img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

MeMEGAkan dengan RM100 Juta

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, April 10, 2008 | , , , | 0 komplen »

Surat kabau dah tunjuk gambau parti pembangkang Selangor buat demo. Sekarang pasal babi pulak.
“Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor” kata kenyataan tersebut. [Projek Ternakan Babi Kuala Langat Dilulus oleh Kerajaan BN].
Babi pon jadi isu ek? Meh aku amik skit kenyaatan dari utusan. Aper kata bekas MB Selangor.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegaskan tidak sepatutnya kerajaan negeri yang berkuasa ketika ini mengaitkan keputusan melulus kan projek itu pada 2 April lalu, dengan apa yang diluluskan oleh pentadbirannya pada 30 Januari lepas. ''Ini kerana kita (kerajaan negeri dahulu) hanya baru membuat perbincangan awal tetapi tidak ada kata mukta mad, kita setuju projek itu untuk skala kecil sahaja, tidak sampai RM100 juta, Selangor tidak perlu projek penterna kan babi bernilai sebanyak itu,’’ katanya. – Utusan.
Aper kata aku?
Isu babi ni dah lama. Bukan takat Selangor, Melaka pon ader. Kes pencemaran oleh makhluk ni, bukan baru dua tiga bulan. Bau busuk dan sungai kotor tu bukan 8 Mac 2008 baru mula tercemar. Paling bodoh pon piker la, selama berapa puluh tahun, dok buat aper sampai mcm tu teruk skali masalah pencemarannyer. Nak nanti Karam Singh Walia datang baru nk btindak. Habis, aper nak buat? Kita tak boleh nak sekat non muslim dari makan babi. Takkan nak kata jangan bela babi pulak dalam Malaysia.
Kalau ikut statistik TABURAN LADANG BABI TAHUN 2007 [sila rujuk web JPHPK]
Selangor ada 137 ladang (populasi 264,514). Banyak beb kandang babi kat Selangor. No wonder la, sungai, parit, longkang, udara, tanah semuanyer tercemar. Aper yang kerajaan Selangor nak buat adalah satu tempat yang besau yang lengkap dan moden untuk pelihara babi iaitu di Kampung Tumbuk, Sepang. Maknanya ladang di luar kawasan tu, kena pindah ke situ. Situ dah jadi “one stop”. Kan senang nak manage segala macam sisa. Tu ladang moden. Segala benda buangan akan di recycle. Jadi takder bahan buangan keluar dari ladang tu dengan RM100 juta. Bila dah bagi tempat, senang urus, senang pantau, bagi lesen, tak payah susah susah nak halau tokeh tokeh babi ni suruh tutup ladang.
“Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk
biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman
makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut”. [sumber web SUARA KEADILAN]
Aku tak kata la RM100 juta ni boleh selesaikan masalah. Aku tak der share pon dengan tokeh babi tu. At least cara ni kita nampak cara mana kita boleh usaha selesaikan masalah. Bukan biar atau tambah masalah. Kita nak selesaikan masalah pencemaran yang sedia ada. Bukan nak memegakan bela babi. Dah memang sedia banyak macam yg aku ckp tadi. Dan bukanlah kerajaan Selangor tu nak membanyakkan lagi. Tak reti bahasa ker?

0 komplen