img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

BERMADU: Berdosa ker?

digoreng oleh Shima Batu | Friday, December 05, 2008 | , , | 2 komplen »

Gempak ker entry aku ni? Bila sebut perkataan "MADU", kalau yang pompuan, ramai akan kata: "uish.... minta di jauhkan" "simpang malaikat".
Bila dengar kesah istri yang dimadukan, musti kita turut akan rasa kesian, tumpang simpati, sedih bagai nak rak mengenangkan nasib istri tua tu. Jarang sekali kita pikir pasal istri yang baru tu. Aku pon macam tu jugak. Bagi aku, istri baru adalah orang yang tak da hati perut. Takder belas ehsan. Bila susah nanti, baru padan muka kau. Saper suruh rampas laki orang. Bukan aku jer, malah ramai jugak yang macam ni. Korang rasa la kan, yang jadi bini baru tu, dulu masa dia kecik kecik, dah ada cita cita ke nak rampas laki orang??? Mesti tak der kan. Tapi kenapa perkara tu (merampas laki orang) berlaku jugak?

Jangan lah salah paham pada introduction aku ni. Aku bukannya nak minta dimadukan atau menyokong kuat lelaki lelaki yang ramai istri ni. Tapi just nk berkongsi satu cerita. Aku macam korang jugak, membuat pertimbangan bedasarkan penilaian akal tanpa berbalik kepada yang asal iaitu "KERJA TUHAN".

Isnin lepas aku tak kijer. Kesehatan tak berapa mengizinkan. Pagi tu, lepas hantar laki aku ke Sentral naik bas, aku balik rehat dgn sambung bungkang atas katil. Petang, aku set appointment jumpa dengan sorang member aku. Lokasi: tempat jatuh lagi dikenang aku iaitu Merlimau. Seorang member yang dah lama kenal tapi sampai hari ni tak pernah lost contact. Kawan sejak sekolah, tapi hari ni aku rasa hubungan aku dengan dia lebih rapat nak banding dengan masa sekolah. Walaupon dia bukan dari kelompok Ejah, Wie & Dayah.. tapi dia jgk kawan yg ada tempat special dalam hati aku.

Nampak jer muka dia petang tu, tiba tiba jadi sayu. Dia dah mengandung. Almost 6 months. Aku gembira tengok dia sehat. Ceria macam dulu. Aku jugak ceria macam dulu di depan dia. Mungkin jugak dia macam aku, sembunyikkan apa yang kami rasa masa tu. Whatever it is, aku gembira masa tu. Aku orang yang tak tahu tentang perkahwinan dia. Minggu ni genap setahun dia menikah. Bukan aku jer yang tak tahu, malah ramai lagi kawan2 yang seangkatan dengan kami jugak tak tahu. Dia ada alasan dia tersendiri. Aku tak kecik hati pon pasal tu. Aku boleh terima dan aku paham situasi dan keadaan dia masa tu. Aku menerima dia sama macam dulu. Cuma dalam hati, aku terlalu bimbang jika dia memikirkan kalau aku dan kawan kawan yang lain cuba untuk meminggirkan dia. Jadi masa yang ada petang tu, aku cuba yakin kan dia "Kau bukan sorang. Kau ada kawan. Kau tetap kawan aku, walaupun aku tak der kat sebelah kau. Aku gembira dengan perkahwinan kau. Tolong lah jangan rasa diri kau tak ada sesiapa". Korang nak tau kenapa kawan aku berasa terasing (mungkin)? Sebab dia istri keDUA.

