img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Kawen Atok & Su Bertunang

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, November 07, 2007 | , | 4 komplen »


Seperti yang digembar gembor kan sblom ni, Mohd Nazri a.k.a Atok bernikah dengan Nurul Aini pada Jumaat 2 november 2007 bersamaan dengan 21 Syawal 1428. Majlis nikah dia aku tak gi pasal aku kerja masa tu. Dia nikah siang. Majlis umah pompuan pun aku tak gi pasal bebudak ni semua kerja. Aku tak der geng nak pi. Ceh... alasan.





Ni ler sikit sebanyak gambau yang sempat aku dan dayah amik masa kat umah dia. Yang pada cameraman Atok tak dapat lagi. Nanti kalau dah dapat aku attach lagi. Gambau gambau ni semua dari camera aku dan dayah. Aku malas nk edit edit gambau ni buang jerawat, cerahkan kulit, kecik kan pinggang pasal aku tengah byk kijer ni. So semua gambau ni xder teknik mnegubah muker jadi cantik. Padan muka korang dalam gambau ni.
Kalau ada yang nak bagi comment atau kutuk, boleh bagi kat blog aku terus atau email jer kat aku. SMS tidak dilayan. Kalau nak bagi kutuk pengantin, boleh email jer terus kat diorang sebab diorang mengamalkan dasar langit terbuka. Aper nak kutuk, aku memang happy sangat ler kawan aku ni dah kawen. Dulu dia ler ketua pengawas yang slalu kena buli dengan penolong ketua pengawas. Padan muka atok. Korang mesti tau saper penolong ketua pengawas tu kan. Dia seorang pompuan yang tak cantik, tapi comel, baik hati dan penyayang. Dia menjadi kesayangan ramai kerana sikap nya yang baik, tulus dan mulus itu. Haaa.. aku dah merepek ni.
Tahniah buat Atok dan Nurul. .



Yang mengepak tu aku, sebelah aku Uda, Daya dan hujung skali Haria...tunang dak Yan


Tak sangka zul boleh naik atas riba atok. Yang atok boleh peluk pinggang dia plak.


Berapa ramai yg bertanduk, berapa ramai yang terbang


cuba tengok mata aku



ada yg kena blasah dgn payung masa ni. lepas adegan tingkap ni la aku digelar babarian oleh huzir. kurang asam..aku tau gelaran ni akan lekat kat aku...


pengantin nampak hantu kat tangga


ini hantu sudah datang baling bunga rampai kat muka pengantin


ni pasal jeles tengok pengantin makan suap suap


makan pun nk pose


beberapa saat sblom pelamin kopak

NI GAMBAU SU BERTUNANG....dia bertunang 20hb Oktober 2007. Aku tak pergi majlis dia. Ni gambau dari blog dak nick...aku main upload jer. Su bertunang dengan Fendi, pakwe dia sejak berkurun dulu. Alhamdulillah. Lamanye diorang bertahan.
Aku sempat call jer si Su masa tu. Dia gampang hangin lagi pasal aku bertunang tak jemput dia. Ya la, dia nak bertunang lagi sebulan aku dah tau. Pastu dia sibuk buat persiapan bagai nak rak, tetiba aku plak yg bertunang dulu dari dia. Heran aper ek. Aku kan glamor, mestila nk sorok bakal suami, bertunang dan kawen pun nak senyap senyap. Tak suka kena serbu. Lagi pun takut nanti peminat lari plak bila tau I dah bertunang. Ha ha ha 18x.


Aper pun tahniah la su. Wpun aku tak der masa majlis tu, aku tau majlis kau meriah, tengok gambau jer tau. Kongratulasi....





O.k korang tengok la gambau gambau ni sambil makan maruku.Hepi Depavali utk semua pembaca blog ni.



Sekian. Ke arah mengangkasakan rasaksa.

4 komplen

  1. Ummi M.I.M.S // 11:19 PM

    ummi suka la tgk gambar2 yg kat pelamin reramai tu.. cm besh sgt.. pstu posing lak cm poyo2 jer..
    pengantin pn sporting yg amat.. anway selamat pengantin baru la kt kawan shima tu yer...

    p/s gmbar kt tingkap tu laagi besh.. hehehe

  2. Shima Batu // 10:08 AM

    diorang ni memang begau semua ummi...
    semua tu classmate...kami memang suke amik gambau camni. sebab ni ler memori bila dah tua tua belek gambau kawen. kalau stakat pose keras atas pelamin tu, 3 kali tengok mesti boring....

  3. Anonymous // 9:01 AM

    Hahaha..... aku nak jadi orang pertama yang nak mengutuk...

    Tak penah aku tgk 'pengantin giler' cam nazri nie... biasa orang kata hari menjadi raja sehari, mesti control-montrol... almaklumlah, ramai orang... (Ni mesti kes keluarga mentua dah blah lepas kenyang perut makan nasi lauk pengantin), tu pasal slumber giler...

    Ape2pun dalam gambar menunjukkan korang memang happy go lucky.. so, keep the friendship continuous..ok

    Ok.. Shima. Tolong sampaikan salam "Tahniah" & "Selamat Pengantin Baru" dari aku & keluarga untuk Nazri dan isteri nya.. Moga berbahagia dan berkekalan sehingga ke akhir hayat... Amin

    Mawar

  4. Shima Batu // 11:18 AM

    sebanarnyer ada rasa tak best jgk bila tengok atok kawen...
    bukan jeles tp mcm terpaksa kehilangan sorang lagi kawan.

    wpun dia ni slalu menyakitkan hati aku & aku slalu menyakitkan hati dia, tp dia le yg rajin kehulu kehilir ngan aku dulu. kalu xder dia, siapa la yg rajin nk layan biol aku ni.

    buat atok..........
    bukan aku terlambat nk ucap SELAMAT PENGNATIN BARU...tp mcm sedih jer nk sebut...
    cewah....jiwang...

    akhirnyer...kau kawen jugak...
    & akhirnya...
    aku TERPAKSA mengaku...kau ni kawan aku..uwhuah......