer telinga tu. Okey!!! Aper pon.. aku kesian kat budak ni.


Read more...

DEMONSTRASI RAKYAT @ 28 JUN ver.2.0

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, July 01, 2008 | , | 5 komplen »


Seperti yang telah kuhebohkan sblom ni, satu demo telah diadakan di Dataran Pahlawan Banda Hilir Melaka pada Sabtu lepas. Dari hari Ahad lagi mailbox aku dah penuh minta upload gambau demo Sabtu lepas dalam blog. Tapi tak sempat beb. Malam tu kenon nk ada ceramah kat Jasin. Bila ceramah cancel, gempau pasal DSAI pulak masa on the way balik dari Jasin tu. Kelang kabut Malaya beb.

Demo start lebih kurang kul 3.15pm. Aku sampai lebih kurang kul 2.00. Saja la nk memantau. Parking kt MP. Masa tu polis dah banyak terpacak kat tepi jalan. Ada paling kurang 3 ke 4 trak. Standard la tu. Hari tu kat Jasin pon camtu jugak. Polis jer dah ader 100 orang. Aku sesorang kat depan pintu Melaka Megamall tu, tengok tak der sorang pon yang aku kenal. Rupanyer ramai hardcore dah belonggok kat McD.

Dari McD, diorang bergerak ke main entrance Melaka Megamall Masa ni, pak polisi dah mula menyerbu ke arah "Tok Ketua" kami.



Sementara depa dok leka sembang ngan polis, aku kabaukan dua tiga orang sebelah aku ni "aper lagi, bentang ler banner...jgn pedulikkan polis tu"..Bila dah banner terbentang, spanduk dah naik, Farhan mula main peranan. Macam tukang karut dalam dikir barat tu (bukan tukang carut)... Aku tak perasan aper yang dia laungkan mula mula..tapi bila dah ada kepala yang start, masa tu baru datang semangat. Bergema suara satu pekan.
TURUN TURUN...TURUN MINYAK!! TURUN TURUN..TURUN BN...HANCUR HANCUR..HANCUR BN.!!
HIDUP HIDUP..HIDUP RAKYAT!!

Tak lama lepas tu, jalan depan Melaka Megamall tu ditutup. Nampaknya, tak sampai la masej pada pemandu kat Banda Hilir petang tu. Tapi ramai jugak duduk kat pulau jalan antara MP dan Dataran Pahlawan yg memerhati dari situ. Turut memerhati, pengunjung Melaka Megamall yang tengok dari dalam (belakang pintu kaca). Dari atas padang pun ramai jugak. Kalau ikut laporan paper hari Ahad tu, ada lebih kurang 500 orang yg terlibat.

Dalam keadaan tak diberi guna pembesar sora tu, sempat la 4 lima orang hardcore bercakap. Ada jugak wakil dari PAS. Dalam setengah jam ada la kot... Then kitorang bergerak keluar dari Megamall tu. Ingat nak berarak ke Taming Sari, tapi kena kena block dengan polis berhampiran McD. Untuk mengelakkan kekecohan, kami pon bersurai la kat situ.

Aku tak amik part pegang banner. Aku edar flyers. Sampai polis baju pink yang misai melintang tu pon aku bagi. Pandang aku macam nak telan. Aku pedulik aper. Edar risalah...bukan edar dadah.

Aper pun trima kasih pada yang join, sudi luang masa untuk demo tu. Dengar kabar, ramai yang silap dapat info, berkumpul kat tempat lain (atas padang Dataran). Kesian diorang, tak dapat join. Ada geng yang turun dari K.L tp sampai selepas kitorang bersurai.


Timer kasih pada polis polis yg bertugas masa tu (kecuali yg baju pink). Masa nak bersurai tu, sempat sorang polis tu datang kat aku sempat aku cakap,



"Timer kasih encik. Kami bukan nak buat kacau pon".
Polis tu dengan sora yg slow and steady,


"Tak per, kami pun bukannya aper...dah arahan..kami turun bertugas jer. Tak ada aper aper la. Tak payah risau. Kita pon tak suka minyak naik. Saya kalau pergi dengar ceramah bawak anak bini. Tapi saya pakai helmet".

Haaa....tengok tu, polis pon geng... Aku kata, tak per la tak boleh join macam ni, tapi sokongan tu mesti berterusan yer.... Polis tu pon jawab...Ooooo, itu musti...




