img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Ku Sangkakan Ular Lidi

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, January 02, 2008 | | 2 komplen »

Satu lagi aku nak criter pasal kejadian hari senin lepas. Pagi tu dalam kul 4.00 aku terjaga dari tidor pasal sakit perut. Ingat tak mau pegi kijer. Tp teringat ada satu proposal aku kena email kat customer pagi tu jugak. So aku pon sekoyong koyongnyer berangkat ler ke opis dlm kul 8pg. Aku kat opis tak lama la. Dalam setengah jam pastu aku balik la.

(Perenggan ini menjawab soalan ramai mengenai kenapa aku tak datang kijer hari senin hari tu).
Sampai umah dalam kul 9pagi, aku terus masuk balik dalam selimut. Ingat nk sambung tido la sampai perut aku ni lega. Baru dapat sepicing dua aku tido,tetiba aku dengar mak aku panggil aku & icam. Mak cakap ada ular kat tepi umah. Bila dengar tu, aper lagi, beteromba la aku ngan Icam terjun katil. Lupa terus sakit aku.
Aku dgn icam dengan yang kononnyer brani nak gi tengok ular tu. Tengok, ular tu sembunyi kat blakang kotak tepi umah ni. Cuma nampak muncung dia jer. Tak boleh nk agak berapa besar dan berapa panjang ulat tu. Eh ulat pulak, ULAU la. Tapi yang pasti, ular tu warna HITAM. Aku pikir, mungkin ular lidi tak pon anak ular la baru nk nak blajar belingkau. Aku dok kat tepi kotak tu dengan Icam. Ni antara dialong kitorang yang diubah suai utk menyedapkan pembacaan.
Aku apa kita nk buat dgn ulau ni Cam?
Icam kita bunuh jer
Aku eh tak kejam ker. Ular ni bukan besau nau pon. Kita halau jer la.
Icam Kau nak halau macam mana. Kalau ular ni lari masuk rumah, macam mana? Kalau ular ni lari masuk rumah terus naik atas katil kau tak per jugak.
Emak bunuh ajer la. nanti kalau halau, dia pergi tempat lain, dah besar dia datang rumah ni lagi.
Aku nk bunuh macam mana? ular ni menyorok tak mau keluar.
Emak nanti mak pergi masak air. kita simbah dengan air panas
Icam okey, pastu kita tebas kepala dia dengan cangkul
Aku ishk..seksanya ular tu nak mati. lagipon ader kesan ker simbah dengan air panas. kulit ulau tu bukan tebal ker?
Icam habis kau ada idea lain ker?
Aku xder...
Pastu air pon masak. Mak bagi air tu kat Icam. Tapi aku dgn icam tak habis pikir lagi. Icam cuba contact kawan dia. Minta tolong. Sebab xder saper kat umah. Nak harap aku dgn mak, memang tak boleh harap la. Abah plak kijer. Tapi kawan Icam pon sam tak boleh harap. Lepas lama lama pikir. Aku cakap, kau simbah jer la dgn air tu Cam. Kalau ular tu lari, biar la. Panjang ler lagi nyawa dia, tapi kalau boleh bunuh kita bunuh. Icam pun menurut perintah.
Memula dia simbah sikit jer. Takder respon. Pastu simbah lagi, ular tu kuar kan kepala dia. Aku dah stanby berdiri atas tembok tepi rumah. Masuk kali ketiga kena simbah, ular tu pon keluar dari tempat persembunyian dengan pantasnyer. Sedar sedar ular tu dah ada depan Icam. Dan yang paling buat aku terkejut, dia boleh berdiri dan kembangkan sikit kepala dia. Mamang panik siot. Tapi korang takat baca tulisan aku ni memang la tak panik. Terus aku jerit,
ULAR TEDONG...ICAM.......LARI SELAMATKAN DIRI. Ular tu tak besar, tapi panjang. Icam boleh lawan plak dgn cangkul. Ular tu cuba masuk balik tempat dia sembunyi sebab tak tau nak pergi mana. Konon macam malas nak cari gaduh la dgn Icam. Skali lagi dia berdiri naikkan kepala dia. Aku rasa ada dalam satu meter jugak la. Kali ni aku jerit lagi kuat pasal Icam ni macam nak lawan dengan ular tu. OIT LARI LA BODOH. KAU NAK MATI KER. ULAR BISA TU. SENGAL LA KAU NI..LARI LA... Icam berundur keblakang. Ular tu masuk balik kat tempat dia sembunyi. Aku rasa Icam dan ular tu berundur pasal dengar aku jerit macam petir. Aku dah takut giler masa tu.
Aku tak tau mak kat mana masa tu. Tp yg pasti, mak memang tak nampak masa ular tu berdiri. Aku rasa kalau mak nampak, sure pengsan. Icam boleh kata dia geram tengok ular tu melawan. Bengong. Aku geram tengok dia degil tu dia tak tau. Tak pasal pasal dia kena BODOH dgn aku hari tu. Aku cuak beb. Kalau ler ular tu sempat patuk, memang selamat la. Kalau tak silap aku, tu ular mura. Bukan ular tedong. Ni spesis boleh terbang patuk muka orang. Tak kesah la ular aper pon, yg pasti, ni jenis berbisa.
Lepas ular tu nyorok balik, terus aku suruh mak tipon bomba. Bomba nak datang punyalah lama. Dekat sejam jugak la. Skali bomba datang bwk jentera berat. Gempang sekampung. Aku ingat dtg dengan van. 3 orang brother bomba tu, belawan silat dengan ular tu. Akhirnya ular tu mati di tangan mereka yg bergelar bomba. Pecah kepala ular HITAM tu dikerjakan bomba.
Tamat la riwayat seekor ular. Petang tu, aku dgn Icam criter la kat angah pasal ular tu. Angah kan amik Zoology dulu kat U. Nak tau aper dia cakap. GILER KER NAK BUNUH ULAR TU SENDIRI. ULAR TU BERBISA LA. Hahaha...mana kitorang tau. Ingat ular lidi.
Tapi tak per la, yang penting semua orang selamat. Satu pengajaran dari kisah ni, TAK SANGKA KAMI ADIK BERADIK SALING SAYANG MENYAYANG. Hahaha (18 kali)..geli la statement ni

2 komplen

  1. fealize_eleanoer // 9:57 AM

    ermm...nak panggil steve irwin ..die pon da mati kena sengat ikan pari...patutnye ko kena panggil Bindi d jungle gal tu..anak steve tu lah... heheh !..

    p/s --> aku yg baca cite ko ni pon cuak siot..kalo aku la...blom sempat nak lari dah dok melatah depan ular tu... hahaha18x...

  2. budak gumok // 10:15 AM

    kau kalau melatah...kau rasa ular tu melatah jgk tak?

    kira orait la tu buleh melatah lagi. aku rasa ulau pon takut tengok kau melatah. lagi bagus kalau kau melatah buleh tebas kepala ulau tu skali.. :D