img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Bila Kawan Dah Bercerai

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, September 11, 2007 | , | 2 komplen »

Tadi aku chat dgn Wie. Dia criter dia ada jumpa member sekolah kami last week. Nama dia biar ler aku rahsiakan. Tp rasanyer korang mesti buleh agak kot. Dia ni member form six. Lepas STPM kami lost contact. Bukan lost tp xmencari kawan masa tu. Sebab memasing sibuk ngan belajau & baru nk cari kerja. Dia kawen masa kami dok sibuk tu ler. Jodoh sampai awalkan…Aku tak dapat jemputan dia masa tu. Mungkin ada kesilapan teknikal atau memang xmasuk senarai jemputan. Tp xpernah la pulak kami mendoakan yang tak baik utk rumah tangga dia. Dah kawen, dah selamat…Alhamdulillah. Soal jemput ke tak aku xkesah. Tak pernah amik hati. Sebab kalau aku kawen blom tentu aku jemput seluruh alam buana ni. Jadi aku paham.

Tp perkahwinannyer tak ler panas hingga ke petang. Ada hujan kat tengahari. Korang paham sendiri la yer. Ditakdirkan, dia terpaksa berpisah dengan suami dia. Kami dah dengan crita penceraian dia ni dah lama, tp last week baru betul betul dengar criter dari tuan punyer badan. Walau pun kami xsempat dengar criter bahagia dia, tup tup jumpa criter bab yg sedih…kami tetap merasa berkongsi kesedihannyer. Yer la dulu masa sekolah, ni ler jugak geng satu kelas yg sama sama bersekongkol kalau buat jahat. Walau pun tak sama klik, tp bab buat jahat memang bersama sama & ramai-ramai, kalau buat baik sendiri sendri jer. Sebab nanti kalau kena marah sesame, kalau dapat anugerah sesorang.

Penceraian yang berlaku, ni ler urusan Tuhan. Owie cakap, bila dengar orang bercerai, rasa cam takut nak kawen. Ada kawan aku kata, kawen ni mcm satu perjudian, sebab kita tak tau apa nasib kita sampai ke sudah. Betul ker camni..terserah pada korang. Ni semua takdir. Dah tertulis…dah confirm utk kita. Mana mungkin kita menolak atau mengelak. Jadi kena lah redha… trima setelah usaha. Jgn salahkan sesiapa atas aper yg berlaku. Jgn sakitkan hati sendiri. Benda yg dah berlaku memang utk kita. Tak payah ler sesusah nk salahkan orang lain, marah, mengamuk. Kalau sedih, boleh nak menangis pun, tak saper larang, tp jgn salahkan takdir. Cinta kita patutnyer, hanya pada DIA. Jadi bila aper pun yg jadi utk kita kt dunia ni, kena pikir yang kita kena sayangkan yang SATU tu lebih dari makhluk dan benda lain. Tp bukan senangkan nak dapat sipat mcm ni. Aku sendiri rasa cam..buleh ker nk jadi macam ni..redha sentiasa. Aku pun mengidam sipat camni. Bukan mustahil nk jadi macam tu, tp…issshkk…susah nk buat kan. Kita usaha sesame yer….Mohon pada DIA bg kita kemudahan dan kesenang utk amal kita pada DIA. Mohon taufiq dan hidayah. Kena insaf & syukur sentiasa.

Minta utk hidayah & petunjuk hanya pada DIA, bukan pada Doremon atau Degawan.
Minta perlindungan pada DIA bukan dari Ultraman atau Superman.
Jangan jadi open minded yg menjadikan DIA bukan no. 1. Lantak lah orang nk gelau kita aper, asal kita jaga agama kita. Okey………..InsyaALLAH mudah mudahan ALLAH mudahkan yang baik utk kita.

2 komplen

  1. Anonymous // 3:26 PM

    Sian kat kawan awak tu?....

    Sebenarnya, hanya orang yang dah kahwin dan bercerai aja tahu macam mana boleh jadi cam tu?...

  2. Warganegara Kampung KEKAL // 3:35 PM

    thanks for the comment

    itu sebab kena berdamping dengan DIA yang satu sentiasa. supaya kita tak cintakan benda lain lebih dari DIA.

    berkasih sayang, boleh...tp berCINTA hanya untuk DIA. sama sama kita usaha o.k