img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

DIBERHENTIKAN DARI UPSI

digoreng oleh Shima Batu | Monday, February 25, 2008 | | 0 komplen »

Okey...ni nk citer pasal icam plak. last week hari senin, tetiba sampai surat dari UPSI. Tajuk surat tu "DIBERHENTIKAN DARI UNIVERSITI".
Yang dapat surat tu kat umah masa tu ialah abah aku (FYI..abah aku baru disahkan oleh doktor bln lepas ada masalah jantung).

Terkejut satu umah. Mak call aku bg tau. Aku pun glabah samer masa kt opis tu. Mak bacakan surat tu. Camni lebih kurang maksud ayat dia:
DIDAPATI TIDAK MENDAFTAR DI UNIVERSITI SEJAK SEMESTER BERMULA..bla...bla...bla...JUSTERU DIKENAKAN TINDAKAN IKUT PERATURAN AKADEMIK SEPERTI BERIKUT:
"Pelajar yang tidak mendaftar dalam tempoh empat (4) minggu selepas semester bermula tanpa memberi sebab secara bertulis kepada Dekan Fakulti berkenaan akan digugurkan statusnya sebagai pelajar universiti dan diberhentikan dari universiti".
Aku terus call Icam tanya aper masalah. Dia kata takder masalah pon. Surat tu bertarikh 12 Feb 2008. Dia pergi kelas macam biasa hari hari. Memang dia ada tak pergi kelas 2 ke 3 hari dalam sem ni. Dia balik Melaka buat medical check up (masalah jantung jugak...tp dah o.k..Alhamdulillah). Kebetulan Icam nak kena balik hari senin tu jugak ke melaka pasal sibuk uruskan projek bakti siswa luar kampus dia kat Durian Daun, Melaka.
Malam tu Icam bertolak dari Tg Malim ke Melaka. Sampai dalam kul 3 pagi. Aku dah tido masa tu. Esok pagi sblom gi kijer dia ckp, yuran dia tolak PTPTN online tak tau macam mana bule tak clear lagi dalam sistem UPSI. So disebabkan tu...UPSI anggap dia TIDAK BERDAFTAR. Aku tanya, fakulti tak der inform aper aper ker? Dia ckp tak der. Aku terpikir jugak, masa aku blajau dulu...yg aku tau, dpt jer PTPTN...tu kira balance lepas tolak yuran. Jadi aku pedulik aper dia clear tak clear dlm sistem. Yang pastinyer memang tak der plak aku kena buang U. Samer la jgk dgn Icam. Dia dapat PTPTN pon balance lepas tolak yuran. Kat umah aku memang kecoh la. Abah aku o.k la bila tau yg bkn salah Icam. Mak dah mengamuk sakan. Kalau dekat dah lama dia naik pejabat fakulti tu. Korang cuba pikir ek, kalau nak benti sekolah pon mcm macam warning dulu kuar. Hantar surat, hantar memo, gantung sekolah, jumpa mak bapak, cari kat rumah...sampai dah tak der jalan baru buang sekolah. Ni universiti, senang senang jer kuar sekeping surat kata diberhentikan. Masuk akal ker tak? Kalau tak masuk akal pon memang dah terjadi ni ha.
Hari Selasa, lepas setal urusan kat Melaka, Icam balik Tg Malim semula. Esoknyer (Rabu), Icam gi pjbt fakulti ke pendaftar aku pun tak perasan. Tapi yg pasti, dia tak dapat jumpa penolong pendaftar dia hari tu. Cuma dapat jumpa kerani jer (aku cuma agak jwtn dia kerani...lantak la dia jawatan aper pon). Icam argue la, apasal tak sampai keluarkan surat macam tu. Kalau yer pon nk bentikan sgt, apasal tak call dia, bagi surat amaran ker aper ker. Kerani tu ckp "eh sy dah call...awak tak angkat". Icam menjawab dgn gagah "memang ada satu miscall masa sy dlm class. takkan nk jawab. kenapa tak call balik?" Kerani pulak menjawab dengan konpiden "saya dah call balik la byk kali". Icam membalas dengan kerek "mana ada byk kali. Saya boleh print history call bg awak tengok amacam?". Terus kerani tu senyap. Aku tak tau plak DIGI boleh print history call. Kalau Maxis aku tau memang boleh, tp call kuar la. Mungkin taktik jer kot dak Icam ni. Tak kesah la...memang orang tu takder call byk kali pon. Pastu kerani tu suruh Icam datang besok.
Esok nyer hari Khamis, still tak dapat jumpa Pen Pendaftar. Dia free time Icam ada class. Jumaat baru dapat jumpa. Pjbt Pendaftar kata fakulti dah inform Icam. Icam cakap takder. Pjbt fakulti plak kata Pjbt Pendaftar yg patut inform..entah macam mana la diorang ni main tolak tolak pulak. Tapi last last benda tu boleh setal key in dlm system online tak sampai 10 minit. Selesai masalah.
Lepas setal Icam call mak. Pastu mak call Fakulti. Korang rasa mak aku nk cakap aper? Ni lebih kurang dialog diorang dlm phone.
Org Fakulti: Masalah ni dah selesai
Emak: Memang dah selesai. Tapi apasal awak hantar surat berhenti tu tanpa apa apa memo, amaran, call atau aper aper pun utk bg tau. Sekarang dah canggih, semua benda dah mudah. (..betol la tu, nk minta U isi borang berhelai helai dgn macam macam maklumat. No tipon mak bapak, alamat umah, email adik bradik...semua nk minta...malas betol la diorang ni)
Org Fakulti: Kalau puan nk cakap pasal ni, jgn ckp dgn saya la. Ni kena ckp dgn org sepatutnyer.
Emak: eh saya pedulik aper. Sy tak nak tau tu. Saya ni tak masuk universiti. Sy tak tau apa2 pasal pentadbiran univesti ni. Yang saya tau, sekarang sy tengah call fakulti universiti tempat anak saya belajau. Bapak syamsul ni dah ler ada masalah jantung. Awak buat semua orang terkejut. Nk buang sekolah pon byk prosedur. Takkan universiti boleh macam ni senang? Awak kata dia tak mendaftar, kenapa tak check kat kelas...dia dtg kelas ke tak?
Org fakulti: Eh takkan saya pulak nk kena pergi kelas dia nk check.
Emak: Dah memang tu kijer awak. Apasal tak nak buat...(nk ikut kan memang mudah sgt. Tengok jer la jaudal kuliah...kan tu semua ada dalam sistem. Masuk jer no matrik bule tau...waktu tu kelas aper..kelas aper..saper lecturer. tak payah la pergi bilik kuliah. Call jer lecturer tanya nama student ni ada tak dtg kelas...ada tak dlm attendance...lagi skali malas)
Emak lagi: Awak ni kerani universiti tau...bukan kerani pejabat pos (statement ni bkn nk mngutuk kerani pjbt pos....tp skadar nk menggambarkan bidang tugasnyer)
Aku ni mungkin tak paham prosedur atau bidang tugas diorang ni. Tapi aper yg aku tau...hal ni memang tak sepatutnyer berlaku. Ini bkn prosedur sepatutnyer. Dah kuar surat benti tu, dak Icam boleh kuar masuk kelas plak tu hari hari. Tu yang heran tu. Agak kalau ler surat tu tak sampai kat umah. Tercicir ke mana mana, sampai hujung sem ler dak Icam duduk situ. Bkn aku tak nak paham tugas diorang, tapi diorang tu berkhidmat utk kita..jadi kena paham ler situasi kiter. Jangan main hentam jer. Kerja tu tanggung jawab...bukannyer kuasa.

0 komplen