img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

PRU 12 ver 1.0

digoreng oleh Shima Batu | Monday, February 25, 2008 | | 1 komplen »

naper aku lama tak tulis blog...

1. pilihanraya yg semakin dekat
2. streamyx problem..hampir sajer aku bakau pc ni
3. agak risau pasal icam (aku akn citer dlm post yg lain)
k..memula citer pasal pilihan raya. umum dah taukan? PRU ke-12 akan diadakan pada 8 Mac (Sabtu), penamaan calon 24 Februari ni. Macam macam dah berlaku dalam politik Malaysia. Semua benda boleh dipolitikkan.
Dari kes video, kes skodeng, kes petrol, negara kebajikan, tol, yuran sekolah, ptptn, ayam pun kena, kes buka baju pun boleh jugak kot.
Aku nak bg pandangan ler mengenai isu isu politik ni. Ramai yang suka bercakap tak refer fakta. Bodoh la namanyer tu. Dah diberi fakta pon masih tak paham..bangang la namanyer. Aku yakin kawan kawan aku bijak bijak belaka.
Isu harga petrol...yang pastinyer, blom pernah turun. Ada yang kata, mahal pun mahal ler, nasib baik ada. Memang ader, tapi azab ler nk menanggung. Cuba korang baca aper yang aku baca kat http://www.apadmedia.com/blog/?p=155 Nilai ler sendiri, sama da korang nk percaya atau tidak.
Aku try bagi analogi yang mudah ler kalau korang tak nak paham. Ibarat kan sorang bapa tanam jagung, anak dia kenyak ker tak makan jagung? Mesti ler kenyang kan. Dengan anak sendiri pon takkan nk hentam bayar. Betol tak? Takder la aku nk kata nk petrol free. Tapi pikir sendiri la. Kalau harga petrol dunia naik, harga petrol yg kita eksport tak naik ker? Nak pula petrol kita antara yg paling berkualiti kat dunia.
Satu lagi kes, heboh nk merawat kelantan. Aku ni bukan orang kelantan. Sedara pon xder kat kelantan tu. Tapi bila org tak kelantan sibuk hal kelantan, aku pun nak turut sibuk jugak ler. Aper yang nk dirawatnyer kelantan tu. Kebanyakan orang kelantan yang aku dah tanya..siap survey beb..semua kata tak der masalah. mereka selesa kat sana. mungkin orang luar nampak diorang susah. tp tak pula diorang rasa mcm tu. Ader la sorang ni blasah balik aku "memang patut rawat pon...kadar HIV kelantan kan paling tinggi"...eh Halo.....cakap jgn ikut sedap. Mana dapat fakta nih? Bukak ler website malaysian aids council, tengok kat HIV/AIDS statistic in MALAYSIA...by state in MALAYSIA...atau donlod sendiri kat sini.
Aper lagi tak puas hati? Kelantan negeri miskin. Yer ker? Cuba tengok PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN dalam RANCANGAN MALAYSIA KE-9 (2006-2010)...MUKA SURAT 348...BAB 16. Atau tengok sendiri web ni (sila klik)
Aku bkn nak cari gaduh dgn korang yg lain pahaman politik dgn aku ni, aku cuma tak nak korang cakap ikut suker. Jgn bagi fakta yang auta. Jangan main tibai jer. Kalau dapat satu satu information tu, jgn senang sgt percaya. Tengok saper yang bercakap, tengok mana sumber...cari sendiri..study betol ker tak fakta yg korang dapat tu. aku tau tak semua ada masa utk buat benda ni semua, tapi dah tau xder masa, jgn ler gatal tangan tu nk sebarkan pada orang lain sedangkan kau sendiri tak tau benda tu betol ker tak.
Ni ajer la bebelan aku buat masa ni. Aku nk ucap selamat berjuang buat rakan-rakan yg berjuang di PRU ni..lebih lebih lagi bro Sam (Shamsul Iskandar Mohd. Akin) yg akn bertanding PARLIMEN DUNGUN. Jauh sangat tuh..tak dapek nak nolong. Skali ke DUNGUN plak perginyer. Tak kesah la mana-mana pon bro.
Mari kiter keluar ngundi ramai ramai. Ni pilihan raya umum yer. Tak bule undi pakai SMS.
Wasalam......

1 komplen

  1. mawar aziz // 4:58 PM

    Untuk Shima, Thank You for the info........ akan ku pikir akan kebenarnya yang kau cuba sampaikan di sini.. k