img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Kena Lempang Bawa Telefon Bimbit

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, February 26, 2009 | , | 4 komplen »


Berita menarik. Korang baca yang aku amik dari sini:

Gara-gara membawa telefon bimbit ke dalam bilik darjah, dua pelajar wanita sekolah menengah di Manir dekat sini terpaksa menerima padah dilempang guru disiplin.

Akibatnya, seorang daripada mereka mengalami kecederaan di telinga selepas dilempang sebanyak empat kali oleh guru terbabit.

KOMEN AKU: Empat kali kena lempang.. degil nau aper budak ni??

Bukan kami sahaja yang membawa telefon ke sekolah kerana ramai pelajar lain turut melakukan perkara yang sama tetapi mereka tidak dikenakan tindakan.

KOMEN AKU: Lepas ni kalau ada penagih dadah kena tangkap, boleh jawab, orang lain isap dadah jugak, naper tak kena tangkap. Pastu boleh buat report polis, salahkan polis yang tangkap tu. Kau salah, naper nak heret orang lain plak. Orang lain tu nasib dia baik.Yang melempang adalah guru displin. Kalau guru bahasa melayu, mungkin lain plak kes.

Sekarang semua sibuk isi KPLI. Aku tak jadi nak isi. Pasal aku tak boleh lempang budak. Mungkin lagi dua tahun, kita dengar report polis dibuat ke atas guru yang tengking budak.

Makin lama, makin manja. Mungkin pelajar cemelang, bijak pandai macam budak dua orang ni tak bule dimarah.

Kengkawan... sila komen..

4 komplen

  1. Unknown // 5:52 PM

    Kalo aku biau kan jek bebudak tu pekak! agaknye leh mati ke kalo x bawak henpon gi sekolah. Aku kekadang tertinggal henpon kat umah time keje pon leh la buat keje.
    Aku rase budak tu kurang ajau dgn cekgu die tu pasal kene lempang empat kali. Xkan le tetibe cekgu nak lempang suke2 ari die jek.
    Ah..budak2 skang ni ngada2...dulu time kite sekolah pakai public pon je kan...xde pon cekgu nak lempang...

  2. Shima Batu // 6:09 PM

    statement kau memang ngeri nahdatulizah.

    aku rasa, bebudak ni akan lempang diri dia sendiri sebanyak 4 kali lepas baca komen kau ni.

    kalau org tuak ata.."tu tak lain nak ada henpon nak menggatal dengan jantan ler tu.."

    saper yg malu skang??

    lain ler aku kijer sekarang ni, tak bawak henpon, mau bos aku plak yang lempang aku 16 kali

  3. who i am? // 4:48 PM

    ermmm...

    ehem ehem !

    hp saya ade dua skang....

    wahahahaha!

  4. Shima Batu // 6:06 PM

    ehem.. ehem..

    kau ni nak kena lempang ni. camner bule ada dua. camni kena lempang 8 kali la.

    aku kan cekgu displin..