15:41, 28 August 2008 – aku dapat call dari Nenek.
AKU: Along kat office lagi ni Nek. Nanti Along call mak.
EMAK: Hah..kenapa?
AKU: Tak tau. Baru kejap nenek call.
Talian tipon mati mcm tu jer…CEMAS..
Lepas magrib aku gi umah atok dengan mak. Atok berbaring atas kusyen kerusi kayu. Nampak rileks. Tapi dia tak boleh bangun. Tak tau macam mana kesakitan dia. Bila aku dgn mak bangunkan Atok. Badan dia jadi menggigil. Aku suruh mak bawak pergi hospital, tapi nampak macam mak berat hati. Nenek pon sama. Aku dapat rasakan alasan diorang. Tapi tak per. Aku tengok atok still boleh habiskan satu mug oat yang nenek buat. Mak cakap, nak tunggu esok Auntie aku dari Kajang esok. Baru decide nak ke hospital atau tak.
Aku cakap kat mak. Bawaklah Atok tu ke hospital. Kalau kat umah, aper yang kita boleh tolong? Telefon ambulance. Atok tak boleh duduk dalam kereta. Mak cakap okey. Auntie call dari Kajang, nak confirmkan no fax aku. Dia nak faxkan dokumen bg dapatkan first claas ward utk atok. Lepas solat Jamaat, Auntie gerak dari Kajang. Mak Uda & family di K.L bertolak malam nanti
18:30, 29 August 2008 – On the way balik dari office
Mak telefon bagi tau, Atok dah ada kat emergency room Hospital Melaka. Aku dengan Angah dah sampai Jalan Gapam nak balik ke rumah, U-turn utk ke Hospital Melaka. Sampai di Wad Kecemasan, tengok Auntie anak beranak dah ada menunggu. Mak teman Atok dalam Bilik Emergency. Tapi mengejutkan, siapa lagi yang aku jumpa kat situ??? Sepupu aku, Kak Sal. Aku dah terbayangkan, tak ada orang lain, pasti Mak Long.
KAK SAL: Sebelom Atok kau masuk.
21:00, 29 August 2008 – Aku, Angah & Abah sekali lagi sampai di wad kecemasan.
Abah aku Cuma tau Mak Long (kakak abah) ada dihospital bila sampai hospital. Sengaja kami tak bagi tau, sebab abah ada sakit jantung. Takut abah terkejut. Mak Long.. jangkitan kuman dalam darahnya makin serius. Aku pon kurang pasti, mana datangnya kuman tu. Waktu tu, doctor masih tengah tunggu keputusan ujian buah pinggang. Mak cakap, Mak Long Nampak kritikal. Tapi masih sedar. Dia boleh tanya lagi mak keadaan Atok aku. Sebab dia Nampak emak masuk wad dengan atok.
Auntie nak balik semula ke Kajang. Sebab Uncle ada raptail utk hari kebangsaan 31 Ogos tu. Aku, angah, emak & abah dinasihatkan nurse untuk balik. Sebab lama lagi proses. Keadaan Atok stabil. Jadi cuma proses nak dipindahkan ke wad 3-2 (first class) sahaja. Sepupu aku pon terpaksa balik, nak menyusukan anak kecik di tinggal di rumah. Tapi dia akan datang balik ke hospital.
Sampai rumah aku terus pengsan tido. Keletihan berdiri didepan wad. Aku tak sedar pukul berapa Mak Uda sampai dari K.L.
Aku terjaga. Dengar bunyi enjin kereta. Mak dapat panggilan dari hospital. Diaorang perlukan signature waris utk buat pemindahan darah. Mak pergi dengan Mak Uda.
Aku dapat call dari emak. Suara mak menangis. Aku terbayangkan Atok walaupon tak sanggup membayangkan. “MAK LONG DAH TAK ADA…” bukkk….. macam ada lori hentam dada aku. Kenapa MAK LONG…. Bukan aku mau diganti dengan Atok…, tapi aku blom bersedia utk dia. Aku sendiri sebak. Macam mana aku nak bagi tau abah. Pasti abah terkejut. Aku kejut Angah.. suruh angah yang cakapkan. Ruoanya abah dah tau dulu sebelom aku dan angah. Sepupu aku dah call abah. Abah Nampak cool. Nak pergi kerja jugak pagi tu sekejap. Aku call Icam, tak angkat. Mesti blom bangun. Aku masej “BALIK PAGI NI JUGAK. MAK LONG DA MENINGGAL. ATOK KRITIKAL.
Lepas solat suboh, aku plan nak ke hospital dengan angah. Tapi tak lama lepas tu, mak call aku LAGI. Mesti mak nak arahkan aku aper aper, tak pon nak pesan suruh datang hospital terus. tapi…“ALONG… ATOK DAH TAK ADA”.
