Ini rumah arwah PakWe & MakWeR (atok & nenek belah Abah aku). I really love this house. Bukan aku saja, aku yakin semua sedara-mara & sepupu jugak. A lot of memory here. Terutama kepada adik beradik Abah. Banyak keistimewaan rumah ni. Dan rumah ni merupakan kebanggaan keluarga.
- Rumah kampung. Satu satunya rumah kampung yang aku pernah tengok ada bilik lebih dari satu. Biasanya kalau rumah atas macam ni ada cuma satu bilik sahaja.
- Rumah ini ada 3 bilik tidur. Setiap satu bilik ada bilik air. Kebanyakkan umah kampung toilet luar rumah kan?
- Semua bahagian rumah... binaan atas. Biasa kalau kita tengok rumah kampung, yang bahagian dapur musti kena turun bawah. Tapi umah ni special. Dapur & bilik air dalam umah tu semua sama level.
- Ada 1 ruang tamu, 1 ruang tengah rumah, 1 ruang makan, satu ruang dapur.
- Lantai rumah dan bilik daripada kayu resak. Masih elok hingga hari ini.
- Rumah ber"piling" ... sila jeles yer orang kampung semua.
- Pintu utama, bercermin kaca.
- Sebahagian dinding ruang tamu terdiri dari 3 keping cermin kaca yang besar.
- Semua tangga batu.
- Keseluruhan rumah bersyiling termasuk garaj.
- Asalnyer.. rumah ni berpagar keliling rumah. One and only rumah kampung yang ada pagar keliling rumah pada zaman tu.
Arwah PakWe bekerja dengan orang putih dulu. Beliau jaga estet (Manager mungkin... sb tu dapat buat umah yg besau & paling cantek kt kampung tu..sila jeles). Jadi mungkin sb tu ciri ciri umah ni byk tiru umah org putih. Tp buat style Melayu. Walau pon aku tak pernah kenal dgn Arwah, tapi aku dapat agak, beliau seorang yang high taste lah jugak.
Terima kasih kepada Mak Iti sekeluarga sebab dah jaga umah ni dengan baik. Walau pon tak dapat nak cantekkan umah ni mcm dulu dulu, tapi asalkan tak semak & bersawang tu pon dah baik.
Rumah ni sekarang tidak berpenghuni. Jadi impian aku terhadap umah ni? Aku nak duduk sini. Aku nak betolkan balik dinding-dinding yang dah terkopak tu. Aku nak cat semula dengan cat asal rumah ni (putih biru). Nak tanam balik pokok bunga keliling rumah. Nak pasang balik mentol warna warni dekat garaj. Aku nak pasang signboard "TERATAK MAK SITI" sempena nama arwah MakWeR.
Nanti raya... nak ajak semua mak-mak sedara datang bakau lemang & rebus ketupat kat rumah ni. Kembalikan balik zaman kegemilangan rumah ni macam dulu. Kita pasang pelita keliling rumah.
Justeru, aku memerlukan sokongan korang semua.
Aku nak korang semua tolong aku untuk jaga umah ni nanti. Boleh tak?????? Kita cuba sesama yer... :)
Sekian.
0 komplen
Post a Comment