img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

DEMONSTRASI RAKYAT @ 28 JUN ver.2.0

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, July 01, 2008 | , | 5 komplen »


Seperti yang telah kuhebohkan sblom ni, satu demo telah diadakan di Dataran Pahlawan Banda Hilir Melaka pada Sabtu lepas. Dari hari Ahad lagi mailbox aku dah penuh minta upload gambau demo Sabtu lepas dalam blog. Tapi tak sempat beb. Malam tu kenon nk ada ceramah kat Jasin. Bila ceramah cancel, gempau pasal DSAI pulak masa on the way balik dari Jasin tu. Kelang kabut Malaya beb.

Demo start lebih kurang kul 3.15pm. Aku sampai lebih kurang kul 2.00. Saja la nk memantau. Parking kt MP. Masa tu polis dah banyak terpacak kat tepi jalan. Ada paling kurang 3 ke 4 trak. Standard la tu. Hari tu kat Jasin pon camtu jugak. Polis jer dah ader 100 orang. Aku sesorang kat depan pintu Melaka Megamall tu, tengok tak der sorang pon yang aku kenal. Rupanyer ramai hardcore dah belonggok kat McD.

Dari McD, diorang bergerak ke main entrance Melaka Megamall Masa ni, pak polisi dah mula menyerbu ke arah "Tok Ketua" kami.



Sementara depa dok leka sembang ngan polis, aku kabaukan dua tiga orang sebelah aku ni "aper lagi, bentang ler banner...jgn pedulikkan polis tu"..Bila dah banner terbentang, spanduk dah naik, Farhan mula main peranan. Macam tukang karut dalam dikir barat tu (bukan tukang carut)... Aku tak perasan aper yang dia laungkan mula mula..tapi bila dah ada kepala yang start, masa tu baru datang semangat. Bergema suara satu pekan.
TURUN TURUN...TURUN MINYAK!! TURUN TURUN..TURUN BN...HANCUR HANCUR..HANCUR BN.!!
HIDUP HIDUP..HIDUP RAKYAT!!

Tak lama lepas tu, jalan depan Melaka Megamall tu ditutup. Nampaknya, tak sampai la masej pada pemandu kat Banda Hilir petang tu. Tapi ramai jugak duduk kat pulau jalan antara MP dan Dataran Pahlawan yg memerhati dari situ. Turut memerhati, pengunjung Melaka Megamall yang tengok dari dalam (belakang pintu kaca). Dari atas padang pun ramai jugak. Kalau ikut laporan paper hari Ahad tu, ada lebih kurang 500 orang yg terlibat.

Dalam keadaan tak diberi guna pembesar sora tu, sempat la 4 lima orang hardcore bercakap. Ada jugak wakil dari PAS. Dalam setengah jam ada la kot... Then kitorang bergerak keluar dari Megamall tu. Ingat nak berarak ke Taming Sari, tapi kena kena block dengan polis berhampiran McD. Untuk mengelakkan kekecohan, kami pon bersurai la kat situ.

Aku tak amik part pegang banner. Aku edar flyers. Sampai polis baju pink yang misai melintang tu pon aku bagi. Pandang aku macam nak telan. Aku pedulik aper. Edar risalah...bukan edar dadah.

Aper pun trima kasih pada yang join, sudi luang masa untuk demo tu. Dengar kabar, ramai yang silap dapat info, berkumpul kat tempat lain (atas padang Dataran). Kesian diorang, tak dapat join. Ada geng yang turun dari K.L tp sampai selepas kitorang bersurai.


Timer kasih pada polis polis yg bertugas masa tu (kecuali yg baju pink). Masa nak bersurai tu, sempat sorang polis tu datang kat aku sempat aku cakap,



"Timer kasih encik. Kami bukan nak buat kacau pon".
Polis tu dengan sora yg slow and steady,


"Tak per, kami pun bukannya aper...dah arahan..kami turun bertugas jer. Tak ada aper aper la. Tak payah risau. Kita pon tak suka minyak naik. Saya kalau pergi dengar ceramah bawak anak bini. Tapi saya pakai helmet".

Haaa....tengok tu, polis pon geng... Aku kata, tak per la tak boleh join macam ni, tapi sokongan tu mesti berterusan yer.... Polis tu pon jawab...Ooooo, itu musti...




Kat sini jugak nk ucap trima kasih pada geng-geng Blalang Group yg byk bagi support & idea. Antaranya: Sukun.goreng, keypacklock, black_phoenic, awing_jublee, yana ixora, amin.zakariah, mdan_238, sazmee66, aznah_73, mzahid.ag, lilyridz, mawarAziz dan lelain nama yg aku tercicir...timer kasih banyak.