Kat sini jugak nk ucap trima kasih pada geng-geng Blalang Group yg byk bagi support & idea. Antaranya: Sukun.goreng, keypacklock, black_phoenic, awing_jublee, yana ixora, amin.zakariah, mdan_238, sazmee66, aznah_73, mzahid.ag, lilyridz, mawarAziz dan lelain nama yg aku tercicir...timer kasih banyak.

Ni antara idea yang diorang bagi untuk demo hari tu:

1. TEMPAH TOPENG PAK LAH, PAK NAJIB, SHAHRIR...LEPAS TU PAKAI ( 3 ORANG) ... JALAN SAMBIL BAWA SEPANDUK..UBAH GAYA HIDUP>

2. PAKAI PENUTUP MATA MACAM ZORO ( PENYAMUN ) LEPAS TU BAWA GUNI PLASTIK BESAR (HITAM) DAN TERTULUS KAT GUNI TU) DUIT RAKYAT HASIL JUAL MINYAK BAWA JALAN JALAN SAMBIL BERDEMO

3. TERIMA KASIH PAK LAH SEBAB SUSAHKAN ORANG KAYA DENGAN NAIKKAN MINYAK...... .

4. TERIMA KASIH PAK LAH BELANJA ORANG MISKIN MAKIN JIMAT SEBAB MINYAK NAIK...

5. TERIMA KASIH PAK LAH, PAK LAH SAYANG ORANG MISKIN ....

6. TERIMA KASIH PAK LAH SEBAB POTONG ELAUN KERAIAN PAK MENTERI SEBAB TU LAUK ORANG MISKIN LAGI ENAK DARI PAK MENTERI..... .....

7. TERIMA KASIH PAK LAH SEBAB BOHONG KAT KAMI KATA BARANG TAK NAIK HARGA....

8. TERIMA KASIH PAK LAH SEBAB TARIK SUBSIDI MINYAK DARI ORANG KAYA UNTUK ORANG MISKIN.... KAMI ORANG MISKIN MAKIN SELAMAT AMAN DAN MAKMUR .....

9. TERIMA KASIH PAK LAH RM625.00 DAPAT TAMPUNG HARGA BARANG NAIK

10. TERIMA KASIH PAK LAH RM150.00 DAPAT TAMPUNG HARGA SPARE PART MOTOR NAIK

11. TERIMA KASIH PAK LAH RM625.00 DAPAT TAMPUNG HARGA TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK ....

12. BUATLAH GAMBAR ORG TGH MINUM MINYAK DAN TERBAYANG TGH MAKAN NASI KE ATAU MAKANAN YANG BEST2....

13. PASTIKAN HARGA DITURUNKAN TOLONGLAH KAMI WAHAI PEMIMPIN YANG TERCINTA

14. LUKIS LE GAMBO LEMBU/KERBAU/GAJAH YANG DAH NAIK MINYAK HEHEHEHE....

15. ADER LAGI IDEA NI. CUBA KO AMIK MUKA DEPAN MAJALAH UJANG KELUARAN 335 (BULAN JULAI). SI KARTUNIS SUKUN TU BUAT GAMBAR PENYAMUN. KALO KO TGK BETUL2 GAMBAR PENYAMUN TU ADALAH FAK LAH… AKU TGK PUN TERUS BELI KOMIK NI. RESPEK GILA KAT KARTUNIS SKANG… DAH BERANI BEB. SAPER2 ADE E-MAIL SI SUKUN BG KAT AKU. AKU NAK UCAPKAN TAHNIAH BANYAK2 KAT DIA…. CAYALAH SUKUN. AFUNDI FAK LAH…. HUAUAHUAUHUAUA….

Idea ni ada yang menarik, boleh buat utk demo 6 Julai ni pulak.


Gambar gambar sekitar demo ni korang boleh tengok jugak kat page shimabatu's photostream (klik sini), atau di blog AMK Jasin.



Read more...

27th June - Dayah

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, July 01, 2008 | , , | 0 komplen »

Allo kawan. Lama tak update yerk. Ke"bizi"an yg melanda memaksa aku untuk melengah lengahkan posting aku diblog yang sarat bak keta berhias ni. Sebelom aku post pasal demo, aku nak story skit pasal 27hb lepas. Birthday Dayah. Hepi Besday... Dayah dah tua dari aku. Semoga bertambah iman dan bertambah kaya Dayah. Aminnn, InsyaALLAH. Dalam kesendatan waktu, sempat jugak aku, wie & ejah...heret Dayah ke KFC Giant Tangjung Agas. Makan Dayah belanja, kek Ejah sponser, Aku?? Duit minyak...ceh...benda paling mahal dan berpengaruh ni.

