img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Selok Cilok

digoreng oleh Shima Batu | Saturday, April 19, 2008 | , | 3 komplen »


Mei ni, genap setahun umor company ni (ikut registration SSM). Alhamdulillah. Bule gak idup. Wpon tak kaya macam company lain, tp cukup utk aku dgn bos ni survive. Kerja penat tu biasa la. Tp bos aku lagi penat. Projek walaupon xder yang mega, tapi Alhamdulillah. Yang mega asik kena pancung jer. Letih buat proposal beb. Memang brengset. Tak per la, rezki memasing kan. Dah byk yg aku belajau. Bukan dengan company ni jer, dgn company dulu pon samer. Aku takkan bule luper sifu sifu dulu sampai hari ni. Walaupon aku degree management, tp teori memang tak sama dgn praktik. Yer la, teori blajau selok belok. Mana ader ajau cilok cilok. Lebih lebih lagi aku kijer swasta. Praktikal aku dulu dgn kerajaan tempatan. Lain la sangat. Tapi tak bermakna pengalaman praktikal tu tak berguna. Beguna beb. Dulu masa praktikal, fungsi dlm organisasi tu ibarat customer. Sekarang bila swasta, fungsi aku berubah menjadi supplier. Memang boleh beza la cara kerja swasta dengan government ni. Kita swasta, tak kijer xder gaji. Kalau dalam sebulan tak der projek, bulan depan nak makan aper? Lebih kurang camtu la. Tu yg follow up payment hari hari dgn customer. Tapi dlm gov. memang rileks. Sesekali jer kena sembur dengan pengarah atau datuk bandar. Tapi gaji tiap tiap bulan akn dapat. Claim la berapa byk pon overtime. Kijer hari ni, besok pon boleh buat. Walau pon satu bangunan yg sama, tapi antara satu department dengan department yg lain, jarak komunikasi dan keberkesanan kijer tu macam duduk lain lain daerah. Ni ler gaknyer teori perilaku birokrasi max weber. Tapi, bukan semuanyer macam ni, ader la dua tiga kerat jer.
Dulu masa aku praktikal, ada sorang akak tu rajin kijer. Dia aku tengok paling sibuk dalam department aku tu. Aku blajar cara kerja dari dia. Dia cakap, slagi kijer tak habis jgn tinggalkan. Kalau kita tak der kijer pon, tengok orang lain buat kijer, kita kena tolong. Tak tau, kena belajau. Kan bagus kalau kita boleh blajau banyak benda. Betul la aper akak tu kata. Aku praktikkan aper yg dia cakap tu. Tp pastu lain plak jadi nyer. Bila dah tau kita tau buat banyak benda, kita dah jadi mcm transformer ler pulak. Hari ni jadi ni, besok jadi lain. Hari buat ni, esok buat lain. Penyelamat keadaan. Hempuk semua atas batu jemala patik. Tapi takper. Bagi aku, tu cabaran kijer. Lagi pon buat per nk lawan. Praktikal 2 bulan setengah jer. Dalam dua bulan setengah tu, aku sibukkan diri dengan semua kijer. Kebetulan tengah putus cinta. Tu yg kijer tak ingat dunia. Pernah masa satu event, aku balik umah kul 12 malam dari pejabat. Pastu kul 3 pagi esoknyer kena ada kat padang. Dah ler sblom tu, seminggu balik lewat. Tak der saper paksa, tapi aku ambik tanggung jawab tu utk belajau. Aku bangga bila aku jadi orang yg di cari masa tu. Tak boleh hilang kejap. Huru hara atau kacau bilau akan berlaku (cewah…percaya ker?). Proud to be Malaysian beb. Aku seronok dapat jadi salah sorang dari seketariat yg telibat dengan kebanyakan event pada masa tu. Lebih seronak bila idea aku diguna pakai. Tak kira siang atau malam. Tak pernah pikir pasal elaun (praktikal ada elaun ke). Bagi aku, tu masa nak tunjuk handal. Sebab nanti buleh terus minta kerja kat situ. Tapi hampeh. Habis praktikal, habis la riwayat nama aku di situ. Tak der rezki aku di situ.
Aku kerja dgn swasta lepas tu. 2 tahun aku kijer situ dgn basic bawah paras degree (takder kenaikan gaji sepanjang 2 tahun, dan aku tak pernah komplen). Bos aku dulu slalu ungkit, aku ni tak mendatangkan hasil pada company (ikut perkiraan aku memang ada hasil aku walau pon aku menyampah buat sale). Tak per, dia boss. Aku kuli. Dia jer penat, aku tak. Dia jer betol, aku salah. Dia jer buat kijer, aku tak. Tak per, hingga ke akhirnya, aku dipecat. Alasan mulut, "pecah amanah". Alasan notis benti "company xder hasil". Aper nak kata? Malas nak lawan, sebab aku memang malas lagi nk kijer situ. Kalau kita tak boleh ubah keadaan, kita la kena berubah ikut keadaan. 3 bulan aku menganggur. Dengan keta yg baru kuar tak sampai sebulan, aku survive. Cuba cari kijer, tp xder rezki. Last aku kijer dgn bos sekarang ni. Gaji masa tu, emmm...separuh dari gaji kijer dulu. Bayar duit keta jer 66 peratus dari gaji aku. Bayangkan? Saving pon nak minus masa ni la. Blom ada opis masa tu. Aku kijer dok umah. Sesekali jumpa bos kat luar utk meeting/discussion. Cth tempat biasa aku lepak dgn bos, Subaidah, food court Tesco, food court jaya jusco, hang tuah mall dan lelain tempat makan. Tu pasal ler aku gemok.
Lebih kurang setahun pastu, dalam bulan 9 tahun lepas, alhadulillah ada rezki bule sewa opis sekarang ni. Gaji pon naik skit masa tu lebih kurang 42 peratus. Bule ler nk bnapas skit. Dua tiga bulan lepas tu, naik lagi skit. Tak pernah pon bos aku ni komplen kata aku ni tak mendatangkan hasil. Ni pasal bos aku ni cerdik. Hasil company bkn datang datang dari sales person jer. Kalau dah nama organisasi, semua la terlibat. Yer tak? Semua ahli organisasi akn secara tak langsung terlibat dgn operasi. Fungsi saling berkait dan bergantungan.
Aku dah kata dari dulu lagi, kalau citer pasal kijer, bukan soal duit atau gaji yang aku pertimbangkan. Tapi tentang KEPERCAYAAN orang kepada kerja kita. Bos aku sekarang ni, Alhamdulillah...setakat ni aku masih lagi percaya kat dia. Dan InsyaALLAH aku harap dia percayakan aku. Memang ler duit tu penting, tapi bagi aku tak ler sepenting KEPERCAYAAN dan RASA TANGGUNGJAWAB seseorang tu dalam bekerja. Aku cuma PERCAYA pada orang yang PERCAYA pada aku. Dan aku akan BERALAH/BERLEBIH KURANG hanya pada orang yang ada RASA TANGGUNGJAWAB. Itu sajer...senangkan kijer dengan aku.
Sekarang aku cuma kerja berdua bersama dgn bos aku. Apa yang ada hari ni, bersyukur la atas nikmat. Rezki bukan kat tangan manusia. Jadi janganlah risau...dan jangan lah bongkak. Sedau la diri tu sikit... Tak semestinya kita senang, maknanya kita betul, atau kita susah maknanya kita dapat bala. Mungkin boleh jadi, kesenangan tu adalah bala dan kesusahan tu sebab kita orang yang betul. Bodah la kau, kalau kau rasa kau cukup bagus sedangkan semua orang tau kau memang tak guna (hahaha..jantan tak guna).

