img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

3 Hari Tanpa Dia - Dia yang Sindrom, Dia yang Kanser

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, September 20, 2007 | | 0 komplen »



Mohd Yunus bin Md Yassin. Lahir pada 19 Jun 1963 dan meniggal dunia pada 17 September 2007. Lahirnya dia sebagai insan istimewa, melayakkan dia memegang kad OKU. Dia sememangnya istimewa, istimewa di mata dan di hati kami sekeluarga. Adik bongsu abah aku ni, walau pun down syndrome, bagi kami, dia tetap lain dari yang lain. Dikenali sebagai Pak Unos dikalangan anak anak buahnya, dia seorang pembersih, rajin mengemas, adakalanya merajuk, bukan jenis yang manja dan suka mengamuk, dengar kata dan ada hati untuk menggembirakan hati orang lain. Aku dan adik adik dijaga oleh arwah masa kecik. Dia boleh masak nasi walau pun setiap kali disuruh kena ajar, dia boleh menyapu, walau pun kena pesan, dia boleh jadi kawan aku dan adik adik bila nak main dam ular. Semua ahli keluarga dan sedara mara sayangkan dia. Arwah tak menyakitkan hati orang lain, jauh skali menbebankan.
Pak Unos tak duduk dengan famili aku sejak kami adik beradik dah besar skit dah pandai panaskan lauk sendiri.. Dia dihantar tinggal dengan mak sedara aku di Banting. Kebetulan, khidmat dia memang diperlukan di sana. Kekal dia kat sana dengan bahagianya. Sesekali kami ada datang menjenguk. Tahun lepas dia ada balik duduk beraya dengan famili aku. Tak der apa yang berubah, rajin bercakap jugak, walau pun tak semua cakap dia kami paham. Cuma dia agak malas semacam. Tanpa kami sedar, dia sebenarnya bukan malas, tapi badannya dah mula lemah. Dia tak nampak sakit. Cuma dia malas bekerja macam selalu. Bila ditanya sakit ker, dengan cepat dia jawab tak. Mungkin takut ke klinik gaknye. Dia mengadu sakit perut, kami tanya angin ke atau kembong, dia mengangguk, kami bagi minyak angin. Lepas tu dia tak der mengadu apa apa lagi.
Lebih kurang dalam sebulan dua lepas tu, dia balik semula ke Banting. April tahun lepas, tiba tiba badan dia jadi kuning, mata pun kuning. Walau pun dia sihat boleh menyidai baju lagi kat luar rumah. Beberapa hari kat Hospital Banting, pastu dia di transfer ker Hospital Kelang. Dan di sana di disahkan ada sel kanser pada hati. Doktor mencadangkan satu pembedahan. Tapi blom sempat pembedahan dibuat, doctor nasihat kami supaya tidak teruskan dengan pembedahan sebab keadaan dia makin teruk dan harapan cuma 50-50. Hati aku jadi sakit bila mengenangkan yang dia menanggung beban sakit yang begitu besar. Alangkah manusia normal yang lain, berdepan dengan kanser aku kesian tengok seksanya.
Dari hati, kuman kanser merebak ke seluruh organ di perut, kemudian ke paru paru dan saluran darah. Pada masa ni, famili kami decide bawak balik pak unos ke rumah aku. Tak sampai seminggku kat umah aku, dia kena masuk PCU (Palliative Care Unit lebih aku kenal sebagai rumah kanser) Hospital Besar Melaka. Sebelum tu, doctor dah bagi tahu, kanser dia dah final stage. Jadi andai kata jantung dia berhenti atau apa apa masalah, pihak hospital tak kan bantu apa apa sebab keadaan akn menyakitkan dia lagi. Dalam beberapa hari di situ, aku, angah, mak sedara, sepupu, gilir gilir menjaga bila malam. Icam adik aku pun di terbangkan khas oleh bas ekspress dari UPSI Tanjung Malim.
1 september 2007, dia dibenarkan pulang. Walaupun tau dia takkan sembuh, tp tengok dia boleh bergurau lagi dengan kami buatkan kami tak pernah penat menjaga dia. Lagi seronok lagi ada. Walau pun xboleh makan nasi, tp stakat nestum dan oat memang licin dia makan bila di suap. Kami dah plan raya ni nak dok umah jer. Sedara mara confirm ramai yang datang. Dah terbayangkan meriah nyer.
13 sept 2007 bersamaan dgn 1 Ramadhan, dia dah tak boleh menelan makan dan minum. Bukan pasal dia pun turut puasa, tp dia dah tak der daya menelan makan. Sejak tu pak unos tak pernah di biarkan tinggal seorang. Perhatian diberi pada dia sepenuh masa.
16 sept 2007, kami decide untuk bawak dia ke hospital. Paling tidak untuk masuk air dalam badan. kami panggil amblans wlaupun dapat tentangan dari sedara mara yang laun. Tp tak per la, diorang tak nampak macam mana keadaaan pak unos ni. Kita yang menjaga tak sanggup nak tengok dia lemah terlantar tanpa buat aper aper. Lebih kurang pukul 3.30, pak unos dah ada kat hospital melaka. Dia dimasukkan ke Wad 4-4 (katil no. 12). Dr. Amy (doctor yg handle case pak unos dari PCU) bg tau yg keadaan pak unos dah makin kritikal. Aku, mak, angah & abah tunggu tunggu kat wad sampai kul 11.30mlm. keadaan pok nos masa tu nampak mcm stabil. Dia dah boleh bergurau dan aktif mgerakkan tangan dan kaki. Lebih aktif dari pesakit lain kat wad tu. Doktor pakar yg ada kat situ, suruh kami balik. Tak perlu tunggu diorang kata. Pasal keadaan dia nampak tidak membimbangkan. Kami mula lega skit. Sebelom balik, kami berempat sempat tukarkan pampers dia.
Sampai umah, semua mata tak boleh lelap sebab teringatkan dia. Lebih kurang pukul 2 pagi baru aku boleh tido. Dlm kul 3.40 dapat call dari hospital kata Pak Unos dah tak der. Semua yg ada dalam umah terkaku. Mcm macam rasa dalam hati. Akhirnya dia pergi bukan depan kami. HukumNya begini. Kami redha. Ini adalah yang terbaik untuk dia. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 3.28pagi, 17 sept 2007 bersamaan dengan 5 Ramadhan 1428H. Jenazah dibawa naik ke rumah arwah nenek sebaik saja azan suboh berkumandang. Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan kampong aku (sebelah SMK Telok Mas). Ramai sedara mara yg hadir. Ramai yg tak empat melawat dia semasa hidup. Dalam tempoh tak sampai setahun dia mengidap kanser. Dia pergi tanpa sakitkan hati orang lain.
Hari ni merupakan hari ketiga arwah pergi meninggalkan kami. Masih terbayang lagi rupa dia menahan sakit, rupa dia yang tersenyum dalam payah, ketawa dalam seksa. Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya. AL FATIHAH…

0 komplen