img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Mozart dan Aku

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, April 02, 2008 | , , | 0 komplen »

Post aku yg lepas aku ada citer pasal Nodame Cantabile in Europe. Dalam episode akhir drama tu Nodame ada main piano lagu Mozart. Ejah tanya Mozart tu aper. Zul ckp Mozart tu satu era pada masa dulu. Betul ker? Mungkin betol la kot. O.k, dikesempatan ini, meh aku kenalkan Mozart pada korang. Mungkin selepas aku terangkan ni, ada pulak yang mengaku sedara dengan dak Mozart ni.

Mozart..nama penuh dia Wolfgang Amadeus Mozart. Lahir pada 27 Januari 1756. Seorang pemuzik klasik eropah, pencipta lagu dari Austria. Kiranyer komposer la tu. Dia terkenal dengan muzik klasik Eropah. Karya dia banyak. Tapi aku tak sure berapa byk sebab ada yg aku baca kata ada 600, ada yg kata lebih kurang 700. Jadi lebih kurang camtu ler. Karya karya glamor dia macam simfoni okestra, piano, muzik kamar (aku tak pernah dengar ni) opera dan muzik koral.

Wolfgang Amadeus Mozart ni memang lahir dlm keluarga muzik gamaknyer. Bapa dia sendiri Johann Georg Leopold Mozart, komposer jugak. Panjang gak la citer dak Mozart ni. Kalau aku tak silap fakta la, dia main piano depan Ratu Maria Theresia (saper nih?) sekitar tahun 1762. Pas tu dia buat road tour selama 3 tahun sekitar Paris, Landon. Buat konsert tak alang alang, depan raja raja lagi. Padahal masa tu dia kecik lagi. Ni semua kira kijer keras bapa dia la nak promosikan dia.

Panjang jugak la kesah dia ni bila bakat dia tak diterima oleh orang. Kesian kat bapak dia. Walau pun tak disukai (golongan golongan yg jeles ler ni), dia terus jugak compose lagu. Umur 21 tahun, dia da compose lebih kurang 300 lagu. On the way dia nak balik Paris (naik kapal laut kot pasal perjanan 15 bulan) dia singgah di satu tempat nama Mannheim. Kat sini lah dia bertemu dgn seorang awek (patut ler lama). Aloysia Weber seorang penyanyi sopran umur 16 tahun. Tp cinta mereka tak menjadi. Mozart meneruskan perjalanan ke Paris dengan kecewa nyer (cewahhh...). sampai Paris, dia terus buat kerja kerja muzik dia. Arggh....banyak la lagi kesah suka duka alam muzik dan percintaan dia ni. Kira byk dugaan dunia jugak la dia ni. Dia meninggal pada 1791 dia Vienna.


Aku cadangkan korang ke website ni utk tau lebih lanjut pasal dia. Tak nak tau pon tak per. Dia ni bukan sedara aku pon. Sajer la kot ada yg nak menambah pengetahuan am. Aku cadangkan jer. Jadi tak der sia sia aku tengok citer Nodame tu. Kiranya aku buleh tau ler Mozart tu benda alah aper.


p/s: Fakta aku mungkin tak tepat. Aku sendiri study dari website. Jadi tolong jangan jadikan sumber tesis korang.



shima from the inside

0 komplen