img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }

Facebook & McDonald

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, December 18, 2012 | 0 komplen »


"Hei.. jgn makan McDonald.. boikot Israel... ko tak syg palestin ker?""Eleh... tak payah la nk poyo sgt boikot bokot ni. kalau ko betol nk boikot.. boikot ler facebook skali. naper ko tak boikot facebook?"

TIDAK mampu memBOIKOT facebook menjadi alasan kepada mereka yg tidak mahu boikot McDonald (McDonald sbg 1 cth produk).

Saya?? 
Facebook & McDonald terang2 menyumbang kepada Israel utk menghancurkan Palestin. Saya xbule guna burger McDonald utk propagandakan kekejaman zionis di palestin. Jadi saya guna facebook. Mereka memang boleh access setiap apa yg kita buat di sini (facebook). Bagus.. biar mereka tahu berapa ramai yg xsuka, benci & bersatu menentang mereka (walaupun mereka tak GENTAR). Bumi palestin bkn utk Palestin sahaja. Terima kasih penduduk palestin kerana mempertahankannya hingga sekarang.

Mungkin.. waktu ni Israel sdg review profile & wall facebook user di malaysia ni. bagus.. dia boleh nmpak kita benci dia.. tak gitu?

"So whilst we should be vigilant and understand what Facebook is and its links with Israel, we at the moment have no alternatives." -www.inminds.com

Hakikat sebenar... semua di sini membenci Israel Zionis.. tapi tidak memboikot facebook. Tapi berapa ramai plak yg boikot McDonald di sini. Sila angkat tangan :)


Read more...

Prohibiting or Explain [Melarang @ Menerangkan]

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, December 06, 2012 | , | 0 komplen »


Suatu hari di rumah dgn Fathimah Halim ::

Fathimah: Saitan.. saitan... pergi sana saitan (sambil main dgn adik)
Aku: Eh.. mana kakak dapat perkataan "saitan" ni. Kakak dgr kat mana? Siapa sebut?
Fathimah: Kakak dengar kat taska. Makcik tengok tv citer ular emas. Org tu ckp saitan.

TINDAKKAN: must do something... baru 3thn 3bln dah pandai meNYETAN nyetan nih... 

Option 1: Marah makcik kat taska.. jgn bukak tv citer ular emas tu depan budak. then ckp kt anak.."jgn cakap setan lagi. kalau sebut lagi ummi sepak mulut"

Option 2 (yg ku pilih): explain it... setan tu perkataan yg tak baik. tak boleh cakap kat orang, kat adik, kat kawan, kat org dewasa... semua tak boleh. kalau dengar kat tv.. jgn tengok cerita tu. ckp kt makcik... tak nak la tengok cerita tu (better bdk yg tegur makcik tu dari parents yg tegur. kang kalau aku tegur sentap pulak).

Aku : ok.. kakak paham tak?
Fathimah : oooo.... tak buleh ckp saitan saitan yer. nanti Allah marah?

Yes.. berjaya..... Dia paham InsyaALLAH :)






Read more...

Dari Santai ke Menyantau

digoreng oleh Shima Batu | Friday, November 30, 2012 | , | 0 komplen »

Rasa SANTAI bila turun makan tengahari Jumaat ni. Makan nasik ayam sambil belek Metro & dengar khutbah jumaat.

Walau bagaimanapun, rasa SANTAI bertukar kepada rasa nak MENYANTAU bila tetiba ada dua tiga org lelaki melayu islam (agaknyer) datang dan tukar channel tv sambil tanya, 

"err.... paper dah habis baca tak?"

JADI... korang undi la aku utk jadi wakil rakyat dan senang utk aku halau semua lelaki yg cukup syarat utk semayang jumaat ni ke mesjid bila sampai waktu.

Adios..... Read more...

Umur BUKAN SEKADAR ANGKA

digoreng oleh Shima Batu | Friday, November 16, 2012 | , | 1 komplen »

Hari ni 16hb Nov 2012, genap umor aku ke-31 kalau ikut kalender org putih la. Kalau kalender org Islam aku kurang pasti brp tahun, tapi tarikh besday jatuh pada 18 Muharram.
“Age it is just a number”
Mungkin ini komen orang  yg bila disoal tentang diri yg tak setanding dengan umor.
Ada yg nampak matang, tp umor budak budak, kita panggil.. 
”wah beliau nampak matured la”.
Ada yg dah dewasa tp mcm perangai budak budak. Yang ni kita kata tak cukup masak atau tak empuk.
Ada jugak yang umor dah bangka tp tak matang matang.  Yang ni kes nyanyuk.

Aku dah 31 tahun. Bila aku ingat balik dalam tempoh 5 tahun ke belakang. Aku tak pernah tukar kereta, tak pernah tukar kerja, tak pernah beli laptop.
Tapi dalam tempoh lima tahun kebelakang ni jugak, aku ada suami dan 2 anak.  Dalam tempoh ini, aku belajar.

MENGHARGAI
Kalau dulu aku rasa membazir top-up handphone RM30.. lebih baik makan KFC. Sekarang aku rasa membazir makan KFC RM30.. lebih baik beli baju anak.

ENJOY
Kalau dulu bila time cuti, kat mana yang best untuk lepak, tempat makan apa yang ada kat situ. Kat mana yang selesa untuk sembang berbual sambil gelak gelak dengan member.
Sekarang, kat mana yang ada playground/play land/kid zone yang best. Tempat makan apa yang ada yang anak anak suka makan. Kat mana yang anak anak selesa untuk berambat main kejar kejar.

MEMBERI YANG LEBIH BAIK WALAUPUN BKN YG TERBAIK
Kalau dulu nk dapat pencil warna yang kotak panjang 12 batang tu darjah 5 baru merasa. Sekarang, anak baru masuk 2 tahun dah belikan sekotok kecik 12 batang. Masuk 3 tahun dah dapat kotak yg panjang.

SABAR
Kalau dulu boleh nak rasa marah atau hilang sabar pada orang tak reti bahasa ni. Sekarang kena jangan marah sebelum kita sendiri yang bagi dia paham.

Kalau dulu 2 tahun lepas sekolah jumpa kawan lama, selain dari tanya khabar kita akan tanya,
"Buat aper sekarang, belajar kat mana?"
Nanti 2 ke tiga tahun lepas tu, jumpa kawan lama akan tanya pulak,
"Kerja apa, kerja mana, gaji ok?"
Nanti lepas dua tahun,
"Dah kawen? Berapa anak?"
Lepas 5 tahun, mungkin
"Anak dah sekolah?  Umor berapa? Bila nk tambah anak?"
Lepas 20 tahun, mungkin
"Dah menantu? Berapa cucu?" 
Umur BUKAN SEKADAR ANGKA. Malah lebih dari itu. Semua akan berubah, ikut masa, keadaan, situasi, alam sekeliling... dah mcm sesumpah plak ni :-)

31 tahun?.. byk angka tu.

  • Lebih banyak yang buruk atau yang baik
  • Lebih banyak buang masa atau byk yg berfaedah
  • Lebih banyak dosa atau pahala
  • Lebih banyak amal atau mungkar
  • Lebih banyak dunia atau akhirat
Tak kesah la aper pun, yang pasti "MATI ITU MAKIN HAMPIR, BUKAN MAKIN JAUH". And you all should believe it.

Gambar Hiasan :)




Read more...

Ismail Bin Mesri

digoreng oleh Shima Batu | Monday, November 12, 2012 | 0 komplen »

Salam,

Siapa Ismail Mesri? Ini anak kepada sepupu aku. Kira anak buah jugak la. Umur beliau sebaya daku. Bakal anak-anak beliau adalah bakal cucu-cucuku. Aci? Orang kampung sedara mara panggil dia Achik jer.


Sabtu lepas (10Nov2012) telah selamat bernikah dgn pilihan hatinyer Wati (nama penuh xtau). Wati ni beza umur 10 tahun dari Achik. Yang bestnyer... Achik dah berkenan dgn Wati ni sejak Wati darjah 5. Fuhhh... giler lama. Macam xpercaya kan? Tapi saper yang kenal Achik akan percaya... sb Achik orangnya memang begitu. Hahaha...

Achik ni dulu sekolah Seri Mahkota. So.. mungkin ada antara kengkawan aku yang kenal kot dengan Achik.

Layankan beberapa gambo majlis pernikahan Achik & Wati yang sempat di"tembak" oelah Angah hari tu.




Read more...

Sempoi Art Syndicate

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, November 01, 2012 | 0 komplen »

Salam to everybody,

Lama tak menulis kat blog ni. Hampir lupa password. Aci?

Okeh.. just nk kongsi serba sedikit part time business aku. SEMPOI ART SYNDICATE.

Awalnya yang secara serius terlibat aku, Owie & Ejah. Pastu Icam & Angah. Sekarang En Halim jugak terpaksa terlibat. Terlibat dalam mendengar bebelan aku bila tension dgn customer. Hehehe.. dpn customer kena senyum.. depan laki la aku hentam bebel.