Aku kabarkan pada angah. Abah call aku untuk maklumkan benda yang sama. Aku masej Icam “ATOK DAH TAKDA”. Pasti Icam terkejut. Aku terus ke rumah nenek. Hanya nenek seorang di rumah. Nenek dah tau tentang Atok. Dan nenek terkejut bila aku bagi taupasal Mak Long. “Sedihnya Long.. “ itu kata nenek. Seketika, aku angah dan nenek termenung sekejap. Apa nak buat ni? Nak bagi tau saper? Adik beradik mak yang lain semuanya blom balik lagi dari Kelang. Auntie… tak sampai 10 jam sampai Kajang, terpaksa balik semula ke Melaka. Nenek telifon jiran terdekat, minta maklumkan di Masjid. Aku dgn Angah, tolong mengemas apa yang patut untuk sambut jenazah dari hospital. Dalam hati melonjak nak menjenguk Jenazah Mak Long bila nampak van jenazah melintas masa aku kat umah nenek. Tapi aku tak boleh nak tingglkan nenek sorang sorang. Aku tunggu sampai emak balik dari hospital. Mak Uda ikut kemudian dengan van jenazah bawak atok.
Sementara tu, aku, emak dan angah balik semula ke rumah. Icam call, cakap akan bertolak dari tanjung malim pukul 9.00pg dengna kereta kawan. Abah pon ada di rumah. Dah mula pegang dada. Lepas break first, kita bersembang nak kurangkan stress masing masing terutamanya abah dgn emak. Lepas tu kami ke rumah Mak Long. Sedekah Yassin. Aku tak sanggup tengok lama muka arwah, sebab nanti aku akan nangis. Kesian, tengok bahagian leher Mak Long ditebuk doctor. Tak tau untuk apa. Tapi ikut kata sepupu aku, malam tu kuman dalam darahnya dah sampai ke otak. Doktor terpaksa buat macam macam. Ishhkkk…seksanya Mak Long.
Di rumah Mak Long ramai, adik beradik abah, anak anak mak long, cucu cicitnya. Semua dah besar. Segala urusan, semua mereka yang handle. Mak ajak beredar ke rumah Nenek.. Di rumah nenek cuma ada mak uda. Adik-adik Mak yang lain, semua jauh, belom sampai.
Sampai pukul 12.00tgh, aku, abah dan angah ke rumah mak long semula. Icam sampai masa solat jenazah. Dia mengiring jenazah mak long ke kubur (tanah perkuburan telok mas). Kemudian, kami semua ke rumah Nenek. Jenazah dikebumi lepas solat Zohor di tanah perkuburan Alai.
Dalam sibuk aku merancang perkahwinan, dua insan yang teringin sangat nak tengok suami aku, pergi dalam tempoh tak sampai 40 hari menjelang hari itu. Inilah dugaan aku kali ini. Tuhan lebih sayangkan mereka. Pengajaran utk aku supaya jangan lupa tentang kesejahteraan saudara yang lain. Jangan leka dengan kegembiraan sendiri.
Kengkawan yg hadir, salam, doa dan ucapan takziah dari semua, aku ucapkan terima kasih. Al-Fatihah untuk keduanya...
Shima...
Takziah atas pemergian kedua-dua insan yang ko sayangi. Sabar k.. Tabahkan diri dalam melalui liku2 kehidupan ini.. Semuanya yang berlaku ada hikmahnye.. Percayalah..
Dan.. lagi satu, ko dah nak kawin ke tak lama lagi?.. Jangan lupa jemput aku. Jemput awal2 sikit.. aku ni "sibuk" memanjang.. kalu d beritahu awal, mungkin aku boleh luangkan masa untuk majlis ko nnti. Insya-Allah
Selamat berpuasa!
Mawar,
t/q...
Aku kawen..insyaALLAH 4 okt 2008 = 4 syawal.
So hari raya, dtg la beraya ke rumah aku. Kau mesti ada kt melaka lagi kan??
oh ye ker.. insya-allah. Aku ade. Nanti attachkan alamat rumah ko ek..
yus...sedihnye aku baca entry ko ni...menangis aku...sob sob sob...
sabar yea...sorry aku lgsg x tau psl cite ni...ko pon x nak YM aku bitau pasal ni....aku terlalu bz bulan ni sbb kena prepare data utk agihan bonus staff upm n upm kampus bintulu...
takziah dari aku skeluarga utk ko skeluarga yea...byk2kan bersbr ...allah turunkan ujian n dugaan mengikut kemampuan kite...aku tau ko kuat n tabah!
stay strong my fren!god bless us!
~alfatihah buat kedua2 arwah~
fealize_eleanoer;
tengQ.. aku xder mood nk YM dlm minggu tu. Baca post kt entry ko, anak ko plak sakit. So, xder la aku nk story mori. Satu ramadhan, 2 ramadhan.. aku tak rasa apa2 pon. Aku cuti dok dlm bilik.
Aku sedih tp tak bule kuar ayer mata. Lagi pulak nk kawen ni, lagi la aku sedih bangat. Bila dua-dua masuk hospital, dlm hati aku terus doa, plz..plz... ALLAH, jgn amik mereka waktu ni. Mereka gembira dgn wedding aku ni, paling teruja..Arwah Mak Long.
ALLAH lebih sygkan mereka.
Pengajran buat aku & famili.. JANGAN PERCAYA SGT SEPITAL NI. KALAU BOLEH AKU NAK TEMBAK DOKTOR YG INCHARGE KES ATOK AKU TU. Sebab.. aku xbule citer kt sini. Nanti free aku YM.
thank-Q