img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Tentang Dia

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, January 31, 2007 | | 0 komplen »

Assalamualaikum...

Baru hari ni aku teringat tentang dia. Pesan dia sblom terbang Khamis lepas (25 Jan 2007)
"Jaga diri, jaga kesihatan, jangan nakal nakal"
Memang best, dia tau aku nakal. Nakal xper, jangan jahat :-P




Eh .. tu pesan dia untuk aku, bukan untuk korang.
Tapi ada satu criter yg dia story kat aku beberapa hari sblom dia berangkat (korang mungkin dah pernah dengar kot). Kesah pasal sorang pemuda yg kena menhadap raja pastu terleka kat taman depan istana.
Sebenarnyer, raja tu panggil pemuda tu ke istana, sebab nak kurniakan dia taman yang cantik tu pada dia. Tapi disebabkan dia leka, ingkar arahan/perintah raja utk datang mengadap, punya la lamer raja tu tunggu, maka raja tak jadi bagi taman tu kat dia. Pemuda tu terus dihalau keluar dari kawasan istana & tak boleh tengok taman tu lagi.
so the moral ofthe story is..... inilah padahnyer kerana TERLEKA dan INGKAR arahan. GANJARAN atau benda yg dah di peruntukkan utk kau tak dapat..... ditarik balik.
Apa pengajaran dan kaitannya criter ni dengan kita termasuk aku:
Nilah ibarat hidup kat dunia ni. Kita selalu leka, lupa, cuai, lalai dengan nikmat dunia ni. Padahal dah tau nikmat ni sementara jer...bukan hak kekal kita pon, pinjaman jer. Tu pun ramai yang kerek. Yang ada kat dunia ni laluan kau jer nak pegi sana (akhirat). Sedangkan ALLAH dah janjikan ganjaran utk kita sumer ni kat sana nanti (syurga). Tapi kita lupa pada perintah DIA. Bukan takat lupa, langgar, ingkar malah kekadang tu tak perasan kutuk lagi ada.
Mesti ingat selalu, matlamat kita kita bukan kat sini. Bukan dunia ni yang patu dikejar. Tapi aku ni (korang aku tak tau ler) memang selalu kena diingatkan sebab aku selalu lupa.
Firman Allah:
"BARANG SIAPA YANG INGIN KEPADA KEHIDUPAN DUNIA & PERHIASANNYA, KAMI AKAN BAYAR SECUKUPNYA TERHADAP PERBUATAN DI DUNIA. DAN MEREKA TIDAK AKAN DIRUGIKAN. MEREKA TIADA MENDAPAT TEMPAT DIHARI AKHIRAT ELAK. MELAINKAN BALASAN API NERAKA & DI SANA TIADA BERGUNA SEGALA APA YANG MEREKA USAHAKAN & SIA SIALAH APA YANG TELAH MEREKA KERJAKAN DULU"
(Surah Hud: 15 - 16)
Makanya, kau memilih untuk senang di mana? Sini @ Sana?
Siapa berani korbankan dunia dia untuk akhirat... berapa ramai pulak yang berani korban akhirat untuk dunia?
Kita usaha sesama yer... kita boleh beb!
InsyaALLAH...dengan izin ALLAH.
Mohon dimudahkan jalan... Amiiin.
p/s: aku budak baru belajau :-)

0 komplen