Ajaibnya, persepsi aku terhadap istri kedua terus berubah bila aku dapat berita tentang dia beberapa hari sebelum majlis nikah aku. Saat nama dia disebut orang menjadi bini no dua, terus datang satu perasaan berat dalam hati aku. Susah aku nak jelaskan. Bukan rasa sedih, marah atau gembira. Tapi tah la. Apa yg aku boleh cakapkan, aku mahu dia jadi kuat. Kena banyak sabar. Aku tak mahu suami dia menafikan hak dia sebagai istri. Sebab istri tetap istri walau pon no 1, 2, 3 atau 4. Aku tak mahu kawan aku ni disorok. Dia ada hak untuk diperkenalkan sebagai, "Ini istri saya.." dan dia jugak berhak untuk "Ini suami aku". Jangan nafikan hak untuk berjalan pegang tangan dengan laki dia, pergi tengok wayang, bershoping, holiday, jalan jalan. Aku seronok introduce kan husban aku pada sedara mara masa wedding aku hari tu. Dan aku mahu kawan aku ni rasa perasaan tu jugak. Kalau suami dia boleh buat ni semua, aku memang respek giler. Terima kasih sangat sebab meletakkan tempat kawan aku ni sama macam istri istri orang lain. Mungkin majlis perkahwinan tu tak penting untuk situasi mereka berdua, tapi aku harap, jangan sekat keinginan untuk gembira atas perkahwinan ni. Tak ada dosanya jadi istri no 2. Cuma kena sabar dan kuat untuk berhadapan dengan masyarakat yang masih lagi berpikiran macam aku yang dulu. Daripada cerita kawan aku tu, aku gembira bila suami dia boleh handle kedua dua istri dia ni. Aman damai. Alhamdulillah. Kawan aku ni ada cakap, "boleh ker aku bahagia dengan menyakitkan hati orang lain?". Jawapannya senang, "ITU KERJA TUHAN. Kau bahagia ALLAH yg bagi. Kau sedih pun ALLAH yang bagi, jadi minta pada DIA". Soal macam mana boleh jatuh cinta, lepas tu kawen... dah tak penting lagi buat aku masa tu dan tak perlu untuk dipersoalkan lagi. Dulu memula aku pikir, kawan aku ni kena mandrem ker? Bila waras, aku sedar... semuanya takkan berlaku tanpa izin ALLAH. Kena mandrem pun kalau ALLAH tak izinkan, tak jadi jugak. Ini jodoh dia, alasan mandrem mandrem boleh tolak dalam tong sampah. Tak laku beb.

Bila balik aku terpikir, "kalau aku.. boleh ker aku jadi sekuat dia atau redha seperti istri pertama tu?" Jawapannya:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286-
Kepada kawan aku tu (aku tahu dia membaca blog ni), be strong bebeh. Kena banyak sabar. Kau pasti dah boleh mengagak apa di depan kau. Rahsia ALLAH, aku sendiri tak tahu apa pulak bahagian untuk aku. Think positive. Kau akan terus jadi kawan aku. Jagi diri bebaik. Jaga suami & baby bebaik. Be a good wife. InsyaALLAH.

2 komplen

  1. Anonymous // 9:59 AM

    "MADU".. sesuatu topic yang complicated gak bagi aku.. Nak komen sikit boleh?.. Harap x menyentuh perasaan mana2 pihak.

    Ntahlah.. Actually, sebagai isteri pertama, memang susah nak terima kot if hubby kita ade sayang orang lain..

    Even pada prinsip aku, aku x kisah kalau laki aku nak beri bahagia pada perempuan lain.. cuma dengan satu syarat.. aku tidak mahu "DI MADU". Aku sanggup melepaskannye tanpa ade rasa dendam pada suami ataupun isteri barunya..

    Aku rela dilepaskan.. kerana aku tau, hati aku tidak semurni mana jika aku di madu. Aku tak boleh menjadi tabah jika aku dimadu.. mungkin boleh mempunyai kekuatan (walaupun terpaksa berpapah)jika sudah menjadi tunggal..

    Untuk rakan shima tue.. aku x penah memberi perspektif buruk pada wanita yang bergelar isteri no 2, 3 atau 4.. especially jika u all teraniaya dengan sikap suami u all yg cuba tidak untuk mengiktiraf hak@status korang sebagai isteri. Should be U all mmg perlu dapat bahagia.. Ade hikmahnye atas setiap kejadian..

  2. Shima Batu // 10:03 AM

    yer mawar..

    Aku setuju dgn kau. Aku pun mcm kau, tak tahu kekuatan aku takat mana.

    Cuma apa yg boleh aku ckp pada kawan tu, "moga dia kuat".

    Hehehe..kena makan beskot TIGER.