Gambar ni jugak buleh ditengok dengan lebih cun kat sini.






Read more...

DEMO @ MELAKA

digoreng oleh Shima Batu | Monday, June 23, 2008 | , , | 3 komplen »



Satu lagi demo kat Melaka hari Sabtu ni. Aku nk ajak kengkawan yang tak setuju dengan harga minyak baru ni untuk turun reramai. Jangan salah paham, kita bukan nk gulingkkan kerajaan guna demonstrasi jalanan. Banyak lagi cara lain yang lagi bijak. Kita cuma nak tunjuk bahawa kita ni tak suka. Jangan lah kerajaan ni nak perasan yang kita ni suka sangat dengan apa yang dia buat

o.K...hopefully buleh jumpa korang kat sana!!!





Read more...

Jom Hebohkan Jasin ver 2.0

digoreng oleh Shima Batu | Monday, June 16, 2008 | , , , | 0 komplen »

Sabtu lepas, seperti yang telah digembar gemburkan oleh aku dalam post sebelom ni, ada acara mengHEBOHkan JASIN petang tu. Aku lewat sampai tapak pesta tu sebab kerja yang tak terabis. Bila aku sampai, tinggal lebih kurang 100 orang shj. Aku baca paper semalam, lebih kurang 300 orang yg hadir. Tidak termasuk poslis ker? . Kira orait la tuh... JASIN, tu dah kira gempak. Kalau nak ratus ribu...tunggulah 5 Julai nanti. InsyaALLAH. Aku tengok diorang, semuanye semangat berapi dinnyalakan petrol mahal berharga RM2.70 . Aku tak fikir mereka tu semua sedang buang masa sendiri. Takder orang yang nak buang masa sendiri. Pak polisi pon sama memeriahkan majlis. Dah ku kata..namanya "PERHIMPUNAN AMAN"... jadi, polis yg datang pon, bawak ler belantan. Trimer kasih kerana menjaga keselamatan negara. Jasa mu dikenang.. Memang best polis JASIN...


Korang boeh tengok gambar gambar dan brita berkenaan di blog AMK Jasin (klik sini) dan di blog AMK Melaka (klik sini).

Untuk post aku kali ni, aku just tunjuk artwork aku jer. Amacam??? Cun tak? Ni semua taiko taiko... (cewahhh...) mereka mereka dari team angkatan muda MELAKA dan JASIN.



Pada yang hadir, TAHNIAH sebab brani tunjuk rasa tak sokong. Ramai jugak yang tak dapat datang pasal tersangkut kat roadblock. Yang dok kijer luar Melaka nak join tp tak dapat balik kampung pon ader yg masej aku kata "sorry xdpt join pasal kijer"... aku ucap trimer kasih jugak pada diorang. >>

Read more...

BLOG ORANG MUDA

digoreng oleh Shima Batu | Monday, June 16, 2008 | , , | 2 komplen »

Aku dengan sukacitanyer, ingin mem'prmote' free dua blog yang baru dibangunkan oleh team muda yang seangkatan dengan ku. Jadi ringankan jari jemari anda utk klik pada picture berikut untuk terus ke blog yang disebut. Diharap, sudilah kiranya untuk rakan rakan ku menjadikan dua blog ini sebagai santapan harian korang, tak payah makan nasi ...kempen jimat cermat.

Sebarang komen membina, amat di alu-alukan. Komen mengkondem, boleh tepi sikit. Lagi molek jika link blog-blog ini dibubuh dalam sidebar masing masing.



Sekian, kesudian korang didahului dengan ucapan terima kasih.

Read more...

Jom Hebohkan Jasin ver 1.0

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, June 12, 2008 | , , , | 1 komplen »


Read more...


Baca...jangan tak baca...

Kaji semula kenaikan, alasan terbeban dengan subsidi tidak dapat diterima - Presiden KeADILan


Dipetik dari sini



KUALA LUMPUR, 5 Jun (SK)- Presiden KeADILan merangkap Ketua Pembangkang di Parlimen, Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa kerajaan agar menimbangkan semula keputusan kenaikan 40% harga petrol yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri.


Katanya, pengumuman kerajaan ke atas kenaikan 78 sen seliter itu amat mengecewakan seluruh rakyat sehingga rakyat terasa tertipu dengan kerajaan yang kononya simpati dengan beban yang ditanggung rakyat di atas kenaikan harga barang.



“Alasan basi kerajaan bahawa kenaikan tersebut adalah akibat kenaikan harga
minyak mentah dunia dan kerajaan terlalu terbeban dengan subsidi, tidak dapat
diterima rakyat
,” katanya lagi.


