img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

TAHNIAH...Harga Minyak Naik

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, June 05, 2008 | , | 11 komplen »

Malam tadi dah bersesak kat pam minyak. Hebat...hebat, nampak hura hara satu Melaka (mungkin satu malaysia). Naik sendat pam minyak semua yang ada kat Melaka. Apa nak kata...? TAHNIAH kepada korang semua.

Senangnyer cakap..."berjimat cermat". Aper slama ni aku tak cukup berjimat ker? Rasenyer dah berbuih mulut cakap pasal harga minyak ni sejak sblom pilihan raya lagi. Memang kurang asam. Menyusahkan aku.

Wahai kengkawan, sedarlah... ni bukan soal naik harga petrol ajer, tapi ni melibatkan harga barang jugak. Semua benda melibatkan pengangkutan. Kos pengangkutan bertambah, takkan bule jadi harga barang tu tak berubah. Nak suruh rakyat jadi mata kerajaan plak ker memantau harga barang? Banyak cantek... "KITA AKAN PANTAU HARGA BARANG". Ni nama dia ayat lazim. Memang zalim. Gampang sajak lagi.

Berapa kali nk bagi ingat. Kita negara pengeluar minyak yg kualiti. Memang bukan minyak yg kita gali tu yg kita pakai. Tapi tu minyak kita jual. Kualiti lagi baik, lagi mahal. Harga minyak dunia naik, kita yg jual minyak ni untung ker rugi? Tak boleh cover ker harga minyak yg kita pakai hari hari ni? Tu pasal...KerAjaan bagi subsidi. SUBSIDI???? Baik sungguhnyer kerajaan ni. Jadi rakyat takkan terbeban dengan kenaikan harga minyak???? Yerk la... kerajaan lagi tau beban aku dari aku sendiri. Harga minyak kita lagi murah nk banding dgn negara lain. Yer ker? Banding dengan saper? Thailand??? Singapore?? Diorang ada minyak??? Pendapat penduduk diorang?? Taraf hidup??? FYI..singapore nyer minyak..lebih kurang RM5.00/liter. Tapi gaji penduduk dia??? Guru berijazah jer... basic DS2,800.00 (kalau RM?? sndiri kira). Kita??? Cuba banding harga minyak kita dgn harga minyak negara pengeluar minyak yg lain. Malaysia paling rendah ker???

TAHNIAH... Memang bijak. Hotak bergeliga...boleh buat batu cincin.


11 komplen

  1. Anonymous // 11:35 AM

    Shima.. Aku terpikir pulak pasal nasib si Orang Minyak.. ntah cam ner agaknye depa selepas harga minyak naik ni yek?...

    (Lawak Antarabangsa di kala tengah tension pasal kenaikan harga minyak)

  2. Shima Batu // 11:39 AM

    naik minyak la, aper lagi..

  3. who i am? // 12:21 PM

    aku pon terpanjat semlm...area KL mmg havoc jadinye dgn jammed kt merata2 petrol2 pump..aku siap snap gmbr lagikkk..giler dasattt!!..

    aku x leh nak ckp ape arr..aku tgk org dok komplen minyak naik minyak naik...benda da jadi kan,camne bole nak halang...lps2 ni akan menyusul harga brg2 keperluan mendadak naik..sdgkn org bujang x kawin lg mmg terasa,ape lg org yg da beranak pinak.ape yg kite boleh buat..xkan nak melangok marah2 btl x..nak tukar kerajaan secara kekerasan? demontrasi??! buang mase je wat benda2 camtu..

    kite tambah je INCOME kite...tu yg sepatutnye..byk caranye..bumi allah ni luas..rezeki kt mana2..tepuk dada tanya hati...

    adios !

  4. Shima Batu // 1:59 PM

    Benda da jadi memang xbule halang.. tp blom jadi memang boleh elak.

    Memang rakyat marah dan kena marah. Dan aku akan tunjuk marah aku. Takder saper nk tukar kerajaan dgn kekerasan..tp nampak ni ni makin melampau.

    Persoalanyer...KENAPA MESTI DINAIKKAN??? Saper buleh tolong jawab. Harga minyak dunia walau jatuh skali pon, PETRONAS masih ada untung..inikan pulak naik. Tolong bg tau aku yg serba tak tahu ni.

    Negara kita produce minyak...kena ingat....Tengook senarai ngra produce minyak kat dunia ni...dlm senarai tu..MALAYSIA no. brp stakat hari ni?????

