img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

3rd Party Service....Adakah Aku Ditipu?

digoreng oleh Shima Batu | Friday, December 16, 2011 | , | 5 komplen »


Salam

Huh... dah lama aku tak update blog ni. Dah bersarang. Tapi satu benda telah berlaku hari ni. Dan atas rasa tanggung jawab sosial, maka sekoyong koyongnya, aku ingin berkongsi dengan korang hari ni.

Aku pakai Hotlink. Dah lama... sejak belajau lagi. Ni prepaid.

Nombor yang kedua Digi... ini line. Company bayar. Tapi bil atas nama aku. Tiap-tiap bulan aku claim. Yang aku nak propagandakan di sini adalah line Digi yang Ku bersamamu....Aku pakai line ni sejak Jun 2011. Kira baru 6 bulan la.

Kelazimannya, aku bayar ikut amount yang dia tulis "Immediate" tu. Aku bayar without reading the details of the bill CLEARLY lah. Yer la... claim office.. tak kuasek la nak baca berjela-jela tu.

Fortunately... bila aku dapat email pagi tadi dari Digi (bil aku .pdf file). Aku rajin plak nak belek satu satu bijik butir dalam bil tu.


  • SMS - RM17.35 (sikit jerk)
  • MMS - RM1.90 (ni tak lain MMS gambo anak sendiri)
  • VOICE CALLS - RM87.12 (byk nyer.. ooo.. sebab dah sebulan aku tak top up Hotlink. hentam Digi jer)
  • INTERNET - RM25.75 (ni tak lain cik Timah main tipon aku ni)
  • MOBILE SERVICES - RM48.00 (ni aper kejadah ni????)
Kemusykilan berlaku di perkataan "MOBILE SERVICES"
Service mende sampai RM48.00. Dan bila aku peksa bil bulan-bulan lepas pon sama jugak. Berpuluh puluh jugak. Berpuluh campor berpuluh... beratus ler namanyer kan?


Value Added Service 0300, pada masa yang lebih kurang sama (11.40am) ke nombor 220300 dengan caj RM3.00 everyday...EVERYDAY.

Aku try call Digi... robot yang jawab. Benci. Takder plak option complain robot tu bagi. Aku pon online chat dengan Digi. Dunia hujung jari kan? Tapi nak naik siku dah atas keyboard ni. Aku tak kira. Aku nak belasah Digi. Walaupon dalam chat room.

Ada yang layan aku dalam chat room tu (mungkinkah orang Digi itu gemok, comel dan warna kuning). Aku citer masalah aku. Dia check dalam sistem. Dia kata ni 3rd party service.

Orang Digi: This is 3rd party service.
Aku: (Hah... what the F*** dalam hati jerk). Please explain. I never sign up for any service.
Orang Digi: You want to stop this service.
Aku: Yes.. please
Orang Digi: send a message to 32312 type STOP ALL
Aku ikut ler arahan.. pastu dapat SMS kata "Your subscription has been stopped".
Aku: can you check for me, it serves about what and from whom?
Orang Digi: yes.. sure
Orang Digi: this is from MCOM Media Technology Sdn Bhd. Web site www.mcommedia.com

Aku try buka website company ni. Aku tak paham aper service yang diorang buat. Aku cuba call, tapi nomber telah ditamatkan perkhidmatan. Aci? Tapi ada satu benda yang dituliskan kat website tu

"Serving using reverse charge SMS...."
Orang Digi tadi kata ni 3rd party service. Ada kah ada pihak lain yang telah menggunakan servis ini kemudian caj pada bil aku. HUh..sungguh biadap.

Tapi salah saper ek? Mungkinkah aku pernah terSUBSCRIBE secara tak sengajs. Tapi tak pernah plak aku dengar nama company tu. Ni..Digi yang salah atau Mcom Media tu yang salah.

Kepada korang semua..sila la baca bil dengan teliti. Kalau tak paham... direct tanya. Biau orang kata ko blur... asal ko tak kena 2 kali blur bayar yang bukan bukan untuk bil.

Okey.. sekian :)






5 komplen

  1. Unknown // 6:50 PM

    aku pon penah terkena gak dulu. dengan didgi gek. bile aku complaint katenye termination upon request dan die takde mase nak check sume number. ele padahal check gune computer jek. tak kuasa nak layan terus aku terminate number tuh. pakai prepaid lagik senang..hehehe

  2. Shima Batu // 9:52 AM

    tu lah.. bakau darah kan?

  3. Pn Hafizah // 6:20 PM

    saya pun dah kene ni.. tp sy punye send ke 33100.. pelik. same ker?

  4. Shima Batu // 1:49 PM

    harukhichi.. sy ke nomber 220300

  5. Me // 3:24 PM

    saya baru jer kena, tadi baru bising2 ngan MCOM tu, company tu sah tipu. baik cepat2 kol untuk refund, saya x dapat lagi

    kita memang x pernah subscribe, dah confirm ngan digi dah benda ni diorang suka hati hantar kat sesapa