SEMPOI ART
Hasil kerja seni yang sempoi. Aku nak bagi nama canggih canggih, kang orang kata.."eleh.. nama gempak. Macam pro". So baik aku letak nama yg sempoi jer.

SYNDICATE
Atau dalam bahasa melayunya "sindiket". Bunyik mcm kerja haramkan? Tapi serius... ni bukan kerja jenayah.

JUAL MENDA
Dengan sedikit kemahiran yang Allah pinjamkan ni, boleh la aku design kad kawen, banner, bunting, poster, handbill, business card, album kawen and buat pakej fotografi utk orang kawen.

PHOTOGRAPHER
Yang utk fotografi orang kawen tu aku terpaksa sub bg photographer lain. Sebab xder saper dalam team aku ni yg boleh pegang camera lagi. Owie sejak dah kawen xduk melaka lagi, Ejah.. memang xder camera, Icam.. xder skill tp ada camera. Angah ada skill, ada camera tp xder masa. Halim ada masa tapi xda camera & xder skill. Hahaha..

KENAPA BUKAN AKU YANG PHOTOGRAPHER
Aku? Skill.. buleh la, Masa... bule jgk, camera.. xder tp bule sesah jer Angah punyer, tp... errr.... Agak buruk la ruper kalau photographer itu seorang ibu beranak 2 yang beratnya lebih dari 60kg dgn ketinggian tak sampai 170cm sedang terbongkok bongkok dan kadang kala seperti sedang menonggeng nonggeng mengambil gambo pengantin utk mendapatkan shoot yg menarik. So.. paham yer murid-murid. Kenapa aku xmahu ambik gambo lagi.

So, korang bule ler rekemen kat sedara mara atau kengkawan bagi pihak aku. Komisen memang lum mampu nk bagi.

Okey.. next time kita sambung lagi.


Read more...

TERATAK MAK WER

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, January 25, 2012 | | 0 komplen »

Ini rumah arwah PakWe & MakWeR (atok & nenek belah Abah aku). I really love this house. Bukan aku saja, aku yakin semua sedara-mara & sepupu jugak. A lot of memory here. Terutama kepada adik beradik Abah. Banyak keistimewaan rumah ni. Dan rumah ni merupakan kebanggaan keluarga.

  1. Rumah kampung. Satu satunya rumah kampung yang aku pernah tengok ada bilik lebih dari satu. Biasanya kalau rumah atas macam ni ada cuma satu bilik sahaja.
  2. Rumah ini ada 3 bilik tidur. Setiap satu bilik ada bilik air. Kebanyakkan umah kampung toilet luar rumah kan?
  3. Semua bahagian rumah... binaan atas. Biasa kalau kita tengok rumah kampung, yang bahagian dapur musti kena turun bawah. Tapi umah ni special. Dapur & bilik air dalam umah tu semua sama level.
  4. Ada 1 ruang tamu, 1 ruang tengah rumah, 1 ruang makan, satu ruang dapur.
  5. Lantai rumah dan bilik daripada kayu resak. Masih elok hingga hari ini.
  6. Rumah ber"piling" ... sila jeles yer orang kampung semua.
  7. Pintu utama, bercermin kaca.
  8. Sebahagian dinding ruang tamu terdiri dari 3 keping cermin kaca yang besar.
  9. Semua tangga batu.
  10. Keseluruhan rumah bersyiling termasuk garaj.
  11. Asalnyer.. rumah ni berpagar keliling rumah. One and only rumah kampung yang ada pagar keliling rumah pada zaman tu.
Arwah PakWe bekerja dengan orang putih dulu. Beliau jaga estet (Manager mungkin... sb tu dapat buat umah yg besau & paling cantek kt kampung tu..sila jeles). Jadi mungkin sb tu ciri ciri umah ni byk tiru umah org putih. Tp buat style Melayu. Walau pon aku tak pernah kenal dgn Arwah, tapi aku dapat agak, beliau seorang yang high taste lah jugak.

Terima kasih kepada Mak Iti sekeluarga sebab dah jaga umah ni dengan baik. Walau pon tak dapat nak cantekkan umah ni mcm dulu dulu, tapi asalkan tak semak & bersawang tu pon dah baik.

Rumah ni sekarang tidak berpenghuni. Jadi impian aku terhadap umah ni? Aku nak duduk sini. Aku nak betolkan balik dinding-dinding yang dah terkopak tu. Aku nak cat semula dengan cat asal rumah ni (putih biru). Nak tanam balik pokok bunga keliling rumah. Nak pasang balik mentol warna warni dekat garaj. Aku nak pasang signboard "TERATAK MAK SITI" sempena nama arwah MakWeR.

Nanti raya... nak ajak semua mak-mak sedara datang bakau lemang & rebus ketupat kat rumah ni. Kembalikan balik zaman kegemilangan rumah ni macam dulu. Kita pasang pelita keliling rumah.

Justeru, aku memerlukan sokongan korang semua.

Aku nak korang semua tolong aku untuk jaga umah ni nanti. Boleh tak?????? Kita cuba sesama yer... :)

Sekian.


Read more...

AKU BELI KASUT SELEPAS 12 TAHUN

digoreng oleh Shima Batu | Monday, January 16, 2012 | | 0 komplen »

Salam Babe.

Last korang bli KASUT bila? Aku?? Masa Tingkatan 6. Maknanyer 12 tahun lepas. Tak percaya? Tanya la mak bapak aku. Tu pun pasal tak bule pakai selipar pergi sekolah.

Masa nak masuk U... adalah mak aku blikan kasut. Tu paling mahal la. RM seratus lebih. Tak hengat lebih tu berapa. Mahal la bagi aku. Pergh.. confirm ramai yang terbahak bahak gelakkan aku ni. Serius beb. Aku dah lama tak beli kasut.

SOALAN: Abes selama ni aku ada appointment luar, aku pakai aper?
JAWAB: Adalah sepasang kasut yang bekas staff (skang dah jadi tokeh) hadiahkan aku (bukan aku beli yer) kasut tu tahun 2010. Masa tu aku mengandung ke-dua 7 bulan. Aku tergelincir kat depan kedai masa hujan. Terus pompuan ni bagi aku kasut. Terima kasih Izza. Moga kau murah rezeki. Kasut tu aku letak bawah kusi keta.. bila turun keta nk jumpa customer baru aku pakai. Naik keta aku pakai selipar semula.

Selama ni aku pakai selipar la. SELIPAR yer.. bukan sandal. Selipar BATA yang harga RM16.00 tu. Tapi dah setahun lebih.. aku tak dapat pakai selipar Bata tu lagi sebab dah tak keluar lagi design tu. Sedih siot. Lalu aku beralih ke selipar getah a.k.a. selipar jepon a.k.a. selipar jamban. Gila keji aku kan?

Apehal aku tanak berkasut. Eh.. nasib baek aku pakai selipar. Ikut hati nak kaki ayam. Aci?

Entah ler. Aku tengok cam semua kasut tu tak padan dengan aku la. Ada yang aku tengok cantek sangat.. ada yang aku tengok tak layak untuk kaki aku (musti ramai muntah hijau baca).

Lalu aper yang membuat aku pakai kasut hari ni? Sebab kena marah dengan Wie & Ejah 2 hari lepas. Selama ni diorang tak pernah kondem aper yang aku nak pakai. Diorang selamber jer. Tapi bila diorang kata.. "Oit.. tolong la jangan pakai selipar ni lagi".. baru aku perasan yang selipar aku pakai tu buruk gila. Tak sanggup aku nak upload gambo beliau di sini. Dah la buruk.. warna hijau dan besau seinci pulak tu dari saiz tapak kaki aku.

Dan bila aku berKASUT hari ni ke office. Mak aku hantar aku gi kijer sampai depan pintu (sila jgn salah paham. Beliau nk tengok mana ruper aku pakai kasut). Dan boss aku dah menjerit dari tangga office pepagi tadi.. "Wah.... dah pakai kasut la. Aper dah masuk dalam badan kau ni?"

Thanks to encik Halim. Beliau telah berjaya memprovokasi aku supaya bli kasut yg harganya RM49.90 (itu pon mahal.. aku pilih yang harga RM29.90 dia tak berkenan plak). Beza tu duaploh hengget bule bli mekDi tau. Makan lagi penting kan? FYI encik Halim dah banyak kali tanya.. nak beli kasut tak.. nak beli kasut tak? Dia nk belanja la kunun. Dan bila aku betol betol nak beli... aku bayar sendiri. Huh... Tapi bagus gak.. satu kejayaan peribadi utk aku bila beli sendiri. Ko paham? Musti la tak. Try la tak beli kasut 12 tahun. Baru korang paham.

Aku bukan tanak bli kasut... tapi xder orang nak bagi kasut...wahhh.... gedik sungguh. Kepada semua yang bising aku berselipar selama ini... aku akan cuba ubah tabiat tak senonoh aku ni. Jadi sila jangan berleter lagi selepas baca tulisan aku ni.

Sekian citer aku dengan sepasang kasut pemberian suami. Cewahhh... ada macam Cinderella tak... . Rasa cam nak tumbuk muka sendiri kan?

Tahniah untuk aku.

Tata.
Read more...

3rd Party Service....Adakah Aku Ditipu?

digoreng oleh Shima Batu | Friday, December 16, 2011 | , | 5 komplen »


Salam

Huh... dah lama aku tak update blog ni. Dah bersarang. Tapi satu benda telah berlaku hari ni. Dan atas rasa tanggung jawab sosial, maka sekoyong koyongnya, aku ingin berkongsi dengan korang hari ni.

Aku pakai Hotlink. Dah lama... sejak belajau lagi. Ni prepaid.

Nombor yang kedua Digi... ini line. Company bayar. Tapi bil atas nama aku. Tiap-tiap bulan aku claim. Yang aku nak propagandakan di sini adalah line Digi yang Ku bersamamu....Aku pakai line ni sejak Jun 2011. Kira baru 6 bulan la.

Kelazimannya, aku bayar ikut amount yang dia tulis "Immediate" tu. Aku bayar without reading the details of the bill CLEARLY lah. Yer la... claim office.. tak kuasek la nak baca berjela-jela tu.

Fortunately... bila aku dapat email pagi tadi dari Digi (bil aku .pdf file). Aku rajin plak nak belek satu satu bijik butir dalam bil tu.


  • SMS - RM17.35 (sikit jerk)
  • MMS - RM1.90 (ni tak lain MMS gambo anak sendiri)
  • VOICE CALLS - RM87.12 (byk nyer.. ooo.. sebab dah sebulan aku tak top up Hotlink. hentam Digi jer)
  • INTERNET - RM25.75 (ni tak lain cik Timah main tipon aku ni)
  • MOBILE SERVICES - RM48.00 (ni aper kejadah ni????)
Kemusykilan berlaku di perkataan "MOBILE SERVICES"
Service mende sampai RM48.00. Dan bila aku peksa bil bulan-bulan lepas pon sama jugak. Berpuluh puluh jugak. Berpuluh campor berpuluh... beratus ler namanyer kan?


Value Added Service 0300, pada masa yang lebih kurang sama (11.40am) ke nombor 220300 dengan caj RM3.00 everyday...EVERYDAY.

Aku try call Digi... robot yang jawab. Benci. Takder plak option complain robot tu bagi. Aku pon online chat dengan Digi. Dunia hujung jari kan? Tapi nak naik siku dah atas keyboard ni. Aku tak kira. Aku nak belasah Digi. Walaupon dalam chat room.

Ada yang layan aku dalam chat room tu (mungkinkah orang Digi itu gemok, comel dan warna kuning). Aku citer masalah aku. Dia check dalam sistem. Dia kata ni 3rd party service.

Orang Digi: This is 3rd party service.
Aku: (Hah... what the F*** dalam hati jerk). Please explain. I never sign up for any service.
Orang Digi: You want to stop this service.
Aku: Yes.. please
Orang Digi: send a message to 32312 type STOP ALL
Aku ikut ler arahan.. pastu dapat SMS kata "Your subscription has been stopped".
Aku: can you check for me, it serves about what and from whom?
Orang Digi: yes.. sure
Orang Digi: this is from MCOM Media Technology Sdn Bhd. Web site www.mcommedia.com

Aku try buka website company ni. Aku tak paham aper service yang diorang buat. Aku cuba call, tapi nomber telah ditamatkan perkhidmatan. Aci? Tapi ada satu benda yang dituliskan kat website tu

"Serving using reverse charge SMS...."
Orang Digi tadi kata ni 3rd party service. Ada kah ada pihak lain yang telah menggunakan servis ini kemudian caj pada bil aku. HUh..sungguh biadap.

Tapi salah saper ek? Mungkinkah aku pernah terSUBSCRIBE secara tak sengajs. Tapi tak pernah plak aku dengar nama company tu. Ni..Digi yang salah atau Mcom Media tu yang salah.

Kepada korang semua..sila la baca bil dengan teliti. Kalau tak paham... direct tanya. Biau orang kata ko blur... asal ko tak kena 2 kali blur bayar yang bukan bukan untuk bil.

Okey.. sekian :)






Read more...

Look like a #MaybellineNY Fashion Week model in 5 mins. Get ur make over at Midvalley Megamall frm 23 – 28 Nov Read more...

empty space

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, November 17, 2011 | | 0 komplen »



masa dan ruang itu ada
peluang plak wujud
lalu terjadilah kes

TAK KUASEK nak update
Read more...

No Smoking La Bangang

digoreng oleh Shima Batu | Friday, May 06, 2011 | , , | 0 komplen »

Memang kalau kita layan angin marah yang ada dalam diri kita, ianya akan menjadi-jadi. Tapi petang ni memang sengaja aku nak melayan marah aku ni. Alasan, aku dah lama tak marah orang (dewasa yer).

Office aku ni takda la besau sangat. Ada pantry, bilik bos, bilik aku & bilik meeting (cum bilik semayang jugak).

Ada sekumpulan makhluk telah menumpang office kami ni untuk operasi. Atas dasar kawan, bos aku bagi izin. Diorang ni selalu buat meeting dalam meeting room kami. Disebabkan tak tahan asap rokok dalam kawasan yang ber air cond, bos aku suh aku buat satu sign tulis no smoking. Aku dengan bangga buat tiga terus. Lepas tampal sign no smoking tu, aku bau lagi asap rokok diorang masa meeting. Aku dengan sikit sabau, terjah jer diorang tengah meeting tu. Tapi tegur dengan nada berkhemah lagi,
"Minta tolong jangan isap rokok dalam ni yer. Kan saya dah tampal benda alah ni" sambil tepuk lambang no smoking yg aku tampal tu. Takut ada yang tak nampak. Diorang angguk jer.
Itu cerita dua bulan lepas.

Hari ini aku ada terlalu banyak kerja. Pagi aku dah break-first dengan banyaknyer sebab memang tau aku mesti tak sempat lunch. Kul 11am, makhluk-makhluk ni masuk meeting. Meeting diorang membawak ke kul 1pm. Dalam hati aku kata,
"diorang ni tak semayang jumaat ker?"
Sampai waktu zohor diorang belum habis meeting lagi. Memandangkan telekung aku ada dalam bilik meeting, aku mengharapkan diorang gi semayang jumaat. Jadi bule aku semayang dalam bilik tu. Tapi jejak ke pukul 1.30 pm tak kuar lagi dari situ. Aku pon tak bule nak semayang.

Lepas diorang bla, dalam kul 3.00pm baru aku dapat masuk bilik tu. Bengong, lambat aku semayang hari ni. Salah aku la sebab aku tak terjah diorang tu dari awal lagi. Masuk jer bilik tu, aku rasa macam nak pengsan bau asap rokok. Aku rasa ada dalam 10 ke 15 puntung rokok atas meja meeting tu. Diorang ni aper hah? Manusia ke bukan? Tak reti bahasa. Geramnyer aku.

Aper nak buat? Lepas ni aku nak report kat bos aku. Kalau bos tak nak amik action. Biau aku nak action lebih. Aku tak pedulik.

Sekian.
Read more...

Confuse di Warung Pak Enal

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, May 05, 2011 | , | 0 komplen »

On the way gi kijer pagi tadi. Singgah sarapan kat Warung Pak Enal Bukit Katil dengan Mak. Tengah makan tetiba datang sorang pompuan kat meja kitorang.
Perempuan itu: Dik, nak amik kicap buleh?
Emak: Boleh boleh. Amik la.
Aku pandang Mak dengan konpius.
Aku: Dia panggil Mak "Dik"? Bukan dia panggil kita ker? (kita kata ganti nama utk diri aku)
Emak: Dia panggil aku la. Dia pandang muka aku.
Aku: Huh.. iyer ker?
Emak: Eh, yang kau tak puas hati ni kenapa?
Aku: Iyer la. Patut dia panggil Makcik. Tengok anak dia pon kecik lagi. Laki pon nampak muda.
Emak: Ada aku kesah?
Read more...

Dua Kali Asap

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, May 04, 2011 | , , , | 1 komplen »

Semalam aku tak bawak keta. Alasan, keta Mak masuk bengkel (lagi dan lagi). Justeru, aku dihantar oleh Dak Icam ke office kerana Mak nak pakai keta aku. Mak ada meeting petang tu. Aku tak tau meeting menda, dengau pasal nak kemas pejabat, gantung frame bunyik nyer.

Petang Icam kata nak gi Jonker Walk dengan member, so tak dapat jemput aku. Aku pun call la Alex yang sedia menghulurkan bantuan bila-bila masa. Dalam hati sempat kata, dapat la bergosip dalam keta ni kang dengan Alex.

Disebabkan ada kebakaran kilang depan office aku, aku sibuk la mengira lori bomba & JPA yang melintas depan office ni. Bunyik siren tak henti-henti. Macam duduk kat New York city plak. Walau pon tak pernah duduk sana. Tapi selalu tengok CSI (NY).

Tetiba kul 5.00pm Icam call,
"Aku ada kat Ayer Keroh ni. Aku jemput ko la".
"Ko nak jemput aku naik aper?"
"Aku bawak keta Abah". Abah tak bawak keta. Abah bawak van kilang semalam.
Sekoyong koyongnya, aku pon menghantar la SMS pembatalan servis kepada Alex. Tepat jam 5.30pm, Icam dah terponggok kat depan office. Baru sampai traffic light IPK Melaka, Icam suruh call Abah tanya kunci rumah. Au pon call,

"Abah, kunci umah ada pada abah tak?"
"Ada ni. Kul 6 lebih Abah sampai umah. Saper jemput ko?"
"Icam".
"Hah? Naik aper?"
"Keta Abah la".
Masa ni aku pandang Icam. Dia sengih jer. Maknanya, dia tak cakap kat Abah le tu dia bawak keta Abah.
Belum sempat aku letak tippn, tiba-tiba... puffff...... keluar asap dari bonet depan keta.
"Abah, keta Abah berasap ni".
Hah.. amik ko. Aku suh Icam jalan jugak pelan-pelan parking keta depan IPK. Takan nak tercogok tengah-tengah traffic light tu. Sementara tunggu Abah sampai kat keta tu, aku call Alex,
"Alex, jemput aku Lex kat depan IPK, keta adik aku bawak ni dah berasap pulak".
Alex okey jer. Dak Icam aku tinggalkan kat situ tunggu Abah. Alasan, nak balik cepat amik anak. Lagi pon kawan dia ada. Aku balik dengan Alex.

Sekian la cerita aku untuk pagi ni. Tak best kan?

Read more...

Orang Tu Kata, Bukan Aku

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, May 03, 2011 | | 0 komplen »

Ada orang kata, orang mana aku tak tau la.

“Dunia Lebih Selamat Dengan Kematian Osama”.
Korang rasa, pengikut Osama ada rasa cam nak serang tak orang yang cakap ni?

Orang tu kata,

"...Osama bunuh orang awam..."
Amerika tak bunuh orang awam ker? Rasanyer lagi banyak orang awam yang dibunuh kat Afganistan & Iraq tu.

Orang tu, dengan confident lagi berkata, peristiwa 11/9 tu Osama nyer plan. Tapi yang aku confident skang, Osama telah dibunuh (kalau benar Amerika telah membunuhnya), memang Amerika nyer plan. Sifir mudah. Dah terbukti ker peristiwa 11/9 tu angkara Osama?

Ada orang lain kata kat aku, orang tu yang kata “Dunia Lebih Selamat Dengan Kematian Osama” adalah PM Malaysia.

Aku kata,

“Iyer ker? Takkan lah PM nak cakap camtu”. Iya tak?

http://nazhatul-shima.blogspot.com

Read more...

Hobikah Itu

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, May 03, 2011 | , , | 0 komplen »

Semalam, hari yang indah. Aku balik Sebatu jap. Jenguk anak sedara baru. Huh.. camner bule lupa nk amik gambar baby baru tu. Aku amik gambo anak sendiri jer. Gila kuasa kan?


Tak lama la aku kat kmapung. Lepas Zohor aku balik Alai. FYI, aku gi dengan anak-anak jer. Tu pasal kejap jer aku kat sana. En Alim dah ke Muar. Memikat burung katanyer. Perghhh... nasib baik burung.

Petang dalam kul 6, Aku, Emak, Abah, Icam, Fathimah & Abu Hirr gi ke Mydin MITC. Konon nk bawak budak memain. Padahal aku yang nak makan roti nan kat situ. Budak memain kejap jer. Lepas semayang magrib, bongkau balik umah.


Ni ler rupa budak yang nak memain sangat. nampak jer signboard Mydin dah meloncat loncat...
"JeyJey, main-main.... main-main".
Dia selalu memain kt JJ. Tapi semalam tukar mood. Gi Mydin. Cadangan aku. Alasan, roti nan. Aci? Tengok Fathimah pakai tshirt merah. Baru beli kt Mydin tu terus pakai. Sebelum tu dia pakai tshirt warna putih. Mak aku beli tshirt baru kat situ jugak pasal tanak tengok rupa baju dia, dah lokos kena milo. Huh, kalau aku yang lokos kena milo tu, mak belikan tak baju baru kat situ?

Malam, Encik Alim balik. Kami sempat berDISKUSI jap, pasal HOBI. Lahir dari rasa sikit tak puas hati. Aku macam tak puas hati dengan hobi dia memikat burung, tak pon ayam hutan. Dia plak macam tak puas hati ngan aku yang suh dia layan kerenah anak-anak jer masa cuti.

Akhirnya aku beralah.
"Okey kalau camtu, abi tak boleh halang hobi orang jugak bila cuti."
"Wah payah la cam tu. Dia pon nak hobi jugak. Saper nak jaga anak kalu camtu".
"Alah ni hobi melibatkan anak-anak. Prihatin nyer hobi".
"Hobi menda?"
Aku bagi senyum ada makna tersirat;
"Hobi kuar ngan Wie & Ejah".
"Eh.. tu kira hobi ker?"
Dan soalan tu aku biar tak berjawab sebab aku tak der jawapan.
Read more...

Rentetan dari Kapal Layar Dalam Kancil

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, May 03, 2011 | , | 0 komplen »

Hari ini

Dengan jelas dan terang

Tanpa perlu disuluh suluh

Aku nampak

Yang ku kata kapal layar itu, rupanya thermometer

Eh.. tapi sebelum ni memang kapal layar la. Mana plak datang thermometer ni?

Ooo.. patut la Mtest aku tak lepas.

Read more...

Kapal Layar Dalam Kancil

digoreng oleh Shima Batu | Thursday, April 28, 2011 | | 1 komplen »

Sebelum ni sang kancil aku yang cerdik pernah tetiba berasap on the way balik dari office. Padahal baru isi air. Punca? Kata mereka yang pandai, air tak sampai. Hoh? Aper tu?

Last week Sabtu, masa Encik Alim drive gi Muar, temperature naik. Dia call,
"Air keta ni tak pernah tengok ke? Sampai kering ni?"
Aku jawab,
"Laa... mana tau. Tolong la tengok kan selalu".
Encik Alim tak cakap aper pon lepas tu, sebab aku jawab dalam hati jer. Encik Alim tanya soalan lain plak.
"Selama ni temperature tak pernah naik ker. Main redah jer bawak".
Aku diam lagi. Salah aku ker?

Isnin lepas, aku balik kijer tengok temperature lebih dari separuh meter. Again? Call Encik Alim.
"Abi, meter temperature ni yang ada gambo kapal layau ni ker?"
Korang dapat bayangkan tak macam mana muka Encik Alim bila aku tanya soalan tu. Mesti macam muka korang sekarang ni kan?

Aku bukan tak tau atau tanak amik tau. Tapi biasa la kan? Ada laki.. manja la skit. Kalau bule semua benda technical & logistic ni nak serah kat dia 110 peratus.

Errr... keta korang meter temperature tu gambo kapal layau jugak ker?
Read more...

Rasa jam 14:59

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, April 27, 2011 | , | 0 komplen »

Berat
Terlalu sangat
Teramat
Cuba lawan
Makin letih

Cuba bangun
Cari air
Cari udara
Cari mood
Tapi masih sama
Tetap sama tenat

Itu jugak rasanya
Masih tidak berganjak
Bagi aku ruang
Bagi aku peluang

Tapi rasa ini
Terus membeban
Tekanan

Aku MENGANTUK
Aku ingin TIDUR
Itu sahaja
Read more...

Aku Obesiti Sebab Nugget

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, April 26, 2011 | , , , | 1 komplen »

Kementerian Kesiahatan dah menyenaraikan 15 jenis makanan yang dilarang dijual di kantin sekolah.

Sumber : Berita Harian

Konfeksi tu menda? Iceblended & ABC ker? Camtu.. coconut shake bule tak?

Makanan jajan yang ada mainan? Ooo... dulu masa aku sekolah yang glamor.. Ding Dang, Tora, Maruku Ikan. Tapi maruku Ikan tak dapat mainan la. Tu murah. Tapi aku selalu gak beli benda alah yang bulat bulat macam bekas makjun tu. Dalam dia biasa ada mainan. Tapi tak der makanan. Hoh. .aper yang aku cuba sampaikan di sini?

Kopi & teh tak buleh... Nescafe?

MAKANAN DIPROSES

Teringat masa zaman sekolah dulu. Mak kijer kat luar. Selalu makan tengahari balik sekolah, pepandai sendiri la adik beradik. Kalau mak siap masak pon, blom tentu kitorang nak makan. Memasing tekak orang kaya. Jadi mak buatlah stok nugget & sosej bebanyak simpan dalam almari ais (peti sejuk). Balik sekolah.. goreng sendiri & makan. Kalau nugget, sorang 3 ketul. Kalau sosej sorang sebatang. Kalau daging burger pun sorang satu. Western la konon.

Huh.. tengok aper dah jadi sekarang. Aku obesiti. Ni semua nugget tu punya pasal.
Read more...

Masih Ada

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, April 26, 2011 | | 0 komplen »


bersepah sebab malas
tak berkemas sebab sibuk

ada semangat takda masa
ada masa takda semangat

sekian
tanda aku masih ada


Read more...

Betul?

digoreng oleh Shima Batu | Tuesday, June 01, 2010 | , | 0 komplen »

Lama tidak berblog. Kerana sibuk berfacebook. Main game. Sudah kena rasuk. Padahnya, hanya untuk aku. Ada kesedaran, tapi macam tak ader kemahuan untuk berganjak. Bukan macam, tapi memang.

Dulu aku menulis untuk update status. Tapi sekarang, facebook lebih praktikal. So kenapa perlu aku berblog? Lagi pulak, bunga-bunga takut mula berputik. Takut untuk menulis sesuatu yang sia-sia. Tapi makin berani pulak untuk bersia-sia di facebook. Apa makna?

Allah bagi hidayah. Allah bagi rahmat. Masuk syurga HANYA dengan rahmat Allah. Betul? Jadi semayang 5 waktu complete dgn semayang sunat, zikir, puasa, amal ibadat lainya dijaga rapi tapi takder rahmat Allah tak bule masuk syurga. Betul?


Setan selalu buat aku pikir yang indah-indah tentang sesuatu yang tidak disuka oleh Allah. Jadi, setan yang sesatkan aku ke?

Saper yang sesatkan manusia? Setan la.... Kan selalu kita dengau setan tu menyesatkan manusia. Setan tu yang bawak kita masuk neraka. Betul ke? Ada akal, guna untuk apa?
Read more...

KAU KESIAN KE TAK, ADA AKU KESAH...

digoreng oleh Shima Batu | Monday, March 01, 2010 | , | 0 komplen »

Dunia makin tenat. Semua orang marah bila budak tiga tahun mati kena dera. Kesian budak tu.

Tapi kesian tak boleh hidupkan budak tu. Kesian tak boleh halang budak tu dari di pukul. Kesian tak bule pisahkan dua pasang kekasih yang dah bertahun "hidup bersama". Kesian tak boleh gerakkan jiran sebelah amik tahu tentang budak sebelah rumah yang kena dera. Kesian tak boleh datangkan runsing dalam hati datuk dan nenek budak perempuan tu tentang cucunya yg kena dera, dan anak perempuannya yg duduk dgn jantan lain yg bukan menantu diorang. Kesian tak boleh jadikan JKKK tempat tu amik tahu apa status pasangan kat situ. Kesian tak boleh cepatkan kes tuntutan fasakh sorang pompuan yang dah tak menahan nak kawen.

Kesimpulannya, KESIAN kita hari ni, memang takder makna untuk budak tu walau pon kau seorang menteri, imam, jiran, kawan, adik beradik, bapak sedara, mak sedara, mak bapak, datok nenek, kepada mereka yang berkenaan.

Boleh ker kalau aku cakap, manusia hari ni makin takder agama?
Read more...

Facebook, Icam & JJ

digoreng oleh Shima Batu | Wednesday, December 16, 2009 | , , , | 2 komplen »

Salam buat semua. Terima kasih sebab masih sudi menjengah blog ni. Ramai jugak yang menyokong rupanyer. Senang jer nak tahu ramai yang tengok blog aku ker tak... asal lama tak update, mula ramai yang tanya tu, baru lah aku tahu. Aku agak kurang aktif berblog ni. Antara sebabnyer;

1. Dah layan pesbuk (Facebook... search Shima Batu). Bagus gak facebook ni. Tapi banyak jugak la masa aku luak sebab facebook.
2. Office hour sibuk kerja tak pon sibok main game.
3. Kalau kat rumah, sibok ngan Fathimah, tak pon PC kat rumah sentiasa bz sebab semua orang kat umah pon sibok facebook. PC satu jer.
4. Takder citer. Dah jarang pergi rumah kerja kawen. Selalu aku citer pasal orang kawen jer kat blog ni. Ni kawan dah banyak kawen. Nak citer aper lagi. Melainkan aku tukar konsep keibuan dan kebapaan lepas ni.
5. Malas.... (tak dapek nak nolong)

Icam adik aku cuti sem ni kijer part time kat Parkson Mohkota Parade. Dia jadi S.A (Sales Assistant). Aku dulu lepas STPM kijer situ jugak. Tapi jadi cashier. Icam ada citer best.

Ada satu hari, ada satu couple (apa da bahasa satu couple???), satu malaysia lalu depan Icam masa tengah kijer. Yang si Pakwe, dengan kerek nyer sound pada aweknyer;

"HA... TENGOK MACAM NI (refer to Icam), DULU ORANG SURUH BELAJAU TINGGI-TINGGI TAK MAU. SEKARANG KIJER LA MACAM NI".

Kompem Icam terbakau giler. Aku pon barai gelak bila dia citer kat rumah. Mamat tu sungguh kurang hajau. Nak mengata depan-depan...pastu dengan orang yang salah pulak tu. Nasib tak kena hempuk dengan Icam. Aku rasa mamat tu pon tak belajau tinggi. Orang yang belajau tinggi, tak jatuhkan maruah orang depan-depan camtu. Bengong!!! Aku tanya Icam, apasal kau tak sound budak tu? Icam kata, "Eleh... budak baru nak naik. Tu sajer nak eksen depan awek la tu".

Bulan ni cukup ramai orang kawen. Zaim dah selamat nikah. Achik... InsyaALLAH this week. Aku pulak sejak ada JCard ni, macam dah kena sampuk hantu JJ. Sabtu lepas, pertama kali dalam sejarah aku buleh duduk tunggu pintu JJ buka. Ngeri tak? JJ Ayer Keroh yer. Bukan kat tengah Melaka tu. Tu belom bukak lagi. JJ baru kat sebelah Tesco tu, patutnyer buka 17hb ni. Tapi tak tau ler. Dah meletop pulak dua hari lepas. Tah jadi bukak ker tidak. Kalau depa buka jugak khamis ni, aku ngeri jugak nak pi. Melotup dapor eh, terbarai...

Aku pon bukan banyak nau duit nak bebelanja. Tapi sajer syok tengok barang baby. Paling tak pon beli stokin. Nafsu betol. Contoh macam semalam. Kebetulan pulak Wie dengan Ejah ada kat Ayer Keroh. Jadi balik kijer aku pon turun la JJ. Tak lama la jumpa diorang. Takder adegan makan-makan. Pasal diorang dah makan dulu. Cerempet...

Fathimah, semakin membesar bagai johan. Dah mula banyak ragam. Time sekarang ni, ramai la boleh uli dia. Angah ada, Icam ada. nanti Icam balik Tg. Malim, Angah balik Srwak, tinggal aku bertiga dengan Mak Abah melayan dia. Jangan la ko banyak perangai nak oiiiii.

Okey beb. Aku takder modal dan takder motif la nak nulis lagi. Lain kali sambung.. InsyaALLAH.

Salam.. & tata.


Read more...

Perutku Cramp dan ...

digoreng oleh Shima Batu | Monday, December 07, 2009 | , | 3 komplen »

Firstly, happy belated birthday to Rem (5/12/2009). Sorry lambat wish. Bukan tak ingat, tp keadaan kesehatan tak mengizinkan aku untuk SMS kat dia. Nak nulis blog jauh skali. Baru ni sempat. Nak tahu pasal aper?....

Jumaat lepas aku gi amik MyKid Fathimah. Terlewat beb. Patut kena amik 12 November. Ni dah dekat sebulan baru aku teringat. Nasib baik tak kena apa-apa denda.

Sabtu (5/12/2009) aku kerja. Sampai ofis lebih kurang kul 8.45am. Nampak budak praktikal berdua tu baru sampai. Terus aku ajak pekena roti telor kedai mamak. Ni ler budak berdua tu. Yang pakai spek nama Fiza, yang sorang lagi nama Fatimah. Nak kenal bule hantar masej kat pesbook diorang. Macam mana nak dapat pesbook diorang, cari ler kat pesbook aku. Macam mana nak cari pesbook aku, kalau tak reti tak payah la kenal dgn budak dua orang ni.

Zaeim plak, sempat datang lepak kat opis aku sampai kul 12.00pm. Dia datang bawak kad jemputan. Nak kawen dah dia. Dengan orang Marang Terengganu. Sara namayer. 26hb. Sama dengan wedding Achik UUM. Ni yang serabut ni. Tak bule tak pergi wedding Zaim, dia kebetulan sedara encik Alim. Lagi pon wedding aku dulu dia datang. Ni muka dia tengah cedok nasik masa kenduri kawen aku.

Sebelum ni plan nak kuar dengan Wie & Ejah Sabtu lepas di batalkan sebab mak sedara aku nak turun dari KL. Skali diorang tak ke rumah aku pulak, diorang ke spital jer melawat Mak Ngah yang baru potong jari kaki sebab kencing manis. Aku lepak kat umah jer lepas balik kijer. Tetiba perut aku sakit. Sakit macam sebelum ni yang pernah aku kena masa hari Rabu. Rabu hari tu gi klinik doctor kata cramp pasal angin. Eh.. hangin aku dengar. Tapi kali ni sakit lagi. Aku jadi tak boleh bergerak. Kalau tengah baring, tak bule bangun. Kalau tengah duduk, tak boleh baring. Kena static jer. Mak bawak aku gi rumah tukang urut yang sama masa aku lepas beranak hari tu. Skali makcik tukang urut tu kata apa?.... jeng..jeng…jeng…”Macam mana peranakan kau boleh turun ni. Kau ni mesti lasak sangat ni”. Aku cuak giler masa tu beb. Bukan takat turun jer, beralih ke tepi belah kanan plak tu lagi. Ni ler padahnyer kalau lasak sangat. Pastu aku banyak tido mengiring ke kanan. Tapi Alhamdulillah, semalam makcik tu kata dah o.k. Dia nasehat aku suh pakai bengkung lagi. Hari ni aku gi kijer macam biasa. Cuma dah naik opis, tak turun la sampai petang nak balik nanti. Aku memang lasak la. Jalan pon macam nak berlari. Orang datang tengok aku lepas bersalin, 3 hari macam dah 30 hari. Dulu masa baru lepas beranak, orang suruh jalan pelan pelan, aku degil sebab tak sakit, buat aper nak jalan terkepot kepot. Sekarang ni, orang suruh aku berjalan pon aku tanak, sebab dah sakit. Padan muka kan? Tapi kesian la kat anak aku. Dah sakit, camner nak layan dia. Bule dengar sora dia jer la dari dalam bilik tengah mengekek ketawa dengan Mak Nagah dia. Aku kena mengeram baring dalam bilik mengiring ke kiri sehari semalam. Bila dah lega skit petang semalam, baru aku duduk ngadap laptop Angah ngadap citer jepon. Bagero….. hahahar…… Tengahhari ni makan MekDi pulak..Aci??

Pesan aku, berpantang la betol betol. Jadikan kesah aku ni sebagai pengajaran buat korang. Tata & Wassalam.


Read more...

Besday Hamba

digoreng oleh Shima Batu | Monday, November 23, 2009 | , , | 2 komplen »

Agak lama tidak membuang masa dengan blog ni sejak ada "cik timah". Fathimah semakin membesar, semakin banyak ragam. Encik Alim kembali bekerja di KL. Aku dah kembali ke opis sepenuhmya minggu lepas walaupun baru hari ni genap 60 hari aku bersalin dan semalam aku genap 28 tahun kalau ikut kalender omputih. Turut sama sambut besday dengan aku, Siti Nurbaya. Epi besday siti. Lagi 2 tahun 30 beb. Bangka dah kita ni yerk?

Selasa (17hb), Ejah & Wie datang umah aku. Ejah buat kek coklat untuk aku. Diorang datang petang. Aku sampai jer rumah, diorang dok menguli si Fathimah. Yang Fathimah pulak mengekek gelak suka. Dah kenal gaknyer suara budak duorang ni dari dalam perut lagi.



Kalau korang tengok kek ni dah berpotong. Ni dak Wie punyer kerja. Siap bergambau pulak tu masa potong kek ni. Besday aku ker bersday dia? Hangin....


Cun tak kek aku? Kat bawah ni tukang buat keknyer. Pasni buleh tempah. Penghantaran percuma :))

Aksi-aksi terlampau. Sebelum buat aksi ni, kita kena pastikan dulu Fathimah telah lelap tido. Tanak dia tiru aksi tak senonoh camni.
Rabu (18hb), saja test hantar Fathimah ke taska kat Taman Tasik Utama ni (dekat dgn opis aku). Owner taska tu Kak Ain. Kawan Angah. Punyer la sukanya Kak Ain ni tengok Fathimah. Sampai tanak lagi aku bawak balik. Aci? Taska tu ramai jugak budak besau-besau. Tapi pasal Fathimah paling baby kat situ, semua jadi baik. Ada yang bagi pinjam bantal, ada yang bagi pinjam tedi bear. Seronok layan "adik baby". Tapi aku letak Fathimah kat situ tak lama. Dalam kul 1.30pm aku dah pergi amik dia. Aku rasa tak sehat. Rasa macam nak rebah. Kepala macam berpusing. Badan sejuk semacam. Mungkin pasal cuaca memang sejuk sejak dua menjak ni.

Khamis (19hb) Emak suruh aku gi klinik. Mak kata aku mungkin kurang darah. Aku gi la ke klinik. Alhamdulillah... tekanan darah okey, suhu okey, HB pon o.k. Tapi apa yang membuat aku macam tak bule nak berdiri. Doktor cakap, aku kurang tido. Hahaha... amik kau. Ni ler penangan ada anak kecik. Aku memang tabik spring pada ibu-ibu bekerja yang menyusukan anak sepenuhnya. Bukan senang beb. Emosi nak kena jaga, makan minum, amal... semua lah. Serba serbi. Bila dah lapan jam kat opis. Bila balik, mesti la nk layan anak sepenuhnya. Tu tak masuk bab basuh kain baju, kemas rumah dengan buat stok susu untuk masa gi kerja lagi. Aku ni kira bernasib baik lagi, Emak ada boleh tolong. Kalau orang lain yang dok sendiri tu, anak dah tiga empat orang.. uishk... tak bule aku nak bayang beb. Sekarang ni pon aku dah tak cukup tido. Masa makan pon lintang pukang. Tu yang berat pon jadi 66kg. Bagus gak, tak payah susah nak diet. Dulu masa nak kawen, berat aku 69kg. Aku pregnant 3 bulan, berat dah 73kg. Sampai sembilan bulan, 79.8kg. Eh..Aku ni tak cukkup makan atau tak cukup tido?

Aper pon, aku kena jugak jaga makan. Untuk susu Fathimah. Diet diet ni tolak tepi dulu. Orang tua-tua banyak pesan, jangan banyak minum air lepas bersalin. Tapi, aku baca pulak, kalau nak banyakkan susu, kena banyak minum air. Mana satu nak ikut. Satu untuk aku, satu untuk anak. Aku pilih untuk anak. Esok punya sakit, tak payah nak baca. Yang penting, aku nak menyusukan anak hari ni hingga selama yang mungkin. InsyaALLAH.

Hari ni (23hb) dalam kul 10am td aku lari balik rumah jap. Bawak Fathimah gi klinik. Amik injection yang ke-3. Nasib baik dia tak meraung tadi. Merengek jer skit. Pastu tido. Berat dah 4.8kg. Sehat kan dia? Bak kata nenek aku pon... "Panjang nyer budak ni". Apa daa panjang??... bukan tinggi ker?

Ni aku attached gambau. Korang tengok ler. Gambar-gambar ni aku baru punggah dari memory kad dak Wie. Jadi agak back dated skit. Back dated??


Fathimah dengan Mama Ejah & Mama Wie. Bila aku tanya kenapa asik datang tengok anak aku jer. Jawapan diorang, "Nak bagi Fathimah lagi kena muka kitorang dari muka Abi dia". Melampau tak?


Sebelum ni ada orang label blog aku sebagai blog citer orang kawen. Pasni mungkn ada yang label sebagai blog ibu-ibu. Harharhar.... ada aku kesah.
Terima kasih atas ucapan selamat dari kengkawan facebook dan kengkawan blog. Semoga korang jugak mendapat kecerian seperti mana aku pada hari ini. Jadi tontonlah Astro Ceria :)
Read more...

Galeri Batu ver 1.0

digoreng oleh Shima Batu | Friday, October 30, 2009 | | 0 komplen »

Koleksi gambau yang ditangkap pada 23 Mei 2009. Masa ni aku ngandung 5 bulan lebih.
















Read more...

KENA PANTANG KER?

digoreng oleh Shima Batu | Friday, October 30, 2009 | , | 1 komplen »

Salam sejahtera semua. Sehat walafiat hendaknyer. Sesehat aku.

Tujuan aku menulis kali ini adalah untuk mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tahniah yang korang bagi kat aku. Maaf kalau ada SMS yang aku tak sempat nak reply. Terima kasih yang sudi datang menzirah aku anak beranak. Ada yang datang bawak hamper, bawak beg plastik parkson, duit raya bersarung atau tidak, sarung duit raya yang berduit atau tidak, terima kasih bebanyak. Moga berlipat kali ganda rezki untuk korang. Kali ni, biau aku bercerita pasal lepas beranak pulak. Harap tak ada yang berair mata baca blog aku ni.

Aku kuar spital lagi sehari nak raya. Orang sibok nak beraya, aku sibok nak berpantang. Aku duduk dengan Emak. Korang pikir emak aku rajin ker nak melakukan pemantauan rapi kat aku dalam tempoh raya tu. Tentulah jawapannyer tidak.

Raya pertama (hari ke-2 lepas beranak) mak mertua (MIL) datang tengok aku. Aku masa tu dok depan tv dengan kipas selaju kipas helikopter, t-shirt tangan pendek dengan tak berstokin jauh skali berselipar dan berbengkung. Encik Alim lepas semayang raya, balik beraya ke Sebatu (rumah MIL). Aku kat rumah buat aper....? Membasuh. Kain baju banyak beb sejak aku duduk spital. Kalau dah berbengkung kang, mana bule nak basuh baju. Betol tak? Emak sibok kat dapor. Jadi, secara tak langsung, dia pon tak perasan aktiviti membasuh aku tu. Petang tu, on the way encik Alim nak balik, dia call cakap ipar & MIL aku nak datang. Aper lagi, melompat ler aku masuk bilik cari baju panjang, stokin & bengkung. Berposak lumur minyak ubat satu badan, belit bengkung macam belit lepat, tepek pilis kat dahi pastu duduk baik baik atas tilam. Hipokrit sungguh. Jahatnyer daku.
Akak ipar aku sempat tanya, "Kau makan ayam tak? Aku tahu kau ni kalau takder ayam, kau tak makan?" Aku dengan jujur menjawab, "Eh, makan. Rendang ayam". Hahaha.. pastu aku kena pekik dengan dia. Mana aku tahu tak bule makan ayam?
Aku plak jenis "konon" kebal. Esoknyer, aku dah masuk bilik air sesubuh mungkin, mandi bagai nak rak. Pastu aper jadi? Berbungkos ler atas katil. Satu badan bisa. Bila dah macam tu, berposak ler Encik Alim cari batu tela kat blakang rumah buat tungku. Padan muka aku. Kena bebel dengan Encik Alim + Emak + MIL. MIL suruh Encik Alim rebus bawang putih, halia, kunyit & cengkih bagi aku minum. Aku minum habis air rebusan tu selepas dipaksa oleh encik Alim. Baik punyer rasa, sampai keluar satu suara yang pelik dari kerongkong aku masa menelan. Tak percaya?.. try ler. Orang kata, bentan ni bule mati. Alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umor aku ni.

Selepas hari kejadian, aku tak sentuh air sejuk lagi dah. Minum ais pon tak berani. Tapi untuk dua minggu tu jer la. Masuk hari ke 20, aku dah mula berjinak jinak dengan air batu. Bila rasa sejuk semacam, lekas-lekas aku teguk tonic yg doktor homeopathy bagi sebelum ni. Memang degil aku ni kan?

Satu lagi perihal, cara aku berjalan macam nak pergi pasau malam. Dah puas tukang urut leterkan aku. Aku sedap gak dengan brutal style. Seminggu aku dah duduk bersila beb. Gila kentang. Emak pon dah bosan cakap macam-macam. Last last dia cakap, "Ikut kau ler".

Aku ni bukan tak sayang diri, tapi aku tak suka nak menyusahkan diri. Baby suka berjaga malam. Nak menyusu lain, nak tukar pampers lain. Pastu nak suruh aku bangun slow motion? Melaung la anak aku tu. Nak menyusukan baby kena belunjur. Giler kebas kaki tangan aku. Kalau bersilakan senang. Menyusu la berapa lama pon. Aku boleh bersandar. Pastu nak tukar pampers dengan bersimpuh. Ha'ah... boleh sangat ler aku ni bersimpuh. Tak beranak pon tak reti nak bersimpuh. Lagi pon kan tak selesa nak menukar pampers budak dengan bersimpuh. Kalau boleh pon lambat. Kering la anak aku melalak macam tu.

Tapi memang payah gua cakap lu beb, baru dua minggu bersalin, Emak aku dah sebok berkempen pilihan raya kat Bagan Pinang. Saper lagi yang nak memantangkan aku kat rumah ni. Aku rasa nak melaung. Ejah dengan Wie tahu la betapa bengang nyer aku masa tu. Kelang kabut siot. Walau pon aku main redah jer pantang ni, tapi badan sendiri bukan nyer dah baik sangat. Sendiri boleh rasa la. Bukan bule nak berdiri lelama, pegang air lelama. Tapi tetap kena buat jugak. Kau cerita la orang berpantang kena makan itu ini.... semua aku tak pedulik. Saper nak buat untuk aku. Encik Alim? Abah aku? Main belasah ubat homeopathy jer. Mak balik baru aku sempat nak berbengkung. Jadual tetap, baby menyusu bermula dari 5.00pagi, 8pg, 10pg, 12.30tghhri, 3ptg, 5ptg, 8mlm, 10.30mlm, 1pg. Kul 11.30tgh hari kena prepare makan tengah hari dgn bantuan Encik Alim. Mandikan baby kul 12.00tghhari. Petang, dah sibok pikir untuk sedia makan malam pulak. Tu tak masuk adegan mengemas rumah & kain baju. Mujur jugak encik Alim ada. Dia lah yang tolong basuh baju, sidai baju, memasak, cuci pinggan, mandikan baby. Walau pon tak 100%, tapi memang bule diharap untuk bantu aku berbanding dengan dak Black (kucing aku). Lebam bawah mata aku ni tak cukup tidor. Ni ler dugaan. Memang ler nanti kalau anak dah dua tiga, kena berpantang sendiri, tp ni anak sulong. Time ni ler aku nak belajau berpantang. Lain kali bule berpantang sendiri. Betol tak? Tapi tak per la. Aku pon memang tak suka nak berpantang. So, as per request. Padan muka daku. Syukur pada ALLAH, dia bagi aku kesihatan yang baik bagi aku setakat hari ini.

Ini aku lah... korang jangan TIRU aku. Selagi mampu, korang yang mana beranak ni, ikut la berpantang betol2. Diulang...JANGAN TIRU AKU.
Read more...

14 Jam + 2 Hari = Lahirnya FathimaHalim

digoreng oleh Shima Batu | Friday, October 23, 2009 | , , , | 2 komplen »

Hai korang, Selamat hari Raya.... wah melampaunyer aku kan. Aku dah tak kenal erti raya dah tahun ni. Hari ni hari ke-40. Masih dalam pantang. Tapi semalam dah gi Bowling kat MITC. Aci?

Macam yang ramai dah tahu, aku selamat beranak pada 18hb September lepas. Over due. Due 09.09.09. Dah lebih 9 hari. 11.09.09 aku masuk wad pasal baby kurang gerak. Panic tak tentu pasal. Tapi syukur baby sihat. Doctor kata mungkin kurang gerak pasal aku puasa. Duduk wad sehari. 12hb tu dah kuar. Tapi aku kena datang masuk wad semula pada 15.09.09. Kalau masih tak beranak, terpaksa induce.

16.09.09 jam 10pg. Aku di induce kali pertama. masih takda perubahan. Sungguh kebal. jam 4ptg, induce kali ke-2. Masa ni baru datang sakit bagai nak rak. Setiap 10 minit mula sakit. Sakit berterusan sampai pukul 10.00malam. Tapi sakit jer la, jalan untuk beranak belum ada lagi. Nak tidor terpaksa nurse cucuk ubat tahan sakit. Aku pengsan sampai esok paginyer.


17.09.09 jam 10pagi, induce kali ke-3. Lepas ni kalau masih tak buka jalan, terpaksa operate. Pergh.. benda yang paling aku nak elak. 4ptg, masih tak buka jalan, doktor datang bincang dengan aku. Dia bagi lagi satu pilihan iaitu induce kali ke-4. Doktor tu perempuan & tengah mengandung plak tu. So aku tanya dia. Apa pilihan doktor. Dia cakap dua dua ada risiko. Induce kali ke-4 risikonya jugak tinggi. Kemungkinan selepas di induce, aku masih lagi tak buka jalan. Kali ni aku angkat bendera putih. Tak sanggup aku nak serahkan diri untuk bertarung lagi dengan sakit 6 jam. Selepas tanya pendapat dua tiga orang kengkawan dan bincang dengan Encik Alim, aku setuju untuk operate. Aku pikir, tak perlu aku sakit lelama lagi. Cukup lah dua hari ni aku sakit. Doktor pon book bilik operate untuk esoknya.


Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya tsunami di tengahari. Malam tu, diorang suruh aku puasa start dari 12 malam. Aku dah mula sakit 2 kali dalam 10 minit (2 in 10). Doktor datang check... jalan cuma 1.5cm. Aku dah bergulung sakit dekat atas katil wad tu. Kul 10mlm, aku suruh En Alim balik. Tak payah temankan aku. Kebetulan pulak guard datang halau. Kalau hari2 sebelum ni, dia memang buat tak pedulik dengan guard tu. Tapi hari tu, aku taknak bagi dia tengok aku sakit. Aku minta nurse cucuk ubat tahan sakit macam semalam. Tapi tetap takder kesan.

Dalam tengah sakit tu, aku sempat dengar cerita budak katil sebelah aku yang baru lepas bersalin. FYI, aku duduk wad satu bilik 4 orang. Semua kes induce. Budak sebelah aku ni, dah bersalin sebelum sempat di induce. Anak dia 3.95kg. Badan kecik macam Angah aku. Kagum giler dia bersalin normal. Kuasa ALLAH. Dia bercerita pengalaman dalam bilik bersalin tu.

"Air ketuban dia terpaksa dipecahkan untuk gesa bersalin. Masa nak pecahkan air
ketuban tu sakit sangat, bila dah pecah lagi teruk sakitnyer. Lepas tu, semua nurse & doktor dalam tu garang garang. Semua marah marah, tengking tengking. Semua macam takder timbang rasa tengok kita ni sakit nak bersalin".

Perghhh.... aku dengar cerita dia, aku dah cuak giler. Dalam hati aku berdoa, jangan ler aku kena paksa pecah air ketuban macam budak tu. Tapi aper yang aku tanak, itu yang jadi. Lagi 15minit kul 12malam, nurse datang kat aku suruh tukar baju. Nak suruh aku masuk bilik bersalin.

Aku cakap, "Eh kan saya nak operate esok. Kenapa nak suh saya masuk labor room?" Nurse tu balas, "Doktor nak suruh awak bersalin normal. Masuk labor room, nanti kita pecahkan ketuban untuk gesa bersalin".

Aper lagi, berderau darah aku masa tu. Masa tu aku tetiba nampak muka Emak berdiri blakang nurse tu. Rasa macam khayal. Mak aku buat aper kat sini memalam kan? Tapi rupanyer memang betul Emak. Emak rasa tak sedap hati kat rumah. Tu yang dia datang. Emak tolak aku dengan wheel chair ke pintu bilik bersalin. Masa tepat kul 12 malam.

Ada dua orang nurse yang temankan aku layan aku berbual. Sambil aku sakit pegang tangan diorang. Diorang ingatkan aku untuk sentiasa zikir & selawat. Kul 2pg, doktor datang untuk pecahkan ketuban. Bila dia dah siap dengan alat yang nak pecahkan ketuban tu kat hujung kaki. Aku cakap, "Hold dulu doktor, saya tengah contraction". Pada masa tu aku sakit dan sebut ALLAHUAKHBAR, serentak air ketuban pecah. Alhamdulillah. ALLAH masih bantu aku. Lepas tu aku di biar sakit sampai pukul 6pagi.

Aku minta untuk minum air. Tapi, diorang tak kasi sebab kemungkinan aku akan di operate. So aku tanya, bila nak operate? Nak tunggu aku sakit sampai bila. Doktor minta aku sabar, dia nak aku bersalin normal. Aku dah tak tahan sakit. Kul 12 tgh, masuk sorang doktor. Aku minta operate aku sekarang.

Doktor 1: Sabar sikit lagi. Awak boleh bersalin normal. Kita tunggu jalan buka sikit lagi. Sekarang baru 5cm. Biasa satu jam akan buka 1cm
Aku: Saya dah ada atas katil ni 12 jam. Tapi baru buka 5cm. Nak saya tunggu berapa lama lagi. You sendiri tengok tekanan darah saya makin tinggi.
Doktor 1: Okey, nanti saya bincang dengan boss saya, doktor pakar.
(Pastu masuk doktor tadi).
Doktor 1: Akak, sorry. I dah discuss, tapi my boss nak you bersalin normal.
Aku: My God. Did he know my condition right now? (Aku dah mula mencarut ingeris. Lantak la grammer pon).
Doktor 1: Yes. I’ve explain to him. (Jawapan ni buat aku bengang. Aku dah kering atas katil tu... doktor senang2 bg keputusan tanpa tengok keadaan aku).
Aku: Where is the doctor? I want to talk with him. Call him now. Let me talk with the doctor. Call the doctor. Call the doctor. (Kali ni aku dah mula bertempik. Lantak la kau nak maki aku pon lepas tu).

Sorang kakak nurse yang duduk setia temankan aku tanya, "kau ada minta maaf tak dengan suami kau sebelum masuk sini?". Masa ni baru aku teringat, aku cuma sempat cium tangan Emak jer. Encik Alim aku tak sempat jumpa. Terus aku minta tolong nurse tu carikan Encik Alim kat luar bilik bersalin. Nurse2 kat situ nampak bagi muka kat aku, nak bagi En Alim masuk. Mungkin sebab kesian tengok aku dah kering sakit atas katil tu. Tapi, En Alim takder pulak. Pergi semayang Jumaat.

Lebih kurang dalam setengah jam ke 45 minit lepas tu, kira2 jam 2.15ptg. Masuk sorang doktor pakar dalam bilik aku tu. Ni ler boss kepada doctor tadi. Jalan dah buka 7cm.
Doktor 2: You masuk sini dari pukul berapa pagi tadi.
Aku: Pagi tadi? Saya dari malam tadi. 12 malam. (Nampak nau doktor ni tak tahu kesah).
Doktor 1: Dia minta operate.
Doktor 2: You boleh bersalin normal.
Aku: Saya dah sakit lebih dari 14 jam kat dalam bilik ni. Tekanan darah makin tinggi. Baby besar, more than 3kilo and I’m dehydrated. Saya dah habis tenaga. Sikit air pon mereka tak bagi minum sejak malam dgn alasan nak operate. Sekarang you expect saya untuk bersalin normal. Boleh ker?
Doktor 2: Yes you can. Do it for your baby. Everybody prepare. Kita bagi dia ni bersalin sekarang jugak. (Sambil bagi arahan pada doktor & nurse yang lain).

Dan masa ni, aku nampak nurse yang tadi kt muka pintu, "Suami dia dah ada kat depan". Tak sempat aku nak jawab, ada suara lain jawabkan, "Takper, biar dulu. Dia dah nak bersalin ni".

Aku mula bersemangat masa ni. Diorang bagi aku minum dua tiga teguk. Lepas tu aku kerah semua tenaga yang ada untuk bagi baby ni keluar. Aku tak mahu tunggu lama lagi. Alhamdulillah, proses nak mengeluarkan baby tu, memang tak lama. Aku rasa ada lebih dari 10 ke 15 orang staff nurse & doktor dalam bilik tu. Semua bersorak bagi support pada aku. Paling kuat suara doktor pakar tadi la. Tepat jam 2.45ptg, baby aku lahir. Terus ditunjukkan jantina baby ni pada aku. Pastu baby ni diletakkan atas badan aku. Doktor suruh peluk. Aku kekok. Lebih sembilan bulan aku fikir macam mana nak sayang anak ni. Aku tak reti. Dengan kuasa ALLAH, DIA campakkan rasa sayang aku pada anak ni, pada masa tu. Sampai rasa tanak lepaskan bagi pada nurse masa tu. Nurse & doktor puji aku. Diorang cakap, aku "pandai teran". mana tak pandai. Aku dah geram sebab lama sangat sakit. Bersyukur sangat-sangat aku tak di operate. Nyesal plak aku tengking doktor tadi . Eleh.. xper la. Kira free la tu.

Aper pon, pengalaman orang bersalin memang tak sama. Yang pasti, semuanyer sakit. 14jam aku dalam labor room, 2 hari sakit kat wad bagi aku cukup teruk. Tapi, ada orang lagi teruk sakitnya dari aku. Syukur Alhamdulillah. Aku dapat doktor & nurse yang baik dan terbaik bagi aku. Sepanjang 14 jam aku dalam bilik bersalin tu, macam-macam suara dari bilik bersalin yg lain2 aku dengar. Meraung, menangis, memekik, menengking.... semua ada. Yang pastinya, semua suara tu akan berbalas dengan suara doktor & nurse. Dah macam lawan bergaduh. Aku ikut pesan Ajay, "Ikut jer cakap nurse dalam tu. Bila kau melawan, keras kepala, tu yang jadi diorang nak marah jer kat kau". Lumrah kan? kalau aku pon hangin dengan orang tak dengar kata ni.

Jadi pada korang yang bakal beranak buat kali pertama, jangan lah bimbang. Pengalaman orang tak sama dengan apa yang akan korang lalui sendiri nanti. Macam pesan mak mertua aku, berdoa lah selalu agar ko diberikan nurse dan doktor yang baik dan terbaik nanti. Selain dari tu, dengar lah kata nurse dan doktor yang dah hadap berpuluh orang bersalin sehari. Macam-macam ragam, macam2 masalah diorang dah hadap. Ko jangan buat degil dengan diorang. Kalau tak, beranak la ko sesorang kat rumah. Dan untuk pertama kalinyer, aku memuji layanan staff HOSPITAL BESAR MELAKA. Sila bagi dua ibu jari tegak ke atas untuk mereka yang terlibat dalam cerita ku ini. Sekian...wasalam.
Read more...