img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Dayah: 2nd Novel

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, February 12, 2008 | , | 2 komplen »


Novel baru Dayah dah kuar. Tajuknyer CINTA TIADA LAGI. Wah...tragisnyer tajuk. Aku blom beli. Blom sempat beli. Tapi akan beli InsyaALLAH. Harga tak mahal beb, RM18.90 jer. Sinopsis dia camni, Iman Sofea (heroin la konon) frust bercinta…first love la tu. Dia ni seorang penulis majalah. Nama balak yg dia frust tu Ashraf Danial (gempak siot nama). Pasal aper diorang berpisah…biasalah kerana kemunculan makhluk makhluk asing (orang ketiga, keempat dan mungkin kelima). Pastu Iman Sofea ni bcinta pulak dgn Nazril Kamarul, tp mamat ni balik pulak kat tunang dia nama Azureen. Alah..panjang lagi la. Korang baca la sendiri. Ah, yang kat bawah ni synopsis yg Dayah tulis sendiri. Layan!!!!!
Iman Sofea yang mengalami kegagalan dalam cinta pertama terus mengharungi perjalanan sebagai penulis majalah. Ashraf danial, cinta pertamanya terus lenyap bila keluarga Ashraf mahu memisahkan Ashraf Danial dari Iman Sofea. cinta pertamanya juga digugat dengan kehadiran Adura dan Sabrina yang cuba mencuri hati Ashraf Danial. Lantas dia cuba mencuri sekeping hati Nazril Kamarul namun dia tewas juga bila Nazril kembali kepada tunangnya, Azureen. Iman Sofea yang kecewa terus meneruskan pengajian. Selepas Ashraf Danial hilang dan Nazril pergi dari hidupnya, dia terus meniti perjalan hidup sebagai penulis majalah sehingga dia ditabal menjadi Editor majalah GAYA. dia terus membuang cinta jauh - jauh lantara kesedihan dan penderitaan akibat bahana cinta pertama. Tiada di duga seseorang telah mengatur pertemuan dia dengan Jeffry Iskandar, seorang lelaki yang sentiasa gagal mencari cinta sejati. pandangan pertama dia terhadap Iman Sofea telah membuka hatinya untuk menerima seorang permaisuri hidup. persahabatan tercipta lantara keserasian. namun Nazril cuba untuk mendapatkan Iman Sofea bila Azureen berpaling tadah. Jeffry Iskandar pula cuba digoda oleh Azureen. namun persahabatan yang terbina itu hampir menjadi tugu cinta namun dilanggar badai bila jefrry Iskandar dan Azureen di tangkap khalwat. Nazril cuba mengubat kekecewaan Iman Sofea tetapi gadis itu melarikan diri di Cameron Highland. di situ segala - galanya beruba bila dia bertemu kembali Ashraf Danial. namun jeffry Iskandar tetap menanti kepulangan Iman Sofea. cintanya pada Iman Sofea tidak pernah rapuh. dia menanti dan terus menanti meskipun di sisinya ada Azureen.
Gitu la kesahnyer. Novel ni terbitan Nylea Publishing. Kalau korang nk komen, komen terus pada Dayah, jangan komen kat aku. Tapi bg la komen membina skit. Dayah ni baru nk menapak dalam menulis ni. Budak hingusan baru nk balajau. Jadi sesame la kita menyaport dia.
Dayah….Kambate!!!!

2 komplen

  1. who i am? // 11:11 AM

    huhu..

    harus kucari novel ini...

    cube ko tnykan kt dayah..

    die x nak ke wat novel cite ala2 CSI ke,Dr House ke...yg ala2 misterious findings gitukkk !

    :D

  2. Shima Batu // 11:32 AM

    xder...pasal dia pun penakut cam aku.
    Tapi aper kata kalau kita yang buat citer camtu. Kita buat watak kau jadi hantu kong kong. Dayah jadi perempuan yang kena sampuk. Aku jadi ahli sihir yang baik.
    Pastu kita filemkan.

    "FILEM KITA, WAJAH KITA"