img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Dengan DUA TANGAN

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, November 14, 2007 | | 0 komplen »

Baru baru ni aku mendengar criter dari seorang kawan. Dia criter pasal housemate nyer. Member aku ni lelaki, so haousemate pun lelaki ler. Tak ada apa yg cacat pun budak tu. Tp perangai ada palik skit. Dia ni semayang rajin. Tp masalahnyer, dia slalu mengungkit. Antara yg menjadi ungkittannya ialah, kenapa aku semayang tp jerawat byk gak kat muker dan satu lagi, kenapa Allah tak jadikan muka aku hensem macam Dafi.
Subhanallah…. Jawab kawan aku yg laser ni… kau semayang pasal nk buang jerawat ker? Kalau korang, aper jawapan korang? Korang rasa, kalau lah muka dia hensem, mesti dah jadi artis sekarang ni, tak pon jadi anak ikan…kwang..kwang..kwang. saper nak jawab ni. Nasihat aku pada mamat ni atau semua yg seangkatan, JANGAN TANYA KENAPA, TAPI PERGI CERMIN MUKA TU, LAYAK KER KAU NAK TANYA KENAPA? Memang tak sedar diri.
Sejak dua menjak ni, aku sibuk dengan kerja. Sibuk macam umor aku akan panjang sampai seribu tahun. Macam lagu Seribu Tahun_OST Sayangku Saerah tu. Terpikir gak kat kepala aku yg comei ni, berbaloi ker aku kerja sepuloh ke dua blas jam sehari semata mata untuk dunia yang blom tentu aku hidup besok. Pikir balik, semayang lima kali sehari + zikir bila teringat + mangaji dua tiga baris = total tak sampai lima jam sehari. Ni ler bekalan aku untuk akhirat besok. Akhirat yg kekal. Cukup ker ni. Macam tak jer kan? Kesian aku. Kesian iman.
Pikir lagi, aku belajau setinggi angkasa lepas pun, kalau ilmu tu tak berguna utk aku kat sana nanti, ada makner ker semua ni? Rezki melimpah ruah, kaya, kenyang dgn hasil menipu dan rasuah, boleh senang ker aku besok. Dan aku lebih takut kalau amal tak diterima dari doa yang tak dimakbulkan masa aku hidup. Mana yang aku nak… MALU DI DUNIA atau AZAB DI AKHIRAT. Ye la, byk benda baik dah jadi perkara yang memalukan hari ni.
Aku nk share skit tentang apery g aku baca semalam tentang doa.
Huzir pernah ingatkan aku ayat ni:
“DAN TUHAN KAMU TELAH BERFIRMAN: MOHONLAH KEPADAKU, NESCAYA AKU MEMPERKENANKAN PERMOHONAN KAMU” (Al-Mu’min: 60)
Tapi kenapa kita ni liat sangat nak berdoa. Allah itu MAHA PEMURAH. Ada riwayat mengatakan, ALLAH itu merasa malu untuk menolak permohonan hambaNya apabila ia mengangkat kedua belah tangannya memohon sesuatu. Jadi kita sebagai hamba, minta lah dengan DIA slalu. Bukan dengan gaban, bomoh, doremon atau degawan. Tak kiralah pada masa senang ker, susah ker. Jangan putus asa kalau doa tu lambat dikabulkan. Mungkin ada rahsianya atau hikmah.
Sabda Rasulullah SAW
“JIKA ANDA MENGENAL TUHAN PADA WAKTU SENANG, NESCAYA DIA AKAN MENGENAL ANDA PADA WAKTU SUSAH”
Makan nak kena jaga. Macam kata sesetengah para salaf
“DOA ITU LAKSANA KUNCI. DAN ANAK KUNCINYA IALAH MAKANAN YANG HALAL”
Moga moga, ini dapat member manfaat utk aku, korang dan semua muslimin. Andai ada tersalah dalam aper yg aku tulis dan paham ni, sila lah betulkan. Aku mengalu alukan sangat komen dari korang. Sebab komen korang tu menandakan korang membaca aper yg aku tulis.
Trima kasih, tata and wasalam.

0 komplen