Dr Wan Azizah menambah, kenyataan bercanggah beberapa menteri mengenai jumlah subsidi minyak banyak menimbulkan persoalan.


Menteri Perdangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri,Shahrir Samad baru-baru ini mengatakan subsidi minyak adalah sebanyak RM56 billion manakala semalam Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamad Yakcop mengatakan subsidi minyak sekadar RM28 billion.



“Apatah lagi menurut Laporan Kewangan Kerajaan 2007, anggaran keseluruhan
subsidi 2007 adalah RM12.0 billion, justeru itu kami menganggarkan bahawa jumlah
subsidi petrol adalah hanya sekitar RM8-10 billion,” katanya lagi dalam
kenyataan yang diterima oleh kami.


Pada masa yang sama, Dr Wan Azizah berkata, rakyat maklum bahawa kos explorasi syarikat minyak hanyalah sekitar USD30 setong berbanding dengan harga minyak mentah USD130 setong.


Menurutnya, Ini bermakna margin syarikat pengeluar minyak hampir USD100 setong dan syarikat pengeluar minyak ini mendapat keuntungn luar biasa sejak tiga tahun kebelakangan.



“Persoalannya kenapakah kerajaan tidak mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak tetapi memilih untuk menaikkan harga petrol dan
membebankan rakyat?” katanya lagi.


Jelasnya lagi, harga petrol boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi.



“Kami yakin harga petrol RM1.92 seliter bukan sahaja boleh dikekalkan malah
boleh diturunkan jika kerajaan mengenakan cukai ke atas keuntungan luar biasa
syarikat pengeluar minyak, syarikat pengeluar minyak kelapa sawit, syarikat
pengeluar besi dan syarikat pengeluar simen bagi menampung kos subsidi.
Kenapakah kepentingan syarikat-syarikat ini lebih diutamakan dan rakyat terus
terbeban?” katanya lagi.



“Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam
negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE
RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38
seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter. Membandingkan
harga petrol dengan negara pengimport minyak seperti Singapura,Thailand dan
Indonesia jelas menunjukkan sifat kedunguan,”
tambahnya lagi.


Katanya lagi, rakyat yang rata-ratanya akan membelanjakan hampir 25% pendapatan mereka ke atas pengangkutan dan membayar cukai yang amat tinggi untuk membeli kenderaan dan membayar tol untuk melalui lebuhraya kini terpaksa pula membayar kos petrol yg begitu tinggi.



“Kita kesal kerajaan sanggup membelanjakan hampir RM40 billion untuk “double
tracking railway project” yang menghubungkan Padang Besar-Johor Baru tetapi
berdalih untuk membelanjakan RM13-15 billion bagi subsidi petrol. Kenapa tidak
digunakan RM40 billion itu untuk membina lingkaran LRT yang komprehensif bagi
membaiki sistem kenderaan awam sebagai usaha mengurangkan penggantungan kepada petrol,” katanya lagi.


[Sumber: http://www.suarakeadilan.com/]

Read more...

TAHNIAH...Harga Minyak Naik

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, June 05, 2008 | , | 11 komplen »

Malam tadi dah bersesak kat pam minyak. Hebat...hebat, nampak hura hara satu Melaka (mungkin satu malaysia). Naik sendat pam minyak semua yang ada kat Melaka. Apa nak kata...? TAHNIAH kepada korang semua.

Senangnyer cakap..."berjimat cermat". Aper slama ni aku tak cukup berjimat ker? Rasenyer dah berbuih mulut cakap pasal harga minyak ni sejak sblom pilihan raya lagi. Memang kurang asam. Menyusahkan aku.

Wahai kengkawan, sedarlah... ni bukan soal naik harga petrol ajer, tapi ni melibatkan harga barang jugak. Semua benda melibatkan pengangkutan. Kos pengangkutan bertambah, takkan bule jadi harga barang tu tak berubah. Nak suruh rakyat jadi mata kerajaan plak ker memantau harga barang? Banyak cantek... "KITA AKAN PANTAU HARGA BARANG". Ni nama dia ayat lazim. Memang zalim. Gampang sajak lagi.

