img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

PRU 12 ver 6.0 (tetap menang)

digoreng oleh Shima Batu | Monday, March 10, 2008 | , | 0 komplen »

Salam ut semua. Rasenyer semua dah tahu keputusan pilihan raya yg lepas ni. Memang tak buleh membentuk kerajaan, BN kehilangan majority 2/3 sora dlm Parlimen. Wah..ini dah cukup hebat. Tak per, kita tengok aper akan jadi lepas ni. Samada mampu atau tak kerajaan kerajaan baru ni merealisasikan janji diorang…kita tunggu jer. Jangan nk lorat lorat buat spekulasi sekarang.

Aku ada dengar macam macam orang komen pasal media arus perdana ni. Aku ingat..lepas orang kutuk berbakul, ader la perubahan bila baca surat kabar hari, ruper samer jugak. Takder maknanyer. Memang tak makan saman. Mana la tak bosan, jelak, meluat tengok surat kabar. Jangan sampai satu masa, semua xmau beli paper arus perdana ni. Sekarang zaman dunia hujung jari. Media alternative memang belambak bule access bebila masa, kat mana mana pon tanpa ada sekatan. Orang lebih tetumpu pada benda ni semua. Lebih lebih lagi yang muda.

Yang dekat dgn rakyat ialah masalah hari hari. Tak payah la citer pasal pembangunan. Naik jelak dengar. 11 kali PRU..tu jer modalnyer. Aku rasa betol aper y g aku cakap. Buktinyer…ni ler keputusan pilihan raya. Mana bukti yg brita tv dan surat kabar arus perdana selama ni sibok kata pembangkang tak relavan, ahli keluar parti ramai (takder yg sikit..beratus jer), bergoyah, tak der isu, tergugat macam macam lagi. Naik sebu telinga. Skali…..eh bule plak menang pulak. Sia sia jer la kempen pakai TV. Yg dengar ceramah berduyun tu..semua tak pekak.Wpon nasib Melaka tak sama mcm kedah, Selangor, Kelantan, Perak dan Penang…. (blom rezki, cuba lagi) orang Melaka turut rasa glombang prubahan politik Malaysia ni.
Sekarang orang dok warung kopi pon bule citer pasal harga minyak dunia, pasal korupsi, pasal security….hebat betol orang Malaysia sekarang. Rakyat dah makin pandai…pandai memikir, pandai membaca, pandai memilih. Dah tak ramai yang memandai mandai lagi. Macam kata Tun Dr Mahathir mlm td aku dengar dlm brita “bukan pasal mereka mahukan pembangkang. Tapi kerana mereka tak mahu kepada BN” (lebih kurang gini la ayat dia..). Dah betul la tu. Pilihan yg ada cuma 2, keluar mngundi pembangkang atau tidak mengundi langsung. Itu sahaja.
Satu lagi, tertarik jugak dgn aper yg Dato Anuar Zaini ckp malam tadi kat TV1. Tengok live forum mcm ni baru best. Pasal bule tengok live kepandaian dan kebodohan dalam menanya dan menjawab soalan. Bukan sengaja nk cari kelemahan, tapi nak ajau otak ni berpikir utk menilai. Anuar Zaini kata bila berada kat satu tempat, kita kena tengok pintu keluar. Satu masa kita akan kena keluar. So, cara mana kita nk kuar. Kiranya macam ni la…jangan bagi orang menyampah. Jangan buat buat tak dengar yg orang ni tak suka kau. Kalau dalam kerja..(dlm politik pon boleh). kau nak berundur atau nak kena pecat. KALAU ORANG DAH TAK SUKA TU..BLAH LA. APASAL NAK TUNGGU ORANG TERAJANG KELUAR...Boleh guna benda ni utk aper aper jer tempat korang sekarang ni.
Saper aku nk bebel pasal ni? Aku hanya lah sorang rakyat yg turut pergi mengundi. Jadi suka hati aku la nak tulis aper pon.
Tahniah untuk semua yang bangga dengan kemenangan ni. Memangkah bkn utk sehari walaupon tak perlu pangkah hari hari.
p/s: lirik lagu Batu dan Golek, Faizal Tahir..tetiba jadi sedap bila aku dengar.

0 komplen