img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Al Fatihah buat Pakcik Rahim

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, October 31, 2007 | | 0 komplen »

Ni aku nk citer sedih. Member aku Sri Yanti a.k.a nick, abah dia (pakcik rahim) accident last week. Aku tak sure bila tapi aku baru tahu khamis lepas 25 oktober 2007. Kena kat Sempang, Merlimau. Dekat ngan kubor cina. Sejak kena sampai hari ni abah dia kat ICU Hospital Melaka. Aku malas nk story..korang baca la ni...dari blog dia

aku sedih sgt....abah bas accident...accident kat merlimau..dekat dgn kubur cina lama nak dkt smpi Sempang tuh....kecederaan abah teruk sgt pd aku..semasa blog ini ditulis abah masih lagi dalam ICU kat HB Melaka...kt ICU tu cume boleh masuk berdua2 je, xbole lama2 & dtg melawat pon cume dibenarkan pd waktu melawat je...kaki dan tangan abah smue patah tp yg bersimen+masuk besi cume kaki kiri dan tgn kanan...kaki kanan dan tgn kiri tu dr kate fractured sket,boleh bercantum secara semulajadi dengan sendirinya..tulang rusuk abah sebelah kiri pon patah tp dr da masukkan besi.yang sedih sekali tulang pinggul/punggung abah sblh kiri hancur...nak kena operate utk buang serpihan2 tulang tuh utk dimasukkan plat besi,tp jantung abah pon x berapa stabil,pernafasan abah tercungap2...abah bernafas gune mask oksigen.dr perlu stabilkan pernafasan abah betul2 baru bole operation.abah boleh bercakap tp semput.nurse tak kasi kami bercakap dengan die & x kasi kami bagi air utk die minum walaupon abah mintak sesngt dengan tunjukkan isyarat.nurse kate kalo sayangkan abah jgn borak atau bg air kerana itu hanya akan membuatkan die lebih kritikal.abah bersuara perlahan kat aku mintak aku sorok2 bawak kain basah2 masuk dalam beg utk diperahkan air masuk ke tekak die,tp aku x buat.mmg aku x smpi ht tp mengenangkan nurse da pesan mcm tuh...aku terpaksa tolak permintaan abah.dengan linangan airmata aku hanya mampu ckp "abah kena kuatkan semangat abah ye..kakngah x bole bg abah minum air,nnt abah lagi semput"...mata abah sayu je pandang aku lps tu die pejam blk mata die.aku menangis tgk abah berkeadaan mcm tuh...
tadi, lebih kurang dalam kul 3.43ptg, dia bg tau kata abah dia dah xder. aku terkejut gak. pasal pagi tadi aku baca kat blog kata keadaan abah dia da o.k skit. tp ni semua janji DIA. aku terkilan, pasal tak sempat jenguk semalam. aku memang nk pergi sangat sangat semalam, tp tak jadi pergi sebab ada alasan alasan yg bagi aku cukup bodoh dan dah biat aku menyesal sekarang. terkilan beb. arwah pakcik rahim memang best. dia aku kenal masa sekolah lagi. maklum ler jiran setaman. suara memang garang la. kalau berbual macam nak ajak gaduh. tp memang baik. aku tau pasal aku cakap, dia memang baik.
aper pun nick, bersabarlah. mungkin ini lah yang terbaik untuk abah kau. aku tetap bangga kat kau, pasal kau sempat berbakti untuk dia walau pun dia cuma bapa tiri.
sebanarnyer, aku pun tengah xder mood ni. tak sabar nak balik. hati aku tengah tak best.
sesama kita sedekah Al Fatihah utk arwah.

0 komplen