img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Jantan Itu

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, January 30, 2008 | | 4 komplen »

Ni nk citer pasal Jantan yg duduk menompang kat umah aku ni. Dah kita bagi makan pun, lagi nak menyusahkan kiter. Ceh macam tak ikhlas jer aku ni kan. Memang ler dia tu kesayangan keluarga aku. Especially Abah. Bila balik kijer, tak nampak muka anak anak yang lain tak per. Asalkan ada muka jantan tu. Tak kesah, sebab kitorang dalam rumah pun memang dah sayang sangat kat jantan yang satu ni.
Hari Ahad lepas, pagi pagi lagi dari dalam bilik aku dah dengar Abah bebelkan pasal jantan tu. Aku tak tau ler Abah bebel pasal aper. Yang aku dengar “mana kau pergi malam tadi tak balik. Kat mana kau tidor. Balik pagi pandai pulak nak cari makan”. Tu jer yg aku dengar. Pastu aku dengar Abah turun gi dapor. Mesti bagi jantan tu makan.
Tengah hari tu Emak kuar gi Cheng. Pastu hujan la selebat lebatnyer. Dalam tengah tengah hujan tu, tetiba dengar suara jantan tu dari luar. Mesti dah sejuk…nak masuk rumah. Skali dia masuk…muka dah macam penyamun. Hitam berkarat dangan lokosnyer basah kena air hujan. Argh…kitorang pun aper lagi, semua marah dia. Dia dah kotor macam tu, baru la datang dekat kat kita minta lapkan badan dia. Tapi saper nk pegang… rupa macam baru jatuh dalam longkang. Kitorang buat tak tau jer. Malas nak layan. Dalam pada tu kesian jugak tengok dia sejuk sejuk tu. Begulung tepi karpet…buat muka kesian, minta orang lapkan badan dia. Bila nampak dia nak meleset dekat jer dgn kitorang, kita tolak dia jauh jauh. Dia duduk tempat lain. Tapi tempat tu ada kipas. Dia pandang jer kipas tu. Macam nak minta kita tolong tutupkan kipas tu. Banyak cantik muka dia.
Tak lama lepas tu, Emak pun balik. Mak pun aper lagi, mengucap panjang ler tengok muka dia. Terus mak pergi masak air nak mandikan dia. Jantan ni memang mengada sikit. Nak mandi air suam. Air sejuk tak boleh. Nak tak nak terpaksa la jugak aku dengan angah tolong Mak mandikan jantan tu.
Ni aku attach kan gambau jantan tu atau nama penuhnya Debab.


Proses mandi
Proses mengeringkan bulu depan kipas

4 komplen

  1. faraa // 8:59 PM

    shima, i sukaaaaaaaaaaaa sangat baca blog u! tulis lagi bebanyak!

    cheers,
    faraa
    kawan ida nardiel (ida ada sampaikan salam i pada u tak hari tu? kalau tak i sekeh kepala dia!)

  2. budak gumok // 11:17 AM

    tengQ faraa...

    ni faraa cantik dlm spaQ tu ker?

    adalah si ida tu sampaikan salam awak. tp kalau rasa nk sekeh kepala dia, sekeh jer...tak perlu alasan utk menyekeh dia :P

  3. fealize_eleanoer // 12:04 PM

    ha ...

    ni aku ALIA ..

    watak dalam SPAKKAU..

    sgt mengada itu jantan taw ...

    layanan 1st class je masuk list die heh ! caiitttt !!!!

  4. budak gumok // 12:07 PM

    he :D

    kau rasa kalau aku gedik macam Fara Cantek dlm SpaQ tu...ada yang muntah darah tak ;)