img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Buat KAWAN yang telah meletakkan title "BEKAS SAHABAT BAIK" kepada aku dalam blognya. Don’t know if she concert about it or not.

KAWANKU,

BULAN 6 NI GENAP 10 TAHUN KITA BERKAWAN. DALAM TEMPOH 10 TAHUN NI, BANYAK BENDA DAH KITA LALUI DENGAN KAWAN-KAWAN YANG LAIN. LEPAS SORANG SORANG KITA TENGOK KAWEN DAN BERANAK. SEMUA DAH BEKERJA ENTAH KE MANA. BERJUMPA CUMA SETAHUN SKALI MUNGKIN. ADA YANG DAH 8 TAHUN KITA TAK JUMPA. ALHAMDULILLAH, SEBAB AKU MASIH DIHUBUNGI DAN MAMPU UNTUK MENGHUBUNGI KAWAN-KAWAN YANG LAIN. KITA ADA SEJARAH KITA. TAPI BILA BERJUMPA, SEJARAH TAKKAN DIULANG, CERITA DULU AKAN JADI BAHAN KETAWA KITA HARI NI. SEMUA YANG PAHIT DULU JADI MANIS BILA INGAT. NO HURT FEELING. WE FORGIVE BUT NOT FORGET EACH OTHER. AMBIL CONTOH INTAN. BETAPA JAHATNYA KITA SEMUA DALAM KELAS MENYAKAT DIA. TAPI HARI NI BILA BERJUMPA, KAU TENGOK KITA ADA BERGADUH KER? INI TANDANYA KITA DAH DEWASA. SEMAKIN MATANG MENGHARGAI KAWAN. KITA JARANG JUMPA SUKRI, HUZIR, MARIATI, DAK YAN, DAK ATOK, DAK CHOLL, FAKAR DLL, TAPI SESEKALI BILA BERJUMPA, IT JUST LIKE WE SEE EACH OTHER EVERY DAY. THERE IS NO GAP BETWEEN US. KITA BERKONGSI CERITA SEDIH KETAWA TANPA ADA BORDER. TAK PERNAH TERPUTUS KAWAN. AKU TAK PERNAH LAGI TENGOK ADA KAWAN YANG LARI BILA NAMPAK KAWAN YANG LAIN. TAK KIRA LA APER PON KEADAAN DIORANG. DAH JANDA KER, KAWEN TANGKAP BASAH KER, MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH KER, KAWEN LAKI ORANG KER, ADA SCANDAL DENGAN POMPUAN LAIN KER, ANAK DARA TUA KER, YANG KAWEN DENGAN GIRLFRIEND KAWAN SENDIRI KER, LELAKI, DAN BERMACAM-MACAM LAGI KEADAAN BAIK ATAU BURUK, PEREMPUAN ATAU PONDAN, KERJA GAJI EMPAT RIBU ATAU TAK KERJA LANGSUNG, SEMUA NYA GEMBIRA BILA BERJUMPA. TAK PERNAH NAK LARI SOROKKAN MUKA.


JADI… KENAPA ALASAN BODOH KAU GUNA UNTUK PUTUS KAWAN?


MEMANG KAU DAH MINTA MAAF. AKU DAH MEMAAFKAN KAU. TAPI, BUKAN MUDAH NAK LUPA SEMUA BENDA YANG KAU DAH LEMPAR KAT MUKA AKU. BILA KAU MARAH, TAK SAMPAI 24 JAM KAU HENTAM AKU KAT BLOG. BILA KAU MINTA MAAF, TAK DER PULAK KAU TARIK BALIK ATAU TULIS YANG KAU BERSALAH DAN MINTA MAAF PADA AKU DAN YANG LAIN KAT BLOG. MACAM NI KER CARA KAU JAGA HATI KAWAN? RENDAH NYER KAU MENILAIKAN PERSAHABATAN KAU.


AKU BUKAN NAK PUTUS KAWAN, CUMA AKU MINTA, JANGAN DESAK AKU UNTUK JADI MACAM DULU LAGI. AKU TETAP AKAN CALL KAU BILA AKU NAK DAN TANYA KABAR MACAM AKU BUAT KAT ORANG LAIN. AKU AKAN TETAP SMS APA INFO PASAL KENGKAWAN PADA KAU, SAMA MACAM AKU BUAT KAT KENGKAWAN YANG LAIN.


:: KAU TETAP KAWAN AKU. TAK ADA BEZA KAU DENGAN YANG LAIN, CUMA TAK ADER LEBIH UNTUK KAU BERBANDING YANG LAIN. ITU SAHAJA. HARAP KAU FAHAM::

:: KAU TETAP KAWAN AKU. TAK ADA BEZA KAU DENGAN YANG LAIN, CUMA TAK ADER LEBIH UNTUK KAU BERBANDING YANG LAIN. ITU SAHAJA. HARAP KAU FAHAM::


:: KAU TETAP KAWAN AKU. TAK ADA BEZA KAU DENGAN YANG LAIN, CUMA TAK ADER LEBIH UNTUK KAU BERBANDING YANG LAIN. ITU SAHAJA. HARAP KAU FAHAM::

:: KAU TETAP KAWAN AKU. TAK ADA BEZA KAU DENGAN YANG LAIN, CUMA TAK ADER LEBIH UNTUK KAU BERBANDING YANG LAIN. ITU SAHAJA. HARAP KAU FAHAM::


Sekarang ni, aku memang tengah KECEWA dengan sikap kawan aku yang sorang ni. TERSANGAT KECEWA.

Untuk pengetahuan, aku dah simpan post ni dah dekat 2 bulan. Cuma sekarang aku publish. Sebab memberi ruang dan peluang.

11 komplen

  1. NahDaTuLIzaH // 2:00 PM

    Em...stuju je...
    Pada aku kawan yang baik is no boundries apply.
    Kawan yang baik is kawan yang leh terima ape saje, xkesah la baik, yang buruk, yang besau, yang kecik and ape2 je la..
    Aku pon penah gak kecik ati dengan kawan-kawan...tapi pastu ok je..**x amik pot pon sebenarnye**
    So Yus, biarkan die dengan labu-labuye...(betul ke ni???)

  2. Shima Batu // 2:05 PM

    aku memang biar... dan ini kemuncaknya.

    kau pernah tengok aku emosi sampai camni skali ker bila tulis blog??

  3. NahDaTuLIzaH // 5:10 PM

    Btl la...
    Tgk ko tulis pon gune TULISAN BESAR, rasenye kalo die x paham confirm mmg x paham bahase...huhuhu...

  4. Shima Batu // 5:14 PM

    tau tak per :D

    jemput aku ptg ni. jgn tingalkan aku...

    nanti aku belanja MekDi

  5. fealize_eleanoer // 9:03 AM

    errr...

    aku tertggl kapalterbang ni...

    ape cite ni wehhh??

    marah benor nih??

    adoiii!

  6. Shima Batu // 11:58 AM

    lepas geram jer nih. tak der kena mengena dgn kau. kau pon xkenal orgnyer....

  7. NahDaTuLIzaH // 12:51 PM

    huhuhu...Nick, ko slh naik kapal terbang ler...
    Tapi ape-ape hal pon semlm da dpt mkn MekDi..bess.......huhuhu

  8. mawar // 11:37 AM

    Allo shima.....

    ala.. rilex lah.. ramai lagi kawan lain yang tau menghargai erti persahabatan ko tue..

    prinsip aku senang jer.. dalam berkawan, bila dia lupa aku, aku lupe dia.. tu jer.. dah namanya kawan.. macam tu lah.. kawan ni kan mmg ade banyak jenisnye..

    so.. sabar k.. ko tu pregnant.. jangan emosi sangat. take care beb!

  9. Shima Batu // 10:46 AM

    thanks mawar.

    sebenarnya, aku tak pedulik pon aku dihargai sebagai kawan atau tidak. selagi boleh aku akan ingat kawan wlaupon kawan tak ingat aku. sebab aku memang tak harap diri dihargai sebagai kawan. aku tak minta org utk jadi kawan baik aku.

    aku juga tak minta kawan untuk penghargaan, diingati selalu.. aku tak harap begitu.

    memang menyedihkan. kalau sedar diri tak boleh jadi kawan yang baik kepada seseorang, cukuplah jangan jadi kawan yang dibenci @ menjengkelkan.

    senang prinsip aku..
    "KALAU KAU TAK BOLEH JADI KAWAN YANG MENGGEMBIRAKAN TAKPER, TAPI JANGAN SEMAI FED-UP DALAM DIRI AKU"

  10. wie... // 3:13 PM

    hahaha.. rasa macam nak komen juga.Sebenarnye dah malas nak cakap sebab kalo pasal pershbtan ni rasanye dari kecik kite dah tau..jadi bile berlaku macam ni pd umur yang boleh dah masuk tahap gaban mmg susah nak diterima akal yg logik.. hargailah kawan yang dah bersama kite hampir seabad.itu tanda nye kite dah mencapai tahap matang bagi mrka yang nak berfikir secara positif,inovatif ,kreatif dan apa2 le yg ada tif sewaktu dgn nye. Kenapa suka nak buruk sangka kat org..apa2 pun soalannye setelah apa yg berlaku bahagia ke? seronok ke dapat marah kwn2? so selalu lah gunakan akal bukan emosi dalam menilai... tapi perkara ni berlaku ada hikmahnye...aku rasa kite dah mula merasai hikmahnye..betul tak mah?apapun pengajaran buat kite dlm berkwan dan buat kite lebih menyayangi antra satu dgn yg lain..

  11. Shima Batu // 4:10 PM

    hahahah...

    wie kau gembira sgt kenaper? kau tak rasa ker aku tuju surat ni utk kau..hehehe.

    Acah jer la...

    Lantak ler.. malas nk respon.. mental di buat nyer.. betol tak???