img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Batu Api

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, September 27, 2007 | | 0 komplen »

Yeah mari mari, murah murah, beli satu percuma dua.

Gambar bukan sekadar hiasan mata hati mahupun dunia. Dari kiri, mereka lah yang memegang gelaran F, S, U, Y dan H, bukan nama sebenar. Ada juga nama timang timangan lain untuk diorang ni. Namun tidaklah elok jika aku announce di sini. Gambar ni di tangkap kira kira tujuh tahun yang lepas. Justeru, diharap korang jangan lah membayangkan mereka ini berbentuk tubuh yang sama pada masa ini. Kerana bimbang, sangkaan korang akan meleset sama sekali dua.

Gambar ni dari koleksi U yang aku tak pernah tahu. Aku tertanya tanya juga dalam hati, mengapa U cuba menyembunyikan gambar ini dari pengetahuan ku. Rupanya banyak kisah dan pelbagai versi mengenai gambar ni yang aku trima.

Versi pertama, bagiku tidaklah logic diterima akal yang waras. Menurut beberapa sumber, mereka bergambar untuk dihantar ke sebuah majalah hiburan, column mencari kenalan atau nama komersilnya, Kembang Setaman. Tapi gambar mereka di reject pasal syarat column tu kena bergambar di tepi kolam renang.

Versi yang kedua adalah yang aku rasa boleh diterima logic dalam 2 peratus. Pada masa sebelum gambar ini ditangkap, F dan H telah bergaduh merebutkan satu orang perempuan dalam kelas mereka. Jika dilihat dari gambar, S menyokong F, manakala Y pula menyokong H. Ketika itu U bertindak sebagai pendamai kepada dua kumpulan ini iaitu geng F dan geng H. Dalam pada masa yg sama, kedua dua geng ini tak tahu yang sebenarnya si U mempunyai agenda tersendiri. Dia pun sebenarnya mahu mendapatkan perempuan yang menjadi rebutan itu. Dia lah batu hapi dan penghalang sebenaunya. Bukti nya sekarang, dia telah pun berkahwin dengan perempuan itu yang bernama M, bukan nama sebenau jugak, pada 070707 yg lepas. Baru lah kini aku mengerti rahsia si Uzir ini. Opssssss,tersebut nama betul plak. Kini kelima lima mereka masih lagi berkawan walaupun menurut criter, mereka masih berusaha membomohkan antara satu sama lain.
But the truth is, semua criter di atas xder kena mengena dengan semua yang ada dalam gambau tu. Satu jer criter yg betul, Uzir kawen dgn M iaitu mariati. Fakar dah kawen bulan 3 lepas, skarang tengah tunggu kelahiran anak yg ke sulong, dak Syamsul a.k.a. Choll aku dah lama tak dengau kabau. Sihat la hendaknyer dia. Uzir sejak kawen dah jarang aku nampak, bagus ler tu. Dak Yan dah pun bertunang, dah nak kawen dah kot (tunang ngan member sekolah jgk). Halim… yang ni ada complicated skit berita terkini dia. Dah nak kawen kot.
InsyaALLAH. Aku doakan diorang semua bahagia. Minta supaya dipermudahkan segala yang terbaik utk korang. Amiin..


0 komplen