img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Muara Sungai Duyong

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, May 29, 2008 | , | 6 komplen »

Agak lama tak kuar beraruk dengan bebudak ni. Eh? lamer ker? Huda dapat transfer ngajau ke Kedah 31 ni. Dia pon sekoyong koyongnyer mengajak ler berjumpa. Memang lama betol aku tak jumpa dia. Sejak dia kawen. Skali jumpa, berat dia dah sama dengan berat aku. Tapi dia mengandung 7 bulan, aku????

Macam biasa selaku project manager, aku memikir mana nak pergi yerk? Sabtu Ahad dah sibuk nk pergi kijer kawen, hari kerja dah tentu sampai petang. Memandangkan semuanyer cikgu, cuma Dayah yang pembantu guru dan aku yang buruh kasar ni ajer yang bekerja, jadi aku cdgkan Ikan Bakar Muara Sungai Duyong. Lalu berhelai helai la lembaran SMS aku kirimkan buat mereka. Setelah kata perstujuan dicapai, maka sampai la pada hari yg dijanjikan iaitu 27 Mei bersamaan dengan hari Selasa.

Diaorang semua aku dah pernah bawak ke sini. Tapi malam la. Ni first time aku bawak petang. pasal sajer nk bagi diorang menikmati panorama matahari terbenam kat muara sungai tu. Memang best. Bila kau amik meja yg paling hujung, kiri dan kanan kau adalah air. Samer tengok matahari terbenam, boleh tengok abang abang nelayan balik naik bot. Masa tu kau kagum tengok orang naik bot. Kalau tak atas jalan kau kagum tengok orang naik BMW. Menu kita, biasalah, malas nak sebut. Kang tak memasal ada air liur meleleh plak atas keyboard.

Macam pelik, kenapa ada Zul Azrin? Adakah telah bertambah ahli kumpulan baru. Ha...tu la korang tak tau. Kami berlima kan berangan artis. Dak Zul tu Manager kitorang. Manager yg berangan jugak. Bila dak Zul ader, maka sem (eh kejap..tipon bunyik).

Okey, sambung balik citer. Bila dak Zul ada, maka sempurna la gambau kami berlima. Kalau tak payah jugak nak amik gambau berlima. Terpaksa superimpose.

Ni gambau-gambau kitorang. Saksikanlah aksi comel kami dan keindahan alam ciptaan DIA. Insaf ler tengok alam ni kengkawan... walaupon muka orang dalam gambau ni tak nampak insaf. Bukan tak insaf, tapi mereka barjaya menyembunyikan cahaya keinsafan.



6 komplen

  1. Ida Ra // 5:29 PM

    sukanya aku tgk gambar2 kitakan? bahagia sgt maa tu

  2. Shima Batu // 8:35 AM

    tengQ to zul azrin.

    tak sia sia korang angkut dia skali ptg tu... :D

  3. Anonymous // 9:37 AM

    wei shima.. terima kasih sbb tak cerita menu & ambik gambau makanan yang korang makan mlm tue..

    kalau tak, akulah orang yang termasuk dalam golongan air liur meleleh atas keyboard tue.. huhuhu

  4. Shima Batu // 1:29 PM

    :))

    aku dah agak dah...

  5. Unknown // 12:18 PM

    Huh..meriah2...
    Rase nak gi makan ikan bakau skang gak...huhu

  6. Shima Batu // 12:22 PM

    sekarang jugak aku bg arahan kau blanja aku alex... :D