img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

PRU 12 ver 2.0

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, February 26, 2008 | | 0 komplen »

Kali ni nak kongsi criter pasal penamaan calon 24 Feb lepas. Aku mengundi di Merlimau (N27) sama macam PRU yg lepas. Kali ni aku berpeluang pergi untuk penamaan calon. Utk Jasin, dibuat di Politeknik Merlimau. Lebih kurang kul 8.10 pagi aku dah sampai situ. Tapi aku terpaksa rushing balik dalam kul 8.35am pasal ada dokumen yg tertinggal kat rumah. Aku ader kat Poli tu balik dalam kul 9.05 minit (kancil aku bule terbang beb).

Masa ni, calon semua dah masuk dalam dewan penamaan calon tu. Penyokong dihimpunkan atas padang politeknik tu. Di sebabkan berbukit dan padang tak rata (ni memang biasa..."padang memang selalu tak rata"...tapi memang kena berlawan jugak la kan?) pengokong BN diletakkan belah bawah bukit mengadap matahari naik. Manakala penyokong BA (PKR & PAS) dan DAP atas bukit membelakangkan matahari.
Alhamdulillah..tak ler panas sgt walaupon kami xder payung free. Tapi agak jauh la dari dewan penamaan calon tu. Aper nk kata..memang slalu pon camni. Maklumler...."padang tak rata". Lama menunggu, perut makin lapau. Aku, abah & emak gi makan kat luar poli tu. Burger free memang tak der. Penyokong BA & DAP pun tak seramai mana. Kita memang sedia paham keadaannyer. Bukan semua ader kenderaan sendiri untuk keluar. Lain ler kalau ada orang jemput..siap bg makan. Barangkali boleh ramai.
Lebih kurang satu jam, kita masuk balik dalam poli. Masa tu dah dekat kul 10.00 pagi. Tepat jam 10, penamaan calon ditutup. Pastu semua wakil calon dipanggil masuk utk semak maklumat calon dan boleh buat bantahan dalam tempoh sejam. Kita terus tunggu di atas padang. Lebih kurang lagi 30 minit tempoh bantahan, keadaan kat atas padang makin panas. Panas dengan sorakan dua dua pihak. Angota Polis yg (bergerak...melawani musuh negara...) pada mula nyer dok rileks kat tempat redup, mula ke tengah padang. Bagus diorang, cekap. Aku suker polis polis situ. Hensem hensem semuanyer.
Mula mula main lawan lawan cakap...pastu main lawan lawan nyanyi pulak. Aku rasa macam ader kat padang sekolah masa hari sokan dulu. Yang belah sana nyanyi lagu "INILAH...BARISAN KITA, YANG IKHLAS BERJUANG....". Yang blah sini nyanyi lagu "SALLAHU 'ALA MUHAMMAD, SALLAHU ALAYHI WA SALLAM, SALLAHU 'ALA MUHAMMAD, SALLAHU ALAYHI WA SALLAM....."
Lepas tu salah sorang dari pada yg ada di belah sini menjadi ketua membaca doa. Semua yg ada di belah sini mengangkat tangan mengaminkan doa. Yang cina & india turut diam (mungkin berdoa dgn cara mereka). Kedudukan aku jauh dari pembaca doa tu. Jadi terpaksa teliti betul betul aper ayat yg disebut. Dalam pada tengah memberi tumpuan pada ayat ayat doa yg dibaca tu (tak berapa dengar sebab jauh), aku dengar satu suara sumbang dari belah sana "AMIN..AMIN...Calon korang nama AMIN ker?" diikuti dengan beberapa suara ketawa (suara ni cukup jelas dan terang).
Lebih kurang 10.50 (lagi 10 minit sesi bantahan ditutup), macam macam spekulasi yg kami dari luar dewan ni dapat mengenai orang yg didalam dewan tu. Ada 3 bantahan dibuat oleh parti pembangkang termasuk utk kerusi Parlimen. Kita tak tau aper yg dibantah masa tu. Tapi memang kalau bantahan diterima, menang tanpa bertanding la jawabnyer Parlimen Jasin tu. Tapi..memang bkn senang.....bukan senang....bukan senang. Lama jugak ler bersoal jawab dengau kabau nyer. Panas pungkuk jugak ler diorang tu. Aku malas nk citer panjang lebar kat blog ni.
Sementara yg kat luar dewan ni, penyokong belah sini yang lelaki amik wuduk dgn air mineral yang ada...bentang bendera...buat sejadah...solat hajat ramai ramai. Selesai solat, SPR pun buat announcement senarai nama calon yang bertanding dan mengumumkan kesemua 3 bantahan yang dibuat telah ditolak. Kalau nk bantah gak lagi..pergi ler mahkamah.
Begitu ler kesahnyer. Aku balik sampai umah lebih kurang kul 12.35pm. Pekan Merlimau agak sesak jugak ler. Sana sini org dah mula pasang bendera. Mcm biasa la, bendera BN memang banyak. Sampai gelap bijik mata. Bendera PAS, PKR pun ader jugak wpun tak sebanyak BN tp tu dah cukup utk menyerikan keadaan. Mungkin ader yang anggap citer aku ni bias. Tak kesah la, memang ni yg aku alami.
Tak kira aper pun yang korang nk pangkah (BN, PKR, PAS, DAP, BEBAS dll), ingat ler satu benda..jgn terlalu taksub, jgn kau terlalu yakin dgn pemimpin kau, jgn terlalu yakin dengan kuasa pemimpin kau tu...Ingat ALLAH. Rezki ditangan ALLAH...bkn ditangan makhluk. Jangan ler bimbang tak makan sebab pemerintah. Jangan takut kepada yang lain selain dari DIA.
p/s: Mohon maaf jika ada kesilapan...Harap sudi membetulkan. Terima kasih.

0 komplen