Timer kasih pada semua yg secara sengaja atau tak sengaja telah mengajar aku. Aku hargai semua walaupon kau anggap aku tak bagus. Sebab tanpa kau sedar jugak, kesalahan dan kebodohan kau menjadikan aku lebih pandai dari kau. Semua yang berlaku adalah pengalaman utk pengajaran. Pengalaman mana boleh beli kat kedai hardware Woh Chun, jauh skali kat kedai basikal Azman. Semuanya mengajar aku untuk menjadi lebih power seperti power puff girl. Aku masih lagi cuba untuk belajar dari kesilapan orang lain, dan pandai bila berdepan dengan kebodohan orang lain. Hingga ke saat ini, rezki aku hari ni adalah disini. Esok blom tau.

3 komplen

  1. who i am? // 9:33 AM

    waaahhh...pjgnye pengalaman..

    sonok bace,,,

    anyway tahniah kerana berjaya survive dan percaya bahawa rezeki bkn di tgn manusia tetapi manusia yg berusaha mendapatkan nya...Allah Maha Berkuasa

    alhamdulillah...bertemu di puncak kejayaan !

  2. Shima Batu // 9:35 AM

    pn. fealize..

    tengQ..
    ayat kau yg last cam ayat MLM la...

  3. Ida Ra // 10:52 AM

    aku tiru ko ke....? aku pun baca paper gak......aku terfikir kenapa blog dikatakan patut dibakulsampahkan? kan bagus mereka kata web lucah yang patut ditong sampah kan