Berapa kali nk bagi ingat. Kita negara pengeluar minyak yg kualiti. Memang bukan minyak yg kita gali tu yg kita pakai. Tapi tu minyak kita jual. Kualiti lagi baik, lagi mahal. Harga minyak dunia naik, kita yg jual minyak ni untung ker rugi? Tak boleh cover ker harga minyak yg kita pakai hari hari ni? Tu pasal...KerAjaan bagi subsidi. SUBSIDI???? Baik sungguhnyer kerajaan ni. Jadi rakyat takkan terbeban dengan kenaikan harga minyak???? Yerk la... kerajaan lagi tau beban aku dari aku sendiri. Harga minyak kita lagi murah nk banding dgn negara lain. Yer ker? Banding dengan saper? Thailand??? Singapore?? Diorang ada minyak??? Pendapat penduduk diorang?? Taraf hidup??? FYI..singapore nyer minyak..lebih kurang RM5.00/liter. Tapi gaji penduduk dia??? Guru berijazah jer... basic DS2,800.00 (kalau RM?? sndiri kira). Kita??? Cuba banding harga minyak kita dgn harga minyak negara pengeluar minyak yg lain. Malaysia paling rendah ker???

TAHNIAH... Memang bijak. Hotak bergeliga...boleh buat batu cincin.


Read more...

Muara Sungai Duyong

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, May 29, 2008 | , | 6 komplen »

Agak lama tak kuar beraruk dengan bebudak ni. Eh? lamer ker? Huda dapat transfer ngajau ke Kedah 31 ni. Dia pon sekoyong koyongnyer mengajak ler berjumpa. Memang lama betol aku tak jumpa dia. Sejak dia kawen. Skali jumpa, berat dia dah sama dengan berat aku. Tapi dia mengandung 7 bulan, aku????

Macam biasa selaku project manager, aku memikir mana nak pergi yerk? Sabtu Ahad dah sibuk nk pergi kijer kawen, hari kerja dah tentu sampai petang. Memandangkan semuanyer cikgu, cuma Dayah yang pembantu guru dan aku yang buruh kasar ni ajer yang bekerja, jadi aku cdgkan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Lalu berhelai helai la lembaran SMS aku kirimkan buat mereka. Setelah kata perstujuan dicapai, maka sampai la pada hari yg dijanjikan iaitu 27 Mei bersamaan dengan hari Selasa.

Diaorang semua aku dah pernah bawak ke sini. Tapi malam la. Ni first time aku bawak petang. pasal sajer nk bagi diorang menikmati panorama matahari terbenam kat muara sungai tu. Memang best. Bila kau amik meja yg paling hujung, kiri dan kanan kau adalah air. Samer tengok matahari terbenam, boleh tengok abang abang nelayan balik naik bot. Masa tu kau kagum tengok orang naik bot. Kalau tak atas jalan kau kagum tengok orang naik BMW. Menu kita, biasalah, malas nak sebut. Kang tak memasal ada air liur meleleh plak atas keyboard.

Macam pelik, kenapa ada Zul Azrin? Adakah telah bertambah ahli kumpulan baru. Ha...tu la korang tak tau. Kami berlima kan berangan artis. Dak Zul tu Manager kitorang. Manager yg berangan jugak. Bila dak Zul ader, maka sem (eh kejap..tipon bunyik).

Okey, sambung balik citer. Bila dak Zul ada, maka sempurna la gambau kami berlima. Kalau tak payah jugak nak amik gambau berlima. Terpaksa superimpose.

Ni gambau-gambau kitorang. Saksikanlah aksi comel kami dan keindahan alam ciptaan DIA. Insaf ler tengok alam ni kengkawan... walaupon muka orang dalam gambau ni tak nampak insaf. Bukan tak insaf, tapi mereka barjaya menyembunyikan cahaya keinsafan.



Read more...

MLM = Malam

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, May 22, 2008 | , | 8 komplen »

Apasal tetiba nak citer pasal MLM ni. Jawabnyer adalah sengaja nak cipta kontroversi. Aku bukan pengedar aktif MLM, jauh skali jutawan MLM. Aper tu MLM. Meh baca, semoga korang berilmu bila membaca. InsyaALLAH.

MLM @ multi-level marketing (MLM), juga dikenali dgn perkataan network marketing, direct selling, jualan langsung @ orang kampong panggil darek celing. Dah namanyer pon direct, jadi cara jualannyer ialah dengan terus jumpa dengan pelanggan. Aku rasa sejak zaman kecik lagi dah pernah dengau pasal direct selling ni. Mak aku dulu dealer Tupperware. Kalau tak silap, seangkatan dengan mak dak Sri Yanti @ Nick. Aku tak tauler aper pangkatnyer, tapi rasa bukan takat dealer biasa jer la. Dulu aku pikir, boleh kaya ker jual mangkuk plastik tu?
Mak aku tak kaya pon, mak Sri Yanti pon tak kaya jual Tupperware. Tapi takkan nak saman Tupperware kan? Tu pasal mak aku la. Ni nak bebel pasal aku.

