img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Kayu

digoreng oleh Shima Batu | Monday, April 07, 2008 | , , | 2 komplen »

Lesen aku (lesen keta la) mati 30 Mac. Aku hampir lupa nk hidupkan. Berapa inggit hidupkan lesen ek? Rasanyer RM30.00. Aku cakap dgn abah. Abah kata kalau hidupkan lesen kat pejabat pos ada kena charge RM2.00. Charge aper benda tah. Tapi abah kata, hidupkan lesen kat pejabat pos telok mas ni, tak der laminate. Alasan diorang, mesin liminate tu rosak. Tak per, aku pikir tu tahun lepas. Takkan tahun ni tak betol lagi mesin laminate pejabat pos tu. Bak kata angah pon, bukan KAYU yang jaga pejabat pos tu. Aku minta tolong mak hidupkan lesen aku tu hari Jumaat lepas. Mak dengan bangganyer, pergi la pejabat pos TELOK MAS. Diulang, TELOK MAS. Memang betol kena charge RM2.00. Takper, pasal malas nk berkayuh ker JPJ tu, RM2.00 bayar jer la. Dua inggit, aper la sangat. Kurang dua inggit, duit aku tak genap sejuta jugak.
Pastu kerani pejabat pos tu kata "ni kena laminate kat luar yer". Mak aku pun pelik "apasal pulak?". "Mesin rosak" jawab si pekerja pejabat pos tu. Chengggg..... Mak aku pun terus jadi heran "Eh dari tahun lepas mesin rosak. Awak cakap betol betol, rosak ker tak der?" nada macam nk hangin jer kan. Last last dia ngaku, memang tak der mesin laminate. O.k, tak per. Bukan masalah besau pon. Tapi kita kena bayar plak lagi RM1.00 kat kedai luar utk laminate. Maknanyer, aku kena belanja RM33.00 utk hidupkan satu lesen. Ada dua benda aku nk pertikaikan:
1. Kenapa mesti tipu, kata mesin rosak. Cakap jer tak der laminate, habis citer. Nak bodoh bodohkan saper sebenaunyer?
2. Kenapa kena charge RM2.00, padahal kena laminate kat luar jugak. Kenapa tak charge RM1.00 jer. Lagi singgit dipulangkan untuk laminate kat luar. Singgit aper nk kecoh yer tak? Tapi kalau pejabat pos yg ada laminate, RM32.00 utk hidupkan lesen. Singgit tu tak buat aku kaya. Tapi singgit tu kalau bebanyak, memang aku sendiri bule beli mesin laminate sendiri. Bukak kedai laminate depan pejabat pos.

Sekarang aku dah ada lesen yang siap berlaminate. Cina keldai laminate tu cakap" aiya..patut tak bole ini macam, itu perkhidmatan "gament" dia yg bagi, kenapa mau angkat RM2.00. Kenapa JPJ tak byr sama itu pejabat pos". Aku no comment. Ni kena tanya orang lain.
Aku tak sabar nak tunggu lesen aku yang ni mati tahun depan. Sebab, aku plak nak pergi pejabat pos tu. Mungkin tahun depan, mesin laminate rosak lagi. Memang KAYU la kot. Aper yang kayu? Bangku, meja, mesin laminate, stem, sampul surat...semua lah kayu, termasuk mesin laminate.

Alahai..aku criter ni sekadar merangsang rasa kelakau dalam diri. Bukan tanda marah.

2 komplen

  1. Anonymous // 2:35 PM

    shima.....

    macamana nak komen nie... hukhuk..

    dah lama x masuk kat blog ko.. cerita kayu ni menarik sungguh...

    ape kata ko buka kedai laminate kat sebelah pejabat pos tue.. pasti untung.. hehehehe...
    Apara... sungguh memalukan je.. mahal sgt ke mesin laminate tue.. tak patut buat orang2 kampung macam tue..

  2. Shima Batu // 9:41 AM

    hah...ni kan pandai letak komen.

    tapi ni sper ek? apasala tak letak nama? apasal letak "anonymous"?