Ni antara idea yang diorang bagi untuk demo hari tu:

1. TEMPAH TOPENG PAK LAH, PAK NAJIB, SHAHRIR...LEPAS TU PAKAI ( 3 ORANG) ... JALAN SAMBIL BAWA SEPANDUK..UBAH GAYA HIDUP>

2. PAKAI PENUTUP MATA MACAM ZORO ( PENYAMUN ) LEPAS TU BAWA GUNI PLASTIK BESAR (HITAM) DAN TERTULUS KAT GUNI TU) DUIT RAKYAT HASIL JUAL MINYAK BAWA JALAN JALAN SAMBIL BERDEMO

3. TERIMA KASIH PAK LAH SEBAB SUSAHKAN ORANG KAYA DENGAN NAIKKAN MINYAK...... .

4. TERIMA KASIH PAK LAH BELANJA ORANG MISKIN MAKIN JIMAT SEBAB MINYAK NAIK...

5. TERIMA KASIH PAK LAH, PAK LAH SAYANG ORANG MISKIN ....

6. TERIMA KASIH PAK LAH SEBAB POTONG ELAUN KERAIAN PAK MENTERI SEBAB TU LAUK ORANG MISKIN LAGI ENAK DARI PAK MENTERI..... .....

7. TERIMA KASIH PAK LAH SEBAB BOHONG KAT KAMI KATA BARANG TAK NAIK HARGA....

8. TERIMA KASIH PAK LAH SEBAB TARIK SUBSIDI MINYAK DARI ORANG KAYA UNTUK ORANG MISKIN.... KAMI ORANG MISKIN MAKIN SELAMAT AMAN DAN MAKMUR .....

9. TERIMA KASIH PAK LAH RM625.00 DAPAT TAMPUNG HARGA BARANG NAIK

10. TERIMA KASIH PAK LAH RM150.00 DAPAT TAMPUNG HARGA SPARE PART MOTOR NAIK

11. TERIMA KASIH PAK LAH RM625.00 DAPAT TAMPUNG HARGA TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK ....

12. BUATLAH GAMBAR ORG TGH MINUM MINYAK DAN TERBAYANG TGH MAKAN NASI KE ATAU MAKANAN YANG BEST2....

13. PASTIKAN HARGA DITURUNKAN TOLONGLAH KAMI WAHAI PEMIMPIN YANG TERCINTA

14. LUKIS LE GAMBO LEMBU/KERBAU/GAJAH YANG DAH NAIK MINYAK HEHEHEHE....

15. ADER LAGI IDEA NI. CUBA KO AMIK MUKA DEPAN MAJALAH UJANG KELUARAN 335 (BULAN JULAI). SI KARTUNIS SUKUN TU BUAT GAMBAR PENYAMUN. KALO KO TGK BETUL2 GAMBAR PENYAMUN TU ADALAH FAK LAH… AKU TGK PUN TERUS BELI KOMIK NI. RESPEK GILA KAT KARTUNIS SKANG… DAH BERANI BEB. SAPER2 ADE E-MAIL SI SUKUN BG KAT AKU. AKU NAK UCAPKAN TAHNIAH BANYAK2 KAT DIA…. CAYALAH SUKUN. AFUNDI FAK LAH…. HUAUAHUAUHUAUA….

Idea ni ada yang menarik, boleh buat utk demo 6 Julai ni pulak.


Gambar gambar sekitar demo ni korang boleh tengok jugak kat page shimabatu's photostream (klik sini), atau di blog AMK Jasin.



5 komplen

  1. TC Ong // 8:53 AM

    Shima,

    Well Done!

    best rgs,

    TC.Ong

  2. BATU // 8:55 AM

    thanks mr. ong :)

  3. MawarAziz // 1:20 PM

    Aku sekarang dah atas pagau nie (bahasa melaka)..

    Tapi kalau dah masuk isu minyak & kes anwar ni, rasa cam dah terjun ke pembangkang..

    Boringlah dengan propanda politik malaysia.. UWEKK...... Rasa nak muntah! Meluat..

    Thanks a lot untuk member aku Shima, kerana selalu bagi info.

  4. BATU // 1:26 PM

    atas pagau???

    kau punyer duit minyak claim masa pilihan raya hari tu BN dah bayar ke blom? Buang minyak jer kau balik pangkah dia. Minyak naik, claim kau tak dapat jugak...

    takper...aku sokong semangat ingin tahu kau tu. sekurang kurangnyer, kau ni tak ler main tadah jer telinga tu. yg kompius @ xpaham, bule tanya...ni yg aku suka kau ni. selagi aku bule bantu..aku akn cuba bg info....kalau tak bule..aku cari orang lain yg boleh bg info utk kau. asalkan kau paham dah nk paham..tu dah kira baik.

    timer kasih mawar...sb support blog aku...

    luv u...uweeeekkkk...geli la pulak :))

  5. mawaraziz // 2:07 PM

    hahaha...... ade2 aje ko ni lah!