img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Kena Buli

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, March 06, 2007 | | 0 komplen »


Cakap pasal KAWAN ni…memang tak kan habis. Terlalu susah nak dijelaskan dengan kata kata atau nak digambarkan. Apa yang pasti, yang buat aku gelak tak semestinyer aku gelar kawan. Dan yang selalu kutuk aku biasanya kawan jugak.

Ada sedikit rasa kerugian bila aku tak nakal masa sekolah dulu. Darjah Satu & Darjah Dua..aku sekolah kat sekolah pompuan Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus II, Banda Hilir Melaka. Kawan baik nama Azazulhida. Yang aku ingat mak dia nurse. Budak kampung yang sekolah Bandar macam aku ni…sampai sekolah jadi pendiam. Diburukkan lagi keadaan bila aku hari hari dibuli oleh sorang senior yg nama dia pon aku da lupa. Hari hari bengkak mata menangis. Cubit, penampar, tunjal kepala memang adat ler…penumbuk jer x kena lagi. Kisah buli aku ni terus sampai aku benti sekolah tu, famili pindah merlimau and aku pon sekolah kat SRK Merlimau II. Masa tu darjah tiga..nama cekgu kelas, Pn Nyaros (la ni da pencen kot).

Masa memula masuk SRK Merlimau II ni memang best… Peksa penggal dapat no. 3. Dulu aku sekolah bandar jangan mimpi la…paling sikit aku dapat no. 29. Ramai cikgu puji aku pasal aku dari sekolah bandar…pandai ler konon..tulisan cantik…diam… Tapi tak ramai yang tau aku masih kena buli….kali ni aku tak kena belasah…tapi aku kena pau duit hari hari…kena bayar tiga posen kat dua orang kaki buli ni. Dah ler duit sekolah aku empat posen jer sehari…kurang asam…. Tapi masalah ni tak lama… pasal aku ugut nak report kat mak aku..aku cakap mak aku kaki belasah. Tak sangka diorang takut…dulu masa aku kena buli kat sek bandau…aku cakap nak repot kat Ketua Balai Polis Kandang pon diorang tak takut.

Terusla aku menjalani kehidupan yang riang kat sekolah tu sampai darjah 6. Tapi aku bukan budak yang pendiam lagi bila aku naik darjah 4. aku da mula ada kawan. Mulut da mula becok. Pasal kawan aku ni ler aku jadi becok. Nama kawan aku ni Fadzillah. Da kawen da pompuan ni tahun lepas. Lama aku tak jumpa dia. Masa sekolah org panggil dia kenit… Kenit ni tak banyak cakap. Muka jarang nak senyum…jenis muka keras….tapi comel, kulit putih bila marah jadi merah muka. Dia ni anak cikgu. Dulu bila anak cikgu,orang mesti respek nyer. Skang tak tau ler. Jadi secara tak langsung, bila aku berkawan dengan dia, saham aku pon naik dan aku dilindungi. Kira macam aku ni dibela oleh si Kenit ni. Kitorang berkawan, tapi selau gak berentam. Dia pernah tarik gambut aku. Aku pernah hantuk kepala dia kat tingkap. Orang nampak kitorang bergaduh.

Tapi bila tanya saper kawan baik, mesti aku tunjuk dia wpon dia tak pernah kata aku kawan baik dia…tapi aku tau kau sayang aku Kenit…jangan nak tipu la..aku tau…

Walau aper pon..timer kasih kat dia pasal berjaya mengubah perangai aku yang dulu nyer pendiam…skang da jadi besok…sampai dapat anugerah outspoken & rajin buat presentation masa dalam kelas kat universiti dulu…. :-)

0 komplen