img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Yg Kawen, Mengandung, Beranak & Tak Kawen Lagi

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, June 13, 2007 | | 0 komplen »


NI CRITER ORANG NAK KAWEN

Paling dekat, HUZIR & MARIATI (6, 7 & 8 Julai 2007). Kad jemputan dah siap, mungkin dah diedarkan kot. Mak andam pun dah pergi booking. Rasanyer dah banyak persiapan diorang. Rasa ni paling havoc skali nanti. Kalau semua kawan kelas & cikgu sekolah datang… mau bergegar pekan melimau tu besok. Tak sabar nak tunggu. Kengkawan semua excited giler. Rumah huzir aku nak pergi, umah mariati pun sama. Dua dua rumah aku nak pergi. Biasalah menyibuk. Aku yang tukang buat kad kawen dia. Dia tak bagi kad aku print sendiri.

NI CRITER ORANG KAWEN

26 may yang lepas, memang ramai orang kawenkan anak. Pada hari yang sama jugak, buat yang kesekian kalinyer aku ke MTest utk KPLI. Kali ni ditemani oleh angah, ajay, owie dan zul azrin. Balik dari mtrest kami ke rumah dayah.
Kerja kawen adik dayah. Ni ler gambau yg sempat aku attachkan. Yang mana ada dalam gambau tu ler geng geng yang datang masa tu. Lama jugak duduk kat rumah dayah. Mengabiskan lauk pengantin. Zul bawak adik dia si kembar tu pasal tak ada orang jaga. Aku tak bawak kamera. Gambar ni semua dari kamera dak atok cap Olympus.Pengantin sibuk bersolek, so tak dapat bergambar dengan dia. Tak per la. Kami doa korang bahagia, murah rezki… Amiin.


Balik dari rumah dayah, aku menjengah rumah orang kampong aku plak. Rakan sepermainan masa kecik dulu. Yang ni tak der gambau, pasal aku tak der camera masa ni. ITA kawen plak dengan budak Tedong nama YUSOF. Aku datang dah petang. Orang pun dah basuh periuk. Keta pancit… tu pasal ler lambat sampai. Tapi Alhamdulillah sampai jugak.

NI CRITER ORANG MENGANDUNG & BERANAK

9 Jun yang lepas, aku pi tengok anak sri yanti a.k.a. nick. Dia dapat anak pompuan. Comel tapi byk ruper laki dia. Dia sihat, anak pun alhamdulillah baik… baru lepas keluar wad kena kuning yg teruk. Aper nama anak dia aku luper la. Ada Camelia ujung nama tu. Nicknanti tolong betulkan. Aku & Wie jer yg ada masa tu.

Wie pulak bawak si YATIE MAHAT. Yatie pun makain cun, dah 9 minggu pregnant. Murah rezki dia. Dia sibuk bercerita dengan nick pengalaman mengandung. Aku dengan wie melopong jer dengar.

Semalam, aku jumpa pulak SITI NURBAYAH, dah pregnant jugak, 4 bulan. Dia kata dia bunting pelamin. Tak kira la kau bunting pelamin ker, khemah ker, kelambu ker yang penting sihat. Murah murah rezki korang.

Biasa lah.. bila dengar citer orang nak kawen, rasa nak kawen jugak, bila dengar orang criter nak beranak, rasa nak beranak pulak. Eh malampau nyer. Ngeri betul imiginasi.

NI CRITER ORANG YANG TAK KAWEN KAWEN LAGI

Sepanjang minggu lepas dan minggu ni, aku sibuk ulang alik ke maktab. Maklum ler ejah kat maktab, aku pun jadi ler orang maktab sekejap. Ada jer alasan nak berjumpa tu. Minggu ni ejah exam. Kalau ikut plan, Khamis ni (14 June) ejah suruh aku jemput dia kat maktab. Pastu hari Sabtu kami nak bercuti…InsyaALLAH. Kami tu dah tentulah aku, ejah wie dan dayah. Tempat percutian dirahsiakan buat masa ni. Takut kena serbu beb.

Kepada zul azrin yang tak dapat ikut… hidup ni mesti diteruskan. Ingat la, walaupun kau tak der bersama kami, kau tetap di hati kami. Tak ada yang lain. Bersabarlah,perpisahan ini hanya sementara :-)

0 komplen