Dalam dua bulan ni, dah ada 3 MLM datang cari aku. Ni dalam 2 bulan. Dalam 3 empat tahun lepas? Aku cuma join satu jer. Tu pon pasal orang bayarkan yuran untuk aku. Aku bukan kata MLM ni tak bagus. Tapi aku ni yang malas. Kau bagi yang yuran RM10 pon, xder maknenyer. Aku memang tak kuasek. Kau cakap lah berbakul pon. Kang kau plak yang aku susahkan bila jadi downline kau. Insurans, dah berapa banyak kawan dah. Sampai naik seram bila nampak muka member yang jual insurans ni. Bos aku ni dulu jual insurans. Sekarang dia pulak di cari orang utk beli insurans. Dia cakap kat aku "Aku naik menyampah dengan kawan aku jual insurans ni. Agaknyer, dulu orang pon menyampah dengan aku?". Hahaha..baru dia tahu. Tu tak masuk member dia yang Amway tak habis habis datang opis ni mengayat. Jangan kata dia, aku pon naik menyampah dengar walau pon orang tu tak cakap dengan aku.

Aku bagi sebab, kenapa aku menyampah dgn orang MLM.

Pertama: Yang datang tu perasan diri bagus. Kadang kadang cakap macam tak der ilmu. Dia jer betol. Yang join jer pandai. Yang tak mau join di anggap manusia rugi.

Kedua: Bukan pasal silaturrahim. Kalau tak pasal nak cari downline, jangan harap nak cari kau. Jangan kata talipon, bg BUZZ dalam YM pon xder

Ketiga: Tak reti bahasa. Dah aku kata tak. Dia ayat lagi. Sampai naik sebu telinga. Aku jenis tak suka nak bagi alasan. Tapi kalau aku dah banyak kali bagi alasan, paham paham la...aku dah naik menyampah dengan kau la tu.

Keempat: Kondem MLM yg lain (wlaupon aku xder kena mengena dgn produk MLM yg lain tu).

Dan aku bagi sebab kenapa tak nak join.

Pertama: Sebab dah menyampah dengan 4 sebab menyampah di atas.

Kedua: Aku malas. Lantak la kau nak kata rugi pon.

Aku ulang skali lagi... aku tak join bkn sebab aku tak suka jenama yg dibawa tu, sebab semua barang samer jer. Semua mengaku produk ranking kualiti teratas. Tak saper boleh pertikaikan. Yer memang. MLM ni bukan berniaga haram. Ada akta lagi (1993). Kalau kau tengok Senarai Syrkt Jualan Langsung yg BERLESEN (Jenis MLM-Pelan Berbilang Tingkat), ada 418 pada tahun 2007. Macam macam barang. Kalau setiap syrkt ada satu jutawan... uishk...banyaknyer jutawan. Revell ada, Cosway ada, Hai-O pun ader, CNI, Elken, Zhulian, Lion Best, M-Plan, byk lagi la. Walaupon kira baru lagi industri ni kat malaysia, tp industri ni dah bernilai berbilion ringgit. Dah ramai yang kaya. Tapi bukan semua yang kaya tu ada master dalam meniaga. Jual tempe pon ader silap silap. Dulu jual tempe, sekarang jual botox..eh silap, vitamin C...hahahah... Contoh jer.

Aku nak ingatkan, jangan pandang remeh perniagaan ni. Jangan pandang hampeh mereka mereka yang bawak MLM ni. Rezki mereka, cara mereka. Jangan kondem. Orang bercakap, kau dengar la. Kalau dia letak senapang kat kepala kau suruh join, baru la kau join. Lepas tu report polis. Memang kau menyampah, tapi kalau yang jual tu kawan kau. Kau nak menyampah terus ker? Kalau yang jual tu adik beradik kau? Menyampah la jugak adik beradik kau tu. Kalau kau pernah gagal, tu salah kau. Bukan salah MLM tu. Kalau MLM tu yang salah, pergi la saman. Masuk surat kabau Metro.