    Kuwait US$0.21/liter
    Qatar US$0.22/liter
    Riyadh US$0.12/liter
    Venezuela US$0.05/liter
    MALAYSIA US$0.84/liter

    nk banding dgn ASIA??? Saper???
    THailand US$1.18/liter
    Singapore US$1.6/liter
    Jepon US$1.54/liter
    Hong Kong US$1.99
    diorang ni ada produce minyak ker???

    Kalau salah fakta ni..tolong betulkan...

  5. who i am? // 3:00 PM

    lek2 yus..

    mmg marah..smue orang marah...hihihi...indeed,aku sendiri pon xsuke harga minyak ni naik.kalo dulu savvy aku tuh isi rm20 dpt 3 takuk,la ni dua takuk je bole pegi..huhu..

    tapikan,rasanye better lagi kite menilai ape yg berlaku skang dgn rasional bkn emosi.. apa yg kita mampu buat bila bercakap dengan emosi? marah org tak tentu pasal, kutuk sana, maki sini, bleh ubah apa? di sinilah perlunye tindakan berilmiah..

    kalau la betul2 kerajaan terpaksa menaikan rege sbb tak bleh tampung subsidi lagi, sepatutnya harga minyak bleh turun lagi..ni lah masalah bila berniaga dalam pasaran hadapan..spekulasi mmg memberi kesan besar dalam harga minyak dunia.

    kalaulah ada satu pihak yang boleh aku nak salahkan ttg harga minyak dunia ni..bush lah orgnya..:) sbb dia yg serang iraq dan slps tu harga minyak terus naik tak berhenti2... :)

    ape2 pon aku kagum sgt skang sbb rakyat skang mmg bijak menilai.n aku jgk kagum dgn keprihatinan ko...selagi kite terdaya,kite cubelah mana yang kite boleh,ok yus? ;)

    **reunion kite jgn dilupe ok..gegegegege!

  6. Shima Batu // 3:17 PM

    tau xper...

    RASIONALnyer...untung kita jual minyak memang boleh tanggung subsidi kita. Tak wujud istilah "TAK BLEH TAMPUNG SUBSIDI LAGI". Istilah ni yg buat aku angin.

    Aku ngadap harga barang hari2. Hari ni bagi customer harga RM2..skali minyak naik...kedai naikkan harga barang RM3..LO kuar ikut harga lama...SUBSIDI mana nk yg tolong ni???

    bukan masalah prihatin...tp ni memang kena batang hidung sendiri...

    **reunion...aku da inform alex..alex dah inform dak rem..
    nanti brian balik honeymoon..alex inform brian plak..
    nanti kau bg tau dak jeft bule? tp tunggu confirm date & tmpt dulu la..

  7. Anonymous // 3:28 PM

    Parah woi.. kalau orang minyak naik minyak.. habis anak2 dara kat m'sia ni kena rogol beb...

    Lagi pusing kepada Pak Lah yang dah memang pusing tue.. hahaha..

  8. Ida Ra // 5:16 PM

    heheheh tahniah jugak.......

  9. Anonymous // 5:35 PM

    ni btl2 punye marah nie... oleh kerana adinda marah...
    harga barang akan di naikkan lagi...yg senang + senang
    yg ssh mcm kita merempat kat negara s'dr..padan muka
    kita...depa dok seronok2 belanja kita depa suruh jimat
    cermat.. INI TIDAK ADILLLL!!!!!!!

    Jom buat solat hajat ramai2 buat apa yang patut...x
    sempat solat da...balak dah timpa... he.hi.he sabau aje....

  10. storyboard // 10:48 PM

    memang macam puaka la weii...lepas ni bil letrik lak melambung!.. tarif letrik naik! pelik btul.. nak kata bodoh...tapi bule plak jadik menteri... skolah dulu tak abis kot.

    kenapa menteri tak heran harga naik?...

    Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri

    1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

    2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

    3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

    4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

    5. Elaun parking RM 5,700.00

    Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja

    Lain-lain kemudahan

    1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

    2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

    3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

    4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

    5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

    6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

    7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

    8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

    9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

    Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri

    1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

    2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

    3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakn menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri

    4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

    5. Elaun parking RM 5,700.00

    Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

    Lain-lain hal

    Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

    1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
    2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
    3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
    4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
    5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
    6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
    7. Lain-lain sumber

    macam celaka jer....

  11. Shima Batu // 10:30 AM

    Ni dah lebih dari tahap puaka.

    Yang pelik tu, xder plak aku dengar tv3 interview pakar ekonomi mana-mana tanya pendapat tentang isu ni. Yang ader cuma interview dgn mentri2 yg confirm kau dah agak aper jawapan depa.

    Harga minyak naik, harga barang naik, rakyat makin kurang berbelanja...elok ker kadar inflasinyer...?