img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Aku Eksiden

digoreng oleh Shima Batu | Friday, October 05, 2007 | , | 0 komplen »

Aku nak bercerita pasal semalam.

Sejak aku dah mula kerja kat opis (sebelom ni opis aku kat rumah), aku terpaksa gilir gilir tukar pakai kereta dengan angah dan mak. Kekadang aku bawak savy, kekadang bawak kancil, kekadang tak bawak aper aper keta pon atau dalam ungkapan lain nyer, mak aku antau. Nak naik bas sorry ler. Aku rasa last aku naik bas awam masa practical kat MBMB dulu. Sejak dah ader lesen, memang banyak lemak. Bukti nyer aku semakin gemok. Tapi bukan pasal ni aku nak citer kat korang.
Semalam aku bawak le si kancil yang cerdik tu ke opis. Disebabkan mak aku ke k.L atas urusan rasminyer, jadi aku terpaksa la jemput angah balik kerja kul 5 ptg. Nak di jadikan hal, kebetulan ada 1 sebut harga yg closing datenyer keesokan harinyer (maknanya hari ni). Dalam keadaaan kelang kabut nk kemas barang nk balik, bos aku plak tipon kata laptop yg aku pakai tu dia nk pakai malam nanti atas alas an yg aku tak dapat nyatakan di sini kerana terlalu sulit. Jadi maknyer nya, aku kena siapkan sebutharga tu sebelom kul 9 malam. Dalam keadaaan aku cuba merancang jadual kerja aku malam nanti, aku terus kemas barang nk masuk keta nak balik. Start jer engine, aku drive keluar dari kawasan opis. Sampai kat simpang utama nk masuk opis aku (Jln TU 41) dan jalan utama (Jln MITC) aku dengan rileks memulas stereng keluar simpang dan slow sekejap antara pembahagi jalan tu utk bagi laluan pada keta dari arah kiri. Nak dijadikan menarik adegan ni, aku sempat toleh sekilas pada cermin tengah dlm keta. Nak tau aper yang aku Nampak. Satu LEMBAGA PUTIH mengekor aku kuar sempang tu sesame dan tak sempat benti sebab xnampak keta comei aku ni...terus hentam blakang kancil ku yg comei kira kira jam 5.15 ptg. Dan lembaga putih itu ada sebuah lori satu tan bernombor pendaftaran MW5889. Apa yg aku boleh buat bila Nampak lori tu menuju dari blkang...TUNGGU jer la pasal kalau aku mengelak ke depan, aku akan dibelasah pulak oleh keta wira warna maroon yg agak laju dari arah kiri. Mujur aku pakai sit belt, kalau tak mau melekat muka aku kat cermin depan. Tp tangan kanan aku ada sengal skit la pasal kena hentak dari blakang dlm keadaan tangan kanan aku pada stering masa tu.
Lepas adegan yg agak mencemaskan aku tu, aku terkedu kejap dalam keta. Pikir, salah aku ker? Tapi...arghh, aku tak salah. Saper suruh dia kuar simpang tak tengok depan. Saper suruuh dia ikut aku. Patutnyer, lagi aku tak lepas sempang tu dia duduk ler diam diam. Keta aku still boleh gerak. Aku bergerak ke tepi jalan. Lori tu pon samer. Tengook driver, lelaki cina. Dia kata apasal aku benti. Aku jawap apasal dia langgar blakang aku. dalm keadan ak terpinga pinga masa tu, drier lori tu kata der duit nk byr ganti rugi. Boss aku sampai, dia suruh buat report polis. Aku pon pegi ler ke balai polis terdekat, Balai Polis Ayer keroh. Lori ikut blakang aku. Sampai situ, polis tu kata kena buat report kat unit trafik Melaka tengah kat banda hilir. Lagi satu hal aku dengan keta kemik bontot nk pi sampai ke banda hilir dari ayer keroh. Lori tunda aku dari blakang sebab dia kata tak tau jalan. Aku memang tak boleh ikut blakang dia pasal dia bawak 10 kilometer sejam gaknyer. Slow bangat. Bila aku jalan depan, korang rasa dia nk ikut ke blakang aku. Dengan keadaan jalan yg sesak semua balik kerja, aku meredah kawasan kawasan sendat waktu tu, lori t upon hilang. Yang aku pon datang sengalnyer masa tu, satu benda pun aku tak amik dari driver tu. Patut aku boleh amik lesen dia, pegang sampai balai, tak pon i.C ker. No plat lori nip on, boss aku yg salin. Tapi aku tetap pi terus buat report polis sesorang.
Hilang la terus lori tu dari pandangan mata aku. Dan dah nak hamper 24 jam dari masa kejadian. Aku rasa dah jadi kes langgar lari. Jadi nk miinta tolong sesaper yg nampak lori no plat MW5889, sila contact aku atau polis. Aku nak raya ni. Keta kemik plak. Tak ler teruk, tp dalam seribu lebih gak aku rasa kena. Bumper pecah, bonnet blakang kemik, pintu blakang blah kiri tak bule rapat.... Nak nanti claim ngan lori tu betanduk le kucing kat umah aku tu.
Syukur Alhamdulillah aku tak cedera. Keta pun tak teruk mana. Tapi aku tetap nk cari jugak apek tu. Dia kena dapat balasan dunia ni jugak.cewah pandai jatuh hukum ek. Dalam keadaan kelang kabut semalam, aku Berjaya jugak siapkan kerja aku dalam kul 4.30pg.
Jadi minta tolong korang perhati perjhatikan ler lori putih MW5889. dipercai suspek berada di sekitar Malim Jaya..SEKIAN LAPORAN 999. SAYA CHE KIAH, MELAPORKAN UTK TVTB.

0 komplen