Kalau kita berfikir dah tak sama dengan orang lain (tak sependapat), jangan lah menilai orang lain tu sama semuanyer. Rezki orang kita jangan ganggu. Bagi peluang pada kawan MLM kita tu. Mana tau besok dia kaya, kau jugak dapat gelaran, "rakan kepada jutawan tersebut"

Kepada rakan rakan MLM ku dan jugak rakan rakan INSURANS;

Teruslah usaha. Jangan putus asa. Kalau nak hangat hangat taik ayam, aper benda pon tak jadi. Jadi taik ayam jer la. Kau pilih jalan ni, ni ler cabaran kau. jangan banyak songeh. Tapi, paham paham la kalau orang mula menyampah... tak payah ler nk criter banyak Buat penat jer. Elakkan unsur unsur desakan ni. Manusia ni macam macam spesis. Kalau tak sama spesis macam kau, nama dia manusia jugak. Kategori jer lain. Kalau member tak mau join. Jangan anggap member tu rugi, tolak peluang. Sebab pintu peluang tu bkn datang dari kita. Besok kita tak tau, aper akan jadi. Jangan kata besok, kejap lagi pon tak tau. Kalau aku tak beli INSURANS bkn makner aku tak pedulik aper yang akan jadi lepas aku mati.

Okey bebeh. Aku sekadar bagi pendapat la. Ini dari kepala hotak aku. Kepala hotak kita tak sama. TU sebab, aku tak mau ada unsur unsur mengkondem Majulah korang untuk korang....! Adios

Read more...

Versi Tak Kuasek

digoreng oleh Shima Batu | Friday, May 16, 2008 | , , | 3 komplen »


Semua benda aku tak kuasek. Tak kuasek aku nak criter. Makhluk mana ada kuasek. Kali ni aku bubuh gambau yang ditangkap dari henpon aku. Pasal kamere tak bule pakai. Jadi tak kuasek aku nak bawak dan tak kuasek aku nak mengPHOTOSHOPkannyer. So, gambau nyer pon sikit jer la.

Atas ni tadi gambau masa program Nurul Izzah kat Jasin. Yang best tu, gambau YB muda ni tak tertangkap plak oleh aku. Kesengalan melanda diri ketika tu. Ekoran dari kejadian, hanya sekuping jer la.

Lelain gambau, aku amik masa kejadian kenduri kawen dak ICAN, adik Uzir. Sebenaunyer, kalau kenangkan Uzir, bkn nak pergi sangat pon. Tapi pasal kenangkan Pak Zain kitorang datang jugak. Maklumler, semua berangan nak jadi menantu Pak Zain (tak termasuk Zul Azrin yerk).

Hahahah...camner bule giler Anuar Zain???

p/s: MAHAP...KUALITI GAMBAU AMAT TAK MEMUASKAN. DITAMBAH LAGI KEMALASAN YANG SEDIA BERKUBU DISANUBARI, MAKA SEGALA BENTUK TISU, TULANG AYAM & PENCUNGGKIL GIGI PON ADA DALAM GAMBAU.

Read more...

Ketegangan, Kebahangan & Keserabutan dalam Kesibukan

digoreng oleh Shima Batu | Monday, May 12, 2008 | | 4 komplen »

Aku dah mula merasakan ketegangan, kebahangan dan keserabutan di dalam kesibukan yang BAKAL aku alami mulai esok. Justeru, sebeloh keadaan makin berserabut esok (hari dan semalam pon dah cukup serabut sebenaunyer), maka aku mengambil langkah awal utk meng"attach" gambau sekitar aku di PD dgn Ejah, Wie dan Dayah 26hb BULAN LEPAS.

Tentang aper yg menjadi kesesekan kepada kepala aku ni, biarlah aku rahsiakan dulu buat masa. Tunggulah bila keadaan dah reda skit, akn ku ceritakan kesemuanya pada korang. Sekian..layankan lah gambau gambau ni semua.

dalam keta..on the way...

Aku selaku driver...

Lagi aksi terlampau dalam keta aku.....


Makan time....






Tetap comel walaupon terselit.....

Berbaris...yg pendek depan, kembang tengah..panjang blakang...

adegan curik ayam...

Read more...

Nurul Izzah kat Melaka

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, May 06, 2008 | , | 0 komplen »


Salamz,

Mari lah datang berduyun duyun ke dua tempat ni iaitu Kampung Rembia, Alor Gajah dan Dataran Hammas, Jasin.

Kita kasi meriah mengalahkan karnival jom heboh. Semua di jemput hadir.

Read more...

YB vs Blogger

digoreng oleh Shima Batu | Friday, May 02, 2008 | , | 2 komplen »



Read more...

ORANG PEMALAS YG BANYAK ALASAN

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, April 24, 2008 | , | 7 komplen »

Aku ni yang benaunyer, malas nk citer pasal benda ni kat blog. Tapi xbuleh la. Aku memang dah takder topic lain buat masa ni, melain kan topic yang satu ni. Dan topiknyer adalah….jeng jeng jeng..PAYMENT. ARGHHH….benci tahap tepu nih.


INTRO: Ada la satu projek ni, company aku supply pd satu organisasi awam kat negeri tempat aku membesar bagai johan ni, Barang yg aku nak supply ni, stakat ni cuma company aku jer yang ader supply dalam Malaysia. Kita dapat projek ni dengan masuk sebutharga. Ni kira telusnyer. Takder orang dalam orang dalam, duit kopi, bawah meja, tumbuk rusuk kira kanan semua xder. Perbincangan empat bijik mata dengan orang paling atas dlm organisasi tu (ni kira lepas penilaian la…selepas berjaya mengkantoikan company company kroni org lain), melayakkan company kami ni menjadi representative kepada mereka utk membawa masuk benda alah yg kami nk supply tu dari Australia. Hasil kerja kami (aku dan bos..dua orang jer) berhempas pulas menyiapkan segala macam urusan dengan kastam, kapal, forwarding agent, crane dan forklift, kontena dan segala macam jenterta (tidak termasuk jentera pilihan raya), tak ketinggalan jugak penjaga stor, akhirnya, benda alah tu berjaya loading di atas negeri tanah tumpah darah ku ketika main beskal masa kecik dulu. Ni berlaku kira kira bulan 2 kemarin. Korang boleh agak taka per masalah aku sekarang? Mesti la bule kan? Pasal aku dah tulis kat atas tadi.


KONONYER (perkataaan yg slalu kuar kat buliten utama TV3):

Payment bule masuk dalam masa dua ke empat minggu. Yek la, masa nk antau barang depa dok call minta cepat bagai nak rak. Kapal tu tengah dok belayau atas laut lagi dah tanya bila nak sampai port. Lorat jer diorang ni. Pastu bila dah sampai dan dah hantar, camni pulak. Prosedur dah le cam nk bli kapal terbang (agaknyer la).

Korang bayangkan eh, aku cuba contact person in charge PEREMPUANNNNNNN pada sekitar MINGGU ke 3 selepas hantar invoice;


9am call…dia takder la, pergi minum > 10am…meeting > 11am…tak angkat > 12.45pm…dah kuar lunch > 2.30pm…blom masuk > 4.30pm..dah kuar.


Hari hari camni. Last last dapat cakap:


“tengah proses, tak tau bila bule bayar. Kena ikut prosedur. Call balik minggu depan yer?”


MINGGU DEPANNYER:


“kami sibok, pasal tengah tukar org atasan (kalau aku sebut, sure ramai kenal)”


MINGGU DEPANNYER I:


“kami ada event la, tengah sibuk dengan event. Call minggu depan la”.


MINGGU DEPANNYER II:


Orang lain jawab “dia tak der, ada program luar. Ni minggu sibok”.


MINGGU DEPANNYER III:


tak pernah angkat tipon. Mungkin semua telipon dlm department tu silent mode. Call handphoe, tak pernah jawab. Asik sora ct nohaliza jer menyanyi.


MINGGU DEPAN SETERUSNYER:


orang lain jawab jugak “dia ada, tp tengah meeting”


ESOKNYER:


“…dia ada tapi dia turun department bawah kejap…”


ESOKNYER I:


“dia ada tapi dia naik department atas kejap…”


PG TADI:


“dia ada tapi dah kuar. Lepas lunch hour baru ada. Call balik lepas lunch”


AGAKNYER LEPAS LUNCH:


“dia dah tak der..da meniggal”

Astagfirullah…jahatnyer aku untuk kali ni.
Aduissss…..sesungguhnya, kepada saper harus ku lepaskan kemarahan ini. Brengset. Dalam tv gampang belagak lagi…


“ouww…kita ada macam macam..kita ada itu, kita ada ini”


sebut skali benda alah yg aku supply tu. Bayarnyer tidak.


"Oit, takder duit ker? Bukan banyak pon"


Rasenyer kempen, tempah payung, kipas, topi masa pilihan raya lagi banyak belanja. Tak tau ler kalau ada mana mana tokeh ayam ke, lembu ke, biba ker yg sposer. Tak pon tokeh judi.


Hiss....melampau marah aku ni kan?


Allahuakbar,…Kau mudahkan ler urusan ku ini…..Engkau yg member rezki, Kau yg mentadbir alam. Hanya padaMu aku mintak pertolongan. Amiinn…




cerita di atas adalah rekaan aku semata mata. tp harap korang percaya

Read more...

Blog Perasan Glamer

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, April 22, 2008 | , ,