img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Beringat untuk Hidup atau Beringat untuk Mati

digoreng oleh Shima Batu | Monday, April 20, 2009 | , | 0 komplen »

Salam,

Aku dalam blues hari ni. Naik lagi sehari umur aku walau apa pun keadaaanya. "Demi masa, sesungguhnya manusia ketinggalan". Apa usaha aku untuk tidak menyesal atas apa yang aku buat hari ini. Aku selalu beringat. Tapi yang kesiannya, beringat untuk hidup, bukan beringat untuk mati. Ada yang kata, hidup ni singkat, buat apa nak buang masa dengan benda yang menyakitkan hati sendiri.
Ada yang kata, hidup sementara, akhirat tu yang kekal. Jadi kena kerja lebih untuk kehidupan yang kekal esok. Bukan untuk hidup yang sementara ni. Dua dua memang betul. Hidup memang singkat, hidup memang sementara. Kita memang selalu leka, cuai, lalai. Kita selalu sedar dan beringat, tapi kita tak selalu berusaha. Korang paham ker apa yang aku bebelkan?

Akhir-akhir ni, jiwa aku sakit. Aku sakit jiwa? Eh.. bukan jiwa, tapi hati. Bukan sakit mental. Mental cuma letih. Alangkah baiknya jika semua ni boleh baik dengan panadol.

UBAT HATI
Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun (beribadat) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah (beribadat) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Dalam lima perkara ni, berapa jer yang kita buat bila kita runsing, gelisah, susah hati. Baca Quran lima ayat sehari (selain dalam solat) pon payah. Ini kan pulak nk puasa. Rela diet dari posa. Dalam 365 hari, puasa cuma 30 hari, termasuk puasa ganti. Bangun beribadat waktu malam... pergh... tengok citer Korea buleh la. Meghampirkan diri kepada ALlah sepertiga malam... ni lah waktu paling best tido. Bersama-sama dalam majlis orang soleh... bersama-sama dalam majlis makan-makan lagi baik. Perut pun kenyang. Mungkin kita tak cukup masa. Tapi, semua orang diberi 24 jam sehari. Dari zaman Adam. Apa lagi alasan yang ada. Hati kena ubat jugak, kalau tak nak hati mati. Hidup bule brutal, tapi hati jangan keras macam BATU.

Setan berada di mana-mana. Iman berada ditahap mana? Bila senang ingat kawan. Bila sakit ingat Allah. Selalu kita macam ni kan? Mungkin tu sebab kita selalu disusahkan. Supaya kita beringat. Alhamdulillah kita diberi peluang untuk beringat. Kalau tak.. Allah biar supaya kita terus sesat, terus hanyut, terus leka. Saper nak tolong? Menteri, YB, Ketua Menteri, Perdana Menteri?
Berdoa minta rahmat atau minta nikmat dunia? Selalunyer, kita akan minta nikmat. Betul tak?

AL-QURAN
Al Quran relevan sepanjang masa. Al-Quran itu lengkap. Ada yang macam gampang bertanya, "Ada cara buat karipap ke dalam Quran", "Dalam Quran ada cara buat basikal?" dan paling best... ada yang tanya;

"Apa itu Quran boleh bikin jalan raya ka?"
Korang teka ni ayat saper? Sedih sungguh. Lebih sedih kalau ada orang Melayu Islam yang sama sama tumpang gelak dan megiyakan.





Maksudnya, "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika
kamu tidak mengetahui" (Surah An-Nahl: 43).



Jadi, kalau tak tahu, rujuklah pada yang ahli dalam bidangnya. Masalah hukum, tanyalah alim ulama. Masalah penyakit, tanyalah doktor. Masalah nak buat highway, tanyalah Menteri Kerja Raya... (contoh).

Mesti ingat, sepandai mana orang tu, manusia tetap bukan Tuhan. Tapi kepandaian dia tu memang dari Tuhan. Kepandaian bukan dari cikgu sekolah. Kesenangan bukan dari Menteri, masin bukan sebab garam, kenyang buka sebab nasi.

Semoga Allah SWT memberi rahmat dan petunjuk kepada kita semua sehingga ke hari kita megadapNya. Mohon maaf jika ada kesalahan dan yang menyakitkan hati korang yang membaca. Allah SWT Maha Mengetahui bahawa aku tidak mengkehendakinya kecuali kebaikan untuk kita semua. Wasalam.

0 komplen