img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Kluang Station Bukan Punca Muiz Hidup Balik

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, July 08, 2009 | , , | 8 komplen »

Salam,

Lama tak mengarut, jauh skali mencarut. Tapi tajuk aku jer dah cukup merapek. Memang kerepek. Aper nak story? Takder yang hot, tp ada hot mama telah komplen dlm YM,


nick (7/6/2009 5:25:46 PM): x update blog ponggg ".



Jadi aku gagahkan jugak mental aku untuk menghantar signal pada jari aku untuk menaip di papan kekunci desktop pejabat ni. Kemudian jari jemari ini memberi respon mengetuk papan kekunci ini, "ketuk..ketak..ketuk...ketuk...ketak..." macam bunyi orang buat popcorn. Bukan sebab aku lembab bab menaip nih, tapi sebab tengahdok memikir aper yang patut aku goreng.


Semalam aku gi klinik. Baby dah masuk 30 minggu . Teruja banget. Tapi hemoglobin makin kurang. Dah jadi 10gm%. Kena banyak makan kerang pesan misi tu. Naper la benda yang aku tak gemau tu yang disuruhnyer makan banyak. Pasni dah kena kira baby gerak berapa kali dalam tempoh 12 jam. Tapi macam biasa, hari pertama jer aku ingat nak kira, hari ni aku dah lupa. Semalam patutnyer aku masuk opis semula. Tapi sebab keletihan melanda diri, aku hanya melepek kat umah. Takler lepek sangat pasal perut dah memboyot. Dalam pada melepek atas katil, sempat aku call Cik Wie yang sentiasa melepek tu,

"Kuar hari ni jom. Aku tak kijer ni. Nak tunggu hari Ahad lama nau,"


Yang benaunyer, air liur aku dah nk meleleh teringatkan Nescafe kat Kluang Station tu . Dari minggu lepas dak Wie sebut Kluang Station, terus aku teringat-ingat. Sementara nak tunggu Wie & Ejah berpakat, aku SMS Encik Suami minta lesen nak kuar dengan budak berdua tu. Lama sangat tunggu En Suami reply SMS, aku call. Dengan nada getek bercampur takut aku tanya, boleh ke tak nak kuar ni?



"Buleh sayang... Semayang jaga,"


Aku pon aper lagi, berbintang la dengar jawapan Encik Suami . Lepas Wie dengan Ejah bg confimation, aku pon aper lagi. Bebudak berdua tu posa, jadi kami buka posa ler. Aku posa hari sebelom tu, pasal hari tu aku nk ke klinik, jadi memang tak posa lah. Sampai sana, order bagai nak rak. Sampai budak lelaki yang amik order tu tersengih-sengih tengok order kitorang. Siap datang lagi tanya...


"Betul ker order ni. Rasa macam banyak.."

Pergh.. rasa macam nak lempang dengan pinggan muka budak tu . Oit.. tengok saiz la weiii... Sebenaunyer xder la banyak sangat. Imiginasi budak tu jer yang lebih. Lepas bukak posa, berteromba balik umah aku. Takut terlepas magrib. Jadi tak banyak masa bersama dengan bebudak ni semalam. Rasa cam tak puas sembang . Tapi bila pikir balik memang klakau. Macam ler setahun tak jumpa. Balik rumah siap boleh senyum sesorang teringat kengkawan masa kuar tadi. macam bercinta . Saper nak jawab?

Lagi satu citer; semalam ada satu no. masej aku;

Orang itu: SALAM, NI SHIMA KE?

Aku: SALAM. YER NI SHIMA. SAPER NI?

Orang itu: NI ORANG MATI IDUP BALIK.

Aku dah dapat mengagak saper. Aku ada sorang jer kawan yang suka cakap benda bengong camni. Tapi tak per. Kita layan lagi.

Aku: SAPER PLAK NI. DA MATI DAH LER. KAU IDUP BALIK BUAT PER?


Orang itu: ENTH LE KNP BLH MCM 2 YEK? NI AQ LA. MUIZ.

Aku: AKU DAH AGAK DA. KAU JER YG RAJIN MERAPIK CM2. KAU KAT MANA NI? SAPER BAGI NO. NI?

Orang itu: NI NO. AKU. AKU BR JE SMPI M'SIA 28.7 MIINGGU LEPAS.

Aku.. kompius tetiba . Minggu lepas?? Ni baru 7hb Julai... typing error kot...

Aper pon selamat pulang ke tanah air untuk Muiz. Syukur kau hidup lagi walau pon kau kata kau dah hilang ingatan. Timer kasih. Sekurang kurangnyer, kau kenal lagi kengkawan dan tak buang kengkawan .

Nota kaki getek: Satu Malaysia hari hari di TV.

8 komplen

  1. zULiaNa zULizzY // 8:45 AM

    uik dak yus..kluang station tu ad ke cam kt kluang tu?kire branch die ke??roti bakar ad??
    huh..aku nk bukak batu pahat station plak la,buleh gitu??

  2. Shima Batu // 9:56 AM

    kira branch ler cik puan. ko pikir aku nk gi kluang betol betol ker?
    roti bakar musti la ader... Tapi aku suka bun bakar... giler sedap... skali order 2. Heheheh...

  3. who i am? // 10:29 AM

    haaa...

    ini macam la manyak baguitt!

    kalo bole hali hali update,ada mau kah?? hahaha!

    ***panggggg kat diri sendirikkk...mcm la hari2 aku update blog...hahhaa! dush dush dush!

    nota jari kaki x brp nk geletek :orang mati idop balik lps tu ilang ingatan,namanye zombi kan.kehkehkeh!

  4. Shima Batu // 10:32 AM

    tak tau plak. tp cam sesuai jer nama tu :))

  5. Mawar Aziz // 12:06 PM

    hahaha... aku yang bagi no ko.. dia kata dia x lupa ko, cume laki ko je yg dia tak cam.. walaupun ko penah cakap, ckp kat dia.. x yah ingat org m'sia... tp aku tak ckp ler.. aku suruh dia cari kawan2 kat kpg tu.. dari dok melangok tak wat pape.. kehkehkeh..

  6. Shima Batu // 12:07 PM

    Aku dah agak kau, pasal kau jer yg rajin contact no. DIGI aku

    Aku bg dia no. maxis kt dia. Tanak dia kacau line opis aku. Kau bila nk baik ampung, gi la melawat dia...

  7. Kap // 3:28 PM

    ingat kan Kluang Station tu stesyen komuter tadi :-)

  8. Unknown // 1:49 PM

    BUZZ...

    X nak g kluang and x nak gi station.. leh x?

    **aku da start sengal..**