Cakap pasal KAWAN ni…memang tak
Masa memula masuk SRK Merlimau II ni memang best… Peksa penggal dapat no. 3. Dulu aku sekolah bandar jangan mimpi la…paling sikit aku dapat no. 29. Ramai cikgu puji aku pasal aku dari sekolah bandar…pandai ler konon..tulisan cantik…diam… Tapi tak ramai yang tau aku masih kena buli….kali ni aku tak kena belasah…tapi aku kena pau duit hari hari…kena bayar tiga posen kat dua orang kaki buli ni. Dah ler duit sekolah aku empat posen jer sehari…kurang asam…. Tapi masalah ni tak lama… pasal aku ugut nak report kat mak aku..aku cakap mak aku kaki belasah. Tak sangka diorang takut…dulu masa aku kena buli kat sek bandau…aku cakap nak repot kat Ketua Balai Polis Kandang pon diorang tak takut.
Terusla aku menjalani kehidupan yang riang kat sekolah tu sampai darjah 6. Tapi aku bukan budak yang pendiam lagi bila aku naik darjah 4. aku da mula ada kawan. Mulut da mula becok. Pasal kawan aku ni ler aku jadi becok. Nama kawan aku ni Fadzillah. Da kawen da pompuan ni tahun lepas. Lama aku tak jumpa dia. Masa sekolah org panggil dia kenit… Kenit ni tak banyak cakap. Muka jarang nak senyum…jenis muka keras….tapi comel, kulit putih bila marah jadi merah muka. Dia ni anak cikgu. Dulu bila anak cikgu,orang mesti respek nyer. Skang tak tau ler. Jadi secara tak langsung, bila aku berkawan dengan dia, saham aku pon naik dan aku dilindungi. Kira macam aku ni dibela oleh si Kenit ni. Kitorang berkawan, tapi selau gak berentam. Dia pernah tarik gambut aku. Aku pernah hantuk kepala dia kat tingkap. Orang nampak kitorang bergaduh.
Tapi bila tanya saper kawan baik, mesti aku tunjuk dia wpon dia tak pernah kata aku kawan baik dia…tapi aku tau kau sayang aku Kenit…jangan nak tipu la..aku tau…
Walau aper pon..timer kasih kat dia pasal berjaya mengubah perangai aku yang dulu nyer pendiam…skang da jadi besok…sampai dapat anugerah outspoken & rajin buat presentation masa dalam kelas kat universiti dulu…. :-)
0 komplen
Post a Comment