img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

PALESTINE

digoreng oleh Shima Batu | Friday, January 09, 2009 | | 4 komplen »


Dalam minggu ni, penuh mail box & SMS minta boikot Israel dan sekutunya. Korang pikir macam mana? Sesungguhnya; aku pon memang nak maki Amerika, Israel & Yahudi ni.


Tapi, PC aku dok menaip blog ni pon pakai Window XP, henpon Nokia, paling suka mentekedarah (makan) barang Nestle (Cekelat Kit Kat, Maggi, Nescafe, Ice Cream Nestle Drumstick...argghhh banyak lagi ler). Tu blom lagi KFC, McD, Pizza, Coke. Tesco pon kena boikot jugak ker? Saper yang kerja kat Tesco kena benti kerja sekarang. Kalau tak, korang adalah penyokong kekejaman ke atas Palestin. Camtu ker? Ni contoh masej yang diterima,

"Adakah kita rela untuk menyumbangkan wang untuk musuh-musuh Islam? Adakah kita rela saudara seaqidah dengan kita dibedil dengan peluru-peluru akibat dari sumbangan kita?".

Ya ALLAH, duit aku beli Nescafe buat beli peluru serang Palestine ker?? Tolong lah...saper boleh tolong jawab nih....... Itu ajer ke jalan untuk menghentikan puak puak Zionis ni.

Apa tu Israel, Yahudi dan Zionis? Ikut pemahaman aku dari apa yang aku baca (kalau salah tolong betulkan). Yahudi itu adalah satu kaum yang memegang ideologi Zionis (tapi bukan semua Yahudi adalah Zionis). Zionis mahukan Palestine sebagai negara hanya untuk Yahudi sahaja. Israel pula adalah negara yang didiami oleh Yahudi Zionis.

Amerika pun terlibat ke dalam kekejaman Palestine ni?
Korang rasa, mampu ker Zionis bertindak seperti sekarang ni jika tak ada bantuan dari Amerika? Mesti lah tidak. Bantuan yang diterima dari Amerika bukan sikit sikit beb. Tengoh bawah ni. Aku amik dari website Ifamericansknew.Org


Jelas, kekuatan utama Zionis adalah bantuan dari Amerika. Amerika banyak duit beb. Mahu salahkan Amerika atau rakyat Amerika yang membayar cukai, atau nak salahkan pemimpin dan pembuat dasar yg telah dipilih. Kalau salahkan pemimpin, saper pulak yang pilih pemimpin tu? Jadinya, satu Amerika lah salah camni. Dari atas sampai bawah. Dengan rakyat Amerika sekali terlibat. Jadi boikot semua sekali. Termasuk Americans. Jangan kawan dengan orang Amerika, jangan kawen dengan orang Amerika. Macam tu ker?

Dah letih kita ni semua tunjuk bantahan, tak suka dengan kekejaman di Palestine. Dah berbuih mulut berdemonstrasi. Tapi semua ni blom mampu bagi kesan pada malaun malaun tu semua. Berdoa sepanjang malam, masih Allah belum bagi lagi apa yang kita minta (keamanan untuk Palastine).

Uzir: biar la Israel nak bunuh. tu pun tuhan yg suruh. satu masa, memang tuhan
sendiri akan musnahkan mereka. semua itu cerita arahan dia. nasiblah kita bawa
watak jahat ke baik.

Aku: memang diorang (israel) dikumpulkan di bumi palestine tu untuk dimusnahkan ker?


Uzir: tau tak pe. yang penting doa tetapkan hati supaya berdiri teguh atas nama islam sejati. amin.

Tak jadi Islam sejati tak boleh menang ke Islam di Palestine? Dah dinyatakan dalam Al-Quran,

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk)berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.” [Al-Israa' 17: 7]



Macam yang aku bualkan dengan Uzir, Yahudi di Palestin akan dimusnahkan. Umat Islam akan menang di sana. Janji ALLAH adalah benar. Tapi umat Islam kena masuk ke bumi Palestin kali ini, kena lah sama "gayanya" dengan kumpulan umat Islam yang masuk kali pertama ke bumi Palestin ni. Macam mana gayanya? Kena ikut cara Umar al-Khattab r.a dan rombongannya pada zaman tu. Masuk ke Palestine dengan jihad fi sabilillah. Penuh dengan megah Islam. Iman dan akhlak yang tinggi lagi terpuji. Kena mencontohi tentera Islam pada zaman Khalifah Umar al Khattab r.a. Semua benda, sifat, peribadi, iman kena sebaik baiknya. Barulah boleh menang di Palestin. Kalau tak... boleh ker kalau aku kata.. KORANG MIMPI JER LA NAK TENGOK ISLAM MENANG DI PALESTIN. Mimpi boleh jadi kenyataan kan?

Mati diletupkan musuh atau meletupkan diri untuk mematikan musuh? Mungkin ni yang selalu dipikir rakyat Palestine.

Aku sekadar memberi pandangan ikut dari apa yang aku baca. Kredit untuk SaifulIslam.Com. Banyak bagi penjelasan pada aku tentang hal dan isu ni. Korang plak? MIKIR LER SENDIRI.

Korang boleh rujuk sini untuk "Palestin : Lagi Usaha Kita & Doa Qunut Berbaris".



Bila disuruh boikot Israel dan sekutunya...MAMPU KER AKU?

Aku ambil dari SaifulIslam:

tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot. Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.

Sumber: http://saifulislam.com/?p=4447#more-4447


4 komplen

  1. Anonymous // 11:38 PM

    aku pun tak tau nak komen ape pasal isu ko yang nie..

    Yang pasti, kami kat pejabatpun sedang buat amal jariah, edarkan risalah berkaitan2 barang2 yang ade kait mengait ngan Yahudi celaka nie.. yang pompuan2 aku dah suruh simpan dalam handbag memasing logo2 yang bersekongkol ngan yahudi ni. So, kalau nak beli barang tue.. check le dulu, then pikir2kan lah......

    cuma tang NESCAFE tue shima.. aku pk 2-3 kali gak kalu x beli. Puas dah aku ganti ngan lain, kopi Cap kapal api, kopi Muar, kopi x ade cap pun aku dah beli.. tapi x bleh lah.. sehari x pekena Nescafe, tak tentu arah rasanye.. (ni dah kira ketagih gak nie)

    So, cam ne tu yek???.. EErrkkkkkk..

  2. Shima Batu // 9:41 AM

    xbule nk tolong. pasal aku pon penagih nescafe jugak.

    mcm aku..aku tak pernah kata nk boikot. aku tak cari barang amerika dan aku tak pulak sibuk nk pulaukan barang diorang. macam biasa jer. kalau ada pilihan lain bagus jugak la. kalau xder? kau membayar utk mendapatkan barang. bukan membayar utk membunuh islam palestin.

    ada yg berpendapat, selagi transaksi @ urusan jual beli tu masih menurut syarat jual beli islam, tak salah. zaman Rasulullah pon tak pernah di halang dari berurus niaga dengan orang yahudi ni.

    terdapat satu hadis Nabi SAW dalam urusan jual beli dengan Yahudi ni:
    "Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan dari seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda SAW".

    Aku pon keliru jugak yg benarnya. Sebab ada yg kata... kena tengok jugak yahudi dulu dan sekarang tak sama. yahudi dulu zaman Rasulullah adalah yahudi yg tinggal di madinah dan mengikat perjanjian dengan islam. tapi yahudi yg ada di palestin tu adalah yahudi yg membunuh org islam.
    jadi, tak relevan ker hadis tu utk situasi hari ni?

    moga ALLAH mudahkan jalan kita, tingkatkan iman kita semua. kita usaha utk tingkatkan iman kita.. hidup ni dah ada guideline nyer. yg lain serah pada ALLAH.

    wallahua'lam.

  3. Anonymous // 10:48 AM

    Yelah..

    Ade betol gak kata-kata kau tue.. Nawaitu dalam hati mesti betol kan..

  4. Ida Ra // 2:57 PM

    aku nak makan ayam kfc pun